Posts

Showing posts from December, 2015

Bayi Kulit Merah

Seingat aku masa Nazif baby dulu kulitnya memang nampak agak gelap & kemerahan. Masetu ingatkan kulit dia jd gitu sbb 2 kali warded duduk bawah lampu biru kes prolonged jondis bcoz of my breast milk. So macam wat lek wat pis jela. Yakin je makin dia grow up, kulitnya akan semakin cerah just like his mom. Ehhem hemm :P Habi pun bukanlah gelap sgt kulitnya. Kulit melayu sawo matang lah. Padahal tgk pic dia masa kecik cerah je haa. Tetibe dh beso jd kulit melayu biasa jugak haha. Bil yg 2nd kulit cerah pulok. Pdhal pil dedua kulit sawo matang je. Xtau ikot baka sape lak yg tu kihkih. Dan tekaan aku ttg kulit Nazif mmg tepat. Now kulit dia mmg lagi cerah drp Naurah. Persoalannya skrg adakah kulit Nadim akan spt abangnya? Yaa soklan cepumas disitu. At the moment yes, Nadim mmg gelap kemerahan just like his brother. Dah la suka sgt mengeliat sampai merah pekat mukanya. Since Nadim jgk breast milk jondis just like Nazif (both born with O+ve blood group), terserlah la kuningnya

1 Bulan

Image
Alhamdulillah hari ni genap Nadim Zayydan 1 bulan usianya. Moga dia terus membesar dengan sihat & sentiasa dalam perlindungan Allah. Ya Allah, tolong jagakan kesemua anak-anakku. Tiada sebaik pelindung melainkan Engkau. Ini bermakna ada sebulan je lagi sebelum naik kerja. Sama mcm kakak & abangnya, Nadim pun akan start ke taska by the age of 2 months old. Yer memang kecil lagi sangat kan? Tapi nak buat macam mana. Tawakkal ajelah pada Allah sambil berdoa semuanya baik-baik saje. Tak kira siapa pun yg menjaga anak kita waima diri kita sendiri sekalipun, apa saja boleh berlaku jika diizinkan Allah. Sebab tu kena ada konsep doa & tawakkal dalam kehidupan kita. Lepas ni akan bermula rutin baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Tak dapat bayang lagi rutin yg macam mana. Bab paling bermasalah ialah bab makan. Aku berazam nak buat bekal bekpes setiap hari utk semua. Ape yg boleh kita jimat, buatlah. Nak dgn tak nak je. Plus aku pun kena start diet healthy food. Mmg target n

Tahun Yang Mencabar

Sepatutnya Jumaat ni genap 30 hari aku melahirkan Nadim & ade follow up kat Annur. Nadim pun kena cucuk sebulan. Semalam aku dpt call dr Annur kabo Doc F cancelled her clinic this Friday. So aku request follow up on Monday jelah. Nadim pun cucuk on that day je senang sekali harung. Habi pun dah apply cuti so that dia pun tak perlu berkejar nak masuk office lepas settle hal kami. Selasa dia kerja sehari & on Rabu InsyaAllah kami akan bertolak balik ke Johor. Me & kids will stay there for about 2 weeks. Habi balik sini on weekend & next weekend pick up kami semula. Then duduk la rumah kami sendiri kat BBST for good sampai aku naik kerja semula on 18 Jan 2016. Thats the plan. Moga dipermudahkan. Allahumma amin. Bulan 1 nanti Naurah dah start ke kindy & daycare mcm biasa. Nazif pun ke taska as usual. Tak daya rasanya aku nak handle mamat tu dengan Nadim. Boleh meroyan dibuatnya haha. Tadi owner kindy Naurah dah wassap registration fee 2016. Total habi kena baya

Nadim Zayydan :)

Image

Penawar Bagi Hati

Kat Instagram aku adelah follow a few famous people macam adik beradik Kardashians. Dulu suka sangat follow program TV deme KUWTK tu. Sampai skrg pun ada lagi kan. Tapi since dah tak berapa minat sangat dgn TV, aku dah lama jugaklah tak follow. Kadang rasa serabut pulak otak tengok life orang kafir ni. Tak habis-habis dengan hiburan semata. Best ke gitu eyh? Semuanya keduniaan, tapi dalaman diri tu kosong. Senang kata takde iman lah. Aku yg tengok pun dapat rasa betapa sia-sianya hidup deme tu semua. Pd deme seronok je kot. Berparti, pakai baju dah layak panggil berbogel, sex life yang bebas. Urghh...memang rasa muak tengok life deme mcm tu. Akhirnya setelah bertahun-tahun follow program tu, akhirnya aku dapat buat kesimpulan bahawasanya kekayaan duit harta benda tu semua tak bermakna kalau takde iman didada. It is such a waste. Macam kat IG tu tengok gambar2 deme upload nampak breast bagai tu. Rasa macam takde maruah dah deme tu. Ape lagi yg tinggal kalau maruah pun dah takde

Layak Ke?

