Posts

Showing posts from January, 2016

Ewah Ewah Hari Jumaat

Image
Yessss...akhirnya muncul dah hari Jumaat. Esok cuti boleh golek guling dengan anak-anak & suami. Syukurlah minggu kedua berkerja dah semakin teratur rutin harian kami. Kurang dah kelam kabutnya di pagi hari. Dengan syarat banyak kerja kena settlekan pd waktu malam sebelumnya. Barulah kurang haywire & boleh keluar dari rumah ke destinasi masing-masing dengan lebih tenang. Once in a while ada terpeleot tu biasalah. Cth tetibe anak berak, tak sampai hati hantar taska montot selupat tahi, so membasuh la kita dengan redha wkwkwkw =P Bekalan susu EBM Nadim buat masa ni berlebihan. Syukur alhamdulillah hingga ke anak ketiga ini masih lagi Allah berikan rezeki susu badan yg mencukupi walau cerita disebalik pemberian susu badan tu berlainan semuanya. Malas nak runsing. Yang penting dapat bagi susu badan ork? Asal berat anak naik dengan baiknya, sihat walafiat, medium macam mana pun pemberian tu abaikan ajelah. Kita fokus pada perkara yg lebih penting saje =) Kenaikkan berat bad

Handphone Masa Lalu Vs Masa Kini

Image
Kadang aku terfikir betapa bersyukurnya masa study dulu penggunaan handphone ni tak heavy sangat mcm skrg. Handphone zaman aku study basic je. Guna utk call or sms. Internet cuma guna kat PC. Laptop or PC kat bilik pun takde connection for internet. Ada port nya tapi tak function. Kite pon tak kisah sangat sebab masetu yang paling femes pun Friendster or MySpace jelah. Hujung2 nak grad baru Facebook wujud around 2004. Itupun aku cuma bukak akaun on 2008. Punyelah tak ikot trend aku ni hehe. Skrg bukan main lagi banyak applikasi sejak smart phone diperkenalkan. Ramai yang busy dengan handphone sebab access internet dari situ je. Kurang dah orang nak bercommunicate dengan call or sms. Buat apa bayar utk bercakap & texting kalau semua tu boleh buat free je dengan adanya internet connection kan? Thats y telco provider pun ubah strategi pemasaran more on internet access rather than for calls/sms. Dahlah masa study dulu memang malas belajar. Inikan pulak kalau ada apps smart pho

Jangan Lalai

Image
Hari ni pun cepat je masa berlalu. Ya Allah rasa kecut hati aku bile mengingatkan tentang berlalunya masa saban hari dengan sangat pantas sekali. Seminggu bagaikan sehari. Sehari bagaikan 1 jam. Paling aku takuti bila memikirkan apakah yg telah aku perbuat dalam tempoh 24jam sehari yg Allah berikan. Adakah aku menggunakan masa yg ada dengan bijak? Berapa banyakkah masa yg aku telah peruntukkan utk ibadah kepada-Nya. Was it enough? Allah ya Allah, saban hari hati & fikiran selalu saja runsing dengan persoalan ibadah. Tentang berkualitikah solat fardhuku? Berjayakan buat solat sunat? Dapat tak baca al Quran walau sebaris ayat? Semua ibadah ni pada aku basic je sebagai seorang muslim. Kalau benda ni pun aku tak boleh buat dengan istiqomah, am I really a good muslim? Kerja itu tentu saja boleh melalaikan. Tapi bagi aku dalam masa yg sama ianya kesempatan masa yang lebih besar berbanding kalau aku menjadi seorang suri rumah. Masa belum naik kerja & jaga Nadim, 1 solat sunat

Caca Marba

Image
Sekejap je dah half day. Dari pagi sibuk dengan staff meeting, tak terasa masa berlalu. Tau2 je dah masuk waktu Zohor, solat & dah start kerja balik. Sebelum apa2 kita start dengan update blog dengan pantas hehe. Cuaca sekarang ni bukan main lagi panasnya. Disusuli dengan angin yang kuat. Musim main layang2 dah tiba. Mandai aku je ekeke. Last week kalau korang perasan ade 1 entry yg mcm poyo. Yaa...itulah entry berbayar namanya. My first job with Zalora as a blogger. Siapa kata tulis blog tak mendatangkan faedah? Meh sini aku luku kepala lututnya =P Walau hanya dapat voucher sopim kat Zalora, tapi sape nak bagi free gitu kan? Aku dah guna pun voucher tu beli bag pack. Bwahaha...laju kemain ork. Tetibe teringat takde beg nak letak pam. Skrg guna beg poyo mcm nak g pasar je. Tak sesuai lansung. Tgk status tadi dah on the way begnya. Tak sabar lak mak nk show off sini hakhak Sbnrnya aku dalam proses nak tune otak supaya jadi lebih kritikal dalam bab membeli sesuatu. Aku n

