Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Naurah - Orientasi SRAI Salak Tinggi Tahun 1, 2017

Walau tak dapat pergi ke sekolah sama-sama dengan dia, aku puas hati dapat siapkan dia pagi tu. Kemas & comel dimata aku. Cukuplah. Selebihnya biar Iz yang handle. Iz kata Naurah okay je kat sekolah. Sempat la call cakap dengan Naurah tanya dia macam mana. Elok je suara ceria kabo nama kelas dia 1 USM pastu ada sorang budak lelaki yang dia kenal kat kindy Little Jannah nama Fariz. Sukalah dia ada muka yang familiar even sorang je haha. Geng dr LJ yg girl masuk kelas sebelah la pulok. 2 kelas je pun. Lagi satu 1 UKM. Kelas Naurah 37 orang murid.
Lega tak terkata bila tau dia happy. Sebelum ni kalau aku remind pasal SRAI je sokmo muka monyok & kadang menangis terus. Dia kata dia tak pandai belajar. Belajar tu susah. Pastu takut nanti cikgu garang. Aku rasa dia termakan cakap2 senior dia kat Little Jannah sana yg now dah masuk Tahun 2. Dia pun agaknya salah faham maksud apa kawan tu kata. Dah jadi bebanan pulak pd dia nak masuk sekolah ni.
Malam tadi aku slow talk dengan dia. Te…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

1st Holiday On 2017

Haritu kan sajelah cuba2 masuk kat SGI Club Kak Ya punye website. Try book bilik SG kat Melaka. Sekali boleh lah hehehe. Seronok betul rasanya akhirnya boleh lagi ke Melaka dengan penginapan FREE. Huntong banyak la ada kakak yang murah hati tak berkira apa pun dengan adik beradik. Moga Allah membalas segala kebaikkan yg ada kat dunia ni kepada Kak Ya, amin. Itu ajelah yang mampu buat utk Kak Ya. Mendoakan kesejahteraan dirinya. Moga dimakbul Allah.
Aku booked bilik tu utk awal bulan 2. Bukan masa public holiday pun since sangatlah lemau aku & Iz kalau fikir nak hadap jem & orang ramai di serata ceruk. Dia jadi macam holiday yg tak berapa holiday. Kualiti tu agak kureng. So mmg prefer pergi tarikh2 yg tak femes orang nak pergi bercuti. Supaya dapat rasa relax & enjoy the holiday. Cuma itulah bila anak dah bersekolah ni agak berat sikit nak pontengkan dia saje2. Syukurlah Naurah sekolah SRAI so habis sekolah pukul 3.30ptg. Cadangnya Jumaat tu pikap dia kat sekolah & ter…

Kiddos Expenses 2017

Alhamdulillah akhirnya sampai pun surat official drp SRAI ST untuk Naurah. Risau tak payah nak cakap la selagi surat ni tak dapat. Hari2 check peti surat tengok dah sampai ke belum. Bile takde, tambah lagi susah hati laki bini. Call sekolah, person in charge cuti pulak. Surat sampai Sabtu lepas. Balik je dari beli kasut sekolah Naurah kat Bata, IOI City Mall; Iz kabo sampai dah surat dari SRAI ST. Punyelah tak menyabor aku dan2 tu bukak even surat tu basah pasal hujan lebat kan hahaha. Punyelah excited & happy. Lain macam sungguh anak masuk Darjah 1 ni eh.
Settled jugaklah hari tu beli semua kelengkapan sekolah Naurah. Lega banyak. Total yuran Tahun 1 SRAI ST 2017 ialah RM488.20. Yuran makan RM50 sebulan. Yuran van dari SRAI je transit PJA RM45 sebulan. Yuran transit kat PJA, RM80 sebulan. Total bulanan Naurah cuma RM175 sebulan. 
Tapi, yuran bulanan Nazif pulak yg naik mencanak berganti dengan kakak. Total RM385. Taski Abim RM180, transit half day RM170, van pick up from taski k…

Jagakan Hati Kami Ya Allah

Selagi kita hidup kat dunia ni, selagi tu kita akan hadap pelbagai ujian hidup yg Allah dah rencanakan utk kita. Ujian datang in stages. Masa kita umur remaja, begini ujiannya. Masa kita dah berkahwin, gitu pulak ujiannya. Ianya berbeza-beza. Allah didik diri kita dengan setiap ujian tu. Dan ujian itulah yang menjadikan kita pada hari ini. Whether it lead us in a good way or the wrong way. Kadang ujian yang lampau tu berkaitan dengan ujian yang akan datang. The way we handle ujian yg skrg sbnrnya boleh menentukan samada kita ambil pelajaran drp ujian yg lalu atau tak. Kadang impaknya negatif, dan kadang impaknya positif. Begitulah.
Meningkatnya usia kita, we see things in different ways. Masa umur aku 15 maybe aku pandang dr view yg lain. But when I'm at my 35, suddenly I see it in different way pulak. People change. I changed. Izhar changed. You changed. Everyone does.
1 perkara yang aku belajar drp ujian putus tunang dulu, never under estimate permasalahan tentang hati & pe…

1 Holiday Je

Aigooo...sedih pulak bila tengok cuma ada sekali je holiday ke Holland aka Netherland untuk tahun 2016 ni. Betapa pergi kesana memberi impak yang besar pada kewangan family HUHUHU. Pasal best sangat dapat kesana tu, cukuplah gaknya Allah kata rezeki holiday kami untuk tahun ni. Mak pasrah. Tahun 2016 pun tinggal berapa hari je lagi sebelum 2017 say Assalamualaikum. So kita tak perlulah toleh kebelakang lagi, just move forward and expect great things to happen in 2017. Sentiasa optimis, bersemangat & positif utk kehidupan yang lebih baik. Mudah-mudahan. Kan Allah dah kata ' manusia akan hidup mengikut sangkaannya'. Jadi marilah kite sama-sama berfikir yang baik-baik aje. Bersangka baik atas setiap ujian yang diberikan. Just do our best. Allah kan ada :)
I also feel good that I have started my journey to change my eating lifestyle. Dengan harapan dapat lebih sihat utk tahun 2017 dan tahun-tahun seterusnya, InsyaAllah. A few years back when I was on my 2nd pregnancy (Nazif),…

YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest

Korang ada tak satu tempat atau negara yang dah lama korang aim nak pergi. Selalunya setiap seorang daripada kita mesti ada kan? Kadang pengaruh daripada TV. Contoh macam tengok Kdrama, tengok Oppa hensem-hensem kemain menggeletis nak pergi sana HAHAHA. Dengan harapan in future kalau ada rezeki jejak kaki kesana FREE menang contest #MyTravelokaEscapade, dapatlah cuci mata tengok Oppa hensem merata-rata KEKEKE. Itu aku bagi contoh ajelah. Ada macam-macam sebab lain lagilah kenapa kita kadang nak sangat pergi ke sesebuah tempat or negara tu. Contohnya sebab tempat tu banyak pemandangan yang cantik ke, sebab nak merasa negara yang ada 4 musim ke, dan banyak lagilah kan.
Kalau tanya kat aku sekarang, mana tempat/negara yang aku nak sangat pergi, pastinya kalau boleh aku nak sangat pergi ke Melbourne, Australia. Ada apa dengan Melbourne? Mestilah ada kisah disebaliknya kan? Kisahnya simple je. Kak Ya back at 90's, after finished her SPM, dia fly to Melbourne to further her study under…

