Posts

Showing posts from May, 2013

Inilah Waktu Kecemasan

Hari ni my bos cuti. Aku pulak half day petang for pregnancy check up. Rasa macam heaven je at the moment ^^ Baru lepas makan nasi lemak ayam sambal & teguk teh o panas. Lepas makan, terus telan ubat darah tinggi. Am hoping tekanan darah petang ni OK. Selalu sangat terjadi kalau kat opis or rumah kita amek reading sokay aje. Tp bile duduk depan nurse, dah tenang-tenangkan diri, still reading masih tinggi. Tak paham betol. Padahal tak stress ape pon. Usually aku akan request the nurse amek reading for 2nd time. Tak pun sampai 3rd time. Kebiasaannya memang OK la sikit reading nya. Takdelah setinggi yang pertama. Lega la sikit sebelum masuk bilik menghadap doctor yang tegas ittuw =P Doktor Fatimah ni memang tegas orangnya. Dia sangat concern kalau patient dia ada banyak komplikasi seperti aku. Hehehe. Yelah...dah beribu pesakit kot dia attend & dia ada a few experience yang tak best sepanjang kareer dia. Kalau boleh dia taknak la benda yg tak best berulang. Thats y check

Belum Rezeki Kami

Mati kutu pulak nak tulis ape hari ni. Sebenarnya aku tengah berfikir nak beli henpon baru nie. Hehehehe. Dalam pd sebok nak berjimat nk nyambut orang baru, boleh pulak nak tukar henpon khenn. Well...bukan suka suka je nak tukar. Ace tu dah lembab sangat la. Sampai terpaksa aku delete a few applications yg sayang nak delete tp since jarang guna, have to jugaklah. Salah satunya ialah instagram @_@ Orang dok happening update using insta, aku delete pulak. Haha. Tak pandai sangat gunanya. Tu yg jarang sesangat masok. So ada baiknya aku delete je drp delete Keek yg banyak video Naurah menari tu =P Mmg salah satu kelemahan Ace ni adalah processor dia yg lembab. Dah beli baru nak stadi. Gitulah jadinya T_T Tetibe skrg nk tukar henpon pulak. Ace ni nak bagi sape pon tak tawu. Semua adik bradik dh ada henpon yg lebih canggih drp Ace. Tak hingin nya diorang. Hahaha... Am thinking of Samsung Grand. Kemainnnn...hakhakk. Tengok la ape kata habi nanti. Apa-apa kena dpt persetujuan drp

Gambar Sekitar JJCM Melaka

Image
Seperti yang aku janjikan pd korang. Layankan ajelah yerp. Tulis banyak pon tak gune hehehe. Sebelum mandi kena serabaikan rambut dulu katenyer The Water Park Not bad eyhh Masih 2 kesayangans Excited la awal-awal kannn Seronoknya tengok muka anak happy gitu ^^ Peace yaww Love them so much Masa ni dah moody budak tu sbb tertelan air & termuntah susu Dia request nk main benda alah ni aje after that Muka tak berapa nak hepi dah huhu Nak jugak merasa Best katanya Tapi kenapa naik sekali aje? hehehe Kesejukan. Request nak towel Jom ler naik atas gitu Teka kat mana? Jangan cakap banyak!!! Comel kan? Huhuhu Baru ade selera nak makan Ketam blackpepper Sotong Goreng Tepung Nak abes baru snap hahaha. Sambal dia tak power Yup. We are here Gambo tak ikut turutan. Belasah ajelah. Jumpa lagi Melaka. Next time wajib pekena Kari Kepala Ikan Hajah Rahmah ^____^

7 Bulan

Apasal ramai sangat yg tak puas hati aku tak letak gambar masa g Melaka tu hah? Mesti sbnrnya korang nak tengok badan gajoh aku kan? Hahahaha. Macam la aku baru kenal korang setahun dua khennnnn -.-" Jangan risau. Ade 1 gambar full body aku habi snap hari tu dgn Naurah. Gambar tu drp depan. Perut mcm tak nampak la. Tp nak tengok kegajahan tu memang takde masalah @__@ Esok lusa aku up la gambo yg ada dlm kamera tu. Tak banyak pun pasal snap masa first day aje yg beriya. 2nd & 3rd day takde lansung kecuali yg Naurah snap ntah hape-hape aje. Selebihnya gambar habi snap using his henfon. Memang penyakit tak suka bergambar & mengambil gambar sms preggy tak berubah lansung drp time preggy ke Naurah lagi. Maybe menyampah tengok bentuk badan sendiri kot. Mati terus mood nak senyum posing dan sebagainya. Kesian. Berazam nak kurus mcm Kak Nani & Ciare lps bersalin nanti. Boleh tercapai tak eyh? Hurm.... By the way hari ni genap dah 28 weeks = 7 bulan. I is suka. Heh

Jalan - Jalan Melaka - Final Day

Yeayy dah masuk final day. Hari ketiga ni kami breakfast di hotel jugak. Kali ni buffet sebab manusia dah ramai. Maklom lah Wesak Day. Hari cuti maa. Breakfast dia adalah not bad. The foods was nice & variety. Overall memang puas hati dengan bayaran yg dah dibuat. Ohh btw aku booked hotel kat sini using agoda. This is our 2nd time using agoda service & puas hati. Cepat & takde masalah lansung. Recommended! The price for 3 days 2 nights stay at Bayou Lagoon Park around RM340+ plus breakfast, water park & tax. All in la senang cakap. Tak payah fikir banyak. Pukul 12tghari kami check out & cepat aje urusannya. Nak balik BBST macam masih terlalu awal. Bukan nak buat apa pun balik rumah awal-awal. So menuju la ke pusat bandar semula. Terkejut bila tengok masa tu bandar Melaka jalan rayanya agak lengang. Semua sambut Wesak Day mehhh??? Gumbira betul drive sana sini dgn aman. Tapi bila masuk Jonker Street, berderet la kereta lalu kat situ. Kami tak turun pun. Cuma tgk

Jalan - Jalan Melaka : Day 2

Cepat je dah masuk hari kedua. Maklom la cerita pun gaya nak taknak aje ni. Apasal ntah mood nak bercerita beriya mcm kelaot. Maybe sbb hari kedua ni lansung takde gambo yg kami amek pasal camera tertinggal dlm beg baju T__T Pagi kami breakfast kat hotel je sbb dah include dlm pakej penginapan. Sebab tak ramai manusia kat hotel, maka kami disuruh order makanan ala carte. Aku dgn kuey teow goreng, habi dgn mee goreng mamak & Naurah dgn coco crunch+milk. Semuanya panas-panas & sedap. Lepas kenyam naik bilik semula & bersiap nak keluar. Keluar dah tengahari so kami terus menuju ke pusat bandar/Banda Hilir. Tempat tujuan ialah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa & terus makan sementara tak bape nk ramai orang tu. Asam pedas tenggiri pulak kami try tapi tak berapa nak ummphh pun. Pada aku sedap lagi udang galah masak lemak kuning. Dah tawu dah sekor udang tu rege RM35. Nak merasa punya pasal, kite pejam mata ajelah rembat sekor ma

Jalan - Jalan Melaka : Day 1

Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang. Moga bermulanya minggu ini dengan perkara yang baik-baik sahaja. Banyak benda nak cerita sepanjang bercuti panjang minggu lepas. Ada benda best & ada jugak yg tak best. Best ke tak best ke hidup mesti mau terus ye tak? Kalau dah namanya hidup, macam itulah dia. Moh ler aku terus ceritakan tentang holiday sempena sambutan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-4. Tulis secara ringkas ajelah pasal tengah tak berapa nak sihat pulak time tengah menaip neh. Kami bertolak drp BBST around 11am & sampai Melaka 1 hour later. Kejap aje. Bile sampai mcm blur pulak nak kemana. Dua-dua tak familiar dgn bandar Melaka sebab dah lama sangat tak explore. Menjajar la kami nak cari port makan yg sedap spt dlm list yg aku tulis. Sudahnya bila perut dah lapor tak tahan, singgah je kedai makan yg nampak. Paling tak best sehari sblm holiday, Naurah demam jenis suhu badan je naik mencanak. Siap sedia lah kami dgn segala ubat dia

Happy 4th Anniversary To Us

Image
Woot wooottttt ^____^ Di sebabkan hari ni adalah hari yang terakhir aku bekerja utk minggu ni, makanya kenalah tulis pasal sambutan anniversary kami yang ke EMPAT (4) tahun 2013 ni. Lusa adalah tarikh kami bernikah di Masjid Jamek Felda Linggiu. 23.05.2009 - 23.05.2013. Dah menghampiri fasa pertama dah usia perkahwinan kami. 4 tahun yg sangat pantas berlalu. Anak pun dah nak masuk sekolah tahun depan. Rasa macam tak percaya aje. Rangkuman 4 tahun kami hidup bersama adalah sangat seronok. Untung lah dapat suami yang soft spoken, penyayang & bertanggung jawab. Tak susah nak hidup aman damai dgn habi neh. Dia pun bukannya banyak songeh sangat. Sikap aku pun byk berubah disebabkan dia. Hidup bersama orang baik secara tak lansung sifat negatif kita pun terhakis sama. Macam tak tergamak kot orang baik kita nak berjahat-jahat pulak dgn dia. Hehehe. Kan orang selalu kata, orang yang paling terdekat dengan diri kita adalah orang yg paling banyak akan mempengaruhi hidup kita.

Shopping Barang Baby & Seafood Bagan Lalang

First of all, apa salahnya aku pakai kasut pink Na? -.-" OK. Lupekan mood sentap itu, hari ni dengan esok kite nak tulis yang best-best aje. Sebab 2 hari ni aje pun bekerja utk minggu ni. Ade sesiapa yg jeles tak? Hehehe. Since weekend lepas cancel balik rumah Kak Ya sebab dia balik kampung, kami pun proceed dengan plan shopping barang keperluan sempena menyambut baby baru tak lama lagi. Dulu dah pernah pergi ke mybbstore Jln Kuchai Lama ni. Masa tu shopped barang utk sambut Naurah. This time kebetulan ada Sale sempena Mothers Day yg lalu. Most of the items ada less 20%. Pada aku dah okay dah tu. Kalau shopping online barang baby pun aku suka masuk website diorang. Sbb mostly memang lebih murah drp online shop barang baby yg lain. Kalau tak percaya korang boleh bandingkan sendiri. Around 11am hari Sabtu yg lepas kami pun gerak drp rumah. Dalam sejam jugaklah shopping kat kedai tu. Memang banyak pun yg nak dibeli. Car seat, breast pad, botol susu, ice pack, cooler bag,

In Holiday Mood

Image
Kesian mak buyong takde modal gambar baru nak letak kat blog. Terpaksa la import gambar tahun lepas menghampiri waktu-waktu begini. Hahahaha.  To be honest sebenarnya memang dah rasa rindu sangat nak pergi holiday. Sebelum ni kemain lagi dalam setahun ada holiday awal, tengah & akhir tahun. Tak missed naik air plane setahun sekali at least. Tapi sejak preggy anak kedua ni memang kelaot semuanya. Pertama atas alasan kesihatan aku. Keduanya nak simpan duit utk kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Makanya pd aku dapat holiday sekali aje pun for 2013 dah cukup baik. Dan masa yg paling baik ialah nak meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 minggu depan. Siryes rasa tak sabar sangat. Syukur jugaklah kesihatan semakin pulih. Dah rasa agak bertenaga utk pergi jalan-jalan cari makan. Even skrg dah start mengah pasal perut makin membesar, kita gagahkan jugaklah. Kesian kat habi. Kesian jugak kat Naurah. Jom kita pergi happy-happy kan diri bersantai, relax &

Oh My Kelisa

Sejak Anje dah tak tinggal dengan kami, kereta Kelisa aku tu dah dapat la kami gunakan balik mcm dulu. Aku sayang betul dengan kereta tu. Harta pertama aku yang dibayar dengan susah payah selama 7 tahun. Kereta tu pun memang sangat berbaloi membelinya sebab tak pernah bawak masalah besar. Tahun ni nak masuk 8 tahun dah umurnya. Masih tegap & sedap dipakai. Tapi biasalah kereta dah lama mesti la banyak dah season spare part semua kan? So sempena kami dah dapat pakai balik kereta tu, habi pun buatlah major service ke bengkel tukar macam-macam benda yg tak best kat kereta tu. Tukar sana tukar sini, wahh memang dah banyak yg bermasalah kereta tu. Memanglah boleh dibawa kalau tak tukar apa-apa pun, tp tak berapa nak sedap la. Plus mcm menunggu masa aje nnti dia break down tengah jalan ke hape. Semalam habi bawak lagi ke bengkel after berhabis RM1k tukar macam-macam. Ingatkan nak buat allignment & balancing aje. Rupanya rim tayar pun dah bengkok. Dia call aku tanya nak tukar tak

Goodbye Cik Anje

Hari ni nak update tentang life baru keluarga kecil kami. Last week kalau tak silapnya Anje my sister yang almost 2 years jugaklah tinggal dengan kami & kerja kat taska Naurah berhenti kerja. Reason dapat kerja taska baru kat Kempas, JB. Hint job from my another sister yang duduk kat JB sane. Ad hoc sangat so memang mcm terpinga-pinga jugaklah dibuatnya kami. MIL pon mcm panic je pasal around this July dia dah pencen. So nanti memang dah takde family members la yg boleh tengok-tengokkan Naurah kat sana. Plus lately habi selalu kerja lebih masa. Kerja hakiki bukan kerja for extra income pun. So masalah juga disitu. Memanglah cabaran tetibe lebih utk kami. Tapi aku pun fikir sampai bila adik aku nak duduk dgn kami? Lambat laun dia pun mmg kena teruskan hidup juga. Kahwin & sebagainya. Cuma yelah....tak sangka dlm masa terdekat ni sbb takde angin takde ribut tetibe dh berhenti kerja & the day after that balik Johor. Terpinga-pinga gitu. Hehehe. Whatever it is I wish her a

Sudah Kurang 100 Hari

Image
Ya Allah....berhari-hari mc sampai lost count and tup tup tengok dah less than 100 days to be a mother again. Syukur sangat pd Allah masih bernyawa pd saat ini walau dilanda pelbagai komplikasi & dugaan. Masih dapat lagi jd seorang isteri pd habi & a mommy to Naurah yang semakin sweet saban hari. Terima kasih....kuucapkan padamu..... - lagu femes masa GE13 baru-baru ni sampai Naurah pon sokmo menyanyikannya..hurkkk -__-" Lately kan even kdg stress bila Naurah asyik buat sepah rumah, rasa semakin sayang sangat kt dia. Maybe sbb hormon as a pregnant lady jugak kot. Lagilah dah nak akhir-akhir fasa ni kan. Kasih sayang terlebih & rasa touching sana sini semakin berleluasa. Selalu panggil Naurah duduk sama dgn aku. Kdg dia baring atas riba even kaki dah terjulur panjang. Usap rambut dia & kiss her forehead. OMG. I just love that feeling. Naurah pun sangat sayang kat adik baby. Selalu dtg selak baju nak tengok my stomach. Berbual dgn adik baby tanya maca

Setengah Bulan Cuma 4 hari

Hi all. Hari ni dah masuk kerja after 4 days on medical leave sebab sakit mata. Sbnrnya belum baik sepenuhnya lagi mata ni. Tapi since dah tak merah sangat, datang jelah ke opis. Nampak bengkak ajelah. Harap tak mengjangkitkan ke orang lain. Amin. Risau jugak ni sbb ada yg kata masih belum baik. Tp aku pon dah lemau duduk rumah. Pastu risau kalau bos bising terlalu byk mc. So datang jelah kerja. Kalau bos suruh balik baru la balik. Tp tgk dia sokay je td even muka kelat hehehe. Tak tau kelat sebab aku dah lama mc atau kelat sbb tgk mata aku tak baik lagi dh dtg kerja. Gasak lah ^^ Sbnrnya aku dah pasrah dah bab penyakit byk dtg time pregnancy kali ni. Redah ajelah sbb dah itu takdir Allah. Orang lain pon ramai yg dah berbunyi ckp banyak betul dugaan penyakit aku pregnancy ni. Benda di luar kawalan kita kan? Penyakit ni datangnya drp Allah juga. Kesembuhan pun milik Dia. Kadang aku rasa stress jugak. Bukan sebab penyakit sgt tp sebab prestasi kerja yg tentulah terganggu bila mana t

Oh My Medical Allowance

Pagi ni membelek buku pregnancy. Alahai tebalnya buku kali ni. Maklum lah bermacam test yg dilakukan utk pelbagai komplikasi. The doc just want to make sure what kind of complications I have that she will dealing of. Doc honestly said to me that she is very concern with patients yang ada high BP like me. Katanya ada beberapa kes yg tak best nak diceritakan sepanjang dia menjadi seorang O&G doc. Tu pasal lah kalau korang perasan check up pregnancy aku kali ni tersangat lah kerapnya. Ada orang kata biasalah doc kat private mmg suka buat test itu ini yg sbnrnya tak perlu semata nak dapat duit utk hospital. Itulah pandangan negatif yg aku pernah dengar dr mulut orang yg katanya pernah ada pengalaman menyakitkan hati dgn private doc. Sejujurnya aku rasa tak baik kot fikir mcm tu. Kalau sememangnya doc tu mmg prihatin dgn keadaan kita, tak ker dh dpt dosa dok tuduh dia sengaja nk amek kesempatan? Manusia mmg suka bersangka buruk. Bab kesihatan ni bukannya perkara main-main sbb melib

Welcoming May

Hello Tuesday & welcome month of May =) Rasa macam cuti panjang betul kami sekeluarga. Last week masuk kerja cuma separuh hari. This week pulak semalam kerajaan Selangor bermurah hati bagi cuti peristiwa sempena PRU13 yang baru saje berakhir. So minggu ni cuma 4 hari ajelah datang kerjanya. Naurah kena sakit mata masa balik Johor last week. Hari ni dah boleh pergi taska sbb dah nampak cerah sikit matanya tu. Tapinya aku pulak yg start merah mata sebelah kanan ni hah. Bangun tido dah ada tahi mata & dah jangka lambat laun mmg akan kena punye pasal yg letak ubat mata kat Naurah mmg tugas aku. Byk contact dgn dia & memang takde arah la. Tapi aku gagah juga ni ke opis sebab nak soh bos nengok sendiri mata merah ni. Biar dpt arahan dia soh g klinik amek mc kalau taknak orang lain kena jangkit. Kalau dia sokay nak soh aku keje jugak mcm biasa, mak pun okay aje. Hehehe. So kerja jelah mcm biasa & tunggu ade orang bising soh amek mc. Haihh..berlambak sungguh mc aku