Posts

Showing posts from October, 2016

Counting Days

Image
Counting days to leave kiddos for Team Building. Berat rasa hati, tapi takpelah. 2 malam je kot. Maybe boleh amek peluang ni melarikan diri sebentar drp rutin hidup yang biasa. Asek dok boring boring je kan? Ni ha Allah dah bagi peluang relaxkan diri sekejap drp hectic life itu. Just go, have fun & pamper yourself Sharena! Tinggalkan suami & anak-anak beberapa hari tak bermakna aku tak sayang diorang semua. Kena psiko otak macam inilah hari2 hahaha. Being a mom kan, mmg paling susah sekali bab nak tinggalkan anak2 lah. Suami tu takde pe sangat hehehe. Yelah, dia dah beso kot. Pandai je jaga diri sendiri. Lain dengan anak2 ni yang mmg dependent to kite. They always need their mommy. Walau mommy garang like singa sekalipon hahaha. Agaknya ini sebagai latihan pertama lah sebelum kunun nak pergi bercuti with ladies only next year. Ahhaa...entah jadi entah tak. Tapi treat this team building as my first test lah. Tentang baju Naurah naik pentas on 12/11 nanti, beli dah baju

Kanak-Kanak Hebat

Image
Budak-budak zaman sekarang ni punyalah hebat otak deme kan. Agaknya seiring dengan perubahan zaman kot. At the age of 6 years, Naurah dah boleh membaca dengan lancar in Malay. In English pun dah boleh cuma masih merangkak lah. And her pronunciation need to be polish. I love to hear she read her story books sambil membetulkan mana2 sebutan yang salah. I encouraged her to read for me to listen and correct her. Rasa macam cikgu. And at the same time rasa proud & kagum dengan kebolehan anak sekecil dia.  Apatah lagi bila membandingkan diri aku masa seusia dia. At her age, aku baru belajar ABC kot HAHAHA. Betapa besar gap antara 2 zaman ehh. At the mean time, I always remind myself not to push her on her studies too much. Memang tak dinafikan persaingan sangat hebat kat sekolah sana. Ramai budak pandai. Tapi kalau tak push pun ok je kot. Asal dia boleh buat, OK lah. Kecuali kita rasa dia ketinggalan jauh sangat dengan budak2 lain, dapat pesanan drp cikgu ke kena usaha lebih, that t

Takde Bakat Dah

Image
Sekali lagi termenung mengadap helaian putih yang kosong. Nak tulis apa? Agaknya memang dah takde ape yg nak diceritakan kot after 9 years being a blogger. For those yang dah bertahun follow blog ni mesti nampak setiap perubahan yang berlaku kat sini saban tahun. Daripada post yang panjang berjela boleh dipanggil karangan, sampailah post kebelakangan ini yang makin ketot isinya. Itupun cover dengan gambar banyak2 nak bagi panjang skek. Bakat menulis panjang, bakat banyak idea nak share, semuanya semakin hilang dari diri aku. Diumur 34 tahun, akhirnya bakat itu pergi. Poyo. Hahaha. Sebenarnya bukan takde cerita langsung, cuma aku rasa macam tak perlu nak cerita. Lain sangat lah waktu dulu aku rasa semua benda nak cerita. Contoh keluar outing dengan anak2 kemain lagi aku rasa seronok sangat nak share kegembiraan itu bersama2 kat sini. But now aku rasa malas gila nak menulis pasal rasa tak penting pun. Macam boring je nak bagi orang baca. Gittew. Sebab aku rasa banyak benda yg du

Team Building 3-5 Nov 2016

Image
Confirmed sudah this coming 3-5 November 2016, aku ada Team Building kat PNB Ilham Resort, Port Dickson. Khamis-Sabtu. Berat sebenarnya hati nak tinggalkan anak-anak walaupun cuma 2 malam especially si Nadim tu. Tapi kalau nak bawak 1 family pun macam leceh jugak. Maybe kena keraskan hati ajelah macam masa tinggalkan Nazif when he's at 8 months when performing Umrah back at 2014. Itu lagilah almost 2 weeks gitu kan. Ini 2 malam je pun. Habi kabo dah dia balik Semenyih dengan budak2. Tau sangat. Huh. Aaa sedihnya rasa nak tinggalkan awak sekejap Nadim. Budak manje kededek dengan Ibu ni hehehe. Suka betul jaga anak-anak time baby ni. Penat tapi puas. Pasal Team Building ni aku okay je nak join since skrg mmg suka bergaya hidup aktif ni kan. Dah join zumba once a week kat office, jogs 2/3 times in a week at Mini Stadium MPSepang, badminton sometimes lepas dah boring jogs, joined office activity like support for Sukaneka by MPSepang. Ehh banyak la j

Dah Nak Setahun

Image
Tak sampai sebulan pun lagi nak genap 1 tahun ini budak. Tak rasa macam nak setahun pun dia ni pasal berdiri pun gigil2 lagi lutut. Duduk pun kadang terbalik kebelakang. So rasa macam masih baby lagi ni hehehe. You will always be my baby Nadim! Aaa.,..tolonglah jangan membesar terlalu cepat. Nanti dah pandai berjalan, berlari, bercakap..takde dah baby Ibu nak bawak main. Kenalah pergi taska main dengan baby orang lain =P Ritu ingatkan nak celebrate besday budak ni meriah skek. Buat makan2 ke kan. Skali dah hujung taon ni sengkek pulak ahaha. Dengan 2 orang dah start sekolah si Naurah & Nazif tu. Ermm...lupekan jelah. Kite celeb biasa2 je mcm biasa. Dahulukan mane yg penting.

Playground Stadium Mini MP Sepang

Image
Daripada pagi dok bukak editor post ni. Tak datang datang idea nak menaip pasal ape. Kemanakah hilangnya idea idea penulisan aku yang begitu membuak buak dulu? Lately banyak benda agak serabut. Haywire. Kucar kacir. Kat dada ni rasa sesak. Berat.  Haih. Sebenarnya bukan tak tahu solution untuk semua rasa negatif kat atas tu. Tapi itulah, aku ni manusia biasa je. Semangat & kekuatan jiwa naik turun macam iman kita jugak. Alhamdulillah 2-3 hari ni dah dapat cari rentak semula. Slow & steady. I am optimist that beberapa hari lagi, InsyaAllah everything will be just fine as usual. Ni semua gambar masa teman Naurah main kat playgroud Stadium Mini Sepang. Sebelah taman aku je pon. Habi pergi jogging, aku berehat sebab bendera merah. Tak selesa nak lari2 waktu2 begitu huhuhu. So teman jelah Naurah bersuka ria sebentar. Settled habi jogging, pikap the boys kat rumah owner taska. Inilah rutin baru kami sebulan dua ni.

Maybank Debit Kad Gambar Sendiri

Image
Yaaahh...at last dapat dah my new personalize Maybank Debit Card. Agak kecewa sikitlah sebenarnya dengan kualiti printing dia. For me agak gelap gambarnya. Masa buat ritu rasa OK dah aku edit lawa je cerah dia semua. Takpelah...kad bank je pon hahaha. Ehh, bayor taw RM26.50. Kalau tukar kad biasa tu FREE je okay. Rasanya ramai dah tau cane nak buat personalized kad Maybank ni. Banyak je blog yg share. But for those yg tak tau boleh klik SINI . Follow je all the steps sampailah dia suruh buat bayaran. Bayar macam biasa like korang nak beli barang online kat Lazada tu. Kena log in M2U korang macam biasa & bayarlah.  PC aku dulu masa nak bayar dia tak re-direct ke M2U utk buat payment sebab macam kena enable something yg block the page. So aku kena tukar setting dulu kat page chrome ni baru keluar pop up utk ke M2U. After dah settled bayaran, aku disabled balik.  Nanti dapat emel drp Maybank. In 2 weeks dia emel lagi kabo kad dah ready for collection. Kena print out

Kalau Aku Pergi Dulu

Image
Minggu lepas dapat berita dari page kindy Naurah tentang Ayah kepada salah seorang pelajar kat kindy meninggal dunia di Cyberjaya kerana accident. Allahu...sama-sama para ibu bapa merasakan sedihnya. It could happen to anyone. I asked Naurah dalam kereta after pick her up from kindy how old is her friend that her dad just passed away tu. Dia kata 6 tahun. Sebaya Naurah rupanya. Then Naurah cerita lagi sekarang cuma tinggal kawannya tu, abangnya, kakaknya, adiknya & ibunya. Ayah dah takde. Sobsobs. Aku pun sajelah tanya kat habi, kalau la jadi kat kite gitu guane dia? Kira aku meninggal la. Dia kata balik Semenyih la dgn budak2 duduk dengan parents dia. Huh, dah boleh baca sangat dah tindakan dia tu. Biasalah orang lelaki, mana betah jaga anak kecik2 sensorang. Aku kata kat dia, kalau dia yg pergi dulu, aku duduk je dgn budak2 kat rumah tu teruskan hidup macam biasa. Err...itupun kalau aku mampu la tanggung expenses sorang2. Kalau tak mampu, balik kampung jugaklah nampaknya dud