Karenah Naurah & Nazif

Image
Haih...dah mula dah aku asyik fikir nak berhenti kerja. Biasalah dalam setahun tu 2/3 kali mesti berkobar rasa nak berhenti makan gaji. Semuanya sebab nak spend more time with anak-anak. Rasa macam apalah maknanya hidup tak dapat membesarkan anak-anak didepan mata sendiri for almost 24 hours. Gittew. Walaupun aku ni bukanlah mak yang penyayang mana, tapi deep in my heart ni ada taman rama-rama OK hahaha. Jenis sayang sangat tapi tak reti nak tunjuk. Dgn Naurah skrg asyik la bergaduh itu ini. Itu budak sudah banyak pandai melawan cakap ibunya ni. Maklom la dah 6 tahun kan. Geram betul aku kalau malam-malam disuruh buat homework kindy kemain lagi liat. Baru bukak buku Iqra' air mata dah sebaldi. Belum aku start menyinga lagi tu kehkehh. Kalau tengok youtube tutorial make up bukan main lagi ko ralit kan? Soh bukak buku terus muka macam cencurut tersepit. Pagi-pagi pulak kalau disuruh bangun tidur & mandi kemain terhegeh-hegeh. Aku siap mandi, solat, pam susu  bagai pun be

Nak Balik Kerja Awal

Image
Seronoknya dah hari Jumaat. Kita umat Islam memang kena suka hari Jumaat lebih pun drp hari-hari lain kan? Sayyidul ayyam orang kata tu. Penghulu segala hari. Dari zaman sekolah lagi hari Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu. Lagi pulak dapat balik sekolah awal drp biasa. Pukul 12.10pm je dah boleh chalo sbb nak bagi kaum lelaki bersiap nak menunaikan solat Jumaat. Sekolah menengah dulu bersebelahan je dengan Masjid. Parked motor pun kat dlm kawasan masjid yang berbumbung. Relax je bawa motor takde lesen ekeke. Biasalah dalam kawasan Felda je pun. Manade polis nak tahan kite =P Car porch rumah yg pasang tiles tu dah siap. Tapi masih ada barang tukang la kat depan tu dia belum kutip. Kami pun tak kemas lagi segala harta karun campak depan tu. Ada pool plastic budak2, ada basikal bbrp biji, ada pasu daun (pokok xde bunga hihi), ada minyak hitam berbotol-botol buat nyemak mata. Haihh..serabut je semua benda tu. Nanti nak buang ape yg patot bagi clear skek depan tu & perkemas a

Koleksi Blouse Muslimah Terkini

Image
Ada sebab kenapa aku suka shopping online kat Zalora. Yang berkaitan dengan fesyen & pakaian, memang situlah aku tuju bila takde masa nak shopping keperluan diri secara alam nyata. Antara sebabnya ialah ada saiz untuk aku hehehe. Itu yg paling penting sekali pertama tamanya bagi orang yang berbadan agak besar ni. Bila saiz dah ada, kita peratikan pulak cutting baju dan corak baju samada berkenan atau tak. Itu je 3 kriteria utama dia untuk aku bila membeli pakaian secara online. Tidaklah cerewet sangat aku ni hehe. Sekarang ni dah ramai yg ada kesedaran betapa pentingnya menjaga aurat dalam berpakaian. So kita nampak la industri fesyen muslimah sekarang semakin berkembang dan koleksi blouse muslimah terkini menawarkan gaya yang sopan khusus utk wanita bertudung.  Kepada anda yang tak tahu bagaimana utk kekal bergaya dengan pemakaian blouse muslimah, boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Jom tengok gaya mana yang sesuai untuk korang. Blouse Muslimah merupakan je

