Posts

Showing posts from October, 2015

Update Hari-Hari Terakhir

Image
Ahh..lately makin kerap pulak sakit kepala. Datang sekali sekala. Biasalah dah nak last-last ni tekanan makin heavy dengan rehat yang tak cukup, runsing fikir itu ini, berat baby yang makin naik. Banyak faktor lah buat tekanan darah makin tinggi drp biasa even dah control dengan ubat. Fasting blood for BSP tadi 5.8. Lega sebab bawah 6. Tapi hari ni ada makan2 kat opis. So dah makan bihun & karipap sebijik. Tak taulah reading berapa ni karang sebab selalunya aku breakfast roti wholemeal je 2 keping dengan koko stevia. Ni tengah pulun minum air masak kena habiskan at least 1 liter sebelum kena puasa 2 jam nak ambil darah pre lunch. Lunch ada KFC. So ratah ayam jelah kita. Harap OK lah reading. Probably this is my last BSP for this pregnancy. Esok doc nak tengok & harappppp sgt dapat date for induce. Haihh...tak tahu lagi nasib diri ni macam mana. Dok terfikir-fikir sokmo. Kadang rasa calm, kadang rasa nervous. Bercampur aduk dah feeling ni. Semua kelengkapan ibu &

Berserah Diri

Akhirnya masuk dah kerja setelah mc 2 hari. Rasa fresh lah jugak dapat berehat kat rumah even tak rehat sangat pun sebenarnya. Takpelah, esok dah start rutin mcm biasa. Hari ni terpaksa drive sendiri pasal habi ada training kat Puchong. Sampai rumah pukul 9mlm macam tu. So kenalah makyong ambil anak-anak kat kindy & taska menjadi superwoman on my 35th weeks. Tak kuat pun kena kuatkan diri jugak. Takde pilihan. This Friday InsyaAllah will be my last check up before doc bagi date for induce. Hopefully induce lah yer bukan c-section huhu. Tak putus doa pada Allah moga dipermudahkan proses bersalin nanti & harap baby sihat walafiat senang dijaga. Berapalah date doc bagi nanti eyh. Sebok je aku meneka-neka hehe. Kalau ade benda tak best, by next week maybe on 5 or 6 Nov after genap 36w. Kalau semua nampak OK maybe blh tggu sampai genap 37w on 11 or 12 Nov. Ehh banyak lak andaian aku ni. Tunggu jelah hahaha =P Rasa macam baby dah semakin turun kebawah. Kepala dia dah men

Benci Kerja

Ya Allah, takutnya tengok perangai manusia yang macam-macam sekarang ni. Hati tu macam dah hitam & kotor sangat. Dahlah jenayah pun makin berleluasa. Dah tak rasa selamat lagi duduk kat Malaysia. Dulu bolehlah berbangga & bersyukur dengan keamanan negara. Tapi sekarang 50% perasaan tu dah hilang. Sedihnya. Kes culik semakin menjadi-jadi. Terutamanya kanak-kanak. Katanya diorang ni diculik sebab nak diambil organnya untuk dijual. Ya Allah, kejamnya manusia demi duit sanggup membunuh kanak-kanak. Langsung dah takde perasaan belas kasihan. Tadi tengok video tentang pelarian Islam Syria yang menyabung nyawa lari ke negara-negara Eropah. Kasihannya nasib saudara seagama kita. Ada video seorang budak lelaki lebih kurang umur Naurah dok dukung adik lelaki dia kecil sikit drp Nazif menyorok daripada kereta kebal askar dibalik batu besar. Ya Allah, mengalir air mata tengok apatah lagi bila membayangkan anak sendiri yang jadi macam tu. Ibu bapanya mungkin dah meninggal. Tinggall

Kiamat Sudah Dekat

Image
Suka ke tak suka, nak percaya ke tak percaya, terpulanglah pada diri masing-masing. Bahawasanya kita sekarang ni sedang hidup dalam fasa fitnah dajjal bermaharajalela di muka bumi. Islam berada pada fasa kejatuhan yang gelap & malap. Umat Islamnya ramai, tapi kita takde kuasa apa-apa. Hanya bak buih di lautan. Dajjal itu memang sudah wujud cuma belum keluar secara terang-terangan mengakui dirinya Tuhan & penyelamat umat manusia. Imam Mahdi juga pastinya sudah lahir ke dunia. Seorang yang berketurunan Rasulullah SAW yang namanya juga Muhammad seperti yang pernah diperkatakan oleh junjungan tercinta kita itu. Sudah terlalu dekat kita dengan Hari Kiamat. Allah ya Allah, aku sama sekali tak sangka semua kejadian besar ini berlaku masa nyawa masih dikandung badan. Menjangkakan ianya akan berlalu lambat lagi di masa hadapan. Fasa sekarang ini agak kritikal. Tapi lebih kritikal juga semasa fasa anak-anak kita yang masih kecil sekarang ini apabila mereka besar nanti. Besarnya