SRAI & Taska Abim

Image
Now dah bulan 10. Tak lama dah nak masuk 2017. Agak serabut sikitlah pasal tahun depan ada 2 anak yang dah sekolah. Nazif akan menyusul Naurah since dia pun dah 4 tahun. Aku suka je masukkan dia kindy 4 tahun sebab masa Naurah dulu pun elok je dia dapat pendedahan awal. Ala, 4 tahun bukan ada apa sangat pun. Pada aku cuma bagi pengenalan je pada anak2 pada persekolahan. Bagi dia berkawan. Bukanlah sebab nak anak bijak lebih ke apa masuk kindy awal ni. Saje nak dia ada aktiviti sebab dari pengamatan aku anak2 umur 4 tahun ni bijak banyak benda dah. Cakap pun dah banyak. Diapers pun dah tak pakai. Pergi ajelah sekolah drp dduk taska tak buat apa sangat kan. Naurah ke SRAI, Nazif ke Taska Abim. InsyaAllah dapat kot Nazif masuk taska tu pasal Ibu Midah kata Ustazah just kabo 2 weeks b4 start persekolahan, datang ke taska utk pengesahan kemasukkan & bayar yuran etc. So andaikan ajelah dia dapat huhu. Tentang van sekolah utk pick up Naurah after habis sekolah waktu petang pun dah de

Babai PTPTN

Image
Semalam aku sempat menaip pasal cerita orang lain. Pastu tak jadi post pasal takut menyampai benda yang salah huhuhu. Nyaris2 nak post dah pastu fikir byk kali tak payahlah post. Baik aku cerita pasal hal diri aku je yang pasti tak datangkan fitnah apa2. Haih...skrg ni senang sangat nak dapat dosa kalau kita tak berhati2. Contoh share itu ini kat FB tentang benda yang salah. Tu aku pk byk kali jugak nak share apa2 kat situ. Dosa yang ada pun dah menggunung, tambah pulak dengan dosa2 tak sengaja gitu. Nauzibillahiminzalik. Moga Allah jauhkan. Amin. Masalah skrg ni nak cerita pasal diri sendiri pun dah tak tau nak tulis apa. HAHAHA. Apeke poyo sangat ni? OK bolehlah tulis pasal habi. Sabtu lepas pergi ke cawangan PTPTN kt Nilai Avenue tu. Ala area Giant Nilai tu ah. Saje nak check PTPTN habi pasal ritu pergi dalam bln 6/7 gitu tak sure tapi rasanya masatu bulan Ramadhan. Org yg check tu kata habis bln 10/11 gitu. So saje la check lagi dah ini bln 10 kan. Skali org yg check ni pulak

Housewife

Image
Dulu masa belum ada anak, cita-cita aku lepas kahwin nak jadi housewife. Lepas ada anak, cuti pantang jaga anak sendiri dah rasa penatnya jaga anak & agak bosan. Tapi masih lagi lepastu rasa nak jadi housewife jugak cuma peratusan dia dah kurang. Maybe tinggal 70% je nak. Lepastu dalam pantang lagi anak kedua, rasa yang sama berulang kembali. Penat & bosan jaga anak. Rasa susah. So feeling nak jadi housewife dah jadi 50%. Lepastu...ehh bape kali lepastu daaa hahaha. K k insyaAllah yang ni anak last akaka. Berpantang kali ke-3 & rasa penat juga if jadi housewife. So feeling dah tinggal 25% kot. Dia berbelah bahagi sebenarnya perasaan nak jd housewife ni. Bila anak2 tak sihat, itulah masa yang paling kritikal rasa nak jadi housewife. Sedih kot anak tak sihat 100% nak kena hantar jugak ke taska. Sedih melepaskan tugas yang sepatutnya digalas oleh seorang ibu pada waktu2 macam tu. Lagi pulak anak2 bila dia tak sihat selalunya time itulah dia nak manja dengan kita lebih. Na

Terapi

Image
Mahap lah lama tak update blog. Banyak ujian Allah bagi. Serabut otak menghadamkannya. Dan malas nak cerita sebab malas nak ingat balik. Biarlah benda sedih-sedih tu dilupakan terus. Biarkan ia berlalu pergi jauh jauh dari hidup ini. Choiii ayat hahaha =P Walau masih belum keluar sepenuhnya drp kemelut yg melanda, otak rasa ok sikit dah. Mood pun dah hampir stable so bolehlah menaip kat sini. Tak tau nak tulis ape pun. Ikut jelah mana jari ni nak menekan keyboard pc. Boleh gitu? Rasa nak sangat pergi bercuti. Tapi duit takde. Hahaha. Lawak ke sedih tak tau nak beza dah. Just embrace the pain reality & hope that it soon go away. InsyaAllah. Letak gambar makanan sebagai terapi. Terlior sendiri pasal tengah lapor. Tah pape.