Posts

Showing posts from February, 2015

Alkisah Suatu Masa Dahulu

Image
Otak aku ni daya ingatan memang tak berapa kuat kot. Kisah-kisah yang lama banyak yang aku dah tak ingat. Contoh macam kisah putus tunang dulu. Aku ingat betapa sedihnya aku masa tu sampai nak makan pun tak lalu. Sedih yang sesedihnya la senang cakap. Almaklumla cinta pertama kan. Bila dah jumpa orang lain yang dia rasa lagi molek peel drp aku, dia tinggalkan aku terkontang kanting gitu. Masa tu sedih & malu pasal dah bertunang. Kalau belum tu sokay lagi kot. Ini perkara dah melibatkan 2 buah family kan. Tapi dia tekad dah taknak kat aku. So nak kata apa? Kalau dia tak tekad, mesti kitorang kahwin which is kalau fikir skrg euwwww....tak hingin aku kahwin dengan dia! Takkan sebaik suami aku yang sekarang punya. Bwahahaha =P Yelah kalau aku compare sepanjang aku kawan dengan ex tu almost 4 years, memang lah suami aku skrg ni jauhhhhhh lagi baik dari dia. Habi aku kan rajin buat kerja rumah. Ex tu seingat aku jenis typical Malay man. Kerja rumah adlh tugas isteri gitu. Haktui

Happy 5th Year Naurah Zayanie!

Image
Kesian Naurah nak dekat birthday dia hari tu kena asma pulak. Syukurlah pantas dibawa berubat so tak perlu nak warded. Doc Khairul siap dah buat referral letter. Sehari sampai 2 kali neb & 1 time oxygen. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Nazif sakit matanya masih bersisa sampai sekarang. Pagi-pagi nak buka mata payah psl ada taik mata. Dah lah payah nak dibersihkan. Tak bagi lansung orang sentuh mata dia. Stressed betul aku. Kek Elmo Naurah ditempah dari Fad @thesweetwonder. Kawan sorang ni memang berbakat besar. Hiasan cantik, keknya pun sedap. Abang aku pun kata sedap masa bawa balik sikit ke Johor cuti CNY ritu. Dalam tu kek coklat. Hiasan tu ada fondant & cream. Thanks Fad. Silalah follow IG yang tertulis diatas sekiranya nak cuba kek dari Fad yer! InsyaAllah anda takkan dikecewakan ;) Since Naurah lansung tak ke kindy seminggu tu, kami celebrate birthday dia pada malam 18.2.2015 itulah di rumah my in law, Semenyih. Jemput lah makcik pakcik habi yang belakang rum

I Am Who I Am

Image
Tak semua orang pandai meluahkan perasaan. Ianya bergantung pada karakter individu tersebut. Ada orang pandai meluahkan perasaannya melalui kata-kata yg keluar drp mulutnya. Ada orang berbakat menyampaikan perasaan melalui lagu. Ada orang juga merasakan perasaannya sampai melalui penulisan. Baik. Aku pilih penulisan! Ahhaa..sangat jelas disitu. I really love to write. Selalunya apa yang otak aku fikir & apa yang hati aku rasa, sangat susah bagi aku nak jelaskan kepada orang lain in words. Mesejnya kurang sampai kot? Selalunya aku kalah dengan orang yang suka argue. In an argument untuk capai sesuatu conclusion, aku tak suka utk berada di dalam situasi tersebut.  I surrender. Dalam keadaan yang tegang, I'd prefer to be quiet. Bila berhadapan dengan orang yang agresif, aku akan jadi pasif. Sebab pada aku orang yang agresif ni kita tak boleh lawan cakap dengan dia. No matter what, dia mesti nak menang. Kalau kita kata dia salah, dia takkan terima punya. Jadi pada aku, leb

Ujian Anak Juga Ujian Ibu Bapa

Image
Anak atau zuriat merupakan perkara yang selalu dinantikan oleh pasangan yang baru berkahwin. Lepas nikah, hidup berdua suami isteri, mesti lepas tu kita aim nak anak. Untuk menambahkan lagi seri dalam kehidupan berkeluarga. Walau bagaimanapun, zuriat bukan perkara yang mesti ada dalam kehidupan suami isteri. Tak bermakna kalau kita tak ada zuriat, kita tak boleh hidup bahagia dengan pasangan kita. Jadi pada suami isteri yang tiada zuriat, janganlah terlalu sedih dengan ketentuan yg Allah dah tetapkan untuk anda. Dalam setiap ujian, kita kena cari sisi positifnya instead of sentiasa ingin mengenang dari sisi negatif. Allah tak pernah berniat menciptakan manusia untuk menzalimi kita. Hanya manusia yang suka menganiayai dirinya sendiri. Wallahualam. Selalunya orang akan kata, yelah kau tak alaminya kau mana tahu perasaan itu. Memang aku tak tahu. Tapi aku pun ada ujian hidup aku sendiri yang tidak kurang hebatnya dari Allah. Orang nampak luaran hidup aku je bukan dalamannya. Tak

