Posts

Showing posts from August, 2014

Mak Jemah Sangat Awak Naurah!

Image
Gelak nak pecah perut sampai kuor air mata jumpa pic budak ni selfie dalam henfon. Naurah memang jarang sangat main henfon aku. Sebab henfon mak takde install game ke ape. Even Tom the cat tu huhuhu. One morning dia main henfon ni sebelum ke kindy. Pic ni dia snap kat porch kereta. Memang aku tak perasan lansung pasal bz nak masukkan beg bagai dalam kereta kesana kesini. Tak amek kisah dah dia buat apa. Sampai office jumpa pic ni memang tergelak gelak dibuatnya. Tak tahulah dia ikut siapa. Siap duck face tu haaa. Aku rasa teacher dia kat kindy selalu buat dengan kawan-kawan dia yg lain kot. Aku x pernah pulak buat duck face. Dan tak pernah sesaje amek pic selfie sensorang muka terpampang gini kat rumah. Kalau kat office tu ada lah sesaje post dlm grup wassap haha. Whatever lah Naurah. Asal awak happy. But you really made my day =D

Adakah Aku Ujub, Riak & Cinta Kemahsyuran?

Image
Terasa sangat bila baca semua yang aku print screen ni. Aku bertanya kepada diri sendiri tentangnya. Ada yang aku sendiri kurang pasti.  Perempuan memang susah nak lari daripada 3 penyakit di atas. Kita akan post gambar yang kita rasa paling terbaik kita snap. So, yes...kita rasa diri cantik bila share it to public. Mencari perhatian, rasanya aku tak rasa begitu. Aku tak perlukan perhatian orang ramai pun. Aku cuma suka share. Happy-happy. Takde niat utk tarik perhatian orang pun. Ingin dipuji tu rasanya ada jugaklah sikit. Perempuan terutamanya memang suka pada puji-pujian. Padahal puji-pujian tu selayaknya hanya kepada Allah kerana dia yg menjadikan rupa paras kita ni. Walau aku rasa aku tak terlalu kerap post gambar diri sendiri, tapi rasanya ada eloknya lah aku kurangkan ianya lagi. InsyaAllah.

Resipi Spiral Pasta Goreng

Image
Setelah beberapa hari tertangguh misi ini. Akhirnya....tadaaa...hehehe =P Gigih uolls bangun pukul 6 pagi (boleh dikira gigih ke ni?kahkah). Lepas solat terus masuk dapur zupp zapp membuat segalanya dengan pantas. Risau kalau lari timing nanti punch card merah kena memo pulak huhu. Sebbaek malam td dah defrost daging cincang. So kejap jelah dah lembut dagingnya.   Ini pertama kali aku beli spiral pasta. Saje nak buat kelainan. Nak tengok budak-budak & ayah budak suka makan ke tidak. Harapnya suka lah yer. Berjaman dah rasanya aku tak buat breakfast utk orang kat dalam rumah. Haihh..ape nak jadi lah...(sape soh tido lambat main wassap?hohoho) K jom tengok resipi yang simple ni. 1. Rebus spiral pasta selama 10 minit. Kejap je dah lembut =) 2. Cincang bawang besar, bawang putih & halia. 3. Potong kiub kecil carrot sama mcm nak masak kuah spagethi. 4. Potong sosej & isi ketam sesuka hati korang nak besar gane hehe 5. Tumis bahan yg dicincan

Ayunya Kakak Naurah

Image
Allahu....besar dah anak dara aku ni hah. Kemain ayu lagi berkurung peplum. KIsahnya kami ke Giant nak beli a few things lah last Sunday. Masa nak balik aku terrrrr singgah kat tempat jual baju budak-budak. Banyak betul t shirt Frozen dijual dengan harga RM10 je. So aku pun membelek lah dengan Naurah while habi dukung Nazif. Tetibe eyhhh ada kurung peplum? Kain lycra sejuk & jatuh cantik je bila pakai. Ada saiz Naurah pulak tu. Then habi tegur soh cepat sikit sebab si Nazif dah start cranky nak ke mak dia -..-". Aiii...menyampah sangat bila kita nak beli-beli di suruh cepat taw! Teros potong mood. Pulak tu habi kata ntah bila masa nak pakainya baju kurung gitu. So aku pun tarik Naurah ajak balik jelah. Tak sampai 10 langkah Naurah dah  buat muka nak menangis. Hehehe. Rupanya dia dah berkenan sangat kat baju tu. Kesian pulak nengoknya. So aku pun patah balik & terus beli. Murah je pun. RM30 =P Sampai rumah, terus sarung & soh dia posing. Gambar diatas