A Good Feeling

Lately otak terasa lebih aman & tenang daripada selalu. Nak cerita pasal berat badan lagi lah ni. Hahaha. Kalau boring, g la masuk blog lain sana. Mak tak kisah. It just that I want to share my feeling & thoughts here. For what I am today. There is a lot of changes since I joined WLC programme. It has been 2 weeks already. Cepatnya masa berlalu. Dah half way pun sebelum tamatnya sessi coaching for Dec 2016. After that, Assalamualaikum 2017. Menanti 2017 juga ada beberapa perubahan yg lain dalam hidup kami sekeluarga. Naurah akan masuk Darjah 1 di SRAI Salak Tinggi. Nazif will start his kindergarten at Taski Abim Al Ehsan BBST. Nadim ajelah yg takde perubahan. Kecik lagi kan huhu...
Berbalik kepada WLC, so far so good jugaklah. Ada jugak terbabas sane sini sikit bile balik kampung 4 hari ritu. Mencicipi makanan lebih drp biasa. Hahaha. But after start kerja semula, aku on track la balik. Dah jadi rutin. Dah jadi kebiasaan. Air manis langsung tak sentuh for 15 days. Memang reko…

How It Happen

Kita selalu doa kat Allah mintak macam-macam setiap hari. Tapi kadang bila Allah tunjuk jalan, kita taknak grab pulak. Takut, tak kuat semangat, taknak usaha, takut nak commit, dan bermacam alasan lagilah yg kita cipta. Perjalanan aku sebelum join wlc dec ni pun bukannya mudah. Hampir2 je tak jadi nak join. Last minute baru bayar fees pd coach. Lusa kot dah nak 1 Dec hahaha. Punyalah dok berfikir gitu gini. Dengan gaji yg tolak 5 unpaid leave, memang bukan masa yang sesuai langsung utk spend lagi duit for an online coaching Coach.
But then aku kata pd diri aku, kalau aku tak start skrg, sampai bila2 aku takkan start. Akhirnya aku nekad untuk join program wlc dec & Alhamdulillah by today after 8 days in this programme, I know I have made a right decision. Its all worth it. The whatsapp group dengan geng2 seperjuangan yg tak pernah kenal & bersua muka, dengan ilmu yang hari2 dpt by Coach, insyaAllah kalau aku ikut & amalkan betul2, takkan ada dah masalah berat badan in futu…

Peluang

Aku tak cerita lagi pasal aku ade invest dalam 1 bisnes produk kesihatan yang ada link dengan gov kat sini. Benda ni tiba2 je sebenarnya. Last weekend on Sabtu ke Ahad gitulah BFF aku dari zaman matrix wassap tanya if aku interested nak invest dalam kampeni dia. Dia pun ada partner lagi 2 orang buat bisnes ni. Since skrg tengah renovate outlet kat Keramat Mall, dia takut ada masalah cash flow. So dia decided nak cari orang utk invest dalam biz dia tu. Dia pun adhoc je dapat idea nak cari orang utk invest dalam biz tu. Just as a back up plan in case nak kena pakai duit lebih banyak etc. Supposedly dia kata dana duit yg dia ada should be enough dah. Tapi tiba2 rasa kena ada jugak cash flow in case anything happen. So begitulah lebih kurang dasar ceritanya.
Actually BFF aku ni sblm ni for a few years dia kerja dengan Maybank. After that dia decided nak berhenti bukak sendiri kampeni buat insurans. And now dia melangkah setapak lagi kedepan dengan biz ni. Selama aku kenal dia, dia ni mem…

Day 7

Day 7. Oh gosh....this is a happy day. Why? Sebab aku dah lost 4kg okay. Homai rasa macam tak percaya tapi percayalah sebab Iz yang confirmkan penimbang tu tadi. Bangun pagi dengan tak pakai spek so rabun la kan, jarum penimbang pun kena tunduk2 nak tengok nombor. Belum gangguan Nadim lagi dok paut paut kaki soh angkat hahaha. Betapa banyaknya cabaran walau nak timbang berat badan je. 6 days on eat clean & dah dapat result macam ni. Ya Allah, happy tak terkata. Buat makin bersemangat utk dapatkan berat badan ideal & kembali sihat. InsyaAllah.
Dan yang paling best aku tak rasa stress mana buat diet ni. The key is DISCIPLINE. Buat dengan jujur & istiqomah. I have a longgggg wayyyy to go utk dapat berat badan ideal. Jadi slowly lah kita sehari demi sehari menahan nafsu makan & minum pd makanan yang tak sihat. Kalau dapat jadikan habit, InsyaAllah takkan wujud lagi masalah berat badan bagi aku. Itulah target aku sebenarnya. Nak ubah cara pemakanan. It just that ilmu tak c…

