Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Hujan Rahmat Di Kala Jerebu

Homaii...I am not feeling well today. Elok petang nanti ade check up pulak tetibe bp mencanak naik. Gara-gara makan 2 ulas durian kot mlm td. Habi dah tegur dah tp tak boleh tahan. Now rasakanlah akibatnya T__T
Baru lepas breakfast & telan ubat drh tinggi. Harap OK lah masa check up nanti. Cannot afford to be warded again. Kalau doc paksa gak cakap admit kat hospital kerajaan aje. Serdang or Putrajaya. Kalau lah company amek insurans yg cover warded during pregnancy, aku pun tak kisah nak warded kat private hospital. Ritu masuk ward duduk 1 malam je pun dah RM700 bilnya. Tutup mata ajelah bila membayar. Bilnya buang jauh-jauh dari pandangan mata huhu. Cuba hilangkan ia drp ingatan. Hehehe.
Lately kerap pulak rasa sakit kepala. Tak pasti due to high bp or jerebu. Doc ada informed ritu bila baby makin membesar, bp memang akan makin naik. Entah lah.
Alhamdulillah petang semalam bumi BBST dibasahi hujan. Pagi tadi juga hujan lebat dalam setengah jam gitu. Rasa mcm nak tarik selimut &…

8 Bulan Maaa....

32 weeks adalah bersamaan dengan 8 bulan kepada sesiapa yang tak mengetahuinya yer. Hehe. Syukur sangat pd Allah sebab masih dapat bertahan sampai ke hari ini. Kehamilan kali kedua ni sememangnya sangat mencabar. Tak pastilah samada sbb faktor usia ke ape, tapi kudrat tu memang banyak yg dah kurang. Ditambah pulak dengan kehadiran penyakit darah tinggi. 8 bulan ini sememangnya sangat menguji kesabaran diri mentally & physically.
Baru anak kedua dah gaya gini. Mampu ke utk anak ke-3 yerk?
Boleh kalau nak anak ke-3. Tapi aku kena pastikan lepas ni dapat jadi sihat semula. Loose weight & change my eating lifestyle. Dr. Fatimah pun positif tentang penyakit darah tinggi aku ni boleh hilang if aku dapat buat 2 benda kat atas tu. InsyaAllah. Yelah, umur baru awal 30-an dah gini gaya. Mane boleh tahan kan? Kalau Allah kata umur aku sampai 40 tahun, sanggup ke 10 tahun hidup secara tak sihat mcm ni? Stress kot.
Aku harap sangat aku kuat semangat utk jadi sihat semula. Takde excuse dah…

Runsing

Tahun 2013 adalah tahun yang agak suram bagi aku. Don't get me wrong. Suram bukan pasal tgh pregnant, tapi suram drp segala amal ibadat terutamanya untuk yg sunat. Bila aku pregnant, automatik aku akan jadi lembik macam taufufa. Tak kuat nak buat solat sunat mahupun puasa sunat. Sepatutnya masa tgh pregnant nilah aku tungkus lumus buat semua tu kan? Tp kalau dah namanya tak larat, ape pon tak boleh.
Tipu la kalau kata aku tak susah hati. Jeles jugak bila tengok orang lain kemain bersungguh puasa sunat bagai. Aku relax je makan nasi lemak togok air yogurt. Poyo.
Since aku dah tau memang jenis lembik bila preggy, masa aku tak preggy selalunya aku akan bersungguh buat ibadat sunat semua ni. Dia macam ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Kan ada yg tulis sihat sebelum sakit. So waktu sihat tulah aku pulun & waktu kurang sihat mcm skrg ni aku relax. Pujuk hati yg tahun-tahun sebelum ni aku dah buat semuanya. Takpelah skip utk setahun ni. Tahun depan insyaAllah kalau masih bernyawa, …

Pavlova 2 Layer by Fad

Amacam? Tempting kan? Saja je beli pavvy ni utk makan ramai-ramai dgn office mates. Dah lama tak belanja deme makan apa-apa. Happy je semua orang dapat sepotong pavvy menjelang lunch hour. As a desert after having lunch. Takde nyer after, before sebenarnya. Hahaha.
Puas hati sbb buah kat tengah-tengah tu pun ada okay. Kat atas pun dah banyak macam tu. Buah masam kena dgn whipped cream & pavvy tu memang syok ah. Sejuk-sejuk pulak. Perghhh. Nikmatnya. 
Thanks Fad sbb sudi ambil tempahan ad hoc mak yong neh. Len kali boleh order lagi ^^
Sape nak order boleh la search name Fadilah Ramlan kat FB yer!






Mee Udang Nyonya Valley, Cyberjaya

Nyonya Valley ni dekat je dengan opis aku. 2 minit je dah sampai kalau naik kereta. Lokasinya di Gardens milik Cyberview Lodge Resort & Spa. Bukan dekat hotelnya taw. Ini dekat bangunan pejabat milik deme lah. Kalau drp hotel, jumpa simpang 3 pergi ke kiri, jalan sikit terus signal ke kanan. Dekat bangat.
Nyonya Valley ni setakat ni tak pernah mengecewakan lagi la makanan dia. Semuanya sedap-sedap. Environment pun best. Best ahh duduk dlm aircond kan. Servis pantas & tuntas. Try lah kalau datang ke Cyberjaya. Lunch hour selalunya mmg pack aje. Price mmg reasonable. Mee udang ni semangkuk besar tu RM10.90 sahaja. Bawak duit RM20 dah lepas dah makan kt sini =)
Aku dah lapor sbnrnya ni. Breakfast yong taufu balance malam td je. Mane kenyang mak buyong kan? Tetibe Kak Niza emel gambo ni masa kami kesana last week. Terus ah upload sini. Bagi korang terliur sama. Hahaha




Sentap!

Nak cerita kes petang semalam ni. Tetibe aku sentap betul dengan Naurah. Skrg kan paling susah sekali nak lepaskan Wan nya balik ke Semenyih. Asal Wan nak balik aje mesti menangis. Ikut aku mmg aku buat tak layan aje. Gasak ko lah nak menangis guane pong. Macam tak biasa pulak dah 3 tahun rutin macam tu. Makin besar makin mengada. Blerghhh.
Lepas drama setiap petang tu berakhir, aku soh habi pegi pasar malam sebab nak makan yong taufu & taufufa. So pergi la 2 beranak tu & aku senang lenang layan Teduhan Kasih. Hehe. Datang waktu petang & malam memang tak larat sangat dah rasanya skrg ni. Penat macam orang kerja motong buah kelapa sawit. Sakit badan sana sini. Dah lah 2 hari berturut kena heartburn membawa ke headache. Harap sangat hari ni tak jadi lagi macam tu. Seksa.
Then sblm makan semua naik atas, mandi, solat & berehat menunggu waktu Isya'. Sebelum aku mandi tulah Naurah tetibe je cakap tak sayang aku. Dok sayang Wan, Atok, Nenek & Ayah aje. Sentap betul …

Barang Keperluan Utk Baby Kedua

Lorhh...tak berupdate lagi rupanya blog ni. Hari ni rajin sket buat kerja di pagi hari. Tu pasal terlupa tentang blog. Maapkanlah ambo. By the way even dah tengahari, mak tetap takde idea nak cerita pasal ape. Cuma tadi received parcel from my sister Lisa. Dapat dah breast pump manual Avent yang kusayangi itu ^^ Happy pulak rasa. Lama dah berpisah sejak bagi Lisa pinjam semua rete benda penyusuan tu semua. 2 tahun ade kot. Spectra 3 ada dh kat rumah. Next week boleh anto servis kat Susuibu.com. Thanks Mar for the info =)
Then tadi aku tgk ada parts yang nak kena tukar baru. So beli online ajelah plus utk Spectra 3 sekali. Itu pun dah makan beratus. Takpelah...dah lama tak berhabis duit utk brg-brg ni kan? Harap nanti semuanya tip top ajelah. Untukmu adik baby ^^
Barang-barang baby pun rasanya dah cukup. Tambahan pembelian cuma bantal menyusu aje. Ala yg letak kat riba then baby senang letak atas tu nk nyusu. Sebab kali ni excited sgt kalau boleh nak direct feed baby. Akan diselang se…

Update Tentang Opis & Aku

OK. Pagi ni sirius takde idea nak tulis tentang apa. So mak pun gigih la snap a few pics nak tunjuk latest changes at my work place. Plus my enormous tummy on my nearly 8 months pregnancy. Gebang je lebih. Takdelah besar sangat pun perutnya. Tp pagi td akak jiran cikgu tu 1st time tegur 'pregnant yer?'. Dah nak masuk 8 bulan baru ade kesempatan dia nak bertanya kabo. Nampak sgt masing-masing sibuk dgn life memasing. Sua muka klu kebetulan sama-sama ada kat luar rumah aje. Kalau tak mmg non hado =P
Takpelah. Yang penting kami tetap bertegur sapa. Bukan saje tak tegur sbb bermusuh ke ape kan? Sekali sekala pun dah okay. Takde masalah bagi aku =) Lately mmg ramai yg dah start bertanya dh berapa usia kandungan & bila dijangka bersalin. Usually aku jawab akn bersalin end of July or early August aje. Ikut usia kandungan genap 37 weeks. Org ada darah tinggi selalunya mmg genap je doc akan induce la. InsyaAllah semuanya utk keselamatan ibu & baby. Aku redha.
Aku harap at leas…

Makan Time!

