Posts

Showing posts from July, 2014

Jumaat Ramadhan Terakhir

Image
Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. InsyaAllah Isnin nanti kita semua akan meraikan hari kemenangan menahan lapar & dahaga, menahan hawa nafsu & beribadat dengan lebih tekun pd 1 Syawal 1435H. Uniknya malam tadi merupakan malam ke 27. Semalam juga kami sekeluarga berbuka puasa di hotel Cyberview Lodge bersama dengan staf SH Tech & ahli keluarga masing-masing. Ini merupakan majlis wajib oleh SH Tech dimana inilah masanya setahun sekali staf berkenalan dengan ahli keluarga staf yang lain. Staf kampeni habi ni bukan ramai sgt pun. Dalam 20+ gitu je rasanya. Tapi sbb stp tahun jumpa, so mmg dah kenal la ahli family masing-masing. Antara isteri-isteri, suami-suami & anak-anak. Sampai rumah mlm td around 10.30pm. Ya Allah, mengantuknya tak terkata. Lepas solat, set dalam otak harapnya terbangun lah awal sblm waktu sahur nk buat ibadat apa yg patut. Alhamdulillah akhirnya berjaya menggagahkan diri bangun pukul 3pagi. Pukul 4pagi turun dapur,

TGI Friday Alamanda. Poor Service on Ramadhan.

Image
Akhirnya dapat pun berbuka kat TGI ni. Hari tu pergi main terjah je. Rupanya bulan puasa ni kena buat reservation dulu ye. So balik la kami dalam kehampaan. Tapi dapat makan nasi arab kat Al Qasr, The Street Mall. Support our tenant lah. Haha. Sebbaek habi kata sedap ^__^ Memang sedap pun. Masa kami food tasting dulu semuanya sedap belaker. Recommended! Sayangnya takde pic masa kat sana sbb terlampau lapar suda. Makan tak pandang kiri kanan dah. Org yg berbuka buffet pakat dah balik semua. Sebbaek diorang nak lg amek order ala carte :) Minggu terakhir Ramadhan ni, kami memang dah malas nak re-stock barang basah dapur. Sebab lepas ni cuti seminggu straight kan. Nak balik Johor. Pastu balik Semenyih pulak. Tak syok ah brg basah simpan lama sangat dlm freezer tu kan. Dah tak fresh sgt gayanya. So kami byk ber iftar dengan juadah luar samada beli di bazar & makan di rumah. Atau makan kat luar lepas settled solat Maghrib.  Senang solat dulu sbb lepas tu boleh makan dengan tenang ta

Penilaian Kindy Naurah - Half Year

Image
Amboi. Baru kindy dah ada report kad bagai. Hehehe. Sabtu lepas kami ke kindy Naurah utk sessi perbincangan bersama guru kelas Naurah, Teacher Nurul. Setelah 6 bulan ke kindy, kami pun nak tahulah apa perkembangan terbaru Naurah drp segi pembelajaran & pergaulan kan. Setahun cuma 2 kali je sessi berjumpa ibu bapa & guru ni. Cukup lah tu bagi aku =) Nanti akhir tahun kita jumpa lagi ye. Kami datang lewat menghampiri waktu tamat sessi jam 11pagi. Bagus jugak. Sbb rasanya kalau pegi awal lagi lama kena tunggu hehe. Sessi dengan guru ni banyak rangkuman jugak. Dalam 30 minit ada lah jugak bagi sorang anak tu.  Kesimpulannya Naurah punya progress baik-baik aje. Banyak jugak dia dapat Good & Excellent. Not bad for a 4 year child. Teacher Nurul kata, Naurah ni cepat tangkap. Kadang cakap sekali je dia dah boleh ingat. I was like...yer meh? Hahahaha. Jahat betol maknye ni. Tak percaya pulak pada kebolehan anak =P Entahlah. Rasa mcm pelik pun ada sessi ni. Masih teringa

Cinta Peringkat Tertinggi

Image
Kata-kata " cukuplah Allah bagi ku " atau hasbunallah ha wanikmal wakil memang mudah dituturkan oleh bibir kita. Namun betulkah hati kita ikhlas menerima & memperakuinya. Besar dan dalam sekali maksud ' cukuplah Allah bagiku itu '. Adakah kita memang sudah bersedia utk mengucapkannya di dalam hati atau ianya hanya sekadar pengucapan di bibir? Cukup lah Allah bagi ku... Aku memahaminya sebagai kita meletakkan Allah di tempat Nya yang selayaknya iaitu yang PERTAMA dalam kehidupan kita. Semua yang kita lakukan, berbalik kepada Allah sahaja. Ketahuilah bila kita benar-benar memaksudkannya, segala kedukaan & kesedihan kita akan lenyap krn bersandarkan kepada Dia yang sentiasa ada dan takkan pernah mati. Inilah cinta yang agung sekali bagi umat manusia di muka bumi ini. Bila kita mencintai Allah dari yang selainnya, kehidupan di dunia tidaklah sesukar mana. Tapi nak mencapai tahap cinta tertinggi ini bukanlah mudah. Perhiasan di dunia nampak ter

21 Ramadhan 1435 = 1 year

Image
1 tahun sudah berlalu. Allah je yang tahu betapa bersyukurnya aku mempunyai Nazif Zukhayr sebagai penyejuk hati yang kedua selepas kakaknya. Terima kasih Allah kerana memberikan lebih kegembiraan dalam hidup kami.  Nazif merupakan anak yang sangat istimewa. Kehadirannya bagaikan bulan jatuh ke riba. As a mother, I feel so attached to him more than his sister. Sebab dia kecil lagi kot. Sok dah pandai menjawab macam kakak, urut dahi semula lah ibu. Hehehe. Kalau dah namanya anak tu, kot mana pun sayang itu pasti. Wajib. Takde alasan apa dah. Bukan mudah bagi aku utk mendapat 2 orang anak ni. Allah uji sehabisnya sewaktu mengandungkan diorang berdua. Dah namanya bahagian aku kan. Redha ajelah.  Tapi semua kesusahan tu sangatlah berbaloi dengan adanya mereka. Tak dapat ditukar ganti dengan apa pun. Alhamdulillah nak bersalin mudah. Nak membesarkan anak pun diberi rezeki dipermudahkan. Tak pernah lagi menangis sbb rasa susah nak handle budak-budak ni hehe. Nazif ni m

Doa Senjata Kita

Image
Satu demi satu kejadian besar menimpa dunia. Sebelum rejim Zionis memulakan peperangan, terlebih dahulu bekas Presiden Mesir, Dr. Morsi ditumbangkan dan diganti dengan watak baru yang sebenarnya boneka kepada US & sekutunya Israel. Skrg sempadan Mesir ditutup dan sebarang bantuan yang datang dari seluruh dunia untuk orang Palestin di Gaza tidak dapat disampaikan. Inilah permainan kaum paling derhaka kepada Allah SWT. Bani Israel yg telah diceritakan didalam Quran. Allah dah janji yg kaum ini pasti akan di kalahkan apabila orang Islam sudah mula sedar & bersatu. Apabila seluruh umat Islam menjadi muslim yg patut & taat pd ajaran Islam, maka kita akan kuat & orang kafir akan kalah. Allah sedang membiarkan orang Yahudi sombong & bongkak merasakan tiada apa yang dpt menghalang mereka drp melakukan kekejaman kepada orang Palestin. Pejuang Palestin dilihat semakin bertambah kuat pada serangan kali ini. Mungkin ramai umat Islam yang sudah mula bangkit dari kealpaa

MH17 Terhempas!

Image
Around 11malam tadi kita dikejutkan dengan berita MH17 dari Amsterdam ke Malaysia telah ditembak jatuh oleh missile. Didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro Russia di Ukraine. Allah menguji kita lagi. Warga Malaysia amnya. Baru saja 4 bulan yang lalu kita dikejutkan dengan tragedi MH370. Ini kali kedua kita ditimpa bencana. Semua ni terjadi atas izin Allah juga. Isu Gaza juga makin meruncing. Tentera Israel sudah memulakan serangan darat dengan bantuan dr serangan laut juga. Ya Allah, selamatkan saudara seagama kita disana. Berikanlah mereka hati yang berani utk menentang musuh agama Mu ya Allah. Bimbang. Risau. Gusar. Bercampur aduk perasaan yang aku rasakan. Dunia semakin tenat. Bagaimanakah nasib kita & anak-anak kita. Akan terus aman & selamatkah Malaysia seperti dahulu. Baru sebentar tadi terdengar jet pejuang lalu di ruang udara Cyberjaya. Kuat bunyinya. Berderau darah & dupdap dada dibuatnya. Itu baru lah sikit. Orang Palestin kat Gaza sana saban

Nazif Jatuh Mulut Berdarah

Image
Ohh Naurah. Selok sangat dia dengan kasut rayanya ni. Siap nak pakai ke kindy lagi. Sebbaek berjaya dihalang olehku huhu. Cerita sebenar bkn pasal kasut. Tapi kejadian slps pic ni di snap. Naurah hepi sgt gaknye g dukung adik pusing-pusing pastu terjatuh & adik tersembam kat mozek. Nazif nangis kuat sangat sampai panik aku dibuatnya. Tengok mulut dia dah nampak darah T___T Gigil rasa badan aku masa tu. Pucat muka kalau ditoreh takde darah gaknye. Terus capai towel kat atas sofa & lap-lap darah dlm mulut dia. Banyak. Huwaaaa. Dalam panik tu sempat lagi tangan singgah kat betis Naurah 2/3 das sbb geram. Padahal dalam hati dah tau bukan salah dia. Dia tak sengaja kot nak terjatuh. Agaknya kasut tu buat dia tak seimbang sgt pijak lantai. Naurah tak menangis pun. Tapi muka takut lah dok diam je. Pastu nyorok belakang langsir. Dalam panik aku called habi yg otw ke office petang tu kerja lebih masa. Habi kata dia patah balik lah. A few minutes later Nazif berhenti mena

Sabar Boleh Tak?

Image
Opis ni dalam peralihan pertukaran server lama kepada server baru. So internet adalah tidak stable buat beberapa hari yg lalu dan yang akan datang. As usual ramai la yang potpet bile internet tak betul ni. Kdg termasuklah aku yg sllu guna wifi free using henfon neh. Hehehe. I am just a normal human being. Tapi bila dah tau habi turut sama tungkus lumus buat keje set up server baru ni, kerja lebih masa balik 3-4pagi, bangun sahur & pergi kerja juga esoknya, rasa mcm bersalah la pulak sbb tak sabar nak tunggu semuanya kembali normal spt dulu. Habi & his collegues bertungkus lumus buat kerja, kita ni sesedap rasa je komplen itu ini. Sah sah kurang dah pahala puasa kita kan. Tukar server baru ni bukan sekali buat terus perfect semuanya. Bukan dia boleh stable sekelip mata. Akan ada lah komplikasi sana sini sblm semuanya OK. Bila buat time odd hours, takde users, memang lah OK je. Bila dah hari bekerja, semua access internet sekaligus, barulah dapat detect if ada apa-apa ya

Maher Zain - Ramadan (Arabic) ماهر زين - "رمضان" بدون موسيقى Vocals Only...

JPO & Aeon Kulai

Image
Alhamdulillah dah balik dah dari kampung. Dapatlah berbuka puasa 2 hari kat sana. Tujuan sebenar cuma nak jenguk Abah yang kena mild stroke hari Ahad lepas. Tak sedap hati if tak balik even sekejap.  Abah OK je. Cuma mulutnya masih senget. Hari-hari berurut utk betulkan balik urat saraf, peredaran darah semua. Lega tengok dia aktif je macam biasa. Berharap Abah akan sihat sentiasa lepas ni. Amin. Semalam kami dengan family Abg Eddy & Kak Ya jalan-jalan JPO & Aeon Kulai. Dapat la rembat a few things for me & Naurah. Habi takde berkenan pape. Nazif pulak takde kasut yang menarik perhatian. I just bought myself a Fossil watch since habi kerek pulak taknak even aku offer nak belanja. So, beli la utk diri sendiri haha. Dah lama tak pakai jam. So, rasa janggal skek. Lama-lama ok kot. Kalau tak salah ada 50% less for this watch. After less RM199.50 only. Lepas tu pergi cari kasut raya Naurah kat Clarks. Dia berkenan dengan kasut grey ni. Belasah jelah. Ade y

Bantulah Gaza

Image
Di bulan Ramadhan yg penuh berkah ini, kafir laknatullah iaitu orang Yahudi Zionis telah melancarkan serangan ke atas penduduk Gaza di Palestin. Muslim yang hebat tentunya mereka yang berada di Gaza. Berpuluh tahun mereka di tindas, riak muka mereka masih tetap tersenyum. Ingin syahid merupakan cita-cita bagi setiap kanak-kanak disana. Sebagai umat Islam, kita sangat bersedih dengan nasib saudara mara kita disana. Namun pertolongan kita untuk mereka terbatas. Apa yang kita boleh buat hanyalah berdoa kepada Allah untuk keselamatan mereka & semoga Zionis menjadi pihak yang rugi. Kisah mengenai apa yang terjadi di Gaza sudah ditulis di dalam Al Quran beribu tahun yang lampau. Ianya janji Allah. Dan itulah yang sedang terjadi. Palestin pernah di jajah kemudian dibebaskan oleh Salahuddin Al Ayubbi. Kemudian di jajah sekali lagi sehinggalah sekarang. Di dalam Surah Isra', Allah sudah menjanjikan akan tibanya Palestin akan di bebaskan sekali lagi dari cengkaman Zionis &am

Cerita Bergambar

Image
 Akhirnya buat jugak member kad SBU ni. Rasanya layak buat kad bila perbelanjaan kita dalam 1 resit tu berjumlah lebih RM150. Tambah lagi RM10 untuk dapatkan kad ini. Antara keistimewaan menjadi ahli adalah stp pembelian dpt 10% OFF. Pastu masa birthday kita dapat lebih % OFF tapi lupa lah berapa.  To date dah ada berpuluh helai tudung dari SBU. Rasanya tudung bawal lama yang jarang tu semua dah boleh buang lah yep. Nak bagi orang tak boleh sebab jarang. Tak menepati ciri pemakainan yang ditetapkan oleh syariat. Tak memasal dapat dosa je nanti. Ahhaaa...budak ni malam tadi pun resah gelisah asyik merengek. Aku rasa sebab gusi dia sakit lagi pasal gigi semakin nak mengeluarkan dirinya. Kesian. Aku pulak lambat pick up kenapa dia meragam gitu. Kalau sapu Orregel awal-awal settled gaknye masalah dia. Sorry ye Nazif. Ibu mamai asyik tak cukup tido lately. Juadah atas ni pulak habuan kami waktu iftar semalam. Asam pedas ikan merah tu lauk hari sebelumnya. Elok je lagi

Teething Gel & Naurah First Terawikh

Image
Semalam dalam kereta otw balik rumah lepas amek budak-budak, Naurah kemain menjerit kata adik dah tumbuh gigi kat atas. Aku pun raba gusi dia pakai jari & terasa dah tunggul 2 gigi atas tu. Tepat nampaknya tekaan aku dia cranky & demam ritu sebab nak tumbuh gigi lagi. Nampak dia mcm bad mood lg, so aku pun sapu teething gel jenama Orregel perisa black current kat gusi dia. Tak lama lepas tu dia pun mcm bertukar kepada angel semula. Hahahaha. Tapi sekejap je kot. Sampai rumah dia merengek balik. Lps minum susu dia biasa la suka melanyak perut aku kejap meniarap, kejap menyondol, kejap nelentang -..- Tau la perut aku tu lemak kemain tebal. Best ke dik gomol gitu? Ape lagi yg tak kena budak ni. Haihh...stress dah masa tu. And then suddenly dia meneran. Sakit perut nak berak rupanya. Bwahahaha.  After that he is all normal baby yg suka menjerit tak tentu pasal. Apa-apa lah dik asal awak tak merengek bukan-bukan. Kemain bila menyeringai happy tu. Muka mcm mintak pen

Aku Bukan Ibu Yang Sempurna

Image
Budak yang nak masuk setahun hujung bulan ni nanti tengah serba tak kena. Cranky all the way sampai pening kepala ibu dibuatnya. Betul betul menguji kesabaran di bulan puasa ni. Yelah...kita kan letih berpuasa. Penatnya nak layan karenah dia yang mcm tak berkesudahan tu. Nak berkepit dengan ibu sepanjang masa. Kasihani lah ibu mu ini nak. Ibu penat balik kerja kena angkat kain baju & lipat. Pastu ibu kena layan 2 anak yang bermacam karenah memeningkan. Sekejap sorang nak susu, sekejap tanya mane lipstic beli hari tu cari x jumpa, sekejap kang nak berak pulak. Banyaknya benda kena buat. Tenaga level dah tahap merah titt tuttt mcm lampu kat dada Ultraman tu hah. Anak-anak pulak mahukan kasih sayang & perhatian. I am torn apart T__T Belum masa nak berbuka puasa lagi tu. Awak asyik la menjerit merengek serba tak kena. Memang tak dapat lagi ibu berbuka dengan tenang sejak awak jadi macam ni. Solat pun kena laju tak sesempurna mana sebab nak attend awak

Serai Cyberjaya Sebelum Berpuasa

Image
Puasa hari pertama alhamdulillah dapat berbuka dengan mak abah yg dtg dr Johor ke rumah Kak Ya. Weekend yang lepas ni 2 hari berbuka di rumah in law. Weekend ni pulak ada orang tu dah ungkit bila nak belanja ribs kat TGI Friday. Ok fineeeee. Sabtu ni kita ronda Nilai 3 dulu cari baju kurung aku & Naurah. After that kita buka lah kat Alamanda nun. Ritu sblm puasa habi belanja makan kt Serai, Cyberjaya. Takdelah sedap mana pun makan situ. Cuma tempat eksklusif lah. Pavlova dia memang sedak ah tak dinafikan. Berebut aku, habi & Naurah makan. Tau beli 2 potong. Bkn selalu habi tak suka ke dessert? -__-" Sepatutnya aku yg belanja makan kat Serai tu. Tapi aku tak kuor duit lg kat ATM. So habi la yg kena bayor. Tak pasal-pasal je. Hahaha. Tu yang skrg asyik remind bile nak belanja makan ribs? Huh Mint tea with ice cream vanilla on top Dutch lady chocolate 456 bahaha Banana smoothies ke ape tah ni. Sedakkkk Naurah cilok air aku huhu Cilok air habi

This Is Nazif Zukhayr HAHA

Ramadhan Ini

Image
Ramadhan 1435H ni aku adalah sangat cengeng. Senang sangat nak rasa sayu sampai mengalir airmata. Memandangkan bulan ni bulan yang sangat berkah & disukai Allah, aku pun cubalah utk selalu membaca segala bahan ilmiah mengenai Islam & menonton segala bentuk medium berbentuk Islamik. Mode MEMPERBAIKI DIRI & menyuburkan rasa cinta & taqwa kepada Allah SWT. InsyaAllah. Terlalu banyak yang aku masih tak tahu. Ilmu tentang Islam terlalu cetek. Hampir 32 tahun aku hidup kat dunia ni. Tapi aku masih lagi belajar tentang agama Islam. Rasanya memang sampai mati pun kita akan sentiasa menjadi pelajar ye tak? Aku bukanlah orang yang berlatarbelakangkan keluarga or pendidikan agama. Aku sama macam ramai perempuan melayu Islam yang bertebaran di bumi Allah ni. Hanya orang biasa yang tak ada istimewa mana pun. Parents aku orang biasa. Siblings aku pun semua biasa-biasa. Tapi hati ini Alhamdulillah telah diberikan satu perasaan yang entah dari mana datangnya. Perasaan iri

Maafkan Lah Aku

Image
Punyela lama tak tengok kat bahagian awaiting comment. Sekali tengok ada 16 comments samada dr kengkawan yg dah kenal lama or dari yang baru terjumpa blog ni. Allahu.....minta maaf ye semua. Terima kasih krn rajin komen yang baik-baik belaker. Malangnya penulis blog ni selalu malas nk tekan awaiting comment tu. Apetah lagi utk me reply nya hukhukk Tapi setiap komen anda pasti akan dibaca, InsyaAllah. Mode syok sendiri je tulis blog ni. Menulis sekadar utk berkongsi cerita tentang hidup kami sekeluarga yg serba sederhana ni. Bukan best sgt pun sbb semuanya benda biasa dlm kehidupan. Byk lagi blog best yg hidupnya happening & menarik utk dibaca. Menulis memang dah sebati dlm diri. Its a hobby. Masa SPM dulu BM Penulisan dapat A okay. Hahaha. Betapa sukanya aku menulis karangan khen. Begitulah adanya ^___^ Aku tak sombong. Cuma aku ada penyakit malas baca komen & reply kdg-kdg tu. Maafkanlah aku ye. Aku cuma manusia biasa...huhu. Tapi bila dah baca komen tu mmg aku ha

Johan Qariah MTQA 2012 Hasnaa' Khoulali (Maghribi) قراءة حسناء خولالي

Meremang bulu roma dengar bacaan Johan Qariah MTQA 2012 ni. Suara yang lantang sekali. MashaAllah. Subhanallah. One of my favourite Qariah.

Jalan Hidup

Image
Perjalanan hidup setiap drp kita sudah ditentukan oleh Allah sejak kita dalam perut ibu kita lagi. Sebaik sahaja roh ditiup, segalanya sudah tertulis di dalam kitab di Luh Mahfuz sana. Rezeki kita, jodoh kita, ajal kita. All has been written. Seperti yg kita sedia maklum, hidup kat dunia ni ada turun naiknya. Ada sedih & gembiranya.  Aku pernah terbaca sekiranya kita rajin berdoa pada Allah utk segala kebaikkan yang kita mahukan pd diri kita dan orang lain, InsyaAllah boleh jadi perkara buruk yang sudah tertulis di dalam kitab sana boleh berubah menjadi perkara yang baik spt yg kita doakan. Sebab tu kita jangan pernah jemu utk berdoa kepada Allah meminta rahmat & kasih sayang Nya kepada kita. Doa adalah senjata terhebat bagi orang-orang mukmin. InsyaAllah. Aku selalu terfikir.....kita ni manusia iman dah la turun naik. Rasanya kalau takde rahmat drp Allah, bape kerat je tah yg masuk Syurga sok T__T Untunglah Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang kepad

Tugas Memasak

Image
Sejak melahirkan Nazif, aku sangat jarang memasak. Tugas tu dah diambil alih oleh habi. 95% mmg dia lah yang memasak. On weekend usually time breakfast je aku masak. Mengapa begitu? Well, sebab Nazif tu kecil so habi tak konfiden nak handle dia sangat. So sanggup lagi dia memasak drp handle si kecik tu. Makanya tugas menjaga & melayan anak-anak jatuh pd aku lah. Sedih gak tak dapat memasak sbb tu salah satu hobi aku kot. Tapi kena redha jelah pasal kena adapt dengan situasi kan? =) Habi pun dulu tak konfiden sangat bab bagi perasa pd masakan dia. Selalu mesti soh aku rasa dulu. Tapi lepas dia ambil alih ni kemain dah kompiden hehe. Dah kena dengan taste aku dah dia masak ^^ Kemain menambah bini ni makan. Mane x makin gemok. Hahaha Selalu org kata lelaki gemok mkn mknn dimasak bini kan? Kes aku ni terbalik suda =P Bulan Ramadan tahun ni pertama kali habi yg akan memasak juadah berbuka puasa sekali dgn sahur tu. Semalam dia masak asam pedas ikan merah & telur dad