Posts

Showing posts from January, 2012

Mungkin Sudah Tiba Masanya Lagi...

Malam tadi aku tidur di atas katil bersama habi & Naurah. Aku tidur tanpa menunaikan solat Isya' terlebih dahulu seperti kebiasaannya. Sudah beberapa kali aku berani berbuat begitu. Kerana aku yakin sebelum masuknya waktu solat Subuh, aku pasti akan terjaga dari tidur beberapa kali kerana resah masih belum menunaikan kewajipan yang satu itu. Ada 1 peringkat aku sudah mula tidak kisah sekiranya aku terus tidur & tidak solat. Ya. Aku pernah sampai ke tahap itu. Maafkan aku ya rabb. Tetapi selepas langkah pertama penghijrahan berpakaian ketika keluar dr rumah, hati terpanggil lagi utk berusaha memulakan langkah yang kedua. Insyallah. Solat Isya' malam tadi aku lakukan diwaktu jam menghampiri pukul 3 pagi. Selepas solat aku berteleku kaku. Teringat tentang suatu waktu dahulu aku juga pernah berteleku begitu. Merintih mengharap belas kasihan Pencipta. Bezanya pd waktu itu aku berteleku seusai dari melakukan solat sunat. Bukan solat yang wajib. Sunyi dan hening di sepertig

Ikot Ayah Keje @ Bangsar South

Image
What r u trying to do Naurah? Peace yang blur Sebok nak main gadget ayah Hantu buku memang pantang jumpa buku Mata stim tak hengat haha aku dalam mode kenyang & malas menaip. sekian.

Sesuatu Yang Ironi

Image
Ada sesuatu yang ironi bila kita menjadi ibu bapa neh. We tend to want anak-anak kita semuanya menjadi yang terbaik. Yang molek serba serbi. Sampaikan bila ada anak, kita sanggup berubah drp minum air tonggang dari botol secara berdiri kepada tuang air dalam cawan & minum dengan duduk di atas kerusi. Bila mak bapak kita tegur kelakuan kurang sopan kita dulu, haram nak ambil berat & ambil kisah. Bolayan aje. Tapi dek kerana anak, semua kelakuan tak senonoh di ubah dengan sukarelanya. Macam pelik tapi benar kan? ^_^ Its like aku tak molek tak ape lah. Dah tua gini, macam dah tak makan saman. Haha. Tapi kalo boleh, janganlah anak ngikot perangai tak senonoh gini. Biar anak baik-baik aje, baik budi pekerti, mendengar kata & bijak laksana. Sangat ironi. Usually, anak tak berubah jauh dari perangai & kelakuan ibu bapa. Even if kita dah berubah pun bila tua-tua gini, entah dari mana tawu, anak tetibe terikot perangai lama kita. Kalo dah nama darah daging tu kan? Hakhak =P O

Kesusahan Yang Berbaloi

Tadi masuk toilet tetibe terimbas kenangan lama. Masa preggy dulu kan aku mabuk teruk jugaklah. Berjam-jam kadang ddk dalam toilet nangis sorang-sorang sebab rasa tak larat sangat-sangat. Sedih pulak bila ingat pasal neh T_T Dia punya senoneng kepala tu tak boleh nak describe macam mana. Pelik sangat rasanya. Rasa mual tak payah cakap la kan. Muntah sampai perit tekak dibuatnya. Huhu... Ada orang masa preggy senang aje. Elok tak banyak alahan bagai. Jeles sangat rasa. Tapi tuelah....stp drp kita ada la bahagian masing-masing. Redha ajelah dengan ketentuan Allah. Aku andaikan aku agak bernasib baik bab bersalin sebab mmg rasa tak horror sangat. Lagi pulak amek epidural ye dak? Hahaha. Cuma part vacuum tue jelah kena buat episiotomy dengan gunting. So luka bwh adalah besar. Maka horror part luka jahitan nak sembuh jelah. Duduk senget benget. Masa kena berurut pon horror. Rasa macam nak terbukak jahitan. Hukhuk. Tahan ajelah masa tue....hurmm... Belum lagi part sembelit. Makan ubat pon