Dah agak lama tak tepek gambo makanan kat sini. Since dah berjaya transfer a few pics from henfon, meh la aku tunjuk gambo bbrp jenis makanan yg aku snap. Dgn harapan dpt buat orang jejes air liuq la. Padahal aku yg dah jejes siap-siap pasal pagi td breakfast light aje. Mak tengah lapor ni T__T













Lepas post semua gambar tetibe aku kepeningan. Apekahhh???





Opis Berwajah Baru

Kat bawah ni nak tunjuk a few pictures office yang dah berwajah baru. Work station aku pun ada a few changes yang bila tengok semula tak tau nampak lebih semak ke lebih baik. Hahahaha. Kompius mak. Walau ape pun aku dah tak koser nak ubah apa-apa lagi. Maybe boleh cari 1 new drawer la since drawer lama dah jadi tempat letak CPU. Sebelum ni CPU atas lantai. Setiap kali nak ON mesti kena tunduk ke bawah. Skrg dah tak payah tunduk-tunduk sebab dah selari dengan meja.
K lah. Cerita banyak pun tak guna. Tengok jelah gambo. Daaaa...




Masuk opis masih lagi kuat dengan bau gam. Harap cepat la hilang semua bau tu. Pening kepala aku dibuatnya. Tak pasal-pasal lalok je nak buat kerja. HAHAHA.



Sememangnya Ayah Yang Terbaik

Hari bapa adalah semalam. Seperti biasa aku & habi mane ambil kisah sangat hari bapa ke hari ibu ke. 2 keraian je selalunya yg kami sambut. Ulang tahun perkahwinan & birthday. Senang nak ingat. So semalam saje lah ckp dgn habi yg hari ini adalah hari bapa. Abang taknak belanja ape-ape ke? Kekekeke. Terus kena sound bukan aku ke yg sepatutnya kena belanja dia? ^^ 
Mak sokay je sebenarnya. Tp malas benar lah nak keluar kemana-mana semalam. Sudahnya terperap jugak dlm rumah. Hehehe. Seb baek plan nk sort out baju Naurah yg lama-lama berjaya dilaksanakan. Kira weekend lepas duduk rumah memang berehat habis-habisan lah kami. Sabtu keluar sekali pd waktu malam & Ahad pagi breakfast kat Nilai. Itu aje outing yg kami buat. Badan mmg rasa segar la dapat rehat banyak.
Tapi sempena hari bapa semalam, aku nak buat jugaklah entry special tentang habi as a father. Tak dinafikan memang dia seorang bapa yang baik. Sama jugak macam suami yg baik. Bila Naurah dah makin besar, aku try rapat…

Opis Dilanda Garuda

Pheww...sakit pinggang mak. Tak habis lagi uolls settlekan mengemas office ni. Weekend yg baru lepas ni kan kami satu dept. tukar carpet & blind. Bila sampai opis pagi td dah macam sekampung dilanda garuda. Dah kemana hutan dah barang masing-masing. Nasib baik tak susah sangat nak cari since we all dah buat tag nama siap-siap kat bebarang tu semua. Tapi semua barang opis kan berat-berat. Mau tak sakit pinggang masing-masing. Apetah lagi mak yong mcm aku ni kan.
Even aku mak yong, aku tak sampai hati nak mintak tolong banyak-banyak sangat. Walau ada yg menegur kata I shouldn't do that & this, aku gagahkan ajelah. InsyaAllah aku masih tahu using my energy to my limit. Takdelah sampai memaksa diri kalau benda dah berat sangat. Setakat tolak meja, kerusi & drawer tu ape ade hal kan. Pastu pasang semula pc & cpu semua. Mak okay aje =)
Ni pun amek napas la sekejap update blog. Nak kena susun file & perlbagai dokumen ke tempat asalnya. Alang-alang dah mcm ni, aku try…

Zaman Kanak-Kanak

Alahaiiii. Seronoknya menjadi kanak-kanak kan? Sometimes aku rasa rindu pd zaman tak fikir apa ni. Yang kita tahu cuma nak berseronok. Menjadi orang dewasa adalah sangat meletihkan. 
Utk meneruskan kelansungan hidup kita kena belajar & bekerja. Once we step into that world, seperti takkan ada penyudahnya. Kitaran hidup seorang manusia.
Berseronoklah kamu wahai kanak-kanak sekalian. InsyaAllah satu hari nanti kamu akan menjadi seperti kami pula. Pd waktu itu kamu pun akan terkenang seperti apa yg kami terkenangkan.
Enjoice.




