Posts

Showing posts from July, 2013

Agaknya Update Terakhir Sebelum...

Bersiaran drp opis. Kat opis jugak yg syok nak update blog. Selesa tekan keyboard besar gabak gini. Laju aje menaip meluahkan apa yg ada dalam fikiran. Oh..sbnrnya aku masih on mc hari ni. Pagi td ke Annur dulu amek mc for this whole week & hantar ke office. Alang dah sampai sini settlekan pending works yg ada & bg amanat terakhir sebelum mc lagi next week sampailah tarikh serah diri on 31.7 which is on next Rabu. Sama-sama la kite tengok jd baby July or August. Tak kisah la date mane pun baby nak keluar. Yg penting semuanya selamat & dipermudahkan. InsyaAllah. By right this Sabtu merupakan check up terakhir di Annur. Dr. Fatimah suka sangat jumpe aku gaknye. Best sembang ork? Hehehe. Aku rasa mesti kena 'seluk' kalau mengikutkan pengalaman masa Naurah dulu. Doc nak tengok samada pintu rahim dah matang atau tidak. Kalau takde aral, will proceed with the date above lah. One more thing why Dr. nak induce on my 37 weeks is sebab nak elakkan bersalin waktu dekat na

Khabar Dari Penulis

Salam Ramadhan semua ^^ Ada yang tertanya ke mane aku menghilang? Alah..ramai dah boleh agak kot. Aku ade je lagi kat rumah. Belum bersalin. Tgh sarat menghitung waktu full term at 37 or 38 weeks. Ada lebih kurang 2 minggu je lagi. Moga dpt bertahan hingga ke waktu yg sesuai. Amin. Last check up kt Annur aku kena warded psl bp tinggi. First day puasa aku lupa makan ubat masa sahur. Semalam aje pun. After that doc bagi mc sampai la esok (Jumaat). Sabtu ada check up lagi. Then maybe sambung lg mc sampai lah bersalin. Tak pasti lagi guane. Klu kena kerja, kerja ajelah. Tp honestly waktu dah sarat mcm ni pastu kena puasa adalah lebih best klu dpt duduk kt rumah je. Sbbnya sehari at least akan muntah 2-3kali sbb perut kosong. Pastu tenaga mmg tak banyak la. Lemah sgt bdn ni rasa. Asyik terbaring aje pun kat rumah. Petang ajelah gagahkan diri utk masak juadah berbuka. Itu pn kdg habi yg kena ambil alih kes tak larat sgt-sgt. To date aku baru tuang sehari je puasa. Hari yang

Rangkuman 1 Ramadhan

Kesian blog lama tak update. Hari ni dah pun masuk 1 Ramadhan. Gigih lg aku bangun awal panaskan lauk & sahur bersama dgn habi. Kebetulan Naurah terjaga & menangis pulak carik aku takde kat sebelah dia. Terpaksa la habi bawak dia turun & jd peneman kami bersahur. Masa nak mandi habis semua mknn sahur keluar balik. Sampai opis pun keluar lagi. Kali ni dah lendir cokelat yer. Homai. Baru pagi ni. Dah la lupa makan ubat darah tinggi. Lepas muntah sakit kepala pulak. Dugaan betul. And yes pagi td aku terjatuh dlm bilik air. Sempat berpaut kat pintu tp sbb badan dah berat, terduduk la jugak. Luka berdarah sikit kat kelingking kaki. Sakit la kat area bawah dekat dgn pelvik tu. Nak jalan kena slow gila pasal sakit kt area rahim tu membawak ke pinggang.  Hebat kan rangkuman cerita 1 Ramadhan aku? -.-" At the moment aku masih tak buka puasa lagi. Rasa aloya datang & pergi. Selagi boleh tahan, aku tahankan jelah. Ni tghari ada check up guane la BP aku gamakn

