Posts

Showing posts from October, 2010

My Habi

Image
Officially Engaged =) Tiba2 mood jiwang mari. Pelik ker kalau aku ckp eventho my dept. & habi's dept. sekangkang monyet saje. I'm missing him everyday. I love him so much. Until now. Eventho suda 1 year + berkahwin. Eventho dia suda pandai marah2 tak macam dulu. Eventho dia dah tak bagi 'muka' sgt pd diriku Eventho dia kdg2 malas nk layan tahap kemalasanku Dia tetap suami ku yang tersayang. Sbb ape yer? Sbb kebaikan dia mengatasi segala kelemahan yg tercatat. Ada 1 perkara ttg diri aku yg sampai skrg aku tak faham. Bile gaduh dgn habi, bila rasa kemarahan or kemerajukan pd tahap maksima. Pd waktu tu jugalah aku akan mengalah. Pd waktu tu jugalah aku akn mintak maaf. Dalam hati punyelah berazam taknak tegur smpi 3 hari lah. Taknak pandang muka sampai 2 hari lah. Tp entah kuasa ape yg dtg, terus peluk habi tanpa berfikir. Teros nangis sbb sedih. Nangis mcm budak2 bila dipujuk. Makin dipujuk, makin menangis. Kenapa mcm tue ehh? Walaupun ianya

MAKAN

Japp lagi...jap lagiii..... Ade makan-makan kat opis nie.... Celebrate kemenangan our dept. dpt 3rd place performance masa annual dinner last Saturday Dan....dannnnn..... Celebrate my belated birthday... Ada....adaaa.... Secret recipe cake..Chocolate Indulgence.......air liur aku dh leleh-leleh.... Juga ada.... Bihun Goreng Singapore & Sambal Kerang... Tapi...tapiiiiiiii........ Aku da kenyang MAKAN bubur lambuk kt cafe hotel tadi..mcm mane niee?????? TAPAU la Sharena.....ntah pape la ko nie labuuu..... Nak tapau kek, bihun, bla bla... Camne la nk kurus....-__-" Haihhhh....

Aku Yang Alpa

Image
Semalam tak jadi pegi Sen Heng. Sampai rumah balik keje, Naurah tgh tido. Baru makan ubat MIL bagi. So lepak rumah jelah. Tak sampai hati lak nk kejutkan kudik. Teros ke dapur masak dinner for habi. Kesian dia makan megi je lunch hour. Masak simple jer. Sardin & labu+carrot masak lemak kuning. Naik bilik around 9.30pm. Ngantok & letih sbb berjalan sakan siang harinya. Kes carik brg2 electric Kak Som. Hehe. Yang tak syoknya Naurah asek terjaga. First sbb hingus yg banyak sampai susah nk bernafas. Kesian giler. Terganggu tidonya. Second sbb tido awal. Kejap2 terjaga nak bermain. Aku rasa mcm tak tido jer. Asek2 dia nk panjat kepala katil. Terhantuk kepala pon dia buat tak sakit jer. Sabo jelah. 2-3 pagi layan anak memanjat kepala katil. Mcm takde xtvt laen. Tido lagi sodap kan. Ape2 pn itulah pengorbanan yg kene buat bile dah ada anak. Jgn mimpi nak tido lena sampai ke pagi. Kejap2 nak susu. Kejap2 nak tukar lampin. Takpelah, asal dapat pahala. Bekalan utk hidup selepas mati. Tib

Jangan Boros!!

Perghh..ngantok giler mata nie. Rase cam nk tido jer. Hehehe. Sakit kepalo pon ade nie hahh. Bahana mengulor ikot habi g survey TV utk Kak Som. Pegi 3 kedai wa cakap lu. Kat Puchong. Mule2 g IOI Mall kat SenQ, pastu kedai ape ntah lupe lak nama dia, last sekali g Sen Heng & kat situlah Kak Som beli LCD TV, fridge & table fan. Geram betol tgk banyak TV idaman hati. Ape2 pon dapatla den & habi survey harga TV di pasaran. Ptg nie Insyallah akan ke Sen Heng, Nilai. Nak tgk TV pilihan hati kami pulak. Harapnya adelah yg boleh di bargain with good price. Nti nak soh org yg hantar TV tolong pasangkan sekali our home theater. Barulah boleh gedegang gedegung rumah kami dengan lagu2 Noddy. Kekeke. Nasib ko lah Naurah dapat parents mcm kami. Miahaha...=D Sabtu nie ade 2 event. Majlis Doa Selamat rmh Kak Som & majlis beramah mesra penduduk Taman Ixora, Jalan 1/1. Habi dah pun bayar RM50 sbg sumbangan utk makan2 masa majlis. Taman Ixora nie mmg agak aktif komunitinya. Dah ada org y

Clinic An Najihah & Atap-Atap

Image
Ngeheheh..sedappp nyumm nyumm =B Yesterday balik je dari opis, kami ber-3 bergegas ke Klinik An Najihah. Nak  mintak ubat for Naurah's flu & cough plus ubat sapu utk kaki dak cik tu yg kene cam merah2. Jangkitan kuman i guess. Biaselah duduk nursery. Dah ramai2 mcm tu senanglah penyakit berjangkit. Takpe, yg sakit kita usaha sembuhkan. Bile dah hantar anak duduk nursery nie, hati kene besar. Tak boleh cepat melatah. Kite cool & try to understand the situation. Sama jugak bile bab2 tertukar barang or puting basuh kurang bersih.  Kalau tak berhati besar, makan hati la jawabnya. Sedangkan kita klu jaga anak sendiri pon belum tentu perfect, inikan pulak tempat jagaan kanak2 yg sampai berpuluh org. So for me & habi, asal Naurah heppi & tak kene sakit yg teruk sbb jangkitan, we are fine =) Terpaksa pegi klinik kat Nilai sbb Naurah tak bape suke dgn Doc yg kat klinik Salak Tggi tue. Malas nk spoilkan mood dak cik tu, so pergilah jauh sikit. Doc kt Nilai nie lebih teliti

Naurah Look-alike Meter

Image
MyHeritage : Look-alike Meter - Family tree chart - Family history

Panjat Tangga

Semalam dengan rasminya Naurah sudah memanjat tangga rumah guwe. Excited sungguh dia memanjat. Kalau boleh nak naik sampai tingkat atas. Ohh..tp of course la dengan pengawasan habi. Cute betol tengok dia angkat kaki nak memanjat tangga tue. Pandai pulak tue angkat kaki mcm tue. Hee...mmg dah berakal anak aku sorang nie. Mcm2 akal dia skrg. Klu tgh syok2 main, Ibu or Ayah kacau, mesti kamok2. Seb baek sekejap jer. Ibu bwk jumpe kucen teros senyap. Hahaha. Nampaknya dah nak kena beli gate for safety stairs tu. Kat mane nk carik ntahh. Jap g survey. Tak sempat nk snap or video aksi Naurah smlm sbb tgh sebok2 nak keluar g Mydin beli Pampers yg sdh kehabisan. Cepat2 angkat Naurah masok kete. Hari nie kompem dia nak prektis lagi.  Ekceli aku & habi selalunya membenarkan Naurah explore apa saja yg dia nak explore. Bagi panjat tangga pon kitorang tak kisah sgt. Asalkan dengan pengawasan kita. Aku tak suka nak stop dia dari buat apa yg dia nak buat. Sbb pada aku itu salah satu pelajaran ju

Outing: Tmn Tasik Permaisuri 10.10.2010

Image
My sweetie pie =) Nak pegang ape tu sayang? Ibu bawak main kt playground. Suke tak? Duduk kat mane tu? Naurah muka sedih. huk huk.. Buchuk Ibu...

The Prizes - Dinner Lucky Draw

Image
Faber Induction Cooker - Habi Philips DVD Home Theater - Mine Semalam balik keje berangkut la kami suami isteri 2 benda nih. Giler besar hadiah aku. Ingatkan takdelah besar sgt. Rupanya dlm byk2 hadiah, mine yg paling besar. Hehehe. Jeles suda semua2 staf yang lain. Tak habis2 asyik mention kitorang mengelat sbb suami isteri dpt hadiah. Nombor staff asing2 maaa. Of course la nama masing2 boleh masok bowl. And kalau takde rezeki, 2 nama pon boleh je tak dapat. Tp dah ketentuan yg nama kami dua2 pon naik. So syukur alhamdulillah sajelah. Puas hati jugaklah dapat 2 barang nie. Yang penting bagi kami, brg2 tersebut masih belum ada di rumah. Kalau dah ade, mcm boring sikitlah kan. Tp yg masalahnya skrg bile dh ade home theater (HT) nie, aku & habi dah poneng kepala pulak memikirkan mane nak cilok duit beli TV yg proper sket dr yg sedia ada. TV yg sedia ada tue kecik jer. PIL yg beli buat ada2. So kitorang mewarisi jelah bile dh ddk rumah tue. Klu xde HT nie bolehla delay lagi haja

Her 1st VCD

Image
Noddy & Friends Semalam, Ahad bersamaan 24.10.2010, genap umur aku 28 tahun 1 bulan. Hehehe. Bukan itu nak cerita sbnrnya. Tp kebetulan pulak kan. Ekceli semalam habi telah mencilok DVD Player kt rumah Semenyih. Tp dah tanya dululah dgn MIL boleh ke nk pinjam kejap sblm kitorang cilok DVD Player kt rmh Johor mase balik on Deepavali sok. Syukur MIL xde halangan. So dgn rasminya dapatlah Naurah menonton Noddy & Friends buat julung kalinya di rumah. So aku nak ceritalah ttg penerimaan Naurah. Hohoho. Sangat teruja itu budak oke! Aku rasa inilah kali pertama nampak dia sgt fokus pd TV. Sblm nie Ibu & Ayah bukak ntah hape2, so dia kurang tertarik la agaknya. Bile tgk Noddy & friends with songs seme, dia ralit pulak menonton. 3-4 kali jugaklah mainkan VCD tu berulang-ulang. Tapi serius mmg bagus lah. Sgt educational. For this first VCD, kisahnya ttg Noddy & Rainbow. Mengajar tentang colours. Yg bagusnya bila karakter Spotty si belalang male say in English red, si Dotti

Macam2 Naurah

Image
Saye nak phone Nenek Johor nie Ibu...(dahi benjol lg mase nie hihi) Sedap pulak rasa belon nie... Muke mengantok..keliling mata dah merah2 Muke poyo mengantok hohohh Nak sama besar dgn watermelon da Ibu tgk hihi Pengacau utama Ibu di dapur

Language, Dinner & Habi

Image
Kak Niza & Naurah masa beraya rumah guwe 25/9/2010 Membaca kembali blog DarwishnDarwisya membuat aku lebih excited utk mencuba pelbagai VCD pendidikan lain yang mempunyai pelbagai bahasa. Seronoknya kalau Naurah dapat menguasai bahasa lain jugak selain dari Bahasa Melayu & English. Macam Sami Yusuf yg boleh menguasi 5 jenis bahasa. Dahlah hensem, bijak & talented pulak tue. Hehehe. Jgn jeles habi =p. Bahasa apa agaknya aku nak bagi Naurah belajar ek? Rasanya bahasa Mandarin penting jugak sekarang nie kan? Banyak jugak aku tgk iklan jawatan kosong yang menyatakan kebolehan berkomunikasi dlm bahasa Mandarin merupakan 1 kelebihan. Kite pon sedia maklum kebanyakan employer pon terdiri dari bangsa Cina. My habi friend menghantar anaknya ke kelas bahasa Mandarin seminggu 2 kali semasa usia 4-5 tahun & anaknya sudah boleh bertutur dgn agak fasih. Tapi kalau aku mulakan dari awal utk Naurah, tak perlu dah nak hantar dia ke kelas macam tu pon kan? Dan 1 lagi bahasa yg aku in

Ringkas About LEWN

Entah kenapa aku rasa lega sangat2 bile dah beli LEWN utk Naurah. Rasanya macam dah lengkap segala yang Naurah perlukan buat masa skrg nie. Sebelum nie aku mmg dok runsing jer tentang pendidikan dia. Kalau boleh aku taknak dia membesar jadi orang yg biasa-biasa jer. Budak-budak yang biasa-biasa saje. At least dia kena advanced sket dari budak-budak lain. Bijak & disayangi ramai. Nak soh jadi solehah kecik2 nie mcm poyo lah pulak kann? Hehehe. Naurah sudah ada saving, sudah ada insurans kesihatan & pendidikan dan yang terbaru, program pendidikan awal sebelum dia melangkah ke kindergarten. Testimoni dari para ibu bapa yang menggunakan LEWN for their children pon sangat2 memberansangkan. Dgn kaedah yang paling mudah iaitu memasang VCD, anak kita mendapat pendidikan secara tidak lansung. Program LEWN ini adalah dwi bahasa. Iaitu malay & english. Bak kata salesman, jangan pulak sampai anak dapat A for English, but C for Malay. Hehehe. Taknak jugak macam tue kan. At least cartoo

Early Learning - Part 2

Kebanyakan ibu bapa zaman skrg adlh bekerjaya. Mak keje, Ayah pon keje. Then masa utk anak sangatlah terhad. Mcm aku & habi sampai rumah lepas keje pukul 6-6.30ptg. Naurah tido paling lewat pukul 8.30mlm. Then bape jam je tu masa yg kami ada utk bersama dgn Naurah? Nak main2, nak guling2, tak dan nak bukak buku, Naurah dah merengek nak tido. Kite penat pon jadi 1 hal jugak. Balik nak kene memasak lagi, basuh botol susu lagi..yadda yaddi...tup tap tengok jam dah pukul 11mlm. So berakhirlah 1 hari yg tak memberansangkan bg anak kite. Tup tap anak dah nak masok umor setahun pon. Haihh..mencabar sungguh nk jadi parents nie kan? Nak harapkan weekend pon bkn boleh diharap sangat. Kdg2 ade jemputan kawen, kdg2 nak balik kampong, kdg2 nak ziarah org sakit. Bile masa nak meransang otak anak nie weyy??? Aku fikir2 masa Naurah umo 4 tahun nnti dah bolehlah hantar kindergarten. Tapi rasanya tak mampu nk hantar masok Smart Reader ker Kumon ker or  kindergarten yg establish. So hantar jelah kt

Early Learning - Part 1

Sebenarnya aku agak berbelah bagi nak cerita pasal 1 benda nie. Tak tahu macam mana reaksi dari para readers of my blog yg budiman tentang perkara ini. But 1 thing for sure, semua parents kat dunia nie suka if anak2 mereka menjadi manusia2 yg bijak & soleh/ah. Aku akui sejak tahu aku pregnant lagi, macam2 aku cari maklumat mcm mane nak bagi anak yg lahir sok bijak & berakhlak. Dari menjaga pemakanan sampailah kepada amalan membaca Al-Quran aku cuba utk buat mengikut tips2 yg diberi sedaya upayanya. Kdg2 je main tipu sbb tak tahan napsu makan heheh. Bile Naurah dah lahir ke dunia, otak aku ligat jugak mencari jalan didikan yg terbaik utk jadikan Naurah bdk yg bijak & berakhlak mulia. So belilah aku mcm2 toys yg kononnya meransang minda & buku2 samada soft or hard books. Aku yakin pendidikan yg terbaik adalah sejak dari anak dalam kandungan ibunya lagi. Dan berterusan setelah dia lahir. Paling kritikal sekali zaman kanak2. Kat sinilah kita nak  start bentuk peribadi anak.

18 & 8 Months

Image
Today is 18.10.2010 & Naurah is 8 months already =) How time flies kan? On 16.10.2010 bersamaan hari Sabtu yg lepas, my Naurah sudah jadi girl yg sejati. Hehehe. Akhirnya setelah bbrp kali tertangguh, harinya sudah sampai. Naurah sudah selamat disunatkan oleh Dr. Arbaiyah at An-Nur Paediatrics Clinic, Bangi. Leganya hati bile dah settled. Takde dah nk riso2 susah hati menunggu masanya yg tak kunjung tiba. Dan Naurah nangis sungguh2 masa kene sunat tu. Kesian giler kat dia. Sudahlah moody sbb mengantuk. Flu & light fever lagi. Pastu di kacau pulak dgn cara yang menyakitkan. Manenyer dia tak menangis sungguh2. Tapi lepas2 tu okeh jer. Doc takde bagi ubat ape2 pn. Cume dia sumbat kapas jer sket lepas kasi luka tue. Puas jugak aku membelek kat mane yg dia gunting tue. Tgk cam takde ape2 yg terjadi ponggg. Tak kisahlah. Yang penting Naurah sudah selamat disunatkan & ceria spt biasa. Milestones Naurah, masih mcm yg sllu di update. Gigi 2 batang, dah duduk, dah merangkak, dah pa

Dinner 2010

Giler malas aku nk buat entry kt blog hari nie. Dok me'refresh' jer nk tgk update dr org laen. Ekceli opis nie tgh bengong sket sbb ade a few staffs yg mule demam Dinner 2010. Aku sebok2 dgn flu srot srett, diorang bz memilih lagu & kareografi utk dept. performance. Last 2 years, aku participate agak aktif la jugak bab nk buat performance nie. But this year mmg xde mood lansong. Sbbnye aku dah berkahwin & ade anak. Takde makna dah nk beriya terkinja-kinja menari bagai mcm mase single dulu. Cukuplah malu sekali jer. Klu buat kali ke-2. aku rasa mcm org bodoh pon ade. Aku nekad klu diorang decide nk buat menari ntah hape2 lagi, aku sanggup tak pergi lansong pon dinner tue. Nasib baek la akhirnya atas faktor2 ramai yg taknak malu lagi kesekian kalinya, semua decide nak buat mcm dikir barat. Ok la tue. At least duduk & goyang2 tangan jer. Belasah jelah labuuuu...As always, my HOD merangkap bos aku la yg paling excited bab performance2 nie. Lantak dia lah. Malas aku nak

Flu & Back Ache

Image
Semalam aku MC. Flu & back ache. Dari mggu lepas aku sakit pinggang. Salah stretch kat atas toto. Padahnya sampai skrg sakit giler. Duduk sakit, nak bangkit dr duduk pon sakit. Dukung Naurah pon sakit. Haihh...dugaan betol. So smlm dgn flu yg agak teruk sampai susah nak bernapas, ngadu kt doc ttg back pain nih. Dia bagi la ubat sapu & pills. Semalam eventho MC, hantar jgk Naurah ke nursery. Taknak dia berjangkit flu aku nih. Lgpn klu mkn ubat flu, kompem mengantok tahap gaban punyer. Klu Naurah ade, kompem la aku x dpt nak berehat. So eventho rindu sama anak, kesihatan aku kene tip top jgk. Klu x sihat, camne nk jaga si kecit yg makin lasak tue kan. Sempat jgk aku masak bubur utk diri sndiri. Buat mcm bubur yg sllu aku buat utk Naurah. Kelaka pulak rase mcm mkn makanan Naurah hihi. Letak carrot. kentang & labu. Petangnya lepas MIL hantar Naurah ke rumah, habi pon da balik dr keje, aku pon makan la bubur yg tinggal baki tue. Naurah nampak je aku menyuap makanan, teros dia se

My Teeths

Image
My 2 teeths. Tunjuk kat kawan2 Ibu sket =B Comel ker klu sy pakai hairband nie Ibu?? Sejak ade teeths nie, rase mcm nak smile ajelah Ibu....=B

9 & 10.10.2010

Image
Hari Sabtu pukul 10am dah keluar pergi Mydin, Kota Seriemas. Beli diaper Pampers Comfort for Naurah & setin Anmum Rumusan 2. Yang beli masa Naurah 6 bln aritu sudah tinggal belen2.  Eventho pembuatan susu formula boleh kata banyak jugak yg terbuang begitu saje bile Naurah taknak menom, harus ade back up jugak kan? Setiap hari mmg bekalkan sebekas kecil susu Anmum utk Naurah kt nursery. Selalunye tak habis pon sebekas kecik tue sbb EBM pon aku masih bekalkan mcm biasa. In case Naurah nak menom lebih or tak cukup, dr kehausan cubelah bg Anmum tue kan. Pengasuh ckp klu bagi FM je, Naurah mmg taknak. Tp klu FM campor dgn EBM, Naurah nak pulak. Aku tak pernah pulak dgr ade org camporkan FM+EBM together. Boleh ker hahh? Tp aku tgk Naurah ok jer. Takde pulak meragam sakit perut ke hape. Riso jugak kan. Poo2 dia pon lembut je mcm biasa. So aku pasrah ajelah. Yg penting anak aku sihat walafiat suda. Bercerita psl susu Anmum, yesterday pegi kenduri kawen kawan habi kt Bangi Perdana. Kwn lel

Avon Baby

Image
Kirim kat opismate beli produk Avon Baby. Pagi td dah dapat =) Sgt cute lah botolnya. Bau pon sgt soft. I like =D Ekceli lotion Seba Med Naurah tinggal baki2 jer. Kebetulan nampak ade promotion brngn Avon Baby nie, beli jelah. Beli 1 = RM10.50 klu x silap. But if buy 2 = RM18.50. So aku beli 1 moisturizing lotion & 1 wash & shampoo. Suke sgt tgk gambo baby depan botol tue. Cute. Duta produk Avon Baby nie anak Linda Jasmine & Que Haidar, Ratu. Sgt comel lah Ratu nih. Tembam & gebu. Harapnya kulit Naurah yg agak sensitif tue serasi dgn produk Avon Baby nih. Yakin la sikit bile ade tulis pediatrician tested kt botol tuh. Insyallah, weekend depan boleh cuba. Klu weekdays tak dapat nk guna sbb kt nursery dh dimandi siap2 ptg tuh. Nanti kite try yer Naurah =)

pfqtysadklshdfjdh

Sepanjang hampir 5 tahun aku keje kt opis nie, tak pernah lagi aku rasa semarah nie. Badan menggeletar, darah sudah naik sampai kepala. Jantung terasa ketat, kepala semakin memberat. Kalau org yg berkenaan depan mata, kompem aku nampak keciiiiiiikkkkkk ajer. Engkau, dengan tali barut kau...boleh pergi mampossss!! Dasar lidah berbelit!! Talam 2 muka!! Bukan kulit jer hitam, dengan hati ko sekali mmg dah hitam legam, mulut bau longkang. Sekian, terima kasih.

Malam Kelmarin

Image
Ejam, Mija, Naurah & Habi Ntah hape la yg dibuat Mija tue...kekeke Naurah confused apelah yg dibuat kazen2 dia tue huhuh Walau dimana Naurah berada, mereka tetap ada... My mom & Hasya El Arissa p/s: kualiti gambar kurang sbb guna vga..pecah2 huhuh...

Contest Bersama Si Kecil

Image
Aku masok Contest Bersama Si Kecil nie semata-mata atas ajakan Dayu jer. Ntah nape mood rajin nak masok contest tak pernah datang menyinggah dlm diri. Bukan kene bayo pon nak masok kan? Dari merapu citer ntah hape2, baek masok contest. Untung sabut timbul, dapat jugak hadiah free. Sape nk bagi selain dr penganjur contest kann? hihi =B Oklah, pas godeh2 gambo dlm folder, aku pertaruhkan gambo nie jelah. Aku x byk gambo ngn Naurah sbb aku sllu jd fotografer. Gambo Naurah dgn Ayah dia banyak laa...chaissss. Naurah & Ibu Ok sbg salah satu syarat penganjur, I tag these 3 person to participate the contest too.. Mai with her Hayfa Alyya Nano with her Zarif Mikael Hannah with her Myiesha Masok yer guys!! =)

Malam Tadi

Image
Nie lah rupa saye klu pakai hairband Muka macam tak puas hati jer hihi Sgt suka main belon huhuh Haih..pagi nie sangat menguji kesabaran. Satu-satu opismate buat perangai. Rase nak cekik org je pagi2 nih. Okeh, lupekan ttg itu semua. Aku nak citer ttg mlm tadi pegi beraya rumah Kak Lin kt Senawang with my parents. Havoc sbb anak Kak Lin je dah 4 org, tambah ngn Naurah dh jd 5 budak tecit. Naik semak otak aku dengar sorang2 melalak. Mcm manelah kakak aku boleh tahan kan dgn jerit pekik nangis terlolong tue semua hari2. Klu aku rase mcm nak muntah ijo pon ade hehe. Bile tgk mcm tue, pk 50-60 kali jugakla nk pregnant dlm masa terdekat nieh kekeke. Seb baek Naurah x join the club. Dia behave jer ok. Tak amek port nk terpekik terlolong sama kazen2 dia seme. Bravo Naurah. Naurah good girl kann? =) Ape2 pn teruk jugak Naurah kene kroyok dgn kazen2 dia tue. Terutamanya si Mija yg asek sebok nak mendukung Naurah. Sakit jantong aku tgk dia mengangkat si Naurah sungguh2. Seb baek x terj