Posts

Showing posts from December, 2013

Family Woman

Image
Asyik cerita tentang anak-anak aje sekarang kat blog ni kan? Nampak sangat family person aku nie. Hehehehe. Yelah. Pada aku keluarga nilah yang paling penting dalam hidup ni. Kalau sensorang je masih bujang mesti sedih & sunyi. Berharap kasih sayang mak abah & adik beradik ajelah. So bila ada suami & anak-anak, rasa lengkap dah hidup. Seronok je saling memberi & menerima kasih sayang. Kehidupan yg sangat bermakna =) Btw nak say thanks to ily's sebab bagi link tentang Pengurusan Susu Ibu Semasa Mengerjakan Umrah. Dah beli pun e-booknya semalam dgn harga RM10. Pada aku sangat berbaloi membelinya sebab byk tips yang diberikan. Plus penulis e book tu menunaikan umrah pd tahun ni juga iaitu bulan Mac yg lepas. So takdelah beza byk sgt kot drp protokol kapal terbang dsb. At least dah nampak la ape keperluan yg perlu ada plus bbrp perkara yg boleh dijadikan options utk memastikan seboleh bolehnya ebm yg dikumpul masa kat sana dapat dibawa balik ke Malaysia dlm keadaa

Genap 5 Bulan

Image
Elok je. Cer kite cabut pacifier dia tu kejap    Ngahaha..muka dah semacam Cebikkkkk...hahahaha...nangis weyh...manja sgt huhu Alhamdulillah semalam genap 5 bulan dah anak bujang aku ni. Seronoknya anak dah besar gini. Dulu masa baby mmg tak sabar sangat nak masa berlalu. Sebab aku tak kompiden sgt handle baby kecik sgt ni even dah anak yg kedua. Seram ah. Hehe. Rasa mcm tggjwb besar terletak kat bahu nak pastikan baby sentiasa cukup minum susu & sihat walafiat. Paling seram bile dia menangis pastu kita dah try mcm2 dia tetap menangis jugak. Rasa mcm dah fail jadi seorang ibu yg baik. Nape ntah. Over sgt kot fikiran aku ni =P So dah 5 bulan gini kire lega sikitlah even dah banyak akal pulak. Dah start kenal orang. Dah pandai meniarap angkat montot. Tak lama lagi ngesot kedepan kebelakang lah tu. Pastu merangkak lak. Homaiii...tak sabar sangat nak tengok progress pembesaran dia bulan ke bulan. Sangat mengujakan ^^ Sebulan je lagi sebel

TCRS & Kidzoona Aeon Kulaijaya

Image
Kakak yg memule takde mood. Kononnnnn!!!! Pandai adik tengok camera ibu Ayahnya melayan ajelah Haa..yg ni best. Dapat gak adik buli kakak hohoho Alahai kakak....mcm2 pesen sampai perot adik pon x boleh cover Kesian ko dik Tetap daddy first love ^^ Kerek je muka. Asal balik Johor je gitu ah heehhe Lompat dik..lompat! Pening habi kena layan keduanya Kemain lagi excited adik. Tak reti diam. Susah nk snap gambo yg still

Terlalu Cepat Masa Berlalu

Image
Hai korang. Sihat semuanya? Harap semuanya baik-baik jelah yer. Aku menyepi lama sebab balik kampung la ape lagi kan. Puas hati dapat spend masa lama kat kampung dgn mak abah. 5 hari kat sana mcm tak terasa. Sempat la outing 2 kali ke KIP Mart cari lauk & Aeon Kulaijaya nak tgk tempat baru. Syok weyh Aeon Kulaijaya tu. Besar betol. Puas hati. Kedai kt dlm pon not bad ah. Ade FOS, Sakae Sushi, KFC, TCRS & banyak lagi lah. Sila terjah pd mereka yg berdekatan yer =) Akhirnya gaji bulan ni utk survive bulan depan masuk juga. 25hb duit di kredit dlm akaun mcm biasa. Kali ni berazam la nak manage bebetol duit gaji tu spy tak rasa sengkek lagi mcm utk gaji bulan lepas. Serik rasanya. Tak suka! Komitmen makin bertambah tapi gaji tetap sama. Tu yg tak best tu kan? So I am looking fwd for the next increment yg selalunya akan tau by April sekali dgn bonus tahunan. Harap adalah bonus 2-3bulan mcm selalu tu. Amin. Skrg ni masa berlalu semakin pantas. Tak lama dah nak masuk tahun ba

Kenangan Terindah

Image
Ketahuilah bahawasanya aku bukanlah gemok drp kecil. Kurus je mcm Naurah huhu. Aku yg bercekak itu. Masa mak Form 4. Masa ni aktif bola baling & bola jaring Matrikulasi KPM 2000 =) Ni pun masa matrix. Best moment ever K. Yang ni bukan aku. Tapi....KAK YA!!!! Dia pun bukanlah dr kecik gemok huhu

3 Tahun 10 Bulan

Image
Kopak Ayah kena pow beli kasut ni. RM40 okayyy!!! Hari ni genap umur Naurah Zayanie 3 tahun 10 bulan. Lagi 2 bulan genaplah 4 tahun. Hee...dah besar dah anak sulung aku ni. Tak lama sok ada pulak entry pasal dah masuk Darjah 1. Itu pun kalau umur aku masih panjang. Budak ni memang dah panjang sangat akalnya. Tengok ah tu posing kemain lagi. Takde sape ajar pun. Percaya ke kalau aku yg ajar dia posing gitu? Aku sendiri pon kalau bergambar kemain lagi kayu nya. Trademark peace tu jelah yg aku pandai. Hahaha Aku harappppp sgt lepas ni dia happy belajar kat tadika baru & day care baru. Aku & habi dah sedaya upaya cari tadika yang best untuk dia. Yuran tahunan sampai beribu. Bulanan dekat RM400. Day care & kelas siap ada CCTV. Moga berbaloi lah semuanya tu untuk awak Naurah. InsyaAllah. Sabtu ni kita balik Johor jumpa Atok & Nenek yer. Cik Eddy kata Abang Emriel tunggu awak balik nak main basikal sama-sama. Have fun okay! Teacher Nurul ka