Menjamu Rakan Seopis

Malam tadi gigih uolls mak yong 8bulan+ ni mencanai roti jala. Satu setengah jam dok mencanai. Semput mak. Dgn sakit pinggang lagi sbb berdiri lama. Memang carik nahas betul aku ni. Dah sarat gini baru la nak jamu orang opis makan. Sebelum ni dok bertangguh aje kan? Skrg rasakan akibatnya T____T Tapi puas hati uolls dpt masak & jamu orang makan ni. Simple aje pun. Roti jala & kari ayam. Sedap wohh habi masak kari ayam. Memang aku biarkan dia aje yg masak itu kari. Sebab aku dah sibuk nak bancuh tepung, blender & tapis bagai. Then nak canai lagi. Kalau habi tak tolong masak kari ayam, mmg lagi flat aku dibuatnya. Entah-entah on medical leave terus hari ni kes tak larat nak bangun katil. Hahahaha -.-" Pagi tadi sempat jugak aku goreng popia segera beli kat Giant malam tadi. Buat tambah-tambah. Nak buat sendiri memang tak sempat dah la. Tak kuase dah aku. Nampak yg ready made terus je kaut tanpa fikir banyak even sblm tu dok jeling kulit popia. Sebbaek la aku sed

Pemilihan Tadika Naurah 2014

Image
Sekarang dah bulan 7. Beberapa bulan je lagi nak masuk tahun 2014. Naurah pun akan berumur 4 tahun waktu tu. Nampak dia pun makin hari makin bijak. Cakap memang dah petah sangat la kan. Dah diapers free kecuali masa yak-yak =P. Budak perempuan memang cepat sket perkembangan otak dia. Akil baligh pun lebih awal drp lelaki ye tak? Kazen yg sebaya dia si Abu Bakar cakap pun tak lepas lagi. Kebetulan Abu lahir akhir tahun yg sama dgn Naurah. So lagi la lambat kan? Ibu bapa mane lah yg tak risau kan kalau anak sebaya tp development anak kita agak jauh ketinggalan. Tapi utk anak lelaki mmg ramai dah aku jumpa yg lambat bercakap etc. So aku rasa mcm normal kot. Walau apa pun better bawa jumpa doc kanak-kanak la dengar what they say. Kadang kita rasa normal tp doc kata tak normal pulak. At least kita kena ada second opinion lah kan. Kalau bermasalah, boleh treat drp awal lagi bagus kan? Ada jugak anak lelaki yg cepat je perkembangan dia mcm anak perempuan. Yg ini mmg tak payah nak risau l

Menelusuri Sirah Rasulullah

Allah berkata ' sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta pertukaran antara siang & malam terdapat tanda-tanda bagi orang yang beriman '. Lupa pulak dalam surah apa ada ayat ni -.-" Lately lepas solat maghrib since nak baca Quran dah sangat mengah, aku tukar dengan baca buku tulisan ulama' tersohor Arab Saudi Dr. Aidh Abdullah Qarni yg sangat sesuai utk jiwa yg tandus seperti aku. Penulisan beliau mmg byk memberi kesedaran dlm diri aku tentang keseimbangan yg perlu dicari dlm kehidupan dunia & akhirat. So buku yg aku ralit baca skrg bertajuk Nabi Muhammad SAW Al Quran Berjalan. Buku ni more to sirah la senang cakap. Menelusuri kehidupan Nabi drp kecil sehinggalah baginda wafat. Walau dah tahu secara kasarnya tentang kehidupan baginda sbb belajar masa sekolah dulu, kupasan yg berbeza memberikan nafas baru dalam buku ini. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku membaca buku ni. Hampir 5 tahun dah usianya bersama dgn aku. Ini merupakan pembacaan k

Jamu Mata Mana Yang Boleh Dijamu

Image
Tahun depan kot baru nak cat lain huhu Dah belen2 baru nak snap gambo. Petai pon dah yillek. Ketam Masak Sambal Telur Blanket for adik baby. Sgt soft. Love. Sepsi ah kakak tido huhuhu Sambal Udang Petai & Kobis Bunga Tumis Air Naget Ayam Tempura yg mendapat byk kritikan hahaha Xtvt berkuda di rumah Kak Ya Kuat ke awak Naurah? Tak duduk betol2 pun si Ayan tu Naurah baru 13kg. So Abg Ayan boleh tahan xde masalah Mee Hailam koboi

