Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

New & Renew Passport.

Weekend minggu kedua Puasa kami ke Imigresen Kajang utk buat passport baru Nadim & renew for me & Naurah. Kebetulan Nazif taknak follow sebab sibukkan tengok youtube dengan Pak Ngah nya, So agak aman damai tenang lah kami ber-4 keluar. Nampak tak siapa selalunya yg buat onar kalau outing ni? HAHAHA. Tak payah tulis pun paham2 sendiri ajelah korang yer.
Kami sampai nak dekat pukul 10 pagi. Syukurlah masih ada nombor itupun dah hujung2. Maklomlah bukak setengah hari ajekan sampai pukul 1 tengahari. As usual kaum Cina mmg conquer habislah around 80% wajah deme saje. Selebihnya Melayu 15% & Indian. Melanguk la tunggu giliran kami pasal kaunter khas utk kanak2 & orang tua tak dibuka pd hari minggu. Weekdays iyer bukak. First time kami pergi hari Ahad mcm wow x sangkanya bukak 7 hari seminggu ehh. Gerak dari Semenyih dekat skek drp gerak drp BBST. Sabtu kami cancel pergi dr BBST pasal semuanya lemau nak bersiap.
Alhamdulillah semua berjalan lancar & now everyone can fly…

Nadim First Time Warded

Akhirnya tewas juga Nadim terpaksalah kami wardedkan di Nilai Medical Center hari Rabu yang cuti Nuzul Quran tu. Pagi tu bangun drp tido dia batuk non stop sejam lebih jugaklah. Ya Allah risau hati tak terkata hanya Allah yg tahu. Bila macam tu laju jelah aku ajak habi pergi NMC since Annur Paed Clinic mesti tutup jugak public holiday kan. Syukurlah NMC tu kat Negeri Sembilan so depa tak cutilah. Sepanjang perjalanan drp Semenyih ke BBST (balik rumah nak tukar proper baju. kes x bawak baju lebih) tak putus2 aku panjatkan doa utk Nadim pada Allah moga ringankan penyakitnya tu. Hati rasa dicarik2 tengok anak batuk kokol non stop menangis2 kesakitan. Allah, hanya Dia yg tahu betapa terseksanya hati seorang Ibu melihat kesengsaraan itu.
Dah nak sampai kat rumah Nadim tertido. So ambil peluang lah mandi & bersiap apa patut. Nyenyak nampak tidurnya maybe keletihan batuk non stop tu. Appointment kami dengan Dr. Yap pd pukul 10.30am. Sementara menanti waktu tiba, sempat aku lipat baju ya…

Anak Tak Sihat

Musim tak sihat anak-anak. Nadim sejak umur 6 bln keatas dah kerap pulak flu & demam. Sebelum tu kebal dia takde pun sakit singgah. Now dah welcome mata panda to my life. Alahai...rasa tak larat naw tua-tua ni nak hadap anak tak sihat. Ahh senang kata badan dah sizen, banyak benda pun lemau je nak hadap.
Tetibe teringat lately kan bila aku check blood pressure, nampak dah ada result yang positif than before. Maybe sebab makan tu berpantang sikit, so BP tu jadi elok skek. Before this sokmo la 130+ atas, 90+ atas. Now atas masih 130+ tapi tak masalah sangat la kan pasal bawah yg lg penting. Bawah skrg dah below 90. Alhamdulillah. Sebelum puasa dah gitu, bulan puasa apetah lagi pasal proses toxin byk berlaku so makin sihat la badan agaknye. Cuma itulah badan lemau pasal kurang rehat. Super duper penat lah anak dah 3 ni. Rasa mcm dah ramai sangat anak bila 3 orang ni. Aihh mmg tak daya dah la nak menambah lagi. 
Now berulang la Semenyih- Cyberjaya kejap sampai Nadim & Nazif sihat…

Rutin Harian Tahun Depan

Selesai dah 1 perkara perihal sekolah Naurah. Mudah kerja pasal fikir tentang 1 sekolah aje. Tak perlu nak pening sek keb & sek agama. Itulah antara kelebihan masuk sekolah SRAI ni. Subjek agama & biasa dah cover sekali. Persekolahan start pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Pagi memang kamilah yg akan hantar. Petang tu ada van akan ambil Naurah & kawan2 kindy skrg yg memang dah bersekolah kat sana utk transit di kindy sementara tunggu kami balik kerja.
Ok la pasal dah ada kawan2 yg dia kenal kat sekolah tu kan. Balik sekolah sama2 boleh buat homework dulu sementara kami ambil. Malam dah boleh rehat tak payah bukak buku. Nazif tahun depan dah 4 tahun. Kami decide nak hantar dia kindy jugak macam Naurah start masuk 4 tahun. Cuma kali ni nak hantar ke Taski Abim yg juga berasaskan islamik kindy sebab dah kawtim dengan owner taska Nazif skrg utk tolong pikap dia tengahari lepas habis waktu belajar bawa ke taska. Dekat je taska tu dengan Taski Abim ni dalam 2 minit sampai dah…

Naurah Berjaya Masuk SRAI Salak Tinggi

Tadi tanya habi OK tak Manggo Cheese Cake tu? Dia sengih sengih pulak. Grr menyampah dia ni jenis payah naw nak puji masakan or apa2 la yg air tangan bini ni buat. Berat mulut memuji tapi jenis tak banyak songeh sangat. Makan je takde perasaan. Apekah peel suamiku ini? HAHAHA. Setelah disoal siasat, ada dapat buat kesimpulan yg dia lagi suka desserts macam Sagu Gula Melaka tempoh hari pasal ianya berkuah. Bila makan sejuk2 tu rasa best tekak dia kata. Cheese cake kan nature dia kenyal gitu kan. Kering la pada dia takde kuah. OK. Cakap jelah nak desserts yg berkuah. Kan senang. Haihhh....
So lepas habis ciskek ni boleh la proceed buat Kastard Jagung or Bubur Som Som yang memang berkuah gula melaka tu. Demi tekak orang yg tersayang hehe. Anak-anak aku tak heran pun dessert ni semua. Memandang sepi aje. Baguslah, dapat aku ngn habi makan banyak wakaka =P
Oh yer harini ade good news. Naurah BERJAYA masuk Sekolah Rendah Agama Intergrasi utk tahun depan 2017. Segala puji hanya bagi Allah. …

Unbaked Manggo Cheese Cake

Maap lah sekali lagi pagi pagi dah gambar makanan. Eksaited lah sangat dapat buat CAKE. Hahaha. At last sampai jugak seru nak buat eh gara gara terlior nak makan desserts di bulan Ramadhan. Kriteria paling utama aku buat desserts adalah bahan-bahan yang sikit & mudah didapati. Maka terhasillah unbaked ciskek ni malam tadi. Sapsoi je tak sampai sejam dah selamat masok dalam fridge. Siap bukak video kat youtube tengok steps takut ada bahan yang terlupa masuk. Al maklomlah memang tak biasa kan buat CAKE ni hewheww.
Paling best part boleh ekjas kemanisan desserts ikot level lidah kita. Using castor sugar, aku tak pakai sukatan pun masuk dalam puri mangga & batter cream cheese+whipped cream tu. Main tuang agak2 je pastu rasa sikit. Ada manis2 buah sudahlah. Kena ingat GULA adalah musuh utama kesihatan kita huhu. 
Punyelah tak menyabor, sahur tadi sempat dah rasa sepotong takbley tahan nak tunggu berbuka petang. Alhamdulillah elok kejadiannya boleh dipotong takdelah benyek. Itupun …

Puasa Tahun Ini

Maap lah yer pagi pagi dah tepek gambo makanan hehe. Nak cerita pasal rutin family kami utk Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah before 6pm selalunya kami dah tiba kat rumah slps pick up budak-budak. Lepas solat Asar, mulalah bersilat kat dapur masak juadah utk berbuka & merangkap sahur sekali. Kali ni habi ambil alih tugas memasak & aku jaga 3 orang anak. Semalam try tukar peranan & hasilnya si Nadim tu asyiklah menangis dijaga ayahnye. Biasalah habi mane reti sangat handle baby. So aku rasa lepasni biar jelah habi je yg masak & aku stick jaga budak-budak. Lagi aman macam tu kot rumah hahaha
Since we don't go to Bazar Ramadhan just like the previous year, tapi tekak teringin nak makan macam-macam terutamanya desserts. Mood rajin aku pun datang nak buat desserts yg simple macam Sagu Gula Melaka & Taufufa from soya kotak dalam pic diatas. Ada lagi 1 misi Unbake Manggo Cheese Cake belum sempat nak buat, Bahan semua dah ada. Malam nanti InsyaAllah pasal desserts yang…

The Great Holiday InsyaAllah

OK malas dah nak berteka teki tentang our Holiday of the Year. Next month InsyaAllah kami anak beranak 5 sekeluarga akan berangkat ke Amsterdam to visit Kak Ya yang berkerja disana. This is her 2nd year of working there. Last year mak, abah & adik beradik yang lain dah jejak kesana at about our time for this year jugaklah. Sempat lagi deme merasa puasa 18jam sehari huhu. Which is aku awal-awal lagi dah surrender kabo tak daya nak puasa selama tempoh tu. Maklumlah kita ni ibu yang menyusukan anak lain sikit ujiannya dalam bulan Ramadhan ni. Ini pun memang ada kurang dah yield yg dapat hasil perahan kat office. Syukur ada frozen EBM yg membantu saat2 kritikal macam harini. Semua bekal Nadim 5 botol contains 3-4oz each adalah dari frozen EBM. Yang fresh yillek pochik sobsobs.
See dah lari topik pulak haha. Sejujurnya aku & habi memang tak plan pun nak visit Kak Ya kat sana dengan kekangan kewangan yg kami ada. Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Begitulah juga kami. But again …

Rezeki Allah Yang Bagi

Suami yang baik & penyayang. Anak-anak yang sihat & comel. Kehidupan yg sederhana. Apa lagi yg aku nak dalam hidup ni? Betapa banyak nikmat yg Allah dah bagi pada aku, tapi apa pula balasan aku kepada Allah. Memang malu kalau fikir tentang benda ni. Betapa lemahnya iman dalam diri dan betapa belum kuat lagi aku sbg seorang muslim utk menjadi hamba yg bersyukur kepadaNya. Tak layak pun kalau difikirkan utk aku mendapat semua nikmat tu kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku bagi semula kepada Tuhan. 
Tapi tetappppp Tuhan itu maha Pengasih & Penyayang. Dia masih lagi bagi aku semua nikmat yg ada sekarang. Sangat malu kan? Aku mengaku aku hambaNya yg lemah. Aku minta Dia bagi aku kekuatan utk jadi hambaNya yang kuat. Aku sbg seorang manusia dah takde daya walau sentiasa mencuba. InsyaAllah memang takkan pernah mengaku kalah utk sentiasa cuba jadi hambaNya yang diredhai. Sentiasa cita2 tu tersemat didalam hati. Usaha dan terus berusaha.
Cuma aku mintak Allah tak bosan deng…

Projek Cat Rumah

Dah lama sebenarnya aku bercita-cita nak cat dalam rumah tu. A few years back berjaya cat luar rumah kat car porch sane. Tapi utk dalam rumah banyak sangat kekangan & halangan. Sibuk sangat tak tau dengan apa sampai takde masa nak selit pergi kedai hardware yg 5 minit je pun dari rumah tu. Until masa habi pergi out station ke China akhir bulan 4 lepas, utk mengisi masa lapang Abah, aku pn pergi beli cat & Abah pun cat kanlah, Dapatlah 2 kaler cat kuning terang & peach utk feature wall. Banyak lagi wall yang tak cat masih dengan cat sama iaitu cream. Boleh je kalau tak cat tapi mata semak tengok mural contengan Naurah & Nazif disane sini. 
So on last Friday before puasa aku MC. Sakit kepala. Lepas g clinic amek ubat, singgah kedai hardware & beli 2 kaler cat. 1 kaler coklat my all time feveret kaler 5 liter & another 1 kaler lavender aka purple 1 liter utk bilik. So gigih lah aku mengecat sikit ruang tamu tu & happy sangat dengan kaler yg aku pilih. Aku gun…

Ujian Ramadhan Kali Ini

Cuai. My own ignorance la  jadi sampai tahap sakit gile ni. Currently sedang mengalami nipple crack. Sbnrnya tanda-tanda dah muncul around 3 weeks ago tapi aku ambil ringan je. End up bila dah sakit sampai mcm skrg ni baru nak take action. Padan ngan muka sendiri ajelah. Baru menggelupur nak cari nipple cream bagai. Malangnya luka dah makin banyak & makin susah nak pulih, Merasa lah sakit nyut2 even tak pam pun. Pam pun sakitnya tak tau nak kabo gane. Yg dah lalui je paham.
Malam tadi aku tak pam & try marmet tapi susah. Tak pandai sangat. Susu tak keluar habis so pagi2 dah bengkak breast. Membawa sampai ke office until I said to myself I got to do something. Dapat idea utk try guna pam manual to reduce the pain when pumping. Tak sanggup la taknak pam sebab Nadim memang serasi sangat dengan susu badan. In fact demand dia pun makin tinggi. Maklom la saiz perut dah makin membesar kan. Dia pun baru nak masuk 7 bulan. Kesiannya kalau dah nak stop breast feed. By hook or crook I h…

Henpon Baru Aku - Huawei G8

Naurah jadi model nak try camera henpon baru aku hewhewww. Pic with no filter okeh.
Akhiranya setelah 3 tahun setia dengan Samsung Galaxy Duos, its time to change a new one lah. Bukan apa, henpon lama tu dah slow sangat. Maklomlah zaman 2013 punya cerita, Apps punyalah berat, tapi saiz memory phone kecik. 8gb je tak salah aku. Pastu camera memang tak lawa. Belakang 8mp, depan 5mp. Nyampah je nak selfie sebab hasil yg suram.
Tak bajet pun sebenarnya nak tukar henfon yang power. Tetiba habi kata nak payung skek duit, so aku tambah la sikit utk dapat henpon best Huawei G8 ni. Memula minat dengan Honor 7, skali seller sajes amek G8 sebab tak banyak beza dgn Honor 7 tapi dah diperbaharui sikitlah. Upgrade skek dari Honor 7. Paling utama henfon aku ni kena ada 2 slot sim kad sbb aku gune prepaid & postpaid. Pastu kamera kena lawa utk selfie dengan anak2 hehe.

Yang paling kuat tarikkan aku beli G8 ni bila seller bandingkan hasil pic dengan Honor 7, G8 punya jauh lebih lawa. Walau cam de…

Selamat Berpuasa!

Salam 2 Ramadhan. Sekejap je dah jumpa lagi bulan mulia ni. Ingat lagi tahun lepas di malam pertama yg esoknya nak start puasa dah, kami berbondong anak beranak balik Semenyih due to Naurah Henoch Schonlein Purpura (HSP) disease yang makin agresif menunjukkan belangnya. Radang pembuluh darah nama ringkasnya supaya senang paham. Ujian drp Allah utk kami sekeluarga waktu tu. Syukurlah ada family in law yang dekat & supportive. Dengan aku tengah mengandungkan Nadim waktu tu, memang menguji sangat. Allah sayang kami. Alhamdulillah as time passed by, akhirnya Naurah pulih sepenuhnya drp HSP. It took her about 6 months jugaklah utk fully recover. Harap takkan jumpe lagi dah penyakit jahat tu. Amin.
Ramadhan 1437H ni pulak kami sambut pertama kali 5 sekeluarga. Ala kadar ajelah since makan iftar pun kena bergilir. Maklumlah ada baby kan. Peranan memasak pun dah bertukar tangan. Untung ada suami yang pandai memasak & rajin. Kalau pandai tapi tak rajin tak gune jugak kan hahaha. So tu…

Autumnz Steam & Blend Baby Food

Biasalah aku mudah tergoda. Tak kira lah anak keberapa pun tahap keterujaan tu tetap sama. Orang kata kalau dah rasa taknak tambah anak lagi, tak perlulah nak beli lagi barang2 baby dengan beriya. Pakai yang ada pun dah cukup. Tapi aku x boleh la macam tu. Excitement utk anak2 tu sentiasa ada. Dan aku tak rasa pun beli benda mcm ni membazir sebab bila dah taknak guna sok boleh bagi pada anak buah or sedekah jelah pada sesape yg memerlukan. Paling cikai pon boleh let go as preloved item. Tak masalah pun kan?
Review tentang produk Autumnz ni pada aku worth to buy. Memang mudah sangat potong kecik2 macam dalam gambar tu, pusing knob pd steam & bila dah lembut boleh pusing knob pd blend and taraaa...siap dah jadi puri labu. Tak perlu nak pindah labu tu kat tempat lain pun. Easy peasy kan?
Cuma Nadim at 6m+ ni masih tak berminat nak makan. Ngadu kat paed dia Dr. Ar ritu & kata doc tekak dia belum ready utk swallow benda yang bukan susu/cecair. But I have to keep on trying lah from…