Posts

Showing posts from July, 2015

Update Naurah On HSP

Image
Allah ya Allah. La hawla wala quwwata illa billah. Masih lagi kami diuji dengan penyakit HSP Naurah. Ia masih belum berkesudahan. Sekarang ruam naik balik buat kali ke-4. Tapi tidaklah seteruk sebelum-sebelum ni. Cuma ya, ia masih naik. Yang agak merunsingkan ialah Naurah tak ada selera makan. Makanan dirasakannya tidak sedap. 3-4 suap dah taknak. Kadang baru rasa sikit dah cakap tak sedap. Malam tadi perutnya sakit. Kami bawa ke Annur & syukur  doctor kata perutnya tiada apa yang serius. Cuma doctor pesan kat Naurah supaya makan & minum. Kalau tak nanti doctor kena cucuk jarum kat tangan masuk air takut dehydrated. Itu sajalah. Penyakit yang tiada ubat, memang rumit menanganinya. Doctor cuma dapat kurangkan simptom yang ada and at the same time kena selalu monitor perkembangan organ dia yang lain supaya tak melarat jadi sakit yang lebih serius. Its a normal simptom for HSP patients. Sebelum ni Naurah tak pernah mengadu sakit perut. Akhirnya simptom tu muncul jua. Kami

Majlis Kecil Untuk Birthday Boy

Image
Aihh...happynya perasaan menggembirakan hati anak-anak. Malam tadi kami bawa balik kek yang ditempah dari @thesweetwonders aka geng blogger Fadilah Ramlan. Fruits Flan dengan tema Ultraman pasal itulah kegemaran birthday boy sekarang ni. Layankan ajelah kan. Kemain excited dia tengok gambo Ultraman. Dok 'men..men...' happy sangat dia tengok cerita kegemaran dia tuh. Bila tanya kek siapa ni? Laju dia jawab kek adik!! Si kakak pun sama naik excited macamkan birthday dia pulak. Sabor ajelah. Budak-budak kan? Layankan ajelah. Tak sabor memasing nak potong kek. Geli hati pulak nengoknya. Balik keje tu sempat kami tapau Satay Willy dekat Ramal Junction tu. Ramai betul yang mengorder. Kenalah tunggu dalam 40 minit gitu. Tak rasa lama pun sebab solat Maghrib dulu & pekena Yong Tau Foo Nomey kongsi dengan habi. Tau-tau je dah sampai giliran kami betul-betul dah siap makan. Perfect timing. Sebbaek Nazif tak tido lagi masa kami sampai. Selalunya dia memang jenis tido awal. Sebelu

Diet Oh Diet

Image
Lately asyik pakai baju kurung yang ditempah back at April kat kampung. Tak sangka dah 5bln setengah preggy masih boleh dipakai. Nampak sangat gemok tak hengat sebelum pregy lagi. Getah kat pinggang ni at the moment masih selesa lagilah dipakai diatas perut membonjol tu. Tak terlalu ketat sangat lagi. Sampai ke hari ni masih tak beli 1 pun lagi maternity wear. Semuanya pakai baju sedia ada je yang sememangnya besar & longgar. Kelebihan tak pakai baju ketat metat. Hehe. Last follow up dengan gynae, berat turun 2kg sejak start control makan utk diabetis. Erghh punyala rasa terseksa, tapi sikit aje turun beratnya. Kecewa mak taw. Haha. Maybe pemakanan rendang, nasi impit & nasi arab memberi impak yang besar masa Syawal ritu. Ingat senang ke nak control makan masa raya? Sangat susah okay. Bab tak minum air manis tu aku masih dapat istiqomah lagi. Tapi bab mencuit mencicipi makanan tu memang payah gila. So jgn nak komplen byk sgt la. Sindiri tau maaa.... Now pun tak berapa

Nazif Zukhayr 2 Tahun

Image
Allahu...sejak Isnin lagi sibuk sangat dengan kerja office. Kesana kesini sampai tak terasa sangat hari ni dah Rabu 29 Julai bersamaan dengan birthday Nazif yang ke-2 tahun. Alhamdulillah, antara perkara yang paling aku syukuri genapnya Nazif 2 tahun ialah dia makin banyak cakap & keletah dia makin menghiburkan hati. He looks happy maybe sebab best duduk sama Wan & Atok Semenyih lama jugak. Alang kepalang PIL jaga Naurah yang tak sihat, jagalah sekali dia ni kan. Selain drp tu menjelang dia nak 2 tahun ni, pacifier langsung dah takde dalam kamus hidupnya. Yang ni aku paling happy tak terkata jugalah. Sebelum tu punyalah runsing bilalah dia nak wean off dengan paci tu. Tak sangka pulak bila dia sakit gusi nak tumbuh gigi geraham few weeks before petanda yang itulah masa paling sesuai utk dia wean off. Now tido pun dah lebih senang drp masa awal proses berpisah tu. Golek sana, golek sini tidolah dia dengan sendirinya. Syukur pada Allah. Bab makin pandai bercakap pun geli

Q2 Staff Meeting & Jamuan Raya 2015

Image
Sejak jadi committee Staff Meeting yang berlansung quarterly ni, adalah sikit perubahan dengan tugas sedia ada kat office. OK jugaklah menimba pengalaman baru. Tidaklah asyik buat benda yang sama aje kan. Tak rumit sangat pun jadi committee ni. Lagipun members yang lain semuanya bagi kerjasama yang memuaskan. Takde ape sangatlah nak mengeluhnya. Memasing dah beso pandai. Sokay je. So tadi dah settled Staff Meeting ke-2 yang aku & the gang handle. Kali ni tema Hari Raya lah tentunya. Majlis berjalan lancar. Foods pun feedback positif lagi banyak dari negatif. Kurang sane sini sikit harap maafkan lah yer. OK kite layan gambar ajelah. Tak banyak pun ada pasal aku pun numpang nyelit camera orang aje. Biasalah time pregnant gini memang mood bergambar kelaot dalam. Asal ada sudah. Sebbaek muka nampak semenggah je walau tak nampak badan. Sorok sorok. Koff. Currently on my 5 and a half months pregnant. Perut makin membulat as usual. Love it! ;) Committee members PMD staf

Azam

Image
Aku tabik pada orang yang Allah bagi lebih rezekinya tapi masih mahukan hidup yang sederhana