Langkah Pertama (Hijrah)

Alhamdulillah. Sememangnya pagi Jumaat yang barokah =) Semua urusan dipermudahkan Allah & I am all happy. Urusan kerja aje pon. Ekekeke =P Gaya macam ape kan? Haha

Dari pukul 5 pagi, hujan all the way sampai sekarang di Cyberjaya. At certain place, nampak ada rumah yang sekelilingnya dinaiki air. Sedang berjaga-jaga memerhati pergerakan air samada akan sampai masuk ke rumah atau tidak. Juga memerhati keadaan cuaca yang tidak menentu. Sekejap hujan & not long after that, matahari bersinar juga. Semuanya aturan Allah jua.

Berhijrah. Yer. Sebenarnya aku dalam proses penghijrahan. Berhijrah dari segi berpakaian. Setelah mendapat green light dari habi, aku nekad menggunakan sejumlah wang utk gaji pertama di tahun 2012 ini melabur membeli 2 helai jubah hitam. It just a simple plain jubah. Tak ada corak yang menarik mahupun batu bling-bling di sana sini. And I loved it to the max! Aku beli 2 pasang & it cost me for RM140 & Giant, Nilai.

Bukan aku tak ada koleksi jubah sebelum ini. Ada. Tapi ada kaler biru gelap, hijau gelap & maroon. Hitam ada 1 tapi terlalu fancy utk di pakai ke office. Yang itu simpan kalo ada majlis aje. Tetap tak membazir. Yang plain ini, cadangnya mahu beli barang 2-3 helai lagi. Aku berniat utk menjadikan jubah hitam sebagai pakaian rasmi apabila keluar dari rumah. Kemana sahaja waima ke pasar basah utk membeli ikan & surat khabar. InsyaAllah.

Niat nie memang dah lama ada. Tahun 2012 nie hati semakin kuat terpanggil. Bila melihat wanita arab berpakaian serba hitam, hati kecil aku terusik. Aku membandingkan pakaian aku ketika itu yang sangat tidak menepati ciri-ciri muslimah. Deep down in my heart, aku menangis. Aku sedih dengan diri aku. Bila di surau shopping complex, aku terguris melihat pelajar-pelajar muda terus bersolat dengan pakaian sedia ada tanpa perlu menggunakan telekung. Siryes hati aku terpanggil. Aku malu.

Mungkin memang sudah tiba masanya utk aku berhijrah. It just that aku perlu mempelbagaikan tudung yang sesuai supaya tetap nampak up to date di mata suami. Air muka dia aku kena jaga juga. InsyaAllah aku takkan jadikan jubah hitam plain ini sebagai penghalang utk aku kelihatan sama padan dengan suami. Moga Allah permudah.

This is my first step utk tahun 2012 dalam menggapai impian menjadi muslimah yang lebih baik di sisi Allah. Moga seiring dengan perubahan yang pertama ini nanti, akan ada perubahan yang berterusan dari sisi yang lain juga. Tanpa langkah pertama, takkan ada langkah kedua & seterusnya. Moga Allah sentiasa berikan petunjuk pada orang yang selalu mencarinya. Amin.

Have a great Friday everybody ^_^

Gambar fresh pagi ini with no lipstic & powder at all. Muka suci la kunun-kununnya. Pui! Hahaha...


p/s: tak sabar nak bertolak ke Johor malam nanti =D

p/s2: ada orang dah booked skirt cheetah kegemaran aku yang dibeli di Bangkok dulu. aku takot dia tak pakai aje kalo bagi nanti....mmg nak kena sekeh kalo gtu hahaha



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat