Posts

Showing posts from September, 2014

Villeam Coway Memang Best

Image
Tu dia Coway punya water filter yang paling latest. Villeam nama dia. Senang betul dah ada benda alah ni. Nak buat susu budak-budak tak payah fikir dah ada air panas ke tak. Sebabnya 24 jam memang standby mode. Sentiasa ada. Suhu air ada 3 ketetapan. Panas, sejuk & room (ambient). Sebelum ni bukannya taknak beli. Tahu kepentingan & manfaatnya. Tapi kemampuan nak beli cash sedebuk gitu or sewa beli (mcm skrg) tu yang membuatkan tak ada. Ini pun ada bukan sebab dah mampu. Tapi sebab dapat sponsor installment payment free for 1 year by Kak Ya. Well....sape lagi yang selalu murah hati khennnnn ^_^" Kak Ya pun sbnrnya tolong adik bongsu aku si Hirraz tu cukupkan sale 3 pcs per month. Bila dapat achieve target, dapat lah bonus masyuk sikit. Gitu. Sebelum ni aku dah cakap tak mampu dah nak tambah komitmen bulanan. Kalau mampu, aku pun nak tolong adik beradik. Aku cuma berpijak di bumi yg nyata. Kalau dah memang tak mampu, takkan nak bersusah payah pulak kan? Offe

IKEA Selepas 3 Tahun

Image
Habi kalau di ajak ke Ikea, memang tak mahunya dia. Tempat jem katanya. Tak koserrrrr. Sedih betul hati aku. Ikea ni pada aku orang perempuan sangat suka pasal banyak benda mengarot tapi dapat menggembirakan hati tahap maksima bila dapat membelinya. Dengan harga yg super murah tapi dengan kualit yg not bad, memang best sangat lah. Non stick pan yang aku beli last 3 years tu harga RM8.90 je. Tapi gunanya sampai skrg. Senang buat menggoreng telur utk si hantu telur. Tak perlu nak guna Tefal yang besar tu. Leceh nak basuh =P Semalam kemain bersemangat bila Kak Ya ajak breakfast kat Ikea hari sebelumnya tu. Ahad bangun awal la bila budak-budak dah cerah bijik mata. Turun bawah, Abg Eddy tanya bila nak siap pergi Ikea nyerrr? Eyh...dia nak join rupanya. So laju la aku siapkan budak-budak, kejut habi soh bersiap & by 9am dah gerak. Naik CRV Abg Eddy je sebuah. Setengah jam je pun dari rumah Kak Ya lalu Penchala Link tu. Ker tak sampai? Kemain lagi orang dah ramai OK kat cafe Ikea tu

Kehendak & Jemputan

Image
Bila kita berada di Masjidil Haram, melihat lautan manusia di serata ruang, kita rasa macam mustahil kita dapat menyentuh Kaabah, bersolat di dalam Hijr Ismail dan apetah lagi mengucup Hajarul Aswad. Tawaf sunat yang paling mendatangkan selesa di hati adalah yang pertama sekali dilakukan bersama habi. Alhamdulillah. Ianya satu ibadat yang yg menggembirakan hati saat melakukannya. Aku pun tak tahu kenapa ianya jadi begitu. Bersama habi lah kami bersama-sama dapat memegang kiswah Kaabah dan bersolat sunat di dalam Hijr Ismail. Allah ya Allah, terima kasih kerana memberikan kami peluang yang sangat mendebarkan itu. Dan ianya tidak sesukar yang di sangka dengan izin Allah. Dia maha pengasih dan penyayang, yang mengetahui segala isi hati hambaNya. Kami mohon dipermudahkan dan Dia memberikannya. Hampir saja kami dapat mengucup Hajarul Aswad tetapi aku merasakannya tidak berbaloi apabil terpaksa berhimpitan dengan jemaah lelaki yang lain. I said to habi, some other time, InsyaAl

Kenapa Suka Mengungkit?

Image
Kalau bergaduh, tak sah kalau tak mengungkit. Adakah itu menunjukkan perkara yang kita lakukan tu sebenarnya tidak ikhlas? Terpaksa? Tak jugak pada aku. Tapi kan, kalau kita dengar orang mengungkit dia buat itu ini kan, rasa macam menyampah nya lahai. Memang dalam otak kita kata, hisshh tak ikhlas dia ni buat kerja. Sebabnya dia mengungkit balik apa kerja yg dia buat tu. Itu pandangan orang yang mendengar ungkitan itu lah. Tapi dari pandangan orang yang mengungkit, lain pulak halnya. Sebenarnya dia sokay je buat kerja tu. Kadang bukan kerja berat mana pun. Simple je pun. Like tutup suis TV lepas habis menonton or letak pinggan dalam sinki lepas habis makan. Kan senang je tu. Tapi bila bergaduh, benda kecik gitu pun boleh jadi besar. Sebabnya kadang kita rasa orang yg di pihak sebelah tu macam tak memahami kita. Or saja taknak memahami? Tapi.....ada jugak orang yg mengungkit sebab dia saja nak highlight kelemahan orang lain. Saja nak kata dia tu bagus sangat, tip top etc. W

Nazif First Step

Image
Pagi tadi Nazif buat surprise kat aku & Naurah. Dia berdiri tak pegang apa-apa lama jugaklah. Pastu menapak selangkah dan jatuhhhh ekekeke ^_^" Terus tepuk tangan kat dia supaya dia happy. Dengan harapan dia rajin lah nak berlatih berjalan. Dia ni bukan apa, manja kededek sangat. Sokmo nak berdukung aje. Tu pasal lambat skek nak berjalan. Plus nak suruh orang pimpin dia jalan laju-laju. Kurang sabar. Macam aku rupanya. Hahaha =P Menyusur, merangkak..semua mau laju terus. Berjalan tak boleh la macam tu dik. Kena pelan-pelan, kena seimbangkan badan dulu..barulah boleh nak menapak. Tak sabar sangat dah rasanya nak tengok dia berjalan. Mesti comel gila jalan kengkang tu =D Nazif pun kemain la muka happy masa berdiri tak pegang apa tu. Lepas menapak & jatuh tergelak-gelak dia. Rugi la habi missed this moment huhu. Mendukung Nazif pun dah rasa beratnya. Semangat dah badan tu. Baju pun banyak dah fit. Kena la ibu shopping baju baru yer. Takpe...itu memang kelebihan yang

Memang Darah Tinggi Penyebabnya

Image
Alhamdulillah hari ni agak sihat utk pergi bekerja. Agaknya lah pasal pagi sangat lagi. Selalunya migrain tu datang lepas pukul 9pagi. Sampai dah boleh hafal timing dia pasal hari-hari pun kena since last week T_T So semalam pergi lah doctor kat BBST yang boleh dipakai skek drp doctor kat klinik sekitarnya. Doc prescribe ubat darah tinggi dose paling kecil (5mg) makan sekali sehari, vitamin urat makan 2x sehari & tahan sakit 3x sehari. Balik je dr klinik terus telan ubat & biasalah....tingtong jugak sampai ke petang pasal badan tengah nak serasikan diri dengan ubat baru kot. Dah pernah laluinya masa pregnant with high blood pressure dulu. Tekanan darah yang diambil menggunakan kaedah manual ialah 150/110. Padan kepala rasa mcm nak meletop! BP tinggi ni nampak macam sakit biasa. Tak ketara sangat pasal orang tak nampak secara mata kasar. Tapi yang mengalaminya tahu lah betapa hazabnya bila migrain tu datang. Tahap aku ni sampai boleh rasa nak muntah. Sedih sangat ra

Esok Jumpa Doktor

Image
Bila selalu rasa tak sihat, mulalah asyik terfikir tentang mati. Allahu...melihat muka anak-anak yng riang gembira hati menjadi sayu. What if I left them so suddenly like tomorrow. Kasihannya dah tak dapat kasih sayang seorang ibu. I know habi will take good care of them. Wan & Atok pun masih ada. Diorang semua sayangkan budak-budak tu menyamai sayangnya aku pd diorang. Cuma itulah....ibu dah tak ada. I must do something about my health condition. Ianya sudah mula memberi kesan pada kerja di pejabat dan juga di rumah. Kalau kat rumah, lepas telan ubat sokmo tido berjam-jam. Kalau tak tido, kepala sakit. Baik aku pilih tido. Masa utk bersama anak-anak dah makin kurang. Kalau berjaga, cepat pulak panas hati dengan karenah anak-anak. Tak bagus jugak. Aku di dalam dilema. Habi sangat baik. Tolong picitkan kepala. Tolong urutkan badan. Tak bising pasal rumah yang serupa tongkah pecah. Tapi sampai bila dia dapat bertahan? Setiap manusia ada tahap kesabarannya. So does he. Ak

Sakit Kepala Yang Kerap

Lately aku kerap di serang sakit kepala. Aku tak rasa sebab darah tinggi. Tapi sebab flu yang tak kunjung hilang tu. Seksanya lahai asyik sakit kepala je. Sokmo telan panadol nak bagi elok sikit. Kalau kat rumah takpelah sangat boleh jugak di bawa baring & tido. Ini kat office kalau dah tak tahan sangat baru la aku ke surau & try to sleep. Lumur vicks kat kepala bagi berangin skek. Dengan harapan lepas bangun tido boleh hilang dah sakitnya. Non hado. Dia nak kena panadol jugak kot. Haih..... Bila tengok pc, berpinar mata dibuatnya. Kadang boleh rasa mcm nak muntah sekali. Aii...ini dah macam simptom pregnant aje nampak gaya. Tapi aku yakin aku tak preggy sebab baru je lepas period kot haha. Harapnya bila flu ni baik sok, sakit kepala ni pun pergi sama. Tak tahan la asyik nak telan panadol je. Ujian Allah datang bersilih ganti. Bab kesihatan ni tersangatlah mencabar. I tried to drink a lot of water. But the pain still didnt go away. Makan panadol pon kadang rasa mcm tak

Berangan Tak Sudah

Image
Macam manalah nak meningkatkan lagi kualiti dalam hidup kat dunia ni ekk. For me, changes is important once in a while. Kalau bertahun kehidupan kita mcm tak banyak berubah, boring kot. Ke korang tak boring? Hehe. Contohnya bab anak. 3,4 tahun kalau tak ada pertambahan macam bosan jugak. Takde benda baru. Takde cabaran baru. Itu kalau dari segi anak lah. Masak jugak kalau selagi hidup selang that years asyik nak tambah anak aje. Hahahaha. I mean until its enough la for us with the amount of children we have. Nak tambah anak kena fikir kos membesarkan diorang jugak. Maklum sajalah makin lama kos hidup makin tinggi. Zaman skrg ni anak 3,4 tu dah kira banyak dah. Ramai yang makin selesa dengan anak tunggal or 2 saje. Salah satu faktor mmg sbb cost of living yang meningkat melampau sangat. Changes yang seterusnya ialah peningkatan taraf hidup keluarga. Aku dah cukup puas hati dengan kereta Kelisa yang jimat minyak boleh di bawa pergi balik kerja saban hari. Puas hati juga dengan f

Target Baru Sekolah Rendah Agama Integrasi

Image
Tahun depan 2015 Naurah dah 5 tahun. Rasa makin gigil je pasal tak lama dah nak sekolah Darjah 1. Err..gigil tu pasal persaingan kat sekolah zaman sekarang tak sama lansung dengan masa zaman kita dulu. Seingat aku masa aku Darjah 1, baru nak belajar mengeja dan membaca. Zaman skrg sebelum masuk sekolah dah ada exam utk menentukan anak kau duduk kelas yg mana. Kelas budak dah pandai membaca atau belum pandai lagi. Sedih kot kalau anak kita duduk kelas budak yang ketinggalan. Dulu kita tak masuk tadika pun tak ada masalah. Darjah 1 tak tahu apa-apa pun sokay. Boleh je belajar dan catch up dengan pelajar lain. Tapi sekarang dah tak boleh macam tu. Belum apa-apa anak kita dah dikelaskan mengikut kemampuan dia. Tadika dah belajar membaca. Dah boleh mengira tambah tolak darab bahagi. Tak ke kesian kalau anak kita clueless bila masuk Darjah 1 sok sebab kita tak sekolah tadika kan dia? Lagi pulak budak zaman sekarang dia punya kematangan tu agak cepat. Macam kita dulu tak kisah sangat

Picasa Editing Yang Mudah

Image
Tranquility Besor lobang hidung ko Nazif haha Muka sentap taknak balik Keterujaan Banyak akal Bonding Candid Bila wifi down, kita edit lah gambar yang beribu ada tu. Inilah hasilnya. Not bad kan. Guna picasa je pun. Klik klik aje. Tak susah lansung. Sayangnya aku tak rajin nak jadikan ianya hard copy. Terperam ajelah dalam PC ni. Memang banyak gambar yang cantik. Tapi itulah....kalau dah malas, ape pun tak boleh.

Model Jubah Cilik

Image
Our blogger friend Dina invite our children to be her Jubah model at her 360 boutique at Midfields Square, Sg.Besi. Being a mother, of course lah excited mengalahkan anak-anak. Knowing that Naurah memang suka lah sangat bab mekap-mekap ni kan. Kita pun seronok la nak biar dia experience photoshoot macam ni. Walau dalam hati sebenarnya dah tau dia akan jadi 'kayu' di depan camera sok kehkohh =P Geram taw sebab lansung taknak senyum. Muka ketakutan padahal dah comel sangat bila di mekapkan oleh Dina tu. Tapi budak-budak kan, bukan boleh nak paksa pun. Naurah memang sebiji personaliti aku. Pemalu. Err...cuma aku dah tua gini takdelah pemalu sangat dah. Jadi mak-mak kena bersosial beramah tamah. Kena ramah dengan owner taska, dengan cikgu cikgi. Semuanya demi kemaslahatan anak-anak. Kalau kita tak ambil tahu pasal anak-anak, cane nak ngaku jadi ibu bapa yang bagus ye dak? So aku kena ubah la sikap aku drp tak pandai bersosial kpd pandai. Mulut tu bagi ramah tamah ske

