Posts

Showing posts from March, 2014

Pictures Talk #3

Image
Hujan lebat di office. Alhamdulillah Jadual Umrah sudah dapat Teringin makan ni di Cibiuk. Belum tertunai... Berbaring baringan Like father like son Hot balloon festival at Putrajaya. I took this at Cyberjaya area Lagi pemakanan sunnah. Better late than never Remembering Semua benda nak masuk mulut Duta tak berbayar The tudung bawal from SBU. LOVE it. Paling suka kelabuhannya itu

Fitnah Semakin Berleluasa

Lately sejak terjadinya tragedi MH370 yg sampai ke hari ini masih lagi menjadi misteri, aku semakin tercari-cari kemana hala tuju diri. Banyak yang aku kena muhasabah & perbetulkan. Aku selalu in denial bile berfikir tentang kehidupan akhir zaman. Aku in denial aku skrg ni sdang hidup dalam zaman dimana sudah semakin banyak petunjuk kecil tentang akan berlakunya hari Kiamat pada bumi ini satu hari nanti.  Jauh di sudut hati sebenarnya aku sangat takut utk hidup pd zaman yang sudah dikatakan oleh Rasulullah SAW ini. Sentiasa je bajet zaman tu nanti hanya akan dirasai oleh anak cucu cicit aku di masa depan kelak. Pd masa aku hidup...hurm...I dont think so. But I guess I have to re-think about this. I cant just move on with my life without changing anything in my daily life after knowing that I might be living in that 'zaman' now. Allahu akbar :"( Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW dulu pun para sahabat bukan main takut lagi if dajjal dah muncul pd zaman tu. Seb

Nilai Medical Centre Review

Image
View Nilai International School. Tenghari buta nampak student main basket ball.O_o Kerusi malas for those yang nak bermalam. OK la kan boleh buat berbaring. The toilet. Bersih & serba lengkap. Shower pon ada tempat pemegang if sakit tak larat sgt. Bilik wad 1 orang. Comfy. Keluasan yg munasabah. Wardrobe yang sangat berguna The TV. Biasa je. The channels not bad. Ada Fox Movie & AFC hihi The main lobby. Spacious. Banyak sofas utk lepak-lepak The front desk Dalam perjalanan ke cafe & lif for warded people Small garden & pond utk ambil angin pagi & petang. Takdelah boring sangat. Dlm kwsn hospital sebelah cafe Ada bench juga =) OK. Gambar tengah neb Another lobby di wards floor. TV dia LCD la tak mcm dlm bilik hehe. Comfy for visitors also =) Overall kami berpuas hati dengan perkhidmatan & fasiliti di Nilai Medical Centre. The doctors & nurses are excellent. Very helpful to us. This is our first time

Naurah Sudah Discharged

Image
Syukran ya Allah. Naurah sudah pun discharge semalam =) So PIL terus bawa balik budak berdua tu ke Semenyih. Malam tadi aku & habi pack barang & balik sana jugak. Biarlah diorang cuti sekejap daripada sekolah & taska. Kuarantin dulu kat rumah tunggu betul-betul sihat.  Naurah warded hari tu sebab jangkitan kuman pd paru-paru. Buatkan dia batuk non stop sampai termuntah-muntah & susah nak bernafas. Dah jadi mcm asma/semput. Alhamdulillah tak jadi perkara yg lebih buruk even agak lambat bawa ke hospital/klinik utk dapatkan rawatan. Aku salahkan diri aku & habi dalam perkara ni sebab ambil ringan ttg batuk Naurah tu. Sbbnya batuk tu start malam. Siangnya kami dah bawa dia jumpa Dr. Yap & dia kata lung Naurah clear. Tu yg tak sangka malam tu rupanya ubat yg Dr. Yap bagi tu pd pendapat aku trigger masalah dlm lung Naurah masa tu. Right after habi bagi Naurah makan ubat, batuknya makin menjadi. Sampai tak boleh nak tidur dibuatnya budak tu. Rasa bersalah sang

