Posts

Showing posts from December, 2010

Dec Babies

Image
Khusyuk makan. Tak sedar org snap. Keh kehh. Sebelah aku tu Man . Meja opis sebelah2. Makan pon nak sebelah2. Dia kata klu kat opis, aku gf dia. Cehh! Baju sedondon pulak tue..kui kuii... Ntah nape aku rase org yg snap gambo nie mcm nk pedajal aku. Huhh Makan2 nie di adakan sempena meraikan Dec Babies iaitu Siti & Azman. Nasi Ayam tu aku beli kat Prescint Diplomatik dekat dgn Mydin Mart. Terbaek jugaklah Nasi Ayam dia. Ramai yg kata sedap. Selera aku sllunya mmg power. Keh keh. Kek Secret Recipe tu pulak nama dia Chocolate Fudge. Not bad gaklah. Mcm ada rasa2 Oreo sket. Pun aku beli dekat area2 Mydin tu jugak. Senang. Oh, gambar nie di snap pd hari Jumaat lepas. Sekian.

Esok Cutiiii!!!!

Yessss. Best giler bile dengar berita kat Hot FM ckp our PM granted a CUTI tomorrow due to kemenangan pasukan bola sepak negara mengalahkan Indonesia pd final Piala Suzuki AFF malam tadi dgn agregat 4-2. Yipppeeeee!!! Boleh golek2 guling2 dgn Naurah lebih sehari dari biasa. Terima kasih pemain2 bola sepak negara. Kerana kesungguhan andalah kami rakyat Malaysia ramai yg dapat cuti tiba esok. Nice =D Bagi kami para Ibu yg bekerjaya ini, cuti free adalah sangat di alu-alukan. Betol tak all mommies out there? Heheh. Over excited lak aku nihh. Keh kehh. Esok sessi rehat2 kat rumah bg kami sekeluarga. Sabtu sessi berjalan ke birthday party Kaisya & Yaya. They both will turn 1 years old in a few days. Sudah jadi toddler bukan baby lagi yer. Heheh. Ahh, for us mommies, anak-anak tetap babies in our heart & mind. Even dah besar panjang pon nanti. =) Ok lah. Takde ape nk merepek dah. Till then.....

'Ter.....'

Ehh...aku rasa mcm aku pregnant lagi la weyy. Haha. Ayat pertama tak boleh blah. Ekceli aku dah lewat period 4 hari. Disebabkan ada kejadian 'ter' bbrp hari sblm tarikh biasa my period datang, tu yang lebih berdebar-debar lebih dari biasa. Kui kui. Klu nak sedapkan hati, boleh lah fikir maybe nak bertukar tarikh kot. Dah lama jugak asyik tarikh yg sama. Selalunya klu nk tukar tarikh, akan lewat seminggu lebih kurang lah then baru period. Then org kata klu planning scr semulajadi pon, dekat2 tarikh kita nak period tu, sllunya hormon ppn dah menurun. Bkn pd waktu puncak nya. So maybe tak pegnen la klu 'ter' pun. Entah. Tp sebab ade kejadian 'ter' itu. Maka dup dapp haruslah lebih. Dok syok2 baca entry org psl family planning. Ntah2 nak jadi cerita, aku bersalin lagi tahun depan. Keh kehh. Siap dah buat kira2 klu pegnen bulan nie, maybe bulan September 2011 Naurah dah dapat adik. Miahaha... Pastu nak sedapkan hati lagi. At least Naurah dah nak masok 2 tahun ti

No Idea

Image
Dah keje dah hari nie. Malasnyerrrr. Huhuh. Settlekan dulu kerja2 yg tertangguh & bolehlah ngadap blog lama2. =p Takde idea pulak nak tulis ape. Masih mood bercuti kot. Pastu hari2 nak ngadap gambar2 Naurah yg di shoot by propesenel potografer. Tak jemu2 lagi nampaknye. Kui kui. So aku upload lagi a few utk tontonan pembace setia blog nie jelah. Enjoice =) Siap jinjit kaki tak tahan tue...huhuh Sesi merangkak pulak Sesi tgh khusyuk main toys Sesi main tempat berlumut. Habis kotor tapak kasut. Keh kehh   Hokehh. Cukuplah tue. Malas nk tunggu dia upload. Lama wehh. Huhuh. Skrg nak pilih2 mana yg nak di print out. Nak masok dlm frame & gantung kat dinding rumah. Kena buat 3. 1 rumah sndiri, 1 rumah PIL & 1 kat kampong Johor. Fair & square. =D

Naurah @ Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, JB

Image
Dear readers, den masih di kampong right now. Nak upload gambo photoshoot Naurah semalam punyelah lame. Saiz besar la. Nk resize agak malas pulak. Heheh. After je settled ps semalam, teros ikot Ayares g opis dia & dia burn all gambar2 Naurah dlm CD. So semua gambar adalah fresh or raw. No editing at all. Honestly, for me, without editing pon dah sgt2 cantik hasilnya. 2 thumbs up. Tak sia2 aku & habi dok sekejap menonggeng, kejap kang buat aksi melompat, dan mcm2 aksi lg lah sbnrnya, juz utk dptkan pelbagai shot yg menarik utk Naurah. Nak suruh dia buat pelbagai memek muka bkn senang oke! Kdg2 dia ok. Kdg2 dia dah xde mood, menangis pulak. Mmg kena sabar la klu buat photoshoot utk babies nih. But overall, mmg puas hati. Dah la free kan? Keh keh. Kudos to Ayares from Capturepix. Dpt la belanja dia & 1 his friend makan Ayam Penyet kat U Mall as a gratitude from us. Keep in touch ok bro! =) Ohh. By the way, all pics are taken at Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, JB. Carik2

Selamat Bercuti!!!

Image
Bos aku masok keje hari nie. Tp dia ckp sekejap je sbb nk attend staff meeting. Lps tu dia akan balik anytime she wants. Belasah jelah bos. U're the bos. Spt biasa klu ade perayaan yg jatuh hari Sabtu, management sllunya akan bg staffs balik awal 1 jam. So since 2moro is Xmas Day, hari nie aku dptlah balik 4.30pm. Jgn jeles pd anda2 yg tetap kena balik pd waktu pejabat biasa. Ngeh ngeh. Hari nie balik keje terus ke Semenyih. Rumah PIL. Ada kenduri lepas Maghrib kat rumah makcik Habi. Belakang rumah PIL jer. Lepas tunjuk muka, makan2, off we go to my hometown. Esok malam ada kenduri doa selamat at my house pulak. And i will be on leave for another 2 days. Monday & Tuesday. Kalau rajin, akan update blog. Kalau takde, paham2 jelah kan. Membizikan diri & spend time with my own family.  Bagi my mom & dad tengok my Naurah yg semakin bijak hari demi hari. I can't wait =) Malam td kami semua sgt exhausted. Lepas balik keje, beli brg2 dapur kat Mydin, Kota Seriemas. Lps tu

Naurah's Today

Image
Nowadays sgt suka tepuk tangan tanpa perlu kita nyanyikan lagu Tepuk Amai-Amai Tengah carik semut. Suke nak penyekkan semut. Seb baek semut laju =B Sangat suke dgn cat. Alive or only toys. Like ibu like daughter =)

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/sharena82

My Bos

My bos not in today. Her father passed away yesterday evening. Moga roh arwah di cucuri rahmat dr Allah & di tempatkan di kalangan org2 yg beriman. Al -Fatihah. Yesterday before she went back early around 4.30pm, dia chit chat kejap dgn aku. Tentang kronologi kisah Ayah nya start kena strok, masok hospital, gaduh2 adik beradik, sampailah kpd ptg semalam dia terima panggilan telefon dr adik lelakinya yg mengatakan Ayah nya sudah nazak & hanya tunggu masa utk 'pergi'. Dia cerita beriya dgn aku pon sbb spttnya today kitorang ada photoshoot gambar dept. staffs utk di muatkan dlm website company. So dia nak ckp awal2 yg kemungkinan besar dia akan EL hari nie sbb psl Ayah dia tuelah. Ekceli Ayah bos nie dah divorced dgn Mak bos. Masa bos kecik lagi. So Ayah bos kawen dgn ppn lain & ada 2 org anak. Mak bos bela anak2 masa dgn Ayah bos & tak re-married sampai skrg. My bos pon sbnrnya tak berapa rapat dgn Ayah nya nie. Kat mana Ayah  nya & keluarga tiri duduk pon

Memek Muka

Image
Memek muka No. 1 - behave Memek muka No.2 - dia dah start dahhh... Memek muka No.3 - haihhh..anak sape ntah...=B

Pendek Vs Panjang

Image
Rambut pendek & kemas = hensem VS Rambut panjang & selekeh = tak hensem p/s: bila lah org tue nak insap. telinga isteri dah naik pekak asek dengar opismates membebel. huhhh -__-"

My Mija

Image
Elmirza Ez Zahra @ Mija Semalam semasa mem'pumping' sorang2 dalam Surau opis, aku called Mak kat kampong. Saje nak sembang-sembang & info dia yg 2 adik aku yg bermalam kt rumah aku mlm sebelumnya, sudah pon bertolak menuju ke Gurun, Kedah saing2 masa aku g keje. Yang mengangkat phone anak buah aku. Anak my eldest sister, Mija. Dia nie mmg rapat dengan Mak aku. Ibu, Ayah & siblings dia semua dah balik ke Senawang, N9. Tapi dia taknak ikot. Nak temankan nenek katanya. Dgn Abah aku dia tak bape suke sgt. Or senang kata mcm dog vs cat. Sbbnya Abah aku suke giler sakat dia. Tu dia asyik hangin je dgn Atok dia. Kekeke. Kelakar kalau tgk diorang bergaduh. Org tua & budak2. Mmg aku tukang bantai gelak ajelah. Hehehe. Mija nie baru berusia 4 tahun. Next year dia dah nak masuk taska. Dia nie kira budak yg bijak & paling boleh di harap antara adik beradik dia. Petah sgt bercakap mcm org dah besar. Tp dia nie mcm kurang kasih sayang sket. Kesian aku tgk dia. Tu yg dok m

Pendidikan Baby: Otak Kanan

Image
Aku dapat ilmu baru tentang early childhood learning. As usual, aku suke nak share with my blog readers. Since kebanyakan dr pembaca blog nie adalah 1st time parents, lets share something good for the sake of our beloved child =)  Ade org kata method menggunakan TV as a medium for early learning utk anak2 adalah tidak bagus. Sbbnya pergerakan atau peralihan scenes dlm TV adalah terlalu pantas. Ini menyebabkan anak menjadi tidak fokus. Aku baca fakta nie dlm 1 blog parenting. Tak taulah dia dpt info nie dr mana. So aku mcm tensen sketlah sbb Naurah mmg aku didik biasakan dgn 2 languages which is Malay & English mostly through Noddy's DVD. Abes dah itu je cara yg paling mudah utk aku & habi. Cara2 yg lain susah nk istiqomah. Maklomlah mak bapak bekerja. Masa dgn anak2 tersangatlah terhad. Thats y la pilih cara TV. Alhamdulillah hasil dari pen'google'an tentang early childhood learning, aku dapat 1 info yg terhasil dari kajian berpuluh tahun oleh Dr. Glenn Doman. Pen

Baby Photography

Image
Bila tengok Dayu upload gambar yang adik Nurul , Bani nama dia kalau tak silap, dlm blog last week, rasa macam jeles giler. Best woh tgk gambar babies yang di snap by professional photographer. Kalo tak profesional pon, at least ada bakat dalam bidang fotografi. So for sure lah gambar yang di snap lebih menarik & tertarik da bomb. Heheh. Anak2 kita bukannya boleh kembali semula menjadi babies yg comel. Semuanya sgt cepat membesar bagai johan raja lawak . Sedar tak sedar, anak dah nak masok setahun jagung umurnya. Mulelah rasa cam menyesal kenapa tak amek gambar dia banyak2 masa kecik2 comel tak tau ape dulu. Feeling mcm nielah yang aku paling nak elakkan sekali. Thats y la aku rajin upload gambar Naurah kat blog nie. Boleh kata every weekend aku akan snap gambar Naurah dgn harapan moments yg dtg sekali saja dlm hidup tak terlepas. No regrets bak kata omputih. Lagi satu ini juga berdasarkan pengalaman aku sendiri jugak. Gambar aku masa kecik2 sgtlah tak banyak. Boleh kira dengan

10 Months Already!!

Image
Tsk tsk..nak nanges... Ngeheheh =B Rasanya this is my 1st time upload pic Naurah nak menangis. Kesian dak kecit kene buli dgn Ibu poyo. Keh keh. Sekali sekala takpe kan Naurah? Kasi chance Ibu nk beriang gumbira main2 dgn chuk. Sblm dia menangis mcm nie, korang tengok sendiri ape keje dak kecik nie. Mane tak aku buli dia pulak kaw2. Hehee =B Korek2 gambo cat soh kuar..keh kehh Pastu buat muka lawak bile cat tak kuar..kekeke... Nampak kan ape yg terjadi ruang tamu tue. Bersepah habis dgn mainan dia. Layankan ajelah. Ayah tgk sebok sapu dapur, kite sepahkan ruang tamu pulak ye Naurah! =B Punyelah laju tangan & kaki dia bergerak. Kepak2 mcm nak terbang..hahaha Bile dah penat, termenung buat muka comel...hihi Ape2 pon weekend layan karenah dia seharian mmg best. Penat tapi seronok tgk dia bermain. Bukan selalu dpt habiskan masa main2 mcm nie dgn dia. So bila ada kesempatan, aku bagi je dia sepah-sepahkan rumah. Panjat tangga. Merangkak ke dapur. Layankan aje. Ohh..Nau

Pendidikan Baby: Berulang-Ulang

Image
kredit to google Tergerak nak tulis dgn lebih lanjut bila ada yg bertanya macam mana Naurah boleh jadi ralit mcm tue. So aku nak share sikitlah apa yg salesman LEWN terangkan masa dia perkenalkan cara pendidikan sejak bayi dilahirkan sampailah sudah masuk peringkat kanak-kanak. Sebenarnya masa beli LEWN nie dulu, Naurah dah berumur 7 bulan+. Rasa itu pon mcm dah lewat giler sbb bila tgk form parents lain, ada yg dah beli seawal bayi diorang berumur 2 bulan lagi. Dalam hati aku fikir, alah...dah lambat gak Naurah start nih. Mesti dah susah sikit nak pupuk minat dia nih. Tp memegang kpd kata-kata 'better late than never', kitorang beli jugaklah learning set Noddy nih.  Aku tak tahu baby lain mcm mane. Tp aku noticed masa Naurah 8 bulan, dia dah mula insterested dgn TV. Sebelum nie dia buat tak endah jer. So aku pon bersemangat balik nk perkenal Noddy pd Naurah sbb rasa macam its the right time for her. Sebenarnya klu bukak dari usia awal lagi, mmg lah baby takde nak ralit t

Contest Si Manjaku Comel

Image
Tagged by Faizah :- 1) Jadi follower blog Masyimalo Heart. 2) Anda mempunyai blog sendiri. 3) Buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel dan sertakan gamba Si Comel anda yang paling comel.   Nama: Naurah Zayanie :: Age: 5 months (pic taken), now: 10 months 4) Tampalkan banner pada sidebar dan entry.       5) Last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni. 6) Yang boleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun. 7) Tag rakan anda 5 orang. jehan, mai, yana, evyn & nrfdlh

Pengaruh Noddy

Image
Klu tgk Noddy je boleh tinggalkan dia sorang2 =) Ralit oooo.. Masa nie da kalih sket sbb nampak Ibu. Pantang! Thanks Noddy. Anda byk membantu Ibu & Ayah =D

Alhamdulillah

Adehh. Nape rase boring pagi2 Jumaat yg mulia nie eh? Keje dah ada depan mata menanti di buat. Tp mood tada mari lagi. Tu yg ngadap blog jugak tue. Dasar pemalas kurang rajin. Huhuh. Hari nie Insyallah aku masih berpuasa sunat. Ntah nape aku rasa heaven giler bile time berbuka puasa. Cam jd ketagih keseronokkannya tue. Seronok sbb dpt makan puas2 & makan waktu tgh betul2 lapo mmg gelojoh terbaek. Heheh. Aku harap perasaan seronok berbuka puasa nie dpt bertahan lama dlm diri. Maybe boleh amalkan kembali puasa sunat Isnin & Khamis mcm waktu muda remaja single dulu. Insyallah. Appraisal aku semalam bab interview dgn bos sudah settled. Takde ape sgtlah. Lebih kurang dgn tahun lepas jer. So otak aku pon lapang jelah. Berharap ttg mc & el tu boleh improve for next year. Ekceli cerita2 ttg mc & el nie kite bukannya boleh kawal. MC tu sebab sakit. EL tu sbb ada hal penting/tak dijangka tiba2 dtg. Manalah kita nak tau benda2 tu semua kan? Hari nie aku kena hantar balik feedb

Suria KLCC

Image
Venue: KLCC Habi & Naurah Naurah ikot muke Ayah tang mane ek?

Bunyi-Bunyian

Syukur Alhamdulillah. Semalam berjaya mensudahkan puasa sunat walaupun dengan susah payah. Yer, agak susah payah sbb tak bersahur. So perut sepanjang hari mmg mengeluarkan bunyi-bunyian yg mendebarkan. Hahah. Ayat tak tahan. Rasanya aku pernah cerita dulu. Since dah beranak nie, aku dah tak bape larat nk selalu berpuasa sunat mcm mase single. Maybe ade kena mengena dgn aku masih pumping milk from my breast for my sweetie pie itu. Apa2 pon itu bukan alasan utk aku skip puasa yg wajib yer. Syukur masa bln Ramadhan yg lepas, dpt puasa semua hari kecuali hari bendera merah berkibar. Heheh. Then terus juga ganti puasa yg ditinggalkan pd bln Syawal. Settled. So semalam adlh hari pertama aku cuba berpuasa sunat. Semuanya krn mengenangkan pahala if berpuasa pd Hari Asyura. Iaitu hari ini. Malangnya pagi tadi aku lajak tersedar dari tido. Bangun2 da pukul 5.45am da. Mane sempat nk sahur ape pon kan? Tp sbb aku mmg dah azam nk puasa, so teruskan jugalah sampai skrg. Dugaan pertama utk org yg be

Hari Asyura=10 Muharam

Image
*kredit to google Perhatian semua!! Esok adalah 10 Muharam 1432 bersamaan dgn Hari Asyura . Sangat bagus ok klu kita dapat buat puasa sunat, mandi sunat etc. Nak tahu lebih lanjut ttg Hari Asyura, boleh lah klik sini .  Boleh puasa hari esok saja. Boleh juga puasa hari ini & esok saja. Atau puasa hari ini, esok & lusa. Ikot mana yg anda semua rasa ikhlas nak buat.  Ade pelbagai kaedah sbb Hari Asyura nie disambut juga oleh orang Yahudi. So kan Nabi SAW ada kata. Sebolehnya elakkan persamaan dgn amalan dr agama-agama lain. Thats y di anjur juga puasa sehari sebelum Hari Asyura or sehari selepas or kedua-dua hari sblm & selepas sekali. Apa-apa pun saje je nk share dgn semua tentang hari2 baik nie. Renung-renungkan & selamat beramal =)

TAG by Mun

1. siapakah diri anda di rumah?    # isteri & ibu 2. siapakah diri anda di samping rakan?    # kawan yg suke ngadap blog =B 3. 5 benda yang anda idamkan masih belum tercapai?    # kereta luar negara    # LCD TV - Full HD    # almari brg2 perhiasan    # menjadi fully house wife    # duit banyak =B 4. siapakah pasangan anda...?     # Mohd Izhar bin Mohd Ishak 5. ceritakan 1 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?     # rajin & comel =D 6. tarikh anda couple?     # 10.11.2008 (lebih kurang laaa...hihi) 7. kenangan pahit anda bersama pasangan anda?    # hampir2 terpaksa postponed tarikh kawen (seb baek dpt adjust. huhuh) 8. lagu tema cinta anda?    # Albi Nadak - Fares ( kott..sbb masa tu tgk giler dengar lagu nie =p) 9. apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?     # suka jalan2 tempat outing baru. bukan tempat yg sama berpuluh kali. ok!!! 10. tag rakan lain      # Fashya - Ibu Husna & Faizah - Ummi Aisha

Chuk Ibu

Image
My sweetie pie =) Posing utk Ibu ek? Baju newborn yg masih boleh dipakai sampai skrg -__-" Blur skek

Senang Vs Susah

Dugaan Allah ada macam-macam bentuk. Ada ujian berbentuk kekurangan, kesusahan & penderitaan. Ada juga ujian yg berbentuk kesenangan spt kekayaan, kelebihan & kebahagiaan. Antara 2 ujian nie, korang rasa yang mana lebih susah or mencabar. Or dgn kata lain, paling senang utk manusia tewas? Kalau tanya aku, jawapan aku tentunya ujian berbentuk kesenangan. Sbbnya ramai manusia yg tak tahu bhw segala kesenangan yg dia dapat sbnrnya merupakan satu ujian dari Allah utk mengukur tahap keimanan kita pada-Nya. Bila kita senang, we tend to forget about Allah. Lupa diri, riak, sombong, semua sifat2 yg tak baik senang nak menonjolkan diri. Kita leka dgn kebahagiaan yg kita kecapi. Ralit dengan permainan dunia. Leka dgn suami, anak-anak, keluarga. Kita nak enjoy life to the fullest. Sedangkan klu Allah uji kita dgn ujian berbentuk kesusahan. Pada siapa lagi kita nak mengadu segala penderitaan? Kepada Allah jugalah kita mengadu. Kepada Dia lah kita mohon pertolongan moga diberikan kebahag

Mari Memanjat

Image
Bile dipanggil, toleh la jugak kejap Kemudian meneruskan azam memanjat sampai atas. Muncung tak hengat haha... Hampir sampai ke sasaran Berjaya!! Muka bangga

Mission Accomplished

Image
Aku nak update ttg azam nak kemas rumah hari tue. Mlm Jumaat tue tak dapek aku nk ngemas since penat badan jalan2 kt Alamanda. Sabtu pulak berjalan around KL. Sudahnya Ahad baru terlaksana tugas yg tersedia. Masa habi sebok2 kemas rumah, aku pon keluarkan semua harta karun kat tepi2 & bawah2 katil. Dah keluarkan semua, susun elok2 harta sedia ada dlm stor. Ada yg dihantar ke stor atas & ada yg masok stor bwh tangga. Hasilnya adlh sgt mendamaikan permandangan mata. Besh =) Takde dah harta2 tersorok. Semuanya dah berada di tempat yg sepatutnya. Azam baru dah ada. Nak kemas brg2 dlm kitchen kabinet pulak. Mcm2 tupperware & segala pinggan mangkuk ada dalam tue. Everytime bukak, mmg naik semak mata melihat. Ckp jugak dgn habi, klu ada rezeki dpt bonus awal tahun depan, nak pasang kabinet kat atas pulak. Khas utk letak khazanah pinggan mangkuk. Nak beli almari dapur tak boleh sbb ruang sempit. Maid tak berbayar =B Ada budak kecik nk tlg kemas jugak Tolong kemas ker, bua