PD Golf & Country Club Part II

Image
Esok paginya bangun pagi breakfast lah dulu. The breakfast was decent. Kami bersarap dengan pemain golf yang pagi-pagi dah bangun. Ada game between media and Politeknik PD. Bila semua dah start the game, tinggal lah bape kerat je dlm dewan makan. Makan lah dengan tenang. Err tak tenang sangat pasal Nazif asyik baling sudu garpu segala macam lah yang ada kat tangan dia tu. Hobi dia memang suka baling & campak sesuka hati ikut mood dia. Lepas breakfast, tak sempat nak naik bilik balik. Naurah & Nazif dedua selok lalu sebelah swimming pool. So habi naik atas amek suit diorang & main air teruslah. Nazif lebih happy kali ni pasal ayah ada sama. So boleh berendam sepuasnya dlm kolam instead of main air dari tepi je mcm dengan ibu. Hahaha. Aku tengok budak-budak ni happy sangat masa main dlm swimming pool ni. Ahh...berbaloinya rasa pergi ke sini. Memang tujuan utama nak bawak diorang mandi sini pun. Tak dapat nak describe betapa puasnya melihat wajah a

Cermin Yang Menipu

Image
Dalam master bedroom ada cermin yang sangat handal menipu. Dia selalu bagi impression yang aku ni tak gemuk mana. Jahat betul cermin tu. Huwaaaa T___T Hakikatnya dah nak tahap obese kot aku ni. Lemak kat perut tebal mau 25cm kalau diukur. Hasil lemak yang dikumpul dari 2 orang anak. Sejak bersalin, memang tak pernah dapat berat badan masa kahwin. Menyampahnya lahai.... Aku rasa memang aku nak salahkan cermin tu banyak lah. Sampai aku jadi ke saiz yang sekarang ni. Logik tak? Hahaha. Cermin kat PDGCC ni pun boleh tahan menipunya. Nampak mcm tak gemok mana. Tapi korang jumpa la aku secara Live. Mesti terkesima sekejap. Bwahahahah. Siot jek ngata diri sendiri. Well, the truth always hurts. Terkesima tengok badan gajoh ni. Kahkahhh. Kalau amek pic kena tapis dulu jangan bagi nampak yg hodoh sangat. Kalau tak pengsan korang ekekeke =P Baju kaler gelap lagi la effect kurus kononnya kan. Hakikatnya aku dah taktau nak buat gane lagi utk turunkan berat badan neh. Kalau semang

Demam Berganti Ganti

Image
Seingat aku Nazif yang demam dulu. Sampai owner taska call cakap Nazif demamnya tak kebah even dah bagi ubat. Masih panas. Tapi sekejap je. 2-3 hari baik dah. Pastu melarat ke Naurah pulak sampai terpaksa eksport dia ke Semenyih utk penjagaan lebih rapi. 3 hari 3 malam duduk sana berulang alik pergi kerja. Lepas tu short trip ke PD. Isnin aku kena flu, sakit kepala & sakit pinggang. Esoknya demam tak larat nak bangun pun. Semalam aku gagahkn diri kerja even tak fit 100%. Malam tadi, habi pulak demam & MC hari ni. Begitulah perjalanannya. Demam pas baton orang kata. Pagi tadi gigih la aku menyiapkan budak-budak tip top tak kacau habi yang masih syok tido. Berkelubung dengan patchwork. Belum kebah lagi la tu demamnya. Pandailah dia pergi klinik dah elok skek nanti tu. Lepas hantar budak-budak, zasss g kerja. Alhamdulillah punch card tak merah. Budak-budak pun bukan sihat sangat tu sebenarnya. Naurah dgn flu tak habis-habis dia tu. Check doc, lungs dia clear je. Selalu ba

Takde Modal

Image
Takde modal nak bercerita. Tak transfer pic lagi dr Nikon. So hold lagi Part II kat PD ritu. Ni ada random pics bebudak. Belasah ajelah.Semalam aku MC. Demam tak larat nak bangun pun. Asyik tido tido dan tido saje lepas makan ubat. Budak-budak pun tak larat nak jaga. Semua ke kindy & nursery mcm biasa. Ptg dah OK sikit baru ke klinik for MC. Hari ni pun tak 100% sihat lagi. Batuk. Flu. Badan pun tak fit sangat. Gagahkan diri ajelah.