Hidup Susah Itu Bagus

Image
Sejak Nazif lahir rasanya seperti aku selalu mengeluh dengan perbelanjaan kehidupan yang semakin ketat. In a way lah aku mengeluh. Bukan secara direct, tapi sentiasa dalam fikiran kot. Topik ni juga yang selalu di bincangkan dengan habi. Agak sukar sbnrnya nak re structure balik perbelanjaan yang dah bertahun selesa tu. Bila dah kurang selesa, pening kepala macam mana nak bagi selesa balik. Banyak dah benda yg perlu dilepaskan. Tak boleh suka hati joli sana sini beli baju & toys anak-anak. Memang dah tak boleh. Dah beberapa bulan aku cuba untuk manage balik my financial wisely. Dan berbulan tu juga aku gagal. Dah jadi habit beli sana sini. Ingat senang ke nak ubah sekelip mata? Belum masuk tengah bulan dah sengkek. Tgh bulan harapkan duit medical claim. Itupun kalau ada. Kalau takde melanguk la menghitung hari menunggu hari gaji. Sampai macam tu sekali. Tak sangka kena hadap situasi ni sekali lagi.  Sekali lagi sebab dulu masa Naurah dah lahir gitu jugak. Nak manage balik

Permulaan Kisah Naurah Warded

Image
Budak-budak tak sihat semalam. Tak sampai hati nak tinggalkan & pergi kerja. Kemuncaknya bila Nazif dah demam. Sebelum ni cuma flu & batuk je. Last-last laki bini EL & kami bawa budak-budak ke Nilai Medical Centre jumpa Dr. Yong baik hati tu. Suka sangat dengan pendekatan Dr. Yong ni. Umur dia pun baya kitorang je. Ada 2 anak perempuan lebih kurang baya Naurah gitu. Dr. Yong ni sangat teliti bila check budak-budak. Pastu akan tanya banyak details pd ibu bapa.  Kalau anda yang kurang prihatin pada anak, akan terasa malu bila tak dapat nak jawab soalan dia. Rasa macam tak ambil berat kat anak. Padahal kita kekadang memang tak boleh nak jawab sebab anak-anak bukannya 24 hours dengan kita. Kat taska/tadika, kita pun tak tahu diorang macam mana :"( Kalau pesan suruh bagi makan ubat pd waktu sekian-sekian pun tak tahu memang dibagi ke tidak. Benda macam nilah yang kadang rasa nak sangat jadi suri rumah jaga anak-anak sendiri. Hurm.... Dr. Yong bagi next appointment

Tentang Naurah Pulak

Image
Asyik cerita pasal anak-anak aje lately. Mostly tentang Nazif. Siapa kata anak nombor dua kita akan kurang bercerita berbanding anak pertama? Sekarang Naurah pulak dah tenggelam ceritanya. Awak dah lama jadi spotlight dalam blog ibu dulu. Now bagi chance kat adik lah pulak yer. Ibu cuma cuba nak berlaku adil je. Ye ke adil? Hehehe =P Tak banyak yang menarik tentang Naurah yang aku nak ceritakan pd umurnya sudah genap 4 tahun last month. Sejak masuk kindy, dia memang dah power bab bacaan dalam Solat & doa-doa harian. Biasalah ada sebutan yang salah etc. Tapi pelan-pelan kayuh lah. Bila dia silap baca, aku & habi betulkan. Macam tu jelah. Tak ada apa nak kejar sangat pun bagi dia dalam pelajaran kat sekolah ni. Tujuan kami masukkan dia ke kindy pun sebab dia yg dah ready. Dia yg dah tunjukkan minat. Kalau belum minat, kami pun taknak paksa. We just want to see her happy. Thats all. Banyak jugak dah buku aktiviti yang dah Naurah selesaikan masa kat kindy. Buku yang dah se

EBM Dah Tak Laku

Image
Bangun pagi ni Nazif tak berapa sihat. Masa nak menyusu dia merengek tak selesa. Rupanya hingus banyak. Susah la nak bernafas bila nak menyusu gitu kan? Aku switch on lampu & tengok mata kanan dia berselaput dengan taik mata. Ya Allah...kesiannya. Padan la merengek. Aku bersihkan mata dia & hingus dia semua. Barulah dia selesa skek. Selalu bangun pagi senyum aje golek-golek memain. Hari ni serba tak kena dia. Kesian anak aku :"( Bila banyak taik mata, itu petanda panas dalam. Dulu pun pernah jadi macam ni. Lepas asyik keluar taik mata, not long after that mesti dia demam. Tadi pun aku rasa macam dah dedar skek badannya. Petang semalam & malam tadi elok je sihat aku tengok dia. Tak sangka betul pagi ni flu dengan hingus yang pekat datang balik. Bila masa dia datang??? Sebelum hantar ke taska tadi habi bagi dia ubat flu & fever. Pesan kat owner taska bagi dia ubat lagi dalam pukul 1/2 tghari nanti. Semalam owner report yang Nazif taknak minum ebm yang aku be