FA Cup, Australian Open & AJL 26

Image
Cerita yang hot hari nie pastinya tentang AJL 26 malam tadi. Bagi peminat tenis mcm aku, masih teruja dengan match diantara Djokovic & Nadal malam tadi. Sampai terlepas persembahan dari Alyah - Kisah Hati. Dengar cerita ada Remy Ishak meh? T_T Yang aku sempat tengok persembahan penuh cuma dari Hafiz & 3 Suara. Kebetulan pulak dapat No.1 & No.2. Terkilan cuma tak dapat tgk Alyah & Aizat. Dua penyanyi nie personally tidaklah aku minat. Tapi lagunya jer yang menarik perhatian. Hehe. Selain dari kemenangan Djokovic di final Australian Open malam tadi, aku juga masih happy dengan kemenangan team Liverpool dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala FA ke atas musuh tradisi Man Utd. Ingat senang nak kalahkan Man U? Memang epic betul gol Kuyt malam tue. Bergema stadium Anfield termasuklah di rumah PIL aku. Kehkehhh =P Ok nak cerita sikit tentang hari Sabtu yang lepas. Tetibe dapat idea nak ikot habi ke Bangsar South ada kerja pulak dia kt sana. Habi kata boleh aje sebab ada macam s

Signifikan Berkuda, Berenang & Memanah

Image
Rasulullah SAW pernah bersabda tentang menyuruh anak-anak kita utk pandai berenang, berkuda & memanah. Mesti ramai yang berfikir apa signifikannya ketiga-tiga sukan tu pada zaman skrg nih kan? Semua tu cuma sekadar sukan. Bukan macam zaman dulu yang berperang menggunakan kuda & memanah musuh dengan busur. Apatah lagi dengan berenang? Siginifikan apa yang ada padanya? Baru-baru ini aku membaca buku bertajuk Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat (TTBHK). Karangan seorang sheikh dari universiti di Saudi Arabia. Buku-bukunya bercorak ensiklopedia yang dibukukan mengikut tajuk yang besar. So ini adalah salah 1 dari 1 lagi bukunya yang ada dalam simpanan aku iaitu Huru Hara Hari Kiamat. Dalam buku TTBHK, baru aku ketahui signifikan Rasulullah menyuruh kita mempelajari ilu berenang, berkuda & memanah. Di ramalkan sebelum hari Kiamat benar-benar berlalu, mungkin bumi akan dilanda musibah yang besar. Sebesar mungkin berlakunya perlanggaran bumi dengan planet lain atau asteroid menghentam

Semua Orang Pernah Susah

Image
Bila fikir-fikir balik, sometimes rasa macam tak sangka aje Naurah dah nak 2 tahun umurnya. Perkahwinan aku dengan habi pon dah nak masuk tahun yang ke-3. Alhamdulillah my marriage life is very the awesome. Hahaha. Ayat ape ntah tuh. Hannah J, mind my English plissss =B Sekarang suke nak guna perkataan ohsem tu. Nape ntah. Ngada-ngada lebih. Aku ingat lagi masa aku belum kawen kan, cita-cita aku nak kawen & jadi suri rumahtangga. Ape punye cita-cita ntah. Kehkehh. Orang lain sibuk bercita-cita lepas abes study nak dapat keje ohsem. Aku lain pe'el pulak. Gasak! Eventho cita-cita nak kawen dgn bf pertama tak kesampaian, bf yang kedua nie is way much better okeh! Senang kata he completes me. Aku malas, dia rajin. Aku suka buat sepah, dia suka kemas balik. Bukankah itu namanya saling melengkapi antara satu sama lain? BWAHAHAHA =.= nak makan penampo je mcm aku neh.... Ohh..tentang cita-cita menjadi suri rumahtangga tu aku dah cancel sebab rasa tak betah duduk rumah saje jaga ana

Upgrade Astro Package

Image
5 hari duduk kat kampong, mata dah terbiasa tengok TV dengan siaran HD. Balik rumah eventho TV lebih besar, tetap rasa tak puas tengok gambar agak suram & kelam. I want HD!!!!! Please help me. Tak puas hokeh tengok Australian Open gambar kelam. Rasa cam nak nanges teros. Ok itu mmg over. Hehehe. Org jugak kata kalo amek astro beyond, piring baru, deck baru, kalo hujan lebat siaran tetap ada. Betol ker? Sebab semalam aku sedih jgk sbb tgh tgk Djokovic Vs Ferrer, hujan lebat pastu siaran jadi hitam legam T_T So aku pon pantas la masok website astro tengok pakej utk astro beyond. Rasanya pakej Super Pack 1 (RM132.50 after 6% gov tax) adalah yang paling menarik. Tapi aku tak perlukan fungsi recording. Boleh tak kalo tolak yang itu pastu kurang sikit bayaran monthly dia? Boleh tak astro? Huhuhu. Aku tanya habi. Samada upgrade pakej astro atau perlukah pasang unifi di rumah? Habi kata terpulang pd aku. Kalo terpulang pd aku, rasanya kalo ada internet access, aku akan lebih ralit ddk