Bertabahlah

Sejak eat clean ni ada dlm 2-3 hari tu sakit kepala & sakit tengkok. Haih...tak syok betol bila kena macam ni. Mengingatkan aku kenapa aku stop amek ESP Shaklee dulu. Aku rasa ini salah satu badan tengah nak menyesuaikan diri dengan pemakanan baru. Tengah detox ke...tengah heal process ke...begitulah. Masa consumed ESP dulu aku give up sebab tak tahan sangat rasanya menanggung. Pasalnya kita ni kat office kan ada banyak kerja nak buat, rasa tak syok ah bila rasa tak fit tu. So guna dlm suku je pastu jual kat kembo di Manjung sane hahaha. Sebbaek la ade buyer. Tak la rasa membazir kan if buang begitu saje.
But this time around aku takleh give up lah. Kena tahan semua ni sampai ke titisan yang terakhir. Kalau tak sampai bila nak jadi tak sihat je kan? Fed up lah asyik rasa tak sihat. I hate it so much that feeling. Samalah macam feeling side effect eat clean ni. Rasa tak sihat jugak kan? Tapi kalau rasa tak sihat utk masa depan yg lebih cerah, apa salahnya kan? Kena bertabah dulula…

Dilamun Cinta

Tadi nampak Iz masa nak pergi toilet. Berbunga2 hati nampak dia macam tgh dilamun cinta akaka. Bila dah berdepan tu rasa nak pelok je kahkah. Over naw ko! Alhamdulillah masih ada lagi perasaan cinta tu pada suami. Iyerlah kita ni dah nak masuk 7 tahun kahwin, segala buruk baik nampak dah. Belum tambah lagi perangai buruk yang tetibe muncul bila usia makin meningkat ni kan. Annoying phase pada pasangan tu memang tengah high level orang kata. So once in a while bila dapat rasa perasaan kasih sayang pada partner kita tu rasa happy pulak. Kadang baru realized yang kita sbnrnya  sayang menyayangi & masih saling memerlukan each other.
Kitorang ni even kerja 1 tempat, bukan selalu terserempak pun since lain2 jabatan. If jumpa pun kadang dia dengan geng dia, so seganlah kita nak lovey dovey sangat depan orang kan haha. Malam ni ada orang nak belanja makan kat Ana Ikan Bakar Petai, Bangi sane. Sebbaeklah ikan bakar. Menu yang dibolehkan dalam eat clean hehehe. Cuma portion nasi tu ah kena…

Nak Sihat Je

Haihh....tolonglah kuat semangat sampai achieve target body weight. Beginning from today, I'm gonna try to eat clean. Healthy food gitu. Dah dapat meal plan, so kena strict la ikot. Dah tak boleh tahan la badan ni rasa tak sihat sangat lately. Gula naik. Darah tinggi pun naik. Rasa nak menangis tapi apa gunanya kalau tak bertindak cepat kan? So aku akur jugaklah kena start diet macam masa pregy Nadim semula. Mengumpul kekuatan diri utk harung kepayahan itu huhu. InsyaAllah, when there is a will, there is a way.
Iz pun bagi support since dia pun tengok aku tak sihat gaknye. Lemau sokmo. Hidup tak ceria & produktif gitu hahaha. Slowly lah buat from month to month. Catat berat badan skrg & target nak turun berapa. By 2017 mesti dah kena lebih sihat. Jaga makan. Disiplin! Yakin boleh!
K itu jelah nak share. Doakan yer!

Target jadi gini je hahaha. Ni belum kawen taw. Berat 62kg maseni. A few months b4 aku kawen ah ni. Maseni dah start dating dengan Iz a few times lah. Baru nak…