Manusia akan lalui 4 alam. Alam rahim, alam hidup didunia, alam kubur & alam akhirat. Lately dikejutkan dgn kematian 2 insan yg dikenali oleh byk lapisan masyarakat. Yus Jambu Raja Lawak & Tunku Jalil anak ke 4 Sultan Johor. Agak terkesan dgn pemergian mereka. Sesungguhnya mati itu pasti bg setiap makhluk yg bernyawa. Siapakah yg tak takut pd mati? Org yg x takut mati adlh org yg sentiasa mempersiapkn dirinya dgn bekalan semasa di alam kubur & alam akhirat nanti. Yang x lalai dgn kehidupan dunia. Alangkah beruntungnya mereka yg sedemikian. Aku x tau bagus ke x aku fikir mcm ni. Tapi aku mmg merasakan diri aku malang sbb dilahirkan sbg manusia sbb aku dipertanggung jawabkan ats perbuatan aku didunia ni. Kan best klu jd burung ke pokok ke. Takde hisab. Kat dlm kubur nanti dh kena hisab. Kalau kubur tu nmpk tmpt kt akhirat sok Syurga xpe jgk. Buatnya Neraka? Dalam kubur nti kita sorang je kan. Entah gelap entah terang. Takut klu fikir. Masetu dh x boleh buat apa p

Perbelanjaan Anak-Anak 2016

Nama aje duduk rumah tak keluar kemana. Tapi duit gaji dalam bank menyusut banyak sama je macam biasa. Ahh kenapalah shopping online ni wujud? Menyampah taw huhu. Benda yang memudahkan but at the same time boleh memparahkan kewangan manusia. Terutamanya kalau tak dapat dikawal macam keadaan aku sekarang. Dulu masa media social tak jadi trend, masa berpantang banyak dihabiskan dengan menonton TV. Skrg ni lagi pulak aku pantang kat tingkat atas yg xde TV, so 100% masa terluang tu digunakan utk melayari media social. FB, Instagram & Whatsapp Group. Itulah 3 yang menjadi peneman aku disaat kebosanan. Blog cuma jenguk bila dah muak dengan yg 3 tu. Leceh skek pasal nak kena On netbook. Yang 3 tu pakai henfon je. Boleh jgk draft blog kat henfon tapi tak feel sangat. Tadi aku wassap Ibu Midah owner taska Nazif tanya pasal fees utk 2016. Dia kabo utk Nazif masih sama RM250. Annual fee RM50. Utk Nadim pulak pendaftaran baby RM100, annual fee RM50 & monthly RM300. Total kena baya

Bentan

Tak best betul entry takde gambar. Sorry la ye tak dapat nak show off muka Nadim kat sini. Kena tunggu naik kerja nanti kot. For the time being bertahan jelah korang dengan entry bertulisan saje kat sini. Itu kalau korang rajin nak membaca lah. Tak rajin kalu g la jalan blog lain hehe. Jumaat depan habi cuti sempena Bday Sultan Selangor. So aku pun try la ajak dia balik rumah BBST kejap dengan budak-budak. Bagi my in laws bernafas skek kat sini. Penat kot jaga org berpantang & dalam masa yg sama nak melayan karenah 3 cucu yang macam-macam tu kan. At the same time aku pn dapat la keluor tengok dunia luor skek drp dok terperap dlm bilik ni ha. Lemau sangat dah rasanya. Kalau org kata berpantang tu 44 hari, ada lagi 28 hari lagi aku kena lalui. Perghhh. Kadang nak rasa masa tu cepatlah berjalan biar Nadim tu cepat skek besornya. Senang skek nak jaga. Kecik sgt ni mcm fragile sangat kadang takut tercuai ke ape kan. Seram mak. Dah anak 3 pun masih takut macam-macam tau. Tak per

Bulan Terakhir Tahun 2015

Ya Allah...dah masuk bulan terakhir dah kite pada tahun 2015 ni. Pantasnya masa berlalu sekarang ni. Naurah pun dah nak masuk 6 tahun usianya. Aku pun dah ada anak 3. Macam tak percaya tapi kena percaya jugaklah kan? Tahun 2016 pastinya tahun yang penuh mencabar buat kami sekeluarga. Dengan pertambahan ahli keluarga baru, dengan kenaikkan taraf hidup yang makin melampau, semuanya perlu di atur dengan teliti kalau taknak berdepan dengan sebarang masalah terutamanya bab kewangan. Aku juga ada target utk diri aku sendiri. Pastinya berkait dengan bab ibadah kpd Allah & penambah baikkan diri sebagai seorang isteri, ibu, anak, kawan & pekerja. Masih banyak ruang kosong yang perlu diperbaiki. InsyaAllah moga diberi peluang. At the moment aku masih di rumah in law, Semenyih. Looks like we will be here for quite some time. At least until my next follow up with gynae on the 18th. I don't want to think too much. Its easier for habi if we stay here rather than going back t