Posts

Showing posts from November, 2014

Al Rawsha Kampung Pandan

Image
Al Rawsha ni besar restorannya. For those yang gemar makanan arab boleh try sini. Servis cepat & makanan pun sedap. Kalau nak makan family besar memang selesa sangat. Ada tempat aircond & ada yang kipas. Boleh pilih ye. The price pun reasonable. Hari tu kami order Roasted Chicken dengan Mandi Lamb. Lamb sampai dulu so licin dikerjakan. Bila ayam sampai, semua dah pakat tengok je hahaha. Luak lah suku. Tapi jangan risau, boleh je suruh tapau. Esoknya kami breakfast nasi arab. Kemain lagi hehe. Saba Cyberjaya yang orang gilakan tu ada dlm 4 tahun tak jejak kot. Pada aku biasa je dah situ. Tahun ni ada tapau Saba Dataran Jelatek sana. Biasa jugak rasanya. Takde special pun. Tu yang tak teringin sangat nak ke Saba Cyberjaya yang sekangkang monyet tu. Arabian House Restauurant bersebelahan dengan Kajang Silk & dekat dengan Cibiuk tu pun not bad. Ingat lagi lepas habis pantang Nazif pegi makan kat sana. Deco dia quite exclusive but the price is quite reasonable to

Mood Holiday & Family

Image
Esok last day kerja. Tak sabarnya. Mak abah, Lisa & family, Hirraz semua dah berkumpul di rumah Kak Ya. Kitorang akan join diorang malam Khamis. Friday morning akan gerak ke Lumut, Perak check in di Swiss Garden. On Saturday my cousin wedding will take place at Ritz Hotel, Manjung. Harap semua plan berjalan lancar. Selamat semuanya pergi & balik. Amin. Family holiday + wedding invitation. Penutup percutian hujung tahun 2014 kami. Bulan depan balik Johor pulak. Dah rindu sangat suasana kampung halaman. Last balik on Syawal. Lama dah tu. Tak tau ape dah nak tulis. Mati kutu. Bye jelah ^_^" Tu dia boleh jadi panduan utk kita ibu bapa dalam mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah SAW :)

Keseimbangan

Image
Keseimbangan dalam hidup bukan mudah nak capai. Seimbang yg aku maksudkan kat sini adalah dalam pada kita menjalani hidup dengan suami, anak-anak, mak abah, adik beradik, kerja, kawan-kawan etc, kita juga masih lagi beribadah kepada Allah & melakukan apa saja yang di suruh dalam Islam sebagai bekalan utk kehidupan kat akhirat nanti. Orang kafir ada yang percaya pada kehidupan selepas mati & ada jugak yang tak percaya. Kita pulak sbg umat Islam memang yakin sepenuhnya adanya hari pembalasan. Apa yang kita kerjakan kat dunia ni semuanya ada consequences nya kat akhirat nanti. Amal baik, kita dapat pahala. Amal buruk, kita dapat dosa. Ada syurga & neraka sedia menanti. Berat timbangan pahala, masuk lah syurga dengan rahmat Allah. Sebaliknya, masuk lah neraka sana. Simple je kan? Ada orang dia tak percaya atau tak kisah tentang kehidupan akhirat ni. So dia hidup sekarang ni sesuka hati dia. Nak buat jahat ke, nak buat baik ke ikot dia lah. Dia percaya hanya pada benda

Report Card Naurah For 2nd Term

Image
Takde ape yang menarik sangat nak diceritakan tentang weekend yang lepas. On Saturday jelah habi drive kesana sini memenuhi aktiviti yang aku dah kabo awal-awal. Around 9am kami je kindy Naurah utk ambil report kad 2nd term. Alhamdulillah ada progress dari 1st term. Naurah dapat No.2 dalam kelas 4 tahun yang cuma ada 7 orang students itu. Hehe. Score exam akhir tahun dia 97/100. Not bad eyh? No.1 dapat 100/100 dan budak lelaki okay. Jeles mak =P Siap tanya Teacher Bila pasal sahsiah budak lelaki tu guane hohoho. Busy body punye olang. Overall teacher puas hati dengan Naurah. Dia kata Naurah ni sebenarnya cepat tangkap bila diajar. Cuma kadang pemalu sangat. Kadang dia bukan tak tahu jawapan bila di soal. Tapi more to malu nak mencuba or menjawab. Sabor ajelah. Lepas ni kena boost lagi tahap keyakinan dia kat sekolah. And then teacher dah kabo serba sikit lepas ni 5 years parents kena ulang kaji sama-sama dengan anak. Dah kena take part lah senang kata. Malam-malam kala