Perginya Seorang Ulama'

Seorang ulama Malaysia yang sangat aku hormati telah meninggalkan kita semua malam semalam pada malam Jumaat jam 9.45. Tuan Guru Nik Aziz merupakan seorang ulama yang aku sangat segani. Mendengar cerita tentang betapa zuhud hidupnya walaupun seorang Menteri Besar sebuah negeri, ianya mengundang penghormatan yang sangat besar dalam diri aku. Tak ramai manusia yang mampu hidup sepertinya sedangkan dia ada peluang untuk hidup senang & mewah. Beliau terasa dekat dihati walaupun dia tiada kena mengena dalam hidup aku melainkan seorang saudara seIslam. Melihat dia hidup dalam kehidupan yang serba sederhana, tak membuatkan aku termakan dengan segala fitnah yang orang taburkan kepada dirinya. Secara peribadinya, TGNA mengingatkan aku pada arwah atok sebelah Abah. Ada persamaan pada iras wajahnya. Arwah Atok pun sangat lembut bila berkata-kata. Aku masih ingat lagi masa Darjah 6 kena  buat kajian tentang susur galur keluarga. Balik kampung Abah kat Batu Pahat, tanya dengan Atok ten

Birthday Party Blogger Jr - First Edition

Image
Ahad lepas bersamaan 8 Feb 2015, kami semua buat event pertama meraikan anak-anak sekalian yang lahir dari bulan Jan hingga April. Bayaran utk anak-anak yang sambut birthday cuma RM20 & RM15 utk yg tak sambut. Ia untuk menampung kos kek & menu utama iaitu Nasi Ayam. Makanan yang lain berdasarkan potluck. Banyak sangat makanan tak terhabis tapi semuanya di bungkus & dibawa balik ke rumah masing-masing. Tiada pembaziran lansung yer. Puas & seronok. Jimat pun yer. Nak banding dengan kos if kita buat sendiri party macam ni, memang banyak beza mcm langit dengan bumi. Naurah joined pasal Feb baby. Nazif akan join the next batch InsyaAllah. Paling best dapat bersua muka kembali dengan Hannah Johary & Xeea. Ciare, Tengku Ana & Ain aku first time jumpa. Dah kenal alam maya, tak kekok nak bersembang bila dah berdepan. Semuanya peramah & baik hati. Kaum ayah pun sama bersembang tak ada masalah nak bergaul. Anak-anak

Homework With Naurah

Image
Ahhaa...lama tak get back pasal doing her homework at nights kan? My new routine for 2015. Which I got excited back at 2014 tapi bila dah tiba masanya jadi singa mengajar anak. Hahaha. Memang dah diteka kesabaranku akan tercabar. Memang takde bakat jadi pendidik kot aku ni. Tapi orang kata selalunya ajar anak orang lain okay je. Ajar anak sendiri ni yang tak semua ibu bapa boleh buat. Garang dia lain macam bila dengan anak ni. Cepat naik angin pun yer. Kenapa eyh? Even teachers Naurah kat kindy semua kata she's a hardworking student & quite clever, aku macam tak percaya pasal aku tak nampak semua tu bila mengajar dia. So ada rasa macam kecewa. Agaknya teachers saja cakap yang elok-elok kot utk dia. Sampai camtu sekali aku berprasangka. Dahsyat tak? Lepas tu aku imbas balik kenangan masa aku kecik. Kemudian terfikir jugak genes yang datang dari habi. Well....hahahaha. Bad genes. Bad genes. Aku pun ada, habi pun ada. But after all we both graduate with degree kan? Not ba

Cubaan Gagal

Image
Kenan tengok jubah Cq ni. Bajet nak buat jubah raya. Dusty Purple tu menggoda betul hehe. Diorang ada Opening Sale cawangan kat Bangi weekend ni. So aku pun try la kaedah cuba jaya soh habi belikan ekekeke.  Yaaa..itu dia. Cubaan tidak berjaya. Sila cuba di masa yang lain kahkahh =P Aku keep on positive. Ini bukan declined secara kejam dari habi. Bermakna if dia ada duit, takde Sale pun dia akan belikan. Sinar harapan masih ada :D