Don't Judge Me Yet. Its Too Soon...

Dah kerja dah hari nie. Alangkah bestnya kalo cuti seminggu terus. Makin seronok aku menepek lemak kat badan kan? Haha =.= Kalo ade emoticon tu lepas ketawa, maknanya tawa dalam tangisan la yer. Hrp maklom.

Takde apa yang menarik sangat nak di kongsikan hari nie. Cuti kat kampong selama 5 hari adalah heaven. Itu memang sudah pasti. Weekend nie turn balik ke rumah in law pulak. Weekend lagi satu, haihhh....nape nak mengeluh pulak? Bukan aku suke ke pegi jalan cuti-cuti Malaysia? Ye suke. Tapi ntah napa rasa macam penat. Ker skrg nie aje rasa macam tu? Dah nak pegi sok start selok balik dah kot ek? Hehe.

Ok tetibe teringat tentang progress pemakaian jubah hitam keluar kemana-mana. Setakat nie dah berjaya pakai sebanyak 3 kali outing. Pertama g opis hari Jumaat last week. Kemudian Selasa lepas masa g bandar Kota. Then semalam masa balik ke Sepang.

Perasaan aku?

AWESOME ^_^

Siryes tak tipu. Camne eh nak cakap. Macam darjat kita sebagai seorang wanita tu naik 1 anak tangga lagi. Aku rasa bangga bila pakai jubah besar gitu. Ada la perasan macam orang pandang-pandang sikit. Maybe aku perasan sendiri tapi tak kisahlah. Yang pastinya aku tetap rasa bangga. Bangga sbb berjaya menutup aurat dengan sebaiknya.

Sama macam perasaan bila aku berkunjung ke negara yang bukan Islam spt Ho Chi Minh & Bangkok dulu. Bila kita berada di tengah-tengah masyarakat yang memang totally tidak menutup aurat, kita akan rasa different. Lain drp yang lain. Tapi bukan dalam ertikata weird yang kita akan rasa malu. Tapi kita rasa bangga kerana kita lain. Perasaan yang sangat indah.

Dan sungguh aku tak sangka dapat mengalami perasaan yang indah itu lagi di bumi kita Malaysia. Manalah aku nak sangka kan? Sebab negara kita adalah negara Islam. Perempuan bertudung memang merata. Kat mana-mana senang aje nak nampak. So kenapa aku masih dapat merasai perasaan yang indah itu walau di negara sendiri. Ada sapa-sapa yang boleh teka? 

Aku pasti pembaca blog aku nie semuanya bijak pandai belaka =)

Tapi takpelah. Aku share dari sudut pemikiran aku sendiri ajelah yer. Pertama aku rasa kerana tak ramai orang Malaysia yang pakai jubah. Lagi pulak di siang hari di waktu panas terik matahari memancar atas kepala. Maybe bila orang pandang aku, diorang kata aku gila. Haha. 

Pakai jubah nie banyaknya makcik-makcik & nenek-nenek aje. So maybe aku dah masuk golongan tu la ek? Haha. Adakah pelik perempuan yang nak masuk 30-an memakai jubah kemana saja? Hurmm....

Kedua, yang ini macam sedih sikit la nak tulis. Memang ramai perempuan kat negara kita nie yang bertudung & menutup aurat. Tapi belum sempurna. Termasuklah aku yer. Aku tak kata skrg aku dah perfect bila pakai jubah. Tudung aku masih belum beli bidang besar. Tak tutup habis dada tuh. So masih lagi ada kekurangan. Tapi mahal la tudung bidang besar tu. Aku dah usha taw! T_T Alasan ke ape neh? Hukhuk.

Tudung bidang besar nie perlu sbb bila kita selempang kat bahu, ia masih labuh & menutup dada sepenuhnya. Selempang itu penting bg aku sbb habi kata aku nampak selekeh kalo biarkan tudung jatuh ke bawah saja. Masalah skrg tudung byk bidang biasa yg kalo selempang tak tutup sgt dadanya. Hurm...

Itu lah aku dah tulis hari tu. Aku masih dalam proses penghijrahan. Sikit-sikit dulu sebab semua proses nie memerlukan juga perbelanjaan yang agak tinggi. Takkan aku boleh ubah wardrobe aku dalam masa sebulan gaji nie aje kan? It takes times. Skrg pon baru ada 2 jubah hitam. 2 jubah lagi InsyaAllah next gaji pulaklah yer. Tak mampu aku nak beli sedebuk gitu weh!!!

Tolong lah jangan terlalu cepat menilai aku. Aku cuma berusaha utk menjadi lebih baik. Kalau masih belum sempurna, jangan terlalu cepat menghukum. Aku tak kata aku telah mendapat hidayah dari Allah atas perubahan yang sedang berlaku. Tapi aku sedang berusaha mendapatkannya. Itu saja.

So so...bila kata ramai ppn muslim yang tak tutup aurat dgn sempurna, bila aku pakai jubah aje pon, dah tetap dapat rasa perasaan indah krn menjadi sedikit lain. Bermakna apa yer? Kalo kat negara kafir kita rasa bangga, memang la betul-betul bangga. Tapi kalo kt negara sndiri, negara muslim, rasa tetap lain, nak kata bangga ke sedih tu? Aku pon tak tawu. Hurmm....

Nak berubah ke arah kebaikan bukan senang yer. Byk dugaannya. Skrg nie masalah dari segi kewangan lah. Byk nak kena beli. More jubah & start to buy tudung bidang besar.

Kalo nak jadik jahat senang aje. Baju seksi melambak! Murah pulak tu. Senang pulak didapati di mana-mana....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum