Pengasuh Jahat
Hari ni aku kerja half day je. Pukul 12.30 nanti dah boleh chow sin. Naurah ke kindy mcm biasa. Nazif pun taska as usual. Habi je tak keje seharian. Aku suruh dia pos dokumen insurans Nazif pada ejen & buat mykid Nazif sekali. Dia nak kemas rumah & pack beg sebab lepas aku balik & dia settle solat Jumaat, kami ambil budak-budak menuju ke KL. Ada apa kat KL sampai beriya benar ambil cuti ni? Kehkehh. Rahsia. Isnin sok aku cerita. InsyaAllah. Musim budak kat taska kena dera dengan pengasuh datang kembali. Ahh...paling tak sukanya bila musim ni datang. Asyik teringat kat anak-anak macam manalah diorang dilayan kat sana. Naurah dah besar. So risaunya kurang sikit drp ke Nazif. Apa-apa tak best Naurah dah boleh cerita kat aku & habi. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi dia cerita benda tak best kat kindy & day care dia tu. Setakat cerita pasal kawan ni pijak kaki, tolak dia bila bermain, biasalah tu. Nama pun budak-budak. Orang kata kalau anak orang buat k