Resipi Nasi Daging & Air Asam

Image
Ahad lepas rasa sihat skek badan. Ada daging & tulang korban dari lembu taman perumahan kami. Kat FB kan selalu orang share pasal resipi. Terpandang la resipi Nasi Daging Utara. Rasa macam senang je bahan-bahannya. Even tak cukup bahan, buat jelah dengan apa yang ada. Since anak-anak & habi suka lauk yang berkuah, buat sama Sup Daging sebagai lauk sampingan. Jarang sebenarnya buat nasi berperisa ni. Nasi Ayam yang mudah tu pon boleh dikira dengan jari je bape kali buatnye. Nantilah lepas dah bersalin kot-kot roh rajin memasak kembali datang seperti dulu. Kat bawah ni aku share resipi Nasi Daging yang aku buat haritu eyh. Slightly different drp resipi asal tapi rasanya tu ada. Sedap je. Haha. Mamposlah puji diri sendiri =P Eyh Naurah & Nazif pun cakap sedap taw. Habi makan pun licin pinggan. I'm not bluffing. 1) Daging - rebus hingga agak empuk & toskan airnya simpan utk masak nasi. 2) Blender bawang, bawang putih, halia. Dalam rice cooker

Tiga Puluh Tiga

Image
Last check up dgn Dr. Fatimah pada Sabtu lepas di usia kandungan 33 weeks. Blood pressure terkawal. Tak makan ubat pagi tu pun dpt reading 135/85. That is normal. I am all happy. But what about my sugar? BSP the day before result are 50-50. Fasting blood is good at 5.7 followed by 6.3/5.5/6.9. Lega doc takde ugut nak start insulin hehe. Itulah yang mak paling takot nak dengar. Maybe pasal dah tak lama nak bersalin kot kan. Dia tengok aku boleh konsisten dengan kawalan diet, she trust me to continue on that. Tapi yang risaunya ada jugak. Baby besar seminggu drp yang sepatutnya. Homaii..inilah yang aku dok seriau sangat lately. Baby spttnya dlm lingkungan 2-2.1kg tapi now dia dah 2.4kg. Ada 2-3weeks lagi dijangka bersalin. Berat aku naik 400gram, berat baby naik 600gram from the previous weight scan. Apo nak dikato? Overall kenaikan berat badan ialah 2kg. Rasa macam tak percaya rupanya dengan diet yang betul memang boleh je naik berat tak banyak. Teringat masa pregy Naurah sampa

4 Bulan Bersama HSP

Image
Selagi penyakit HSP Naurah tak sembuh sepenuhnya, selagi itulah aku sentiasa mencari maklumat tentang penyakit HSP ni. Dah 4 bulan since Naurah diserang HSP. Nampaknya ia masih berterusan. On & Off begitulah ia datang & pergi sesuka hati. Kesian Naurah sebab dia pun dah penat nak makan ubat. Budak-budak lagilah kan. Bertabah la yer nak. Allah sedang menguji kita. Ibu & ayah tak jemu study pasal penyakit rare awak ni. Cuba bermacam cara nak bagi awak sembuh sepenuhnya. Doa pada Allah tak pernah putus utk awak. InsyaAllah satu hari nanti awak mesti akan sembuh sepenuhnya. Jangan pernah putus harapan & sentiasa positif. Disebabkan HSP ni, Naurah terpaksa ponteng sekolah. Selalu ketinggalan dengan kawan-kawan yang lain. Dia pun rasa sedih. Kalau sehari dua, boleh lagi aku & habi bergilir jaga dia kat rumah. Tapi kalau sampai seminggu dua tak boleh ke sekolah, terpaksalah duduk kat Semenyih mengharap jagaan PIL. Sampai deme pun dah berzikir biar Naurah duduk dengan

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Image
Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite. So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi.  Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siaka

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Day 2)

Image
Esok paginya kami gerak ke Pekan Parit Raja menuju Kompleks Niaga Parit Raja. Masuk je nampak ada Pasar Tani. Auww sudah teruja kite. Tapi sabarlah dulu pasal misi utama nak pekena Lontong Warisan Hj. Salim. Dari kejauhan je dah boleh agak kedai yg mane. Yang ramai orang itu mestilah tempatnya & kami memang tak salah hehe. Aku order Lontong lauk Ayam Kicap. Habi order Lontong lauk Paru. Naurah order Roti Canai Kosong dari gerai sebelah. Perghh...lontong dia memang terbaiklah. Selain drp ada Ayam Kicap, ada letak Sambal Goreng Kicap. Lontong lembut memang heaven sangat okay. Nak menangis rasa masa makan dek kesedapan itu. Hover sangat ko kan. Haha. Lepas makan kami pun jalan-jalan dekat Pasar Tani. Best betul tengok sayur kampung yang rare dijual kat situ. Nak beli macam mengarut sangat lah pulak kan. Last-last aku beli Putu Piring tapau bawa balik hotel je. Sedap. Haihh..semuanya sedap aku ni. Maklumlah dah lama tak makan macam orang normal dek kena diet diabetic ni k

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Day 1)

Image
Kami exit Tol Ayer Hitam pukul 12 tengahari. Jumpa Abah & Mak kat simpang depan Felda Ayer Hitam & terus ke Dewan Serbaguna attend wedding anak cousin Abah. Lepas makan, said good bye & kami menuju ke Hotel Pintar di Parit Raja. Mak Abah terus balik rumahlah apelagi. Senang je jumpa hotel pasal tepi jalan besar nampak dah sign board dia besar gabak.  Sampai je kami relax jelah dulu pasal perut pun masih kenyang. Sempat la tido seround 4 beranak. Itu pun mak pak dah belayar dulu. Tau2 je 2 ketul tu dah terselit tido sama. Kelakar pulak tengok. Haha. Tau pun penat yer korang. Sebelum tu jenuh la melompat sana menjerit sini. Happy sangat dapat duduk hotel. Kesian. Hehehe. Moga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga untuk tahun seterusnya yer. Dapat kita jalan-jalan lagi. InsyaAllah. Hotel Pintar ni aku booked kat booking.com RM150 per night. Katil single & double. Nanti dah anak 3 kena 2 double tak boleh yang macam ni dah. Tak muat. Lagi beso lah bajet kena ade yer

Misi Sukses

Image
Syukur hari ni gagahkan diri juga bekerja even pagi-pagi dah muntah putih, hijau & kuning. Special betul muntah kali ni ada 3 kaler. Selalu 2 kaler je kehkeh. Kalau MC hari ni mesti orang sangka saje nak amek kesempatan cuti panjang punye. Drp kita bagi orang dosa fikir bukan-bukan pasal kite, eloklah kite pegi koje je =P Kalau tanya aku lah kan, dah last-last pregnancy mcm ni memang takde mood dah nak keje. Kalau boleh cuti, nak cuti je duduk rumah membesokan perut haha. Yelah, kite pun bukan sihat sangat pun. Sakit sana sini, tak 100% tiptop. Tapi demi rezeki yg halal, kite kena gagahkan jugak. Selagi mampu, InsyaAllah. Kalau dah tak mampu sangat, baru kita MC. Masa tu gasaklah orang nak fikir apa pun yang negatif tentang kita. Allah lebih tahu. Selesai dah JJCM Batu Pahat selama 3 hari 2 malam. Overall puas hati sebab semua yang nak makan, dapat makan. Rosak habis diet kesihatan aku. Hari ni kena start diet balik. Jumaat kena buat BSP sebelum check up on Sabtu. Harap ta

Penguat Semangat

Image
Kronik sangat sakit pinggang semalam. Macam sakit masa contraction nak bersalin. Cuma dia effect pinggang & bersambung ke urat peha. So bila melangkah nak berjalan memang sakit sangat mencucuk. Jalan slow gila macam sloth. Sampai rumah, makan bubur, naik atas mandi & solat. Terus berbaring atas katil dengan anak-anak. Skip ulangkaji dengan Naurah. Tak larat sangat. Dalam otak cuma nak berehat je. Nazif overload susu muntah pulak atas katil. Terpaksa bangun & panggil habi mintak tolong buka cadar & bersihkan budak tu. Masa tengah tunggu semuanya dibersihkan tu duduklah memerhati dalam menahan kesakitan. Dapat je baring semula terus meleleh air mata. Sakit sangat. Aku bukan jenis senang nak menangis. So kalau dah menangis tu memang sakit sangat lah maknanya. Anak-anak bila tengok ibu menangis terus jadi behave. Sesuatu yang jarang dilihat agaknya buat diorang terkesima. Tengok anak-anak kemain concern kita pulak jadi tambah sedih. Mak-mak sangat perasaan ni taw.

