Posts

Showing posts from June, 2015

Belum OK Sepenuhnya

Image
Belum sembuh sepenuhnya lagi Naurah drp penyakit jahat tu. Semalam aku perasan naik lagi ruam merah kat peha. Ruam lama yg dekat kaki tu barulah mengering & start mengelupas. Ini dah naik yang baru pulak. Ya Allah, gusar hati tak terkata. Janganlah berulang lagi macam dulu kena warded & tengok dia menahan sakit tak terhingga. Aku rasa aku tak kuat nak hadap semua tu lagi. Follow up hari ni habi apply leave bawa Naurah jumpa doctor. Plan nak hantar Naurah ke kindy esok tertunda lagi. Doctor kata tak OK lagi. Tunggu next follow up tengok macam mana. Doctor memang dah informed sblm discharge hari tu yang dalam tempoh sebulan ni akan on off penyakitnya. Datang & pergi & baik sendiri. Kuncinya kena sabar & bagi ubat seperti yang di sarankan ajelah. Cakap pasal ubat, steroid yang doctor prescribed utk Naurah sekali sehari tu aku saspek membuatkan Naurah jadi kuat makan. Dah bulat muka & perut tu. Bukan senang nak tengok Naurah berisi mcm tu. Selalu makan ikot

Hirraz Dah Balik

Image
Hari ni adik bongsu aku Hirraz akan sampai dari bumi Amsterdam ke Malaysia. 3 minggu lebih jugalah dia lepak kat sana. Ehh aku takde cerita ke pasal parents aku pun ada kat sana? Macam takde lagi kan? Well, Kak Ya kerja kat sana Petronas hantar utk tempoh setahun macam tu lah. On May dia bertolak ke sana bersendirian. Then invite my parents & siblings yang nak kesana duduklah dengan dia since dapat apartment yang selesa utk orang berkunjung. Kiranya kena tanggung kos flight pergi balik & sikit belanja jelah if nak kesana. Disebabkan aku tak berkemampuan nak pergi 1 family, makanya dapat tumpang happy jelah pada yang dapat merasa kesana. Kak Ya pun tidaklah boring sangat duduk sane bila ada ahli keluarga sama kan? Bulan Ramadhan ni kan, diorang puasa sampai 19 jam taw kat sana. Waktu siang panjang, malam pulak pendek. Mencabar sangat kan? Aku rasa klu aku kat sana masa tengah pregy ni, jawabnya ponteng puasa jelah. Tak larat woh huhu. 12-13 jam ni pun dah cukup mencabar

Terapi Diri

Image
Allah ya Allah, sudah memasuki hari ke-7 kita di bulan Ramadhan. Ada lagi baki 3 minggu. Hows your Ramadhan? Berkualiti kah? Mine is not so quality lah. So sad. Banyak alasan boleh tulis tapi malas. Mengaku jelah iman tengah berada pada tahap LOW. Sekali sekala gigihkan juga diri buat apa yg patut. Moga Allah terima. At the moment kami masih di rumah my in law. Kaki Naurah dah menampakkan pemulihan. Dah boleh berlari & melompat. Kaki pun dah boleh kena air tanpa rasa sakit. Dibahagian yg menggelembung ada yang sudah kecut & pecah. Pecah tu nasib baik tak menyakitkan. MIL kata keluar darah sikit. Ergh...aku ingat keluar air bisa. Pelik taw. Takpelah asal Naurah tak dalam kesakitan. Phobia betul aku skrg bab anak kesakitan ni. Tak sanggup nak tengok situasi tu lagi. InsyaAllah Sabtu ni dah boleh balik rumah BBST. Tak sabar walau lepas ni lebih banyak rutin kerja menanti disana. Cooking, perangat lauk sahur yadda yadda. Home will always be the best no matter how good the

Hug & Kiss

Image
Semoga cepat sembuh Naurah. Ibu tak sabar nak tengok awak senyum macam ni & berlari main kejar-kejar dengan Nazif. How I miss the good old days. Sabar ye Naurah. Ini ujian dari Allah untuk kita sekeluarga. Ibu tahu awak dah penat makan ubat sebeban yang doctor bagi tu. Tapi awak kena sabar kalau nak cepat baik OK! Aku bukan seorang Ibu yang penyayang sangat. Just like my parents yang kurang memberikan kami adik beradik sentuhan kasih sayang seperti pelukan & kucupan, aku juga lacked dalam mempraktikkannya pada anak-anak sendiri. Sangat berbeza dengan keluarga belah habi. Rasanya habi lebih banyak peluk & kucup anak-anak drp aku. That how it was. Sampai sekarang kami adik beradik rasa kekok memeluk & mengucup mak abah. Kami tak diajar mereka begitu. Kami cuma bersalam & cium tangan. Namun itu tak sedikitpun mengurangkan rasa hormat kami pada mereka. We do love them so much but it just deep in our heart. We didn't show it to people. Tap