Car Porch

Image
Syoknya next Monday cuti sempena Thaipusam yg jatuh pd hari Ahad. Sabtu kami nak bawa Nadim cucuk kat Annur utk 2 bulan. Lepastu balik Semenyih la tido sane semalam. Sabtu tu jugak ada kenduri akikah rumah Andak. Ahad tu kami balik BBST la pasal rumah dah macam haram ekeke. Hari ni InsyaAllah siap dah pasang tiles kat car porch rumah kami. Bercerita pasal car porch ni, sebenarnya takde dlm plan kami pun nak pasang. Aku jelah dah bertahun berangan nak pasang tapi tak dapat sokongan drp habi. Biasalah pasal duitnya tak sedia ada. Kalau dikumpul bersama-sama boleh je buat, tapi dah habi tak sokong, aptb lah. Menyampah je rasa. Kahkah. Kebetulan contractor yg lias dgn BIL reno rumah kazen habi kat Tmn Mawar. So FIL soh BIL arrange dgn kontraktor buat car porch kami lepas settle reno rumah sana. Dah alang kepalang ada kontraktor tu kan area kami kan. Kos buat car porch FIL sponsor half-half dgn habi kalau tak salahnye. Kelmarin habi deposit duit kat kontraktor 1,700. Tak mungkin to

Kepenatan Anak 3

Image
Kesiannya Nadim dah kena flu sama mcm aku jugak. Pagi tadi bersin-bersin dia keluar hingus pekat. Sorry lah nak, sebab Ibu awak pun tak sihat sama. Dari flu nak membawak ke demam dah aku ni. Terpaksa telan actifast sebelum lebih parah. Alhamdulillah masih kuat badan nak ke office cuma tak tahan bab hingus yang makin memekat ni ha. Sampai dah merah2 sekeliling hidung dek kesatan tisu.  Sakit itu penghapus dosa kecil. Moga banyak la dosa kecil aku yang Allah lupuskan. Kena banyak bersabar ajelah sebelum kembali sihat. Harap Nadim pun cepat sembuh spt biasa. Kesiannya baby ni kalau sakit. Remuk hati tengok dia tak selesa gitu. Tsk. Now every morning aku bagi Naurah & Nazif sesudu madu tualang. Dgn harapan dpt kuatkan immune system memasing esp kakaknya tu. Nazif Alhamdulillah budak yang jarang sakit. Kalau sakit pun cepat baik. Berlawanan betul dgn kakaknya tu. Harap Nadim ikut gen abang yang kuat melawan penyakit ni. Amin. Hari2 update pasal anak-anak. Pulak dah ada 3 or

Mood Swing

Image
Naik je kerja semalam dah start hachiu tak berhenti. Malam tadi punyela seksa hidung ni dengan sakit tekaknya. Sedih je tak dapat nak gomol Nadim takut dia berjangkit pulak kan. Nak makan ubat flu tak berani la pulak psl breastfeed eventho aku tau memang ada ubat yg mild boleh dimakan.  Takpelah. Selagi boleh elak, aku elak. Tapi makan juga 2 biji panadol takot melarat sampai demam. Tu jelah yg berani pasal masa pregnant pun doc bagi makan ubat itu jelah. So aku agak utk bfeed mommy pon InsyaAllah no problem nk consume. So my 2nd day at the office sokmo la srot sret. Hingus dah start memekat. Aihh...sangat tak selesa but what to do? Bertahan jelah minum banyak air kosong dgn harapan cepat la sembuh flu ni. Amin. Hari ni kerja dah OK skek la berbanding semalam. Dah start dapat rentak. Kurang dah blur haha. Aihh...takde mood pulak nak mengarang. Mood swing psl flu & kadang headache  datang sekali ni. Tadi macam beriya rasa nak update hehe. Budak dobot yg muka beruba

Hola Ho

Hola. Today is my first day working back after 2 months on maternity leave. As usual agak busy la nak catch up balik apa yang dah missed sebelum ni kan. Agak blur gitu. Take time nak biasakan diri semula. Fikiran asyik terfikirkan Nadim kat taska sane. Ya Allah, jagakan dia untukku. Senang kata kesemua anak-anak lah. Fokus lebih kat Nadim pasal dia paling junior kan. Harap sangat dia dapat serasi kat situ. Asal aku ambik dia semula petang tu dalam keadaan sihat sejahtera dah cukup bersyukur dah. 2 weeks before aku masuk kerja memang aku jaga dia sorang. Allah, dah rasa bonding sangat sebab tu lah berat hati sangat nak hantar dia. Kena kuatkan hati ajelah. Ape boleh buat. Thats all for a short update on this blog.