Pilih Kasih Jantina Anak

Image
Tertinggal henfon kat rumah pulak. Tak dapat nak wasap wasap dengan geng semua hari ni. Harap maklom jelah yerk. Takde idea nak update ape hari ni. Semalam sempat transfer gambar dari Ace. Sat lagi aku upload. Gigih hari ni bangun pagi buat nasi goreng utk Naurah & diri sendiri. Habi je bawak bekal special yg tak boleh ditulis kat sini. Ntah pape. Hahahaha. Dah 2 malam rasa mcm best aje tido. Badan rasa fit. Pagi pun bangun lebih awal drp biasa sbb rasa dah cukup tido & rehat. Perut memang makin besar. Sangat menonjol ke depan. Comel je tengok. Aku jelah kot yg tengok comel. Orang lain tgk tidak gaknye. Hehe. Abaikan. Nampak dah sarat benar dah aku ni. Kalau tak akhir bulan ni, awal bulan depan bersalin lah aku. Mmg dah tak lama pun kan? Kdg rasa mcm tak percaya aje akhirnya dapat juga sampai ke fasa ni. Lepas ni dah jd ibu beranak 2. InsyaAllah sepasang. Dulu selalu jeles tgk orang dpt anak sepasang. Tak sangka Allah bagi peluang tu pd aku hambaNya yg serba lemah ni.

3D Adik Baby

Image
First time buat 3D/4D scan. Masa Naurah dulu asyik bertangguh sampai dah tak relevan nak buat. Kali ni pun sebenarnya malas nak buat. Tapi sebab byk komplikasi, so buat jelah mane tawu dapat detect apa-apa yg tak best dari awal. Contoh klu baby ada masalah jantung berlubang ke ape kite dah boleh tau drp awal. Persiapan mental & fizikal dh boleh buat lebih cepat. Ada juga kebaikannya kan? Bukan saje nak gatal-gatal buat pun. Kos buat kat Annur RM240 yer. Byk je tempat lain yg lebih murah. Cuma kami jenis malas hehe. Tengoklah adik baby tu letak tangan atas dahi macam tengah berfikir dgn sirius sekali. Doc godeh-godeh pon dia tetap lagu tu jugak. So ikut muka aku ke muka habi baby neh? Aku memang takde idea lansung. Tekaan aku kali ni fizikal byk ikut aku. Perangai pulak ikut habi. Macam bertentangan dgn Naurah la =P Tak kisah lah. Yg paling penting baby sihat walafiat & cukup sifatnya. InsyaAllah. 

Semakin Hampir

2 hari di hari bekerja aku tak update blog. Cita-cita aku nak dapat MC hari Khamis & Jumaat lepas telah Allah makbulkan. Alhamdulillah. Memang badan sangat perlukan rehat. 2 hari dipergunakan sebaiknya. Berehat sambil melayan Naurah yg behave sebab takut kena hantar ke taska. Haha. Overall, check up yg lepas adalah memuaskan. Doc happy, aku pun happy. Semuanya nampak normal. BP jelah as usual at border line. Doc kata its okay. Nothing to be worry much. Adik baby dah 1.9kg. Membesar mengikut carta pembesaran normal. Air ketuban pun okay. Kepala adik baby dah kat bawah tapi tak masuk kat tempat yg betul lagi. Doc kata dia masih boleh berpusing-pusing sbb masih ada ruang. Sabtu pagi kami ke Au2 Keramat. Rumah Kak Ya ler. Saje lepak jumpe my parents. Habi akan out station ke Jakarta this coming Friday until Sunday. Memang agak sedih jugaklah sbb dah sarat mcm ni kena tinggal pulak T_T Tapi takpelah. Naurah ada boleh temankan. Nak permudahkan cerita, aku akan apply leave on