Posts

Showing posts from September, 2016

Setengah Hari di Cyberjaya

Image
Kami keluar ke Cyberjaya after solat Zohor. Tujuan utama memang nak amek gambo dengan Ultraman Ginga kat D Pulze tu ha since Nazif sangatlah suka kan dengan ultraman. Tapi sudahnya dia yang cranky menangis bila amek gambo. Sabor jelah huhu. Pasal dia baru bangun tido so itu macamlah peelnya mood belom mari. Nadim pun kepenatan sampai tertido. Maafkan lah Ibu sebab terangkat baju awak nampak perot terbosey gitu huhuhu.  Sampai2 je terus beratur. Dapatlah turn ke-4 kot. Dah settled terus cari tempat makan lah. Lapor memasing sudah masuk waktu tea time. Tempat makan kegemaran ramai adalah Pappa Rich. Lepas makan gerak ke Masjid Raja Haji Fi Sabilillah utk solat Asar. After that ke playground gergasi Kelab Tasik Cyberjaya melayan budak-budak. Masuk Maghrib, kami pun balik rumahlah. Sekian, terima kasih. Perasan tak baju Nadim & Nazif sama? Hehehe. Sekali sekala pakaikan baju sama nampak comel gak kan. Deme ada 3 shirt y

Cafe Dalam Jaya Grocer

Image
Ritu g D Pulze dengan Kak Niza. Dedua kelaparan maka try la makan kat cafe dalam Jaya Grocer tu. Wah sedap rupanya eh. Mashed potato tu rasa dia mmg thick & sedaaaaapppp. Rasa mcm tak cukop hahaha. Sape blm pernah try makan cafe dalam tu silalah try. Price pun reasonable mcm 2 dish sepinggan aku tu RM16.90 kalau tak salah. OK la kenyang jugak. Lagi 1 kalau g JG ni aku suka sangat beli roti blueberry cheese ke ape nama dia tu. Cheese ape dia guna tah tapi memang sedap pasal thick rasa dia & lemak berkrim. Tak boleh beli selalu kang bertingkek balik lemak kat perut ni HAHAHA. Napelah makanan yg sedap2 ni penyumbang kpd kegemukkan & masalah kesihatan ehh? Pernah tak korang terfikir? Akaka =P

Perubahan

Image
Office sekarang tengah busy rebranding. Hari ni baru launched logo baru. Banyak la benda baru like kena tukar signature email bagi standardize semua staf. Tag card pun baru. Letterhead setiap orang ada soft copy. So sendiri print bila nak pakai. Jimat katenyer. Follow jelah ork. Tapi yg paling kelakar aku yg bukan sape2 ni dapat pulak Business Card kes tersilap letak nama. Adoii...dalam banyak2 staf nama aku jugak yang dia tersilap letak. Riso gak aku kang ade kata aku mengada request. Ehh, tak kuasa la mak.  Uniform pun dapat baru ada 2 helai. Dulu uniform dapat 3 helai. Pakai hari Isnin, Selasa, Khamis. Rabu boleh baju biasa tp office attire. Jumaat casual day blh pakai shirt & jeans. Kali ni uniform just pakai hari Isnin dengan khaki color pants/skirt. Sehelai lagi uniform boleh pakai hari lain dengan x kisah kaler seluar/skirts. Sikit jelah perubahannya. Oh yer, dinding2 office yang sebelum ni putih dah dikaler berwarna warni dgn kaler2 logo baru kampeni. Nampaklah cer

