Posts

Showing posts from May, 2014

Masalah Atau Bala?

Image
Aku ada masalah. Malangnya masalah ni orang lain tak boleh tolong. Aku kena sedar diri sendiri. Aku ada masalah shopping online. Hewhew @__@ Dia macam ni tau. 2-3 bulan berjaya control diri. 1-2 bulan tak berjaya semula. Kemudian akan berjaya kembali. Gitu lah dia. Pi mai pi mai tang tu lah jugak. Masa nak beli tu konon fikir masak-masak ah ni. Kehendak atau keperluan? Fikir 20 kali ni. Dingdongdingdong. Sudahnya semua aku rasa keperluan. Kesimpulannya? Kenalah beli -,,- Lagi satu otak aku ni jahat. Dia kata ' tak perlu risau. habi kan ada! '. Dengan erti kata lain, aku takkan mati kebulur tak makan dengan adanya habi. Hantu betol. Hahahaha. Paling berhantu sekali bab shopping baju bajan & kasut anak-anak. Ya Allah....dah macam mak lampir gayanya kalau ralit tengok IG or FB. Menelaah setiap fesyen yang ada utk budak-budak tu. Semuanya di hujung jari aku je kan. Dah start malu gak sebenarnya ni dengan akak receptionist yang asyik call aku cakap ada parce

Pelan Pelan Kayuh 10 Bulan

Image
Pada pemerhatian aku kan, Nazif ni dia punya progress pembesaran macam lewat 3 bulan drp yang sepatutnya. Contohnya Naurah di usia 6 bulan dah boleh duduk sendiri dengan tegap, Nazif pulak pada usia 9 bulan barulah berjaya. Orang kata progress baby boy memang lambat vs baby girl. So aku pun malas nak ambil kisah sangat bab benda ni. Asal sihat walafiat sudah la. Bila dah tiba masanya, dia akan pandai juga buat semua yg dia perlu pandai tu. Kuncinya ialah SABAR.  Kita relax je kan Nazif. Takde apa nak kejar pun. Bagi chance ibu rasa lama sikit ada baby. Jangan membesar cepat sangat mcm kakak awak dulu. Terima kasih sebab bagi ibu pengalaman baru ye. Secara tak lansung mendidik jiwa ibu supaya lebih sabar & tenang. Ewahh =P So semalam 29.05 kalau nak ikutkan genaplah Nazif berusia 10 bulan. Alhamdulillah. Asal nak beralih bulan je mesti datang penyakit. Orang kata nak dapat akal baru. Nak pandai benda baru. Kadang ada betulnya jugak. Applicable for babies la. Untuk yg da

Jelly Cake, Pokok Daun & Bubur Nasi

Image
Kek jelly ni di hadiahkan oleh orang untuk staff office. Menarik kan? Ritu aku upload yg flower. This time fruits pulak. Kalau korang nak try jelly cake, boleh lah jenguk website qjelly.com. Ada 2 kedai. 1 di Bdr Puteri, Puchong. Another 1 kat 1Utama Shopping Mall. Cake ni Halal yer. Harga agak mahal la. Rasa dia mcm lengkong. Tau? Hahaha. Kalau org Johor biasa panggil lengkong lah. Johor ke Jawa? Entah hihi. Agar-agar dlm bahasa biasanya. Ada rasa pandan skek gitu. Sejuk-sejuk mmg heaven lah makan. Aumm! Haha Pokok kat atas ni pulak penyeri meja setelah sekian lama tiada pokok hidup diatas meja. Ini pun hadiah juga macam jelly cake diatas. Murah rezeki staff PMD hehe. Haa, kat atas ni pulak bubur daging+kentang+carrot yang aku masak utk Nazif malam tadi. Setiap hari tak missed si bujang tu dibekalkan dengan bubur nasi pelbagai variasi. Ini first time perkenalkan dia dgn daging. Siap beli Australian Beef ko! Kemain lagi kan. Beli potongan kecil tak mahal mana pun. Buk

Kecewa Dan Rasa Tertipu

Image
Beberapa bulan yang lepas, aku mengetahui hakikat sebenar tentang keburukkan peribadi orang ternama di negeri kelahiran. Betapa kecewanya aku rasa bila mengetahui kebenaran itu. Ye, kebenaran tu selalunya pahit untuk ditelan. Apatah lagi kebenaran yang tidak baik. Yang indah khabar daripada rupa. Aku patah hati. Remuk redam apabila mengetahui kebenaran itu. Hinggakan aku unfollow semua page yang berkaitan dengannya. Aku dah taknak mengingati apa-apa tentangnya lagi. Everything connects to them are all lies. Or most of the news are lies. Bila kita dah tak dapat nak bezakan berita benar & palsu, seeloknya kita tinggalkan sajalah.  Makanya aku skrg sangat sceptical tentang apa saja berita yang berlaku di negeri kelahiran kesayangan itu. Kasihannya kami rakyat yang sebenarnya telah banyak dibutakan mata & dipekakkan telinga. Menyembah & menyanjung hormat pada mereka yang tidak layak diberikan penghormatan sebenarnya. Masih ramai yang tertipu. Kasihan. Raja adil raj

Ada Apa Dengan Anak?

Image
Masa nak naik flight from KL to KK hari tu, belakang aku mat saleh perempuan 2 ketoi. Agaknya dalam baya aku gitulah. Masa tu aku dukung Nazif & muka dia menghadap ke belakang. Kiranya menghadap 2 mat saleh tu lah. Then I heard one of them talking to another one... Lady 1 : Cute eyh this little boy? Lady 2 : Yeah. Lady 1 : I love kids. But I don't know what to do with them *giggled Lady 2 : Yeah. Me too * giggled too Dalam hati aku kata. Kesian pompuan 2 ni. Tak tahu nak buat apa dengan budak-budak? Takkan lah sebab tu je taknak ada anak meh? Alahai. Ruginya.  Pada anak-anak lah kita menumpang kasih sayang. Kita curahkan segala kasih sayang yg ada dalam diri kita. Kita jaga segala keperluan dia, bergurau senda & bermain dengan dia. Senang kata kita besarkan lah dia seperti mak ayah kita besarkan kita dulu. Cuba berikan yang terbaik utk dia. Bagi pendidikan agama & dunia supaya jadi manusia yang berguna. Itulah caranya. Aku tak harapkan a

KK Last Day

Image
Sebenarnya banyak pics yang di snap sepanjang holiday singkat ni. Tapi kat merata henfon lah. Yang ada kat henfon aku memang ciput je sebab pemalas lipas nak charging. So asek tet tet tanda dah nak habis bateri. Menyampah lak dengar. So kdg memang tak bawak la kemana-mana. Aku rajin snap pics. So mintak je henfon sesape snap. Tu yang merata sana sini pics. Korang hadap apa yang ada dlm hp aku jelah ye. Soweeee... OK sambung last part di KK. Hari terakhir kami keluar agak lambat pagi tu. Pukul 10pagi kami check out from hotel & terus ke Pasar Filipin. Kat area situ memang banyak lagi pasar yang ada. Pasar Besar KK, Pasar Ikan, Pasar Kraftangan, semuanya ada kat Jalan Tun Fuad Stephen ni. Usually orang yang cuti ke KK ni memang suka la duduk kat Marina Court Apartment or Promenade Hotel sebab dekat dengan tempat shopping barang kering & basah utk dibawa balik ke semenanjung sok. Hotel bajet pun ada kat sekitar ni. No worries. Sesuai la utk yang single. Utk family kurang sele

KK Day 1 & 2

Image
Flight dari KL - KK pukul 10.30pagi pada hari Khamis 22/5/2014. Habi hantar all of us ke klia2 and then parked kat ERL Kota Warisan/ Salak Tinggi. Fee ERL dari situ ke klia2 RM3.20 sehala. Ambil masa dalam 10 minit je. Since dah tour klia2 2 kali sebelum pergi ke KK ni, so kami memang takde masalah nak menuju ke tempat sekian-sekian. Sempat lah breakfast kat Marry Brown after check in luggage. Tak terkejar pun sebab kami keluar dari rumah awal dalam pukul 7pagi gitu. Dari rumah ke klia2 cuma 15minit je. Kalau gate anda K, katanya akan berjalan jauh sebelum sampai ke tempat nak naik flight tu. If gate anda di J, maka tak jauh sangat lah. Kami berlepas dari gate J8 & dekat je. 7 minit jalan dah sampai. If naik drp gate K, Kak Ya kata masa di ke JB a week before memang jalan jauh. At least 40minutes katanya. Homaiiii O__o Pitams.  Office mate aku yg kawannya kerja kat Air Asia pun dah pesan datang jelah awal and jangan bertangguh lama nak ke gate pelepasan tu. Sebab kita

Teaser : KK Trip 2014

Image
Hai semua =) Tuan punya blog tak sihat balik drp holiday. Demam, flu & cough pakej datang menyerang. Jadi semalam terpaksa on medical leave. Hari ni start kerja dengan tisu penuh atas meja. Pemandangan normal bila aku tak sihat.  KK trip was good. Yang tak bestnya flight balik ke KL delayed 6 hours due to bad weather. Banyak lagi flights yang delayed. Ada yang nak ke Hong Kong, Denpasar, JB. Ada yang lebih lama juga menunggu drp kami. Ahh...penerbangan kedua aku & habi tahun ini. Dua-dua kali delayed. Memang kami tak bernasib baik bab fly tahun 2014 ni kot. Hehehe. Hint supaya lepas ni holiday by car je kot =P Nazif & Naurah dalam flight pergi & balik tak banyak masalah. Nazif most of the time tidur. Yeayyy. Naurah pulak excited & happy. Haihh..seronoknya dapat membahagiakan hati anak-anak. Kepuasan hati yang sukar nak di ucap. OK lah. Tak dapat nak update lagi ttg trip to KK. Petang sikit lah InsyaAllah. Ada janji mahu ditunaikan pd pembaca setia b

Are Ready For Us KK?

Image
Esok kami sekeluarga plus Mak, Abah, Kak Ya & adik bongsu Hirraz akan bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. This is me, habi & Naurah second time visiting KK. Kak Ya pun dah pernah pergi masa dia kerja kat Labuan. First time for Abah, Mak & Hirraz. Ohhh first time for Nazif too ^^ Lupa pulak si kenit tu huhu Aku dah booked flight & hotel to KK since last year lagi. Masa tu buat pilihan antara Bandung & KK. Tak lari jauh pun expenses antara 2 tempat ni. Tapi habi berat ke KK sebab dia dah rindu seafood kat sana yang murah & mabeles. Akhirnya aku pun beralah. Jomlah kita ke KK lagi for our 5th anniversary holiday. We went to KK for the first time back at 2012 (3rd anniversary holiday). Last time kami ke Dairy Farm, Kundasang. Tengok lembu baka New Zealand & feeling macam dekat sana sekali hehe. This time, kami mahu ke Pulau Manukan. Kalau bercuti 3 hari 2 malam, dengan budak kecil pulak, memang semput nak cover 2 tempat sekaligus. Jadinya kita pilih Kundas

Matang Ke?

Image
Aku noticed yang sekarang aku dah jarang menulis almost everything about my life. Korang perasan tak? Dulu punya entry memang tahap lagha habis lah. Pergi tesco nak tulis, pergi beli barang dapur nak tulis, pergi KLCC nak tulis. Dah kenapa ko? Hahaha. Aku rasa masa tu otak aku kurang kreatif berbanding skrg. So betul lah agaknya orang kata semakin kita berusia, semakin matang pemikiran kita. Dari segi penulisan pun dah banyak perubahan. Back at 2008 masa aku start ber blogging, bila baca balik rasa euwwww. Hahaha. Is that written by me? Oh pehlissssss wkwkwkw =P Tapi aku ada jumpa beberapa orang manusia yang dah tua dan tak matang pun. Stress gak kadang tu melayan orang yang macam ni. Perangai tak sesuai dengan usia. Terkinja-kinja macam budak remaja. Ohhh pelisssss lah. Tak sesuai okay! Macam budak-budak dah 1 hal, pastu cepat sentap pulak. Bila dia bercakap dengan kita, amboiii kemain laser sekali. Tersenyum kelat kita dibuatnya. Macam ni lah orang tak pandai nak berkonfront

23.05.2014 = 5 Tahun

Image
Tak berapa hari je lagi genaplah 5 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Walaupun masih muda lagi usianya, tapi tetap rasa berbangga & bersyukur lah kan. 5 tahun kahwin dikurniakan sepasang anak sebagai penyejuk mata & tempat menumpang kasih sayang. Juga dengan harapan bila kami suami isteri dah tak ada sok, dapatlah kiriman-kiriman doa daripada anak yang soleh & solehah. InsyaAllah. Seronoknya hidup berumah tangga. Rugi kahwin lambat taw! Kalau nak rasa erti kebahagiaan sebenar, dah nampak calon yang sesuai, cepatkan jelah bernikah. Hidup berdua seronok, hidup bila dah ada zuriat lagi lah bertambah seronok. Tapi....haaa...tetap ada tapinya jugak. Haha. Lidah mana yang tak pernah tergigit. Lautan mana yang tak pernah dilanda badai. Macam tu jugaklah hidup berumah tangga. Untuk mendapat rumah tangga yg bahagia, tetap kena ada usaha. Usaha utk memahami & menerima seadanya kelebihan & kekurangan pasangan kita. Kelebihan tu of kos lah takde masalah nak

Musim Laici Segar

Image
Terliur lak tengok gambar laici segar neh. Semalam masa jenjalan Nilai 3, nampak ada orang jual kat dalam lori kecik. Memula macam taknak beli. Tapi bila banyak pulak kereta masa nak lintas jalan dengan Naurah, ahhh ini petanda untuk suruh beli kot? Hehehe. So terus jalan tuju ke lori and tanya sekilo berapa. Sekilo ialah RM12 ye. Macam mahal la pulak. Hahaha. Tapi dah pergi takkan la nak patah balik kan? So beli jelah sekilo. Alhamdulillah malam tu bila bawa keluar drp fridge, manis pulak rasanya. Hari tu beli dekat Zemart masam. Maybe belum cukup masak kot. Sekali hadap je dengan habi laici ni. Settled. Teringat masa pregnant kan Naurah, aku mengidam buah laici ni lah. Asyik bertangguh nak beli, last-last bila dah habis musim barulah sebok kesana sini. Sudahnya laici yang di idamkan non hado. Padan muka! Hahaha. Hasilnya Naurah adalah ngences skek masa 4/5 bulan gitu. Sebbaek kejap aje. Masa Nazif macam takde mengidam apa pun. Kalau ada pun maybe semuanya dapat dim

Happy Teachers Day 2014

Image
Tahun pertama nampaknya ada entry sebegini di blog emak-emak ni. Ianya petanda bahawa ada anak emak ni dah mula bersekolah. This is Naurah's first time to celebrate Teachers Day at Little Jannah Integrated Kindergarten.  Balik kerja semalam aku tanya lah dia ' Naurah, esok Teachers Day awak nak bagi apa kat teachers? '.  ?????? Yes. Its a never ending question marks on her face. Hahaha.  ' Apa Ibu? Teachers Day? '. Agaknya teachers pun takde kabo kot tentang hari ni hari guru. Pulak Naurah tengahari tu Wan dia ambil bawa balik rumah. So maybe dah missed anything yang teachers dia announced lah. Takpelah....Ibu maafkan awak yer nak. What the shrimp. Kahkahhh But being a mother, tak sedap hati lah kita tak bagi teachers dia apa-apa sempena hari guru yang di raikan setahun sekali ni kan? Thanks to my wassaps friends yang bagi banyak idea what to give to teachers of our children.  I reminded habi about this and off we went to Tesco for chocola

Jambu

Image

Nazif 9 Bulan+ & Naluri Ibu

Image
Rasa macam dah lama tak update tentang Nazif. Si manja mummy ittew. Tetibe bahasakan diri mummy hahaha. Tapi betul lah. Tak tau kenapa mengada bahasakan diri dengan Nazif as mommy. Aku sendiri pon kompius @__@ To date Nazif dah 9 bulan setengah la senang cakap. Right after we came back from Umrah, banyak benda baru yang dah berlaku pada Nazif. Agaknya masa kami tinggalkan dia yg demam tu petanda nak tambah akal baru. Plus demam nak tumbuh gigi. Yer, bila jumpa je Nazif balik dari Saudi...mestilah belek segala sudut badan anak kan. Raba gusi dia & tadaaaa. Dah ada tunggul seketoi kat bawah tu. Anyonyo comelnya tengok hehehe Selera makan Nazif pun dah meningkat. Sebelum tu dia macam nak taknak aje makan bubur yang aku buat. Sedihnya hati bukan kepalang. Bukan saja aku dah tak pandai memasak makanan orang dewasa, nampaknya dah tak pandai masak makanan bayi juga???? What the fish chicken & shrimp. Sampai merapu rapu aku dibuatnya. Hahaha Seronoknya bila suap dia bubur,

Rabun

Image
YES. Aku memang rabun jauh. Tapi korang jarang nampak gambar aku pakai spek kan? Agaknya aku ni IN DENIAL lagi kot. Hehehe.  Entah lah. Aku rasa rimas lah pakai spek. Sanggup ko kesana kesini dengan penglihatan kabur ni. Punyalah tak sedar diri punya pompuan. Haha =P Sometimes aku pakai spek. Terutamanya bila tengok tv. Bila tengok cerita best, pastu mcm tak puas. Dan selalunya sebab tengok game Liverpool lah. Tak hilang lagi minat pada team bola yang disokong sejak belasan tahun ni. You'll never walk alone. Yeayhhh!! Poyo -..-" Ohh..ada cerita yang aku nak sampaikan sebenarnya tentang rabun aku ni. Masa ke Tanah Haram bulan lepas, aku memang sesiap la bawa spek sekali sekala tu. Dalam hati kata kalau lupa bawak ni habis lah tak puas tengok view Kaabah & semua tempat menarik kat sana tu. I will regret it till I die. Gitteww Tetapi barakahnya di Tanah Haram, aku rasa puas melihat semua pemandangan yang ada. Sampai aku rasa aku memang tak perlukan spek pun.