Posts

Showing posts from April, 2016

Moga Semua Berjalan Lancar

Image
Alah...macam busy sangat lah kerja sampai tak terupdate blog ni dekat seminggu yer. Macamkan hebat sangat position awak tu nak busy busy sangat. Hehehe. Syok jugak mengata diri sendiri sekali sekala. Psikopath. Hahaha. Hari ni penghujung hari segala busy. Petang ada Town Hall Meeting Q1 kat Kirkby College. Pulaknye aku in charge untuk catering. PIC yang selalu deal tu cuti pulak. Nak taknak kenalah aku ambil alih tolong menolong sesama manusia. Harap sangat meeting kali ni pun berjalan lancar. Biasalah buat kat tempat orang ni payah sikit. Kalau kat hotel tu takpe pasal dah memang tugas diorang handle event macam2 kan.  Hari ni baru nak buat final setup untuk projector, sound system bagai. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami AJK THM ni. Amin. Banyak sebenarnya benda nak cerita tapi masa ni sangat cemburu pada I hari ni. Habi dah pergi ke Beijing petang semalam. Dah sampai pun kat hotel sana around 2.30am. Leganya bila dia balas whatsapp. Harap Allah permudah jugak urusan

Hubungan

Image
Apa agaknye perasaan nak pergi kerja tiap pagi kalau tahu ramai orang tak suka kat kita eyh? Seronok ke perasaannya? Atau tak kisah je? Just live with it. Secara amnya apabila manusia mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, automatiknya hubungan kita dengan manusia juga menjadi bertambah baik samada secara kita sedar atau tak. So bila kita tahu ada ramai orang tak suka kita, selalu ada masalah dengan orang lain, tak terfikirkah kita utk memperbaiki amal ibadat kita pada Allah? Mesti ada something wrong somewhere ye tak? Kenalah muhasabah diri & cari penyelesaian pada masalah tu. Takkan nak biar je. Dikatakan kerja kita ni juga merupakan 1 amal ibadat sebab kita mencari nafkah untuk diri kita & ahli keluarga kita. Kalau kerja kita berhubungan dengan orang, susah sangatkah nak permudahkan kerja orang lain? Dan tak bolehkah bila bercakap dengan orang tu dengan perkataan yang baik-baik tak perlu nak tempelak itu ini. Siryes aku tak faham dengan orang yang macam sentiasa

Resipi Cheese Roti Biskut Nutella

Image
Tak sedap betul nama dessert ciptaan aku ni hahaha. Tak tau nak bagi nama apa bagi sedap skek sebut. By the way resipi ni aku cipta berinspirasikan drp resipi femes Cheesekut atau Cheese+Biskut. Pernah la dolu2 buat sekali Cheesekut ni pastu takde dah. Biasalah aku takde passion bila buat sesuatu benda. Jenis dapat buat sekali jadiklah. Jarang nak ada rasa teringin yang membuak-buak kecuali kalau boleh order kat orang lain bahahaa =P Nama pun pembeli tegar kannn Ok stop merapu. Meh aku share resipi penambah lemak & penyakit yg terhebat di musim panas ni. Paling penting tak perlu mixer & oven. Dalam setengah jam dah siap masuk dalam peti tunggu sejuk sebelum ngappp. Mlm td belum sejuk masa pun baru sejam gitu aku dah tak sabar nak rasa & paling penting sekali bagi Naurah rasa. Siap dia kalau kata ada rasa besi lagi mcm aku buat Puding Roti ritu grrr. Sebbaek dia kata sedap. Mau tak sedap kalau ada rasa nutella tu. Feveret dia la tu nak sapu kat roti ehhee... Bahan-b

Shopping Online Next UK

Image
Klik gambar untuk perbesar Yaahhh....tak sabar hehehe. First time order & bayar sendiri guna Debit Card pembelian kat Next UK ni. Sebelum ni cuma tumpang parcel dekat Fad. Transfer duit kat dia & dia yang orderkan. Then parcel sampai kat rumah dia & aku datang pikap sane. This time beranikan diri guna Mastercard Maybank DC sendiri sebab Fad pun dah pindah Subang nun. So kita kasi cubalah tengok OK ke tak. Risau banyak proses je pasal shipping from oversea kan. Rupanya OK je macam beli kat Lazada je haaa hewhew Kat Next UK ni best pasal memang ada shipping ke Malaysia. Bila bukak website dia, semua harga dah tertera dalam RM. Tak perlu nak convert bagai. Shopping online macam biasa je. Easy peasy. Shipping free bila beli total barang RM150. Kalau kurang kenala shipping fee dalam RM17 gitu. Takdelah mahal sangat pun. Reasonable lagi tapi biasalah aku selagi boleh nk dapat free, usahakanlah haha. Total damage for this parcel RM152. Nampak sangat semata nak dapat shi

Skirt Sewn By Dayu

Image
Selagi boleh support, kita support lah kawan-kawan yang berjual beli ni. Dah diri sendiri tak ada bakat yang boleh dikembangkan, maknanya memang jadi pembeli tegar ajelah aku ni. Mak pasrah hewhew. Pasrah kunon, bile duit yillek meroyan jugak aku bwahahaa. Serik jugak rasa takde duit macam haritu. Skrg nak beli online dok bukak tutup website. Kejap rasa nak beli, kejap rasa sayang duit. Dah macam onggila hahaha K dah lari tajuk. Skirt ni geng blogger wassap Dayu yang jahit. Dah jadi minat dia kot. Puas gaknye tengok hasil lebih2 bila comel2 haa anak-anak geng pakat dok pakai. Skirt yang atas sekali tu Dayu bagi Free ke Naurah sempena birthday dia yang ke 6 tahun Febuari lepas. Thank you Acik Dayu!! Love love. Skirt yang second tu inspirasi dari gaun Anzalna yang femes itu. Lawa kan? Naurah ni memang girly budaknya. Dari kecik selalu pakai gown pon. So takde masalah nak pakai skirt gini memang dia suka je. Cuma sejak blajor kat kindy Islamic dia dah segan nak pakai gown