Semua Benda Ada Akhirnya

Pagi Jumaat yang mendamaikan datang lagi. Syukur kepada Allah. Kat luar tu takde matahari pun. Nampak redup aje. Tapi bahang panas tu tetap terasa kat dalam opis ni. Terpaksa juga turunkan suhu aircond seperti biasa. Semakin tahun semakin panas suhu dunia kita. Akibat pemanasan global barangkali. Tak tahulah kemuncak suhu dunia naik akan berterusan sampai bila. Adakah sampai bumi dah tak sesuai lagi utk dihuni oleh sebarang hidupan?
Tetibe terbayang cerita science fiction yang berlambak ditayangkan pd kita. Takkanlah sampai jadi macam tu ork? @__@ Keseluruhannya aku tengok cuaca kat dunia ni memang dah tak menentu. Tempat yg dikenali sbg gurun tetibe boleh turun salji. Tempat bersalji boleh panas terik sampai air kering kontang. Ini semua merupakan petanda awal kepada pengakhiran bumi bagi orang-orang yang beriman. Kita sebagai orang Islam sepatutnya ambil segala kejadian ni sebagai peringatan utk diri kita.
Tapi as usual biasalah......nama pn manusia. Tahu tapi buat-buat tak tahu. S…

Klinik-Klinik Di BBST

Semalam mak mc. Itulah cita-cita sejak start bekerja hari Isnin lepas. Hahahaha. Ini memang poyo! Padahal takdelah rasa tak larat sangat. Tapi otak dah berzikir kata i need to rest...i need to rest. So akhirnya buat keputusan amek mc jugak. Habi pun kerja lebih masa mlm td balik rumah 1.30am. Bila aku mc, dia pun tak perlulah nak bergegas sgt ke opis. Boleh relax-relax kejap & inform kolik masuk lewat sikit.
Memula breakfast dulu kat medan selera Tmn Seroja. After that habi terus ke opis & aku drive ke klinik. Sebbaek ade 2 kereta. Memang memudahkan. Kejap je dah sampai turn aku & aku pun berceritalah bbrp masalah terbaru yg aku hadapi pd doc. Dulu aku tak berapa suka sgt dgn Dr. Norizan (Mediklinik Syifa') ni. Sbb dia macam serius sgt orangnya. Tp rupanya bila kita dah biasa dgn dia, sokay aje. Aku pun lebih selesa nak tanya macam-macam kat dia since she's also a good listener. Doc di klinik yg aku selalu pergi sblm ni not a good listener sgt (Poliknik Salehudin)…

30 Weeks Pregnant

Homai...homai....mak dah masuk ke angka 30 weeks u olls.....gaye macam sekejap aje kan. Tapi tak sangat pon sebenarnya bagi aku @__@. Walau apa pun rintangan & dugaan yang terpaksa aku tempuhi, being pregnant for the second time is still the best thing happened to me for the year of 2013. Because at the end of the day, bila memandang wajah baby, segala keperitan tu seakan dilupakan. Its all worth it. Believe me! =)
Hari ni hampir-hampir aje aku amek medical leave. Bahana sakit badan disana sini spt yg aku ceritakan semalam. Tapi semalam habi sangat baik hati urut belakang badan dengan minyak bio oil. Itu pun kat bahagian atas area bahu tu je. Habi tak berani dah nak urut kat bahagian yg dekat dengan perut. Takut jadi apa-apa yang tak best sbb dia bukannya tukang urut bertauliah. Hehehe.
Aku pun akur ajelah. Untung ade orang nak urut kan? So bangun pagi ni ada kurang lah sikit sakit badan tu. Gagah ajelah kerja macam biasa. Membayangkan tak lama je lagi dh nk bersalin & sblm d…

Jalan-Jalan Bukit Tinggi, Pahang - Part II

Jalan-Jalan Bukit Tinggi, Pahang

Its about time kot untuk simptom sakit-sakit satu badan tanpa mengetahui apa puncanya berulang kembali. Sebulan lebih je lagi. Tapi rasa macam setahun je lagi dlm otak ni hah. Bila rasa tak fit macam ni, mulalah malas gila nak pergi kerja. Rasa mcm nak tergolek dok sokmo atas katil. Tido. Taknak benda lain dah. Cuma nak rest atas katil sambil baca majalah/buku. Bila mengantuk, tido. Heaven kan? Entah bila boleh dapat ntah T__T
Adakah sebab aku aktif sangat weekend lepas ni ekk?
Yer. Sabtu lepas aku pergi ke Bukit Tinggi, Pahang. Pergi dengan mak abah, siblings & nephews ^^ Jalan tak hengat donia. Pastu pandai pulak ngeluh badan sakit sana sini khennnn (-.-") Situasi ni lebih kurang sama je macam preggy kan Naurah back in 2009/2010. Lebih kurang 7bln+ gini jugaklah naik Genting dgn mak abah. Kali ni pun lebih kurang jugak. Sebab nak spend time dgn ahli keluarga, aku gagahkan ajelah diri. Ralat ah kalau tak ikut sama sebab memang seronok sangat masa kt sana =)
Korang layan jel…