Resipi Kurangkan Lemak Badan

Image
Kemain lagi tajuk ekekeke. Let me share with you guys my new recipe of weight loss. Padahal tak timbang pun tapi secara perasaannya, aku rasa aku dah mengecut beberapa cm daripada saiz biasa. Paling ketara lemak di bahagian perut. Ianya tidak berlapis lagi hahaha. Teruja yet kena keep in mind don't loose track Sharena. You have to maintain this new routine for about for the rest of my life kot ^_^" Sebelum ni kan aku ada cerita pasal tengah cari cara guane nak turunkan berat badan tanpa rasa stress berdiet. Sebab for years aku asyik yo-yo dengan resipi diet. I hate it! So aku sampai pada kesimpulan bahawa aku kena ubah my eating lifestyle instead of keep on dieting. Itu je caranya yg aku rasa boleh digunapakai utk jangka masa yang panjang. Tidak lagi bila rasa penat, stop diet & badan naik semula. Herghhhh! Entah macam mana mulanya, aku pun tak berapa ingat. Tapi semuanya drp Naurah lah yang a few times request nak beli breakfast kat makcik jual tepi jalan. Masala

Konflik Keluarga

Image
Dulu masa kecik-kecik selalu tak paham ape sebenarnya konflik Mak atau Abah dengan adik beradik diorang sendiri. Pelik kenapa ada tak suka orang itu lah, orang ini lah. Kenapa semua orang tak boleh get along together bila ada kenduri kendara yer. Sangat tak faham Tapi bila semakin dewasa, especially bila adik beradik semua pun dah berkeluarga, barulah aku faham apa yang Mak & Abah alami satu ketika dahulu. Human change. We all change. Bila kita makin berusia, bila kita dah berada dalam situasi yang berbeza, just then we will understand. Sensitiviti kita juga bertambah bila dah berusia ni. Dulu kita rasa sokay je, tapi skrg mungkin tidak lagi. Family mana yang tak pernah ada konflik. Mustahil tak ada. Cuma itulah....jangan sampai bermasam muka tak bertegur sapa. Alhamdulillah kami adik beradik belum sampai ke tahap tu lagi. Moga takkan pernah lah yer. Soksek belakang tu biasalah. Tapi takde la gaduh depan-depan gitu. Dah tau cerita, sebolehnya simpan sendiri aje. Takde

Tutu Dress Frozen KWC

Image
Mahal jugak rupanya tutu dress Frozen ni. Hari tu pergi Kenanga Wholesale lagi. Cari tutu dress utk anak-anak geng wasap payahnya lahai nak jumpa yang kenan. Samada murah tapi tak cantik atau cantik tapi mahal melampau. Akhirnya dalam pada nak give up tu jumpa satu-satunya kedai yang jual tutu dress frozen kat atas tu dengan harga borong 5 helai dapat RM28. Sebelum tu mostly semua kedai jual if beli 1 RM55. Beli 3 helai ke atas RM39. So bila jumpa RM28 rasa macam lega gila. Tak tunggu lama terus agreed nak beli 5 helai pasal teringat ramai anak-anak geng wasap yang sebaya Naurah. InsyaAllah diorang mesti nak beli. Kalau taknak beli mmg rezeki Naurah la semuanya hohoho =P apeadehal kan Naurah? Nama pun peminat Frozen. Alhamdulillah geng-geng semua ada yg berkenan. So sold out 4 helai. 1 je untuk Naurah. Sebbaek Naurah tak tamak. Risau gak aku dia nak semuanya. Tadi siap tolong sort out lagi mana yang kawan-kawan dia punya. Good girl. Pergi KWC ni kena ada tujuan.

Kawan Baik

Image
Seronok tengok budak-budak ni kemain rapat lagi. Kejap kang ketawa, kejap kang merajuk, kejap kang tak kawan. Hahaha.  Comels. Emriel Syahran nak masuk Darjah 1 tahun depan. Naurah dah 5 tahun. Pantasnya masa berlalu. Tau-tau kang sok dah nak masuk universiti, pastu nak kahwin. Alahai...entah sempat ke tidak witness semua tu. Moga berjaya lah hendaknya hidup masing-masing. Jadi manusia yg membanggakan dari segenap sudut. Amin.

Mengapa Pasangan Kita Curang

Image
Ada banyak sebab kenapa suami atau isteri curang. Apa-apa pun boleh jadi sebab. Pokok pangkalnya hati individu itu sendiri. Tak payah lah nak highlight kekurangan pasangan itu ini sebab nak 'membetulkan' kesalahan yang dah dibuat. Macam tu lah selalunya manusia. Bila dah buat salah, sangat payah nak mengaku semuanya salah sendiri. Selagi boleh point out kesalahan orang yang kununnya buat kita jadi orang bersalah, mesti nak buat jugak. Komunikasi antara suami isteri tersangat lah penting. Jangan pernah anggap diri kita sempurna serba serbi even kita dah buat yang terbaik dalam kehidupan rumahtangga. Ada kemungkinan ada sesetengah perkara yang kita terlepas pandang. Yang terlepas pandang itu lah boleh jadi alasan orang yang buat salah satu hari nanti. Tapi jangan risau, kalau setakat benda remeh, itu hanya sebab yang di cari sendiri oleh si pembuat salah. Sebab yg kecil yang sengaja di besar-besarkan. Itulah orang kata kalau hati dah tak suka, segala macam kekurangan kit