I'm In Pain

Image
Allah ya Allah, teruji sangat rasanya lately dengan sakit pelvik & pinggang. Seingat aku inilah masalah yang paling kronik untuk pregnancy ke-3 ni. Untuk Naurah & Nazif aku tak rasa ada alami sakit yang horror macam ni sekali. Maybe makin parah sebab kes Nazif yang nak berdokong tu kot. Even tak selalu tapi menyumbang jugak gaknye. Itu jelah kelainan ketara berbanding previous pregnancy. Aku berjalan dalam kesakitan. Duduk dalam kesakitan. Setiap langkah tu rasa sakit yang amat. Muka aku memang tak boleh nak cover lagi dah. Muka menahan sakit. Orang tengok pon rasa nak tampo je gaknye. Haha. Aku bukan buat-buat weyh. Ini betul-betul sakiiiiittttttt!!! Rasa macam nak menangis taw dibuatnya. Allah jelah yang tau sobsobs. Tak tau macam mana nak selesaikan masalah ni. Takkanlah asyik nak ambil MC. Aku takde masalah datang office tapi itulah..nak berjalan kesana kesini tu yang menyakitkan aku. Kalau kat rumah aku boleh baring. Memang rasa lega bila baring atas katil or sofa

Kawan Rapat

Image
2 beradik ni makin rapat sangat lately. Suka tengok diorang main sama-sama. Bercekau pun sama-sama. Haha. Jadi penghibur hati ibu & ayah. They always make us smile & laugh. Cepat-cepat hati berterima kasih pada Allah kerana meminjamkan mereka kepada kami. Its a bless.  Semalam aku MC. Tak habis lagi dengan pelvic & back pain. Selagi tak bersalin, selagi itulah masalah ni takkan hilang. Biasalah. Redha je kita. Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil aku yang menggunung tu gaknye. Selagi terdaya, aku tahan. Bila dah tak terdaya sangat, terpaksa jugaklah MC. Last resort. So Nazif tinggal dengan aku. Berat hati nak hantar ke taska. Bajet dia behave lah. Sekali kelaot tekaan aku. Boring gaknye duduk rumah. Budak lelaki mana sama dengan budak perempuan. Nazif bukan jenis ralit tengok TV. Henfon pun aku tak gemar sangat bagi dia ralit. End up bila takde aktiviti dia pun buat perangai. Kakak takde nak dibuat berkawan. Lagi dia mati kutu. Asyik menangis pastu muntah. Str

Fuel Shack, IOI City Mall Putrajaya

Image
Sabtu lepas kami ke IOI City Mall, Putrajaya lepas settled urusan kat Annur. Naurah kata dia lapar. Bila tanya, dia kata nak makan burger. Aku tak suka burger McD. So teringat kat Fuel Shack ni. Why don't we try? Geng wasap kata Okay je. Tak try mane nak tau kan? Naurah kata dia nak beef (Original Shack). Banyak jugak dia makan. Tinggal sikit je lagi habi perabis. Maklumlah masih on steroid masa ni. Selera kemain besar. Seram nengoknya. Tapi kita layankan jelah kan anak-anak nak makan. Bukan selalu pun dia jadi macam ni. Aku layan burger lamb (Lamb Supreme). Sedap jugak. Habi try hotdog (Double Dawg). Aku rasa sikit tak minat pasal ada sos masam. Mustard agaknya. Not my taste lah. Fries kat sini Okay. Tak masin sangat macam selalu dapat kat McD. Overall kalau nak makan burger, bolehlah kesini je. Konsep ordering dia pun Okay. Order & pay. Dapat nombor giliran, bila terpampang nombor kita, pergi ambil kat kaunter makanan yang tersedia. Simple. Pada aku patt