Kenaikkan Kos Hidup Kami

Image
Tak tau kenapa perlbagai kenaikkan yg melanda negara kita skrg ni akhirnya aku rasa sudah terbeban. Maybe atas faktor pertambahan ahli keluarga jugaklah. Dulu bertiga, skrg dah berempat. Yer, xpayah nak preach aku pasal setiap anak ada rezekinya. Aku tau! Aku tak kata pun sebab anak-anak aku rasa hidup aku susah. Kita tengok drp sudut realistik ajelah yer. Takyah nak kait tentang hal lain. Realiti kehidupan di zaman milenia. Aku pun tak tahu samada aku & habi ni masuk kategori sederhana lagi ke tak ntah. Tapi memikirkan masih ramai lagi orang yg income jauh lebih rendah drp kami, so aku andaikan kami mmg middle income class lah. Cumanya makin tahun, makin banyak benda yg terpaksa kami lepaskan. Sbb benda yg kami mampu pd tahun-tahun sebelumnya dah jadi tak mampu pulak. Contohnya bab pergi holiday. Sebelum ni boleh pergi family holiday 3 kali setahun during new year, anniversary & end of year. Tahun depan rasanya cuma dapat kekalkan yg anniversary aje kot. Yang new

Testimoni Spectra M1

Image
Hari ni baru nak up entry. Hehehe. Sebab nak tunggu experience dulu the pump barulah boleh nak buat testimoni kan? Kisahnya pembelian Spectra M1 ni sbnrnya drp kes aku mengada-ngada aje. Kunun macam dah boring pakai Spectra 3 yang bulky tu lah. Memula nampak kat FB pasal pam Eve Love buatan Malaysia. Dah tertarik hati dah. Katanya siap ada lagu-lagu bagai. Cam best jer. Cam best jer.  Tapi tak lama lepas tu dapat tau tentang M1 ni. Terus mcm wooo O__o. So small & lightweight katanya. Pastu prevent back flow pulak tu. Ada battery built in. Lagi la mengada-ngada tu bertambah sampai jadi menggedik. Hahahaha. Menyampah je habi layan aku kalau dok cerita pasal nak beli pam baru. Sbbnya pam S3 tu molek je lagi takde masalah ape pon. Baru je servis sblm nak bersalin ritu & beli corong baru utk double pam. Tapi....aku kalau dah nak benda tu lagi pulak mmg guna hari-hari, tutup mata jelah bab rege semua ni. At least price dia masih reasonable & mampu bagi aku lah. Dul

P For Pagi & Politik Puihhh

Image
  Tajuk entry tak boleh blah. Hahahaha. Sebab aku sebagai salah seorang rakyat Msia tengah rasa sakit hati ni. Tahun 2013 ni kemain lagi banyak sangat kenaikan cost of living kat negara kita. Ni nak masuk 2014 pun akan ada lagi kenaikkan dlm bbrp perkara. Kenapalah semuanya berlaku dalam masa yg terdekat eyh? Ape org kerajaan ni dah takde yg bijak pandai ke camne nak tackle hati rakyat jelata? Ini ke cara nak suruh rakyat undi lagi pd PRU akan datang? Rakyat manelah yg akan jadi manusia bongok sangat dok ngundi lagi parti yang terang-terang tak mesra rakyat neh kan? Adakah anda tergolong dlm golongan itu? Soklan cepumas drp aku disitu. Sakit hati wey! Sape yg tak sakit hati memang manusia bangang. Haha. Ayat kemain kasor. Itu menunjukkan betapa sakitnya hati aku dengan segala kenaikan ni semua. Lebih sakit hati bila ada je menteri yang bongok dok bagi jawapan tak kena dgn pangkat bila ditanya mengapa naik. Terbaru tentang kenaikan harga tol. Boleh tak dia kata rakyat bol

Jangan Diajar

Image
Hari ni last habi cuti. Syok ah dia memanjang cuti je sbb kena habiskan sblm masuk tahun baru. Kalau x habis burn gitu je cutinya. Rugi ork? Naurah pun kemain suka la duduk rumah takyah g sekolah dgn ayahnya. Adik jelah sorang-sorang duduk taska. Sebbaek kecik tak paham ape lagi. Senang nak anto takde masalah. Everytime ibu said goodbye pon muka relax je takde perasaan ape. Hehehe. Esok dah start kena g taska semula ah si Naurah. Penat dah aku dengar alasan yg x munasabah dia bagi kalau taknak ke taska. Bertahan jelah telinga ni sampai masuk tahun baru ke tadika baru. Yang itu dia mcm excited nak pergi. Buat masa ni jelah. Tu pon dah request soh ibu teman. Tak koser haku! Memula aku plan nk amek cuti gak teman dia masa first day sok. Tapi pas pk dgn lebih mendalam, aku rasa tak perlu lah. Habi pon kata x perlu.  Kang kalau dah sehari berteman, sok-sok harinya dia soh teman lagi. Budak skrg ni bijak blaker. Tu pasal sblm buat apa2 kita ni kena fikir banyak. Kalau tak kena gaya,