King Crab Alaskan at Manhattan Fish Market

Image
Siapa pernah tengok Deadly Catch mesti kenal sangat dengan ketam kat atas tu. Sabtu lepas kami ke Pavillion and makan kat MFM. Nampak ketam ni kemain lagi la semua excited nak try. Harganya buat aku telan ailio 50 kali hahaha. Tapi sebab pergi dengan Abg Eddy & Kak Ya, apedehal? Kita tumpang makan jelah kihkihh =P Sekor ketam tu about 1.2kg and harganya semua sama RM109.90. Dia rebus gitu je pastu bagi kita gunting dengan pengapit ketam tu. Ada 2 dip yg mcm sambal belacan & butter. Tapi aku lagi suka makan isinya gitu aje. Isinya kan macam berurai just like filamen ketam yang kita makan dalam yong taufu selalunya tu. Amazingly kulit ketam ni tak keras mcm ketam biasa. Senang je di gunting even durinya tu agak tajam & scary hihi. Ketam ni dah berapa lama entah usianya. So isi dia tak berapa manis sangat lah. Tapi tetap sedap. Dah dapat merasa ni puas hati lah semuanya. Takdelah rasa nak makan lagi pun. Kalau harga dia RM19.90 sekor lain cerita lah heheh

Kid's Atom Zone, Taman Mawar

Image
Semalam aku MC. Flu datang lagi. As usual flu ni kalau kena memang senang nak dapat sakit kepala sekali. Tu yang jadi tak larat nak paksa diri datang ke office. Hari ni flu masih lagi lebat. Tapi gagahkan diri sajelah. At least sakit kepala dah takde. Aku belum cerita lagi pasal bawak budak-budak main 1 jam kat Kid's Atom Zone hari tu. Yuran dia 1 jam 1 budak = RM5. Murah kan? So aku bayar RM10 jelah hari tu. Saje bagi budak-budak ni keluar peluh sikit bermain. Kemain suka lagi Naurah & Nazif. Okay lah dah ada tempat main macam ni. Skrg  musim hujan so susah nak main outdoor. So kita main indoor jelah lebih selamat. Lokasi KAZ ni kat Taman Mawar, BBST. Boleh chekidout kat FB diorang dengan nama yg sama. Takde mood nak buat karangan hari ni. Kurang sihat katanya.

Nyah Kau Hutang PTPTN!

Image
Amboi kemain lagi tajuk entry ekekeke. Moga Allah permudah la proses nak menyahkan satu-satunya hutang long term dalam hidup aku sekarang ni. By the time I'm writing here, semua dokumen yang EPF perlukan utk pembiayaan pinjaman pendidikan secara full settlement menerusi akaun 2 dah pun aku berjaya kumpulkan kecuali surat baki pinjaman keseluruhan yang perlu di bayar dari PTPTN. Itu je yang aku tengah tunggu sekarang ni. Harapnya by next week lah paling lewat dah boleh dapat. After that boleh lah ke pejabat EPF submit borang & hopefully semuanya lengkap dan dapat di proses secepat mungkin. For those yang tak tahu, PTPTN bagi diskaun 20% daripada baki akhir pinjaman yg kita ada dari Oktober lepas sampai Mac 2015 nanti. Jom lah kita grab peluang yang ada & bebaskan diri drp hutang dengan cepat. Kalau mati pun at least tak menyusahkan orang lain nak membayar hutang kita. Aku fikir macam tu ajelah secara kasarnya hehe. Hari tu pergi ke One Stop Center PTPTN kat KPM

Biar Takut Kucing Tapi Jangan Buli Kucing

Image
Nazif memang payah nak di snap gambarnya. Masa snap ni dedua tengah ralit tengok Gemok. Kucing angkat kami hehehe. Dah lama dah Gemok ni laksana kucing kami padahal owner dia rumah hujang sana. Habi rajin beli biskot kucen kasi Gemok ni makan. Gemok ni ada 3 kaki je. Rasanya pernah dah cerita pasal dia kat sini dulu. Lagi satu dia ni garang. Betina tapi dah di 'kasi'. Hormon haywire agaknya hahaha. So budak-budak ni memang takut la dengan Gemok ni. Kdg dia niat nak bermain tapi mcm hover sangat cakar nya. Mau tak takut bebudak ni. Aku pn kadang lalu sebelah Gemok ni seriau je rasa kaki takot dia paut ingat nak main-main. Badan dah ler sasa gila. Biasa kucen yg dah di 'kasi' memang sado badannya even betina. Tu Naurah & Nazif dedua tengah ralit perati ke Gemok landing utk tido. Naurah protective gila bila tengok Nazif tuju ke Gemok. Kdg sampai nak nangis-nangis soh aku amek adiknya. Dia nak amek adik takot pulak ekekeke. Comel je kdg tgk tu. Kalau