Naurah & HSP (Henoch Schonlein Purpura)

Image
Jumaat lepas balik drp jumpa doctor kulit yang hanya bagi ubat sapu utk ruam teruk dikaki Naurah, FIL bawa ke Annur pulak dengan niat nak jumpa pakar kulit kat sana pulak. Tak puas hati dia sebab nampak kaki Naurah makin teruk & membengkak. Nak jalan pun makin susah. Skalinya nurse kata klinik kulit dah tutup & prosedurnya kena buat appmt dulu. Then nurse refer Naurah pada paed biasa kami Dr. Khairul Azman. Alhamdulillah dia dapat detect apa penyakit yang dah kena kat anakku itu. Ianya dipanggil HSP. Henoch Schoeine Purpura nama saintifiknya. Nama melayunya radang pembuluh darah halus. Bila gugel, tak banyak blog Msia yg tulis psl penyakit ni. Ada 1 blog je aku jumpa & then website myhealth kerajaan pun ada bg penerangan serba sikit ttg penyakit yg agak rare ni. Penyakit ni buat pembuluh darah halus tersumbat menimbulkan ruam yang horror di permukaan kulit. Plus dia attack sendi sampai penghidapnya tak boleh nak berjalan. Penyakit ni takde ubat spesifik & hanya

Penyakit Misteri Naurah

Alhamdulillah puasa hari pertama semalam berjaya dilaksanakan dengan suksessnya. Syukur yang tak terhingga aku pd Yang Esa. Terima kasih Allah. Berharap sepanjang bulan Ramadhan ni diberi kemudahan sebegitu. Amin. Sampai dah terfikir adakah ini merupakan pregnancy yang pertama kali dapat puasa penuh selama sebulan? Kemain lagi fikiran terlajak jauh. Baru hari pertama kot. Lepas tu teringat 20/6 iaitu esok kena buat MGTT. Yes, minum air gula. Sah-sah la tak boleh nak berpuasa. Hancur musnah berkecai harapan nak puasa penuh dalam sekelip mata. Apa nak buat? Kalau Allah kata tidak, maka tidaklah jadinya ia. Mak is redha. Malam sebelum puasa pertama kami balik ke Semenyih. Bukan sebab nak bersahur & berbuka puasa bersama-sama tujuannya. Tapi sebab Naurah kena alergik kulit yang sangat menakutkan aku menengoknya. Nak snap pic letak sini pun aku x sanggup. Pergi NMC doctor suspek alergi ajelah. Tapi kami pun tak tahu alergi apa pasal takde pergi memane yang unusual pun. Makanan

4 Bulan

Genap hari ni usia kandungan 4 bulan = 16 weeks. Alhamdulillah rasanya dah makin sihat drp alahan. Muntah pagi-pagi tu masih ada. Tapi lepas keluar semua air kuning, berbuih & masam tu, rasa segar sikit kepala dr kepeningan. Jadinya gagahkan dirilah bersiap pergi kerja. Harap sangat fasa alahan tu semua especially yg sampai tekak tak boleh nak terima apa pun waima air dah berlalu pergi & takkan datang kembali. Kepada Allah aku berserah. Esok dah start bulan Ramadhan. Ada rasa lega sikitlah pasal dah agak sihat. Sebelum ni runsing kepala memikirkan macam mana nak pergi kerja & larat ke nak buat kerja semua dgn perut kosong & muntah yang sentiasa ada tu. Siap plan nk ambil cuti sebulan even unpaid leave masa bulan puasa ni. Semakin hari puasa nk dekat, semakin debar. At the same time doa tak putus pd Allah moga kesihatan makin baik. Alhamdulillah nampak keadaan semakin pulih. InsyaAllah. Tak tahulah esok hari pertama mcm mana gayanya. Kita tunggu dan lihat sajala

6th Anniversary - Koh Lanta Yai, Krabi

Image