Beraya Bersama Blogger

Image
Persahabatan yang terjalin melalui blog di antara kami semua semakin erat. Alhamdulillah. Siapa sangka drp blog hasil nukilan penulisan masing-masing, tali silaturrahim ini dapat terjalin diantara kami. Bermula daripada persiapan perkahwinan masing-masing, hinggalah hidup berdua, bertiga, berempat & ada juga yang dah berlima. Aku ada kawan-kawan dari sekolah, matrikulasi, universiti & pejabat. Tapi yang paling rapat dan dekat sekali dengan hati adalah kawan-kawan blogger. Kehidupan skrg sangat terisi dengan adanya diorang ni semua. Tak kira masa, kami berhubung melalui aplikasi whatsapp & media sosial yang lain. Moga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke hujung nyawa. Amin ya rabb. Weekend yang lepas aku berjaya men join kan diri beraya ke rumah Ardina di Acacia Park, Nilai & rumah Fad di Seri Kembangan. Walau hanya 2 buah rumah, tapi kepuasannya tu memang tak terhingga sebab dapat jumpa ramai blogger & ex-blogger (hohoho) yg mmg kacik-kacik belaker.

Open Office 2014

Image
Jumaat lepas, serentak dengan hari Malaysia berkabung MH17, jabatan aku buat makan-makan sempena Syawal juga. Majlis dah dirancang lama. Takde masa dah nak postpone & buat hari yang lain. So, kami teruskan jugak lah dengan apa yang dirancang but at the same time tidaklah bergembira mana. Takde bukak lagu raya pun mcm selalu. Tengok tv3 online je utk majlis berkabung tu. Tahun lepas takde entry mcm ni sebab aku on maternity leaves melahirkan Nazif. Kali ni kami semua pakat kumpul duit & order jer most of the juadah. Menu utama ialah roti jala, nasi dagang & nasi arab zorubian. Ada chocolate fondue lagi ko! Kerlassssss gitu wuhuhu. Seharian memang tak buat apa pun. Jumaat selalunya mmg relax-relax je pun. Casual day. Semua makanan yg berlebihan habis ditapau. Suksess. Memang lagi senang kalau order je. Nanti dah boring dgn makanan order, kita tukar balik potluck =P Gambor lebih kurang je semua gaya HAHAHA. Layanzzzz jelah. Moga bertemu

MH17 - Malaysia Berkabung

Image
Hari ni seluruh rakyat Malaysia berkabung sebagai memperingati mangsa nahas kapal terbang MH17 di Donetsk, Ukraine sebulan yang lalu. Hari ni seramai 20 jasad & abu mangsa yang terlibat dibawa pulang ke tanahair. Satu Malaysia bersedih diatas nahas yang berlaku.  Ini merupakan kali pertama majlis berkabung di jalankan di Malaysia. Ianya akan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah negara. Moga ini menjadi nahas terakhir yang melibatkan syarikat penerbangan negara, MAS.  MH370 masih belum ada penutupnya. Kita masih belum lupa kepada mereka. Salam takziah kepada mangsa yang bukan beragama Islam & al Fatihah kepada mangsa yang Muslim.

Tragedi Lupa Anak Lagi

Image
Tragedi yang sama berulang kembali. Tadi otw ke office dengar kat radio pasal seorang guru perempuan terlupa anaknya ada di belakang tempat duduk kereta. Dia ingat dah hantar pergi nursery. Budak tu tido agaknya. Sebaya Naurah. 4 tahun. Lebih kurang 8 jam la anak terkurung dlm kereta, akhirnya dijumpai semula oleh ibunya petang selepas habis mesyuarat dlm keadaan tidak bernyawa lagi. Ya Allah, sedihnya..... Kita nampak macam memang 100% salah itu diletakkan di bahu ibu. Tapi kecuaian sebegini memang sukar dielakkan bilamana kita faham erti kata TERLUPA. Rutin yang setiap hari kita lakukan selama bertahun-tahun memang boleh mengelirukan. Bila anda berada pada tahap usia seperti aku. Dalam umur 30-an begini, InsyaAllah anda boleh faham. Dengan kesibukkan di pagi hari menyiapkan diri sendiri dan anak-anak. Bila ada terlalu banyak benda yang kita fikirkan, apa-apa pun boleh terjadi.  Kadang kita keliru samada benda yang kita buat rutin tu dah buat ke belum. Kadang kita rasa da