Pendaftaran Tahun 1 SRAI Salak Tinggi 2017

Image
Alhamdulillah ambil dah akhirnya borang pendaftaran Tahun 1 utk Naurah next year kat pejabat sekolah SRAI Salak Tinggi. Borang kena ambil & hantar ke sekolah semula dalam bulan April ni je. Adalah a few dokumen yang dia suruh kita buat copy & info yang kita perlu tahu utk exam kemasukkan bulan 5 nanti. Seronoknya kalau Naurah lulus exam dan boleh masuk sekolah ni. Senang pasal kurikulum sekolah biasa & agama dah sekali. Takdelah penat sangat anak nak kena transit pasal sekolah berlainan kan. 1 sessi je sampai ke petang pastu transit kat kindy Naurah skrg sekejap tunggu kami habis kerja pikap. Aku beli sekali Koleksi Soalan Exam SRAI Edisi Ke-3 dgn harga RM15. Soalan dia lebih kurang je dengan copy yg Ticer Nurul bagi utk soalan exam tahun2 sebelum ni. InsyaAllah Naurah boleh jawab cuma tang tulisan jawi & bahasa Arab tu masalah sikit kot. Kena pesan kat Naurah jawab mana yang boleh jawab je. Kalau tak tahu, tinggal jelah teruskan jawab soalan yang seterusnya.

Fasa Perubahan Aku

Image
Manusia ni aku rasa semuanya ada fasa-fasa kehidupan yang lebih kurang sama. Dari kanak-kanak, menginjak usia remaja, kemudian masuk fasa pemuda pemudi sehinggalah berkahwin & ada cahaya mata sendiri. Pada aku itu senang kata kitaran normal hidup manusia lah. Tapi jalannya tu tetaplah berbeza. Setiap seorang dari kita takkan pernah ada jalan hidup yang sama. Berbilion umat manusia ciptaan Allah, setiap satunya adalah unik. Maha Besar Allah. Selayaknya kita kagum pada kekuasaanNya. Aku yang sekarang pun bukannya sama dengan aku yang dolu doluuuuu. Hidup aku pun berfasa-fasa sentiasa berubah mengikut pertambahan usia. Kalau nak cerita dari sudut menutup aurat, memang nampak lah turun naik iman tu. Bukan senang kita nak istiqomah yer kawan2. Selagi hidup kat dunia ni, fakta bahawasanya iman itu turun & naik memang tak boleh kita nak pertikai. Sudah hukum Allah. Sebab tu kita kena sentiasa memperbaharui iman. Atau kata mudahnya menyuburkan iman dalam hati. Kena selalu mencari

Salam 1 Rejab 1437

Image
1 Rejab dah hari ni bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia. Senang kata lebih kurang 2 bulan je lagi kite akan berjumpa dengan Ramadhan. InsyaAllah kalau panjang umur yer. Sepatutnya bulan Rejab ni kite dah ambil kesempatan utk banyakkan berpuasa sunat bagi melatih perut untuk berpuasa sebulan Ramadhan nanti. As usual bila menyusukan anak ni antara yang paling seriau bile bab kena puasa. Risau supply susu tak mencukupi sebab tak minum air banyak. Walaupun sebelum ni dah pernah tempuh puasa dalam situasi menyusukan anak, cabarannya aku rasa takkan sama. Maybe dulu OK, nanti dah tak OK. Allah je yang tahu kan? Cuma tetap kena think positive jelah & yakin Allah takkan sengaje nak menganiaya hamba yg diciptakan kejadiannya. Masa bersahur kena minum air lebih drp biasa. Makan sekali milk booster like overnight oat yg juga akan bagi effect kita rasa kenyang dengan lebih lama. Pam susu dalam emosi yang relax & happy. InsyaAllah semuanya baik2 je. Syukurlah stok EBM beku masih la

Puding Roti Buah Pic

Image
Sabtu malam yang lepas aku & Naurah bergabung tenaga menghasilkan Puding Roti Buah Pic seperti gambar diatas. Nampak elok kan kejadiannya? Happy & puas hati. Bonding time with my one and only daughter. Bukan senang nak dapat spend time buat xtvt mcm ni dengan dia. Syukurlah Nadim & Nazif di awasi oleh habi sudah ketiduran di depan TV. So dapatlah aku & Naurah spend time bersama dengan tenang. Puding roti ni special sikit drp puding roti biasa sebab kat bawah tu penuh dengan susunan buah pic dalam tin. Lepastu ada tambahan whipping cream yg menjadikan puding lebih rasa berlemak. Sukatan gula as usual aku kurangkan. Lagi pulak nanti nak makan dengan sos pudingnya kan. Habi pun kata just nice je bab kemanisannya tu. Misi berjaya. Resipi ni aku cilok dari group Masak Apa Hari Ni kat FB. Tetibe rasa mcm nak try buat pulak. So bersungguh ler cari bahan2 yg diperlukan.  Roti (aku guna wholemeal) Telur 10 biji Gula Buah pic dalam tin Hirisan badam