Masa Lapang

Image
Apa yang korang suka buat bila ada waktu lapang? Pasal masa lapang ni pun berubah-ubah okay ape yang kita buat dengan masa yang ada tu. Tak sama pun dengan tahun-tahun yang lepas. Begitulah manusia tak pernah lari daripada perubahan. It just that samada perubahan tu ke arah yang lebih baik atau makin hampeh. Sendiri lah decide nak cane ye tak? Fikir pasal masa lapang ni pun boleh buat otak aku runsing. Risau kalau aku tak guna masa yang luang tu utk benda yang berfaedah. Selalu jugak over think pasal benda ni. Adakah aku suka buang masa dengan berfikir tentang benda mcm ni? Hmm.... Contoh la eh kat opis ni banyak masa lapang. Bila aku bukak youtube dengar lagu or tengok kdrama kan...adoiiila rasa bersalah sangat taw huhuhu. Yerlah pasal benda bukan dapat pahala pun kalau buat kan. Tapi nak lawan nafsu mahukan hiburan tu sangat susah. Cuma aku cuba sangat-sangat biar banyak dengar ceramah agama lagi drp hiburan tu semua. Cuba dengan sedaya upaya.  Ada sebab Allah bagi aku r

Hectic Weekdays

Image
Seminggu straight drive sendiri pergi office. Petang ambil anak-anak seramai 3 orang. Mencabar jugaklah. Habi busy sungguh balik rumah pun sampai lewat malam. Rumah tunggang terbalik dah macam hape hahaha. Kompem aku tak masak la kalau sensorang handle bebudak. Amek Naurah pastu tapau makanan baru amek the boys. Sampai rumah, makan pastu layan TV sampai pkl 9. Memang aku hadap budak2 je takde buat kerja rumah ape. Cuma semalam rajin skek sambil layan Masterchef Australia, lipat baju yg dh berhari2 atas sofa tak berusik. Settled. Bestnya hari ni dah Jumaat. Lewat sikitlah pikap budak2 pasal mak nak berzumba dulu sejam sampai pukul 6. Dah lama tinggal eksesais sejak tak sihat ritu. Badan kena paksa buat macam2 at the end dia pun merajuk nak rehat. Itulah dah selalu sangat otot tak dikerah sepenuhnya. Berkarat engsel lutut semua. Zumba tu even akunyer pergerakkan kayu, belasah ajelah hahaha. Amek spot belakang2 skek ikot jelah yang termampu. Ah rindu pulak nak jog kat stadium. Next w

Agaknya

Image
Kat facebook aku suka baca kata-kata hikmah dari page The Ideal Muslimah. Kalau tak salah aku yang run page ni wife kepada Dr. Bilal Philips. Words from Dr Bilal himself pun deep jugak bila baca tu. Always reminding me of anything regarding our life kat dunia ni. Sometimes kena pulak dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup aku. Memang boleh relate selalu. Most of the kata-kata tu aku akur & senang nak terima lah senang cakap. Contoh la aku amek petikan kata-kata ni yer. Untuk aku kata-kata kat atas tu senang je diterima tanpa ada rasa nak pertikaikan apa pun. Sebelum ni sungguh aku memang rasa bila Allah bagi ujian tu sebab aku lupa or mengabaikan Dia. So aku rasa it some sort of punishment jugaklah pasal leka & lalai dalam beribadat kepada Dia, Memang salah aku sendiri kot. So terima jelah & at the same time aku akan cuba naikkan semula semangat aku dalam hal beribadat untuk kembali semula cuba menjadi hamba-Nya yang diredhai. Bila aku rasa senang, mudah, gem

10 Months Nadim Zayydan

Image
Sejak Nadim dah masuk 9 bulan dan semalam genap 10 bulan, nampak sangat lah budak tu makin bijak. I am enjoying my time now with him thinking that inilah anak terakhir aku, I will cherish this moments forever & never gonna regret it, InsyaAllah. Menyesal la kot agak-agak memang Nadim lah anak bongsu utk aku & Iz, kenalah fully embrace moments bermain dengan baby ni kan. Lepas ni rindu baby caner pon idokler aku nak get pregnant lagi. Main dengan baby orang lain je huhu Aku kalau dengan anak yang masih baby memang attach sungguh. Boleh kata I am good with babies but worse with toddler HAHAHA. Mengaku ni. Sebab sekarang ni aku rasa nak naik hijau muka melayan peel si Nazif. Bilalah nak habis peel annoying dia tu. Penat lah nak marah-marah. Aku sendiri pun tak suka menjerit marah anak macam hape je. Tapi payah sangat rasanya nak sabar dengan karenah budak tu. Tak makan saman langsung! Ok berbalik pada cerita Nadim.  Nak mengingat kembali moments mengadap peel Nazif pun ak