The Perfect Husband & Daddy

Image
Hari ni baru ada mood nak baca komen. Hehehe. As usual lah. Sori ye semua. Rasa mcm nak buat tak bagi orang komen pape sebab malas sangat nak approved komen tu semua. Apa pendapatan korang? Hehehe. BM failed ke ape ni? =P Sehari dua ni internet kat office tersangat lah teruknya. Stressed mak dibuatnya. Habi and his team pun dah berusaha sedaya upaya nak settlekan masalah ni. Semua orang pun kenalah memahami & bersabar. Padahal banyak je keje yg tak melibatkan internet boleh buat. Saje mengada khennnn kuikuiii As usual sebagai wife orang network, ramai jelah yg mengadu domba pasal internet ni. Well, nak buat camne. Kita bersabar sajalah. Jangan ribut-ribut dehh! Hari ni juga dah start mensibukkan diri dengan persiapan nak buat Open House Raya Dept.2014. Menu aku kena rahsiakan dulu. Nanti tak seprais pulak nak tepek gambo kat sini. Kebetulan pulak hari Jumaat ni kita semua berkabung atas tragedi MH17 kan. Bos kata semua pakai baju hitam yer. So takdelah kemain nak vogue

Throw Back 2013 Pulak

Image
Tahun lepas. Tahun 2013 paling horror sekali nak imbas kenangan gambar. Terutamanya bab preggy hohoho. Seram ah tengok badan masa tu. Padahal badan skrg pun x lari jauh dari waktu tu bwahahaha. Yang best 2013 ialah lepas Nazif dilahirkan. Alahai...happynya ada baby semula. Bau baby tu tersangatlah harum. So kita imbas gambar yg best best ajelah yer utk tahun lepas. Hehehe. 4th anniversary. Bayou Lagoon Waterpark, Melaka Bukit Tinggi. Masa ni 8 bulan preggy Nazif haha. Boyot sangattt Kakak yang penyayang Anyonyonyo...gewammm Sweet like sugar A father's love =) Akikah Nazif di Linggiu, Johor

Kenangan 2012

Image
Sweet je dedua ekekeke =P Family Trip to Medan Comel Naurah rambut pendek kan? Oyen. Dah mati kot. Lama dh x nampak Mee hailam Mee kari Gambar last sekali ni Nazif baru sekecil kacang tanah kot dalam rahim. Hehehe. Kenangan tahun 2012 ^____^

Sepetang di klia2

Image
Adik tak takot lansung Hidung jugak dia tuju Naurah kata Nazif korek hidung bear kahkahh Kesian ibu kena tinggal. Maklom la badan berat kahkahh Poyo sgt awak kak buat muka gitu Gigi rabbit Liptip ibu dr tester di Guardian. Liptip Nazif is natural huhu. Snap by Naurah Sangap sungguh weekend yang lepas. Berkurung di rumah gara-gara Nazif tak sihat. Cranky dia masyaAllah. Sangat lah menguji kesabaran. Serba tak kena. Petang Ahad mak dah tak boleh tahan. Lepas Asar ajak habi keluar. So ke klia2 lah kita dengan harapan dapat la beli serum Organic Aid utk muka ku. Nan hado pun. Plus nak cari supplement for kids. Bagi kuat skek antibodi badan melawan penyakit especially flu. klia2 ni best gak jenjalan. Yang tak best parking fee dia mahal. Asal kesana mesti RM8 kena bayor. Dah standard klcc. Mana tahan nak pergi selalu. RM8 tu boleh dapat sehelai t-shirt Naurah or Nazif. Hahaha. Dah alang-alang sampai sana, minum petang jelah sekali. Makan kat Quizzi