Mesin Basuh Dengan Pengering

Image
Masa kat Rotterdam, Kak Ya kena pindah from unit kat Floor 3 ke unit di Floor 7. Kak Ya yang nak pindah pasal yang Floor 3 tu kadang kalau bukak sliding door boleh dengar orang bising-bising kat bawah sebab ada restoran tempat orang local lepak-lepak. So Kak Ya tak gemor ler. Kurang privacy dia kata. Kebetulan sangat masa dia nak pindah ke Floor 7 tu kena dengan masa kami kat sana. So apelagi bergotong royong la pindah barang2 semua dengan budak2. Dapatlah deme experince baru. Tak rumit sangat pun pindah pasal apartment jenis fully furnished kan. Pindah bawak personal things kite ajelah. Adalah dalam 5-6 trip turun naik lif berangkut tu. So masa kat sana, dedua unit yang Kak Ya sewa ni menggunakan washing machine with dryer. Memang memudahkan sangat kerja pasal tak perlu dah nak ade ampaian utk sidai baju. Basuh, dry & lipat. Punyelah best bila dah merasa kerja yang biasanya ada 3 step dah jadi 2 step je. Sampai balik kat Malaysia dah mula terfikir nak tukar washing machine la

Korban Kehendak

Image
Sedih jugaklah terpaksa jugak datang kerja di kala ramai office mates sambung cuti sempena Raya Aidiladha semalam. Maklomlah kite dah takde cuti. In fact dah half day unpaid leave pun haritu kes jaga Nadim demam. Itulah kesan ambik cuti lama pergi ke Holland ritu. Redho jelah yer huhu. Hati teringin sangat nak pergi lagi kesana jenguk Kak Ya tapi bile mengenangkan bab cuti habis banyak ni jadi berat hati pun yer. Bila dah unpaid ni banyak la fikir kan nak cutinya. Bertabah jelah huhuhu We gain some & lose some. Jarang la dapat sesuatu tanpa ada benda yang perlu kita korbankan. Sesuaila dengan tajuk utama entry pada harini sempena hari raya korban yerp. Otak & jiwa aku ni sekarang dalam fasa nak berubah tapi macam main tarik tali gitu. Serba salah especially bila tahu nak buat perubahan dalam kehidupan yang agak drastik. Dia  lebih kepada nak mendidik jiwa untuk jadi lebih baik daripada sebelum ni. Untuk cuba bersederhana dalam banyak hal. Untuk cuba tak ikut sangat nafsu y

Stay The Same Konon

Image
Stay the same. Kita kadang suka la bagi ayat tu kat orang yang kite kenal baik segala budi pekerti berhati mulia & sebagainya. Kita suka dengan keperibadian dia, so kita pun berharap janganlah ko berubah "Mat". Contoh nama je bagi tu haha. Aku harap ko beginilah selamanya seperti yg aku kenal tentang diri kau. Aku suka diri kau yang ini. Ko jangan berubah taw!  Mat pun kata. Baiklah. Aku akan sentiasa seperti yang ko kenal. Jangan risau.  Hakkktuihhhhh!!! HAHAHA. Menipu je Mat tu. Jangan percaya akaka. Suka ataupun tidak, samada kita sedari ataupun tidak, manusia memang Allah ciptakan akan sentiasa berubah seiring dengan masa. Paling senang nak tengok dari segi citarasa. Macam akulah dulu masa kecik2 benci gila dengan durian. Bau durian pun aku rasa nak muntah. Marah betul kalau Abah beli seguni bawak balik makan ramai-ramai. Siap keluor rumah mogok dengan adik aku Lisa yang terikut2 dengan peel kakaknya ni hahaha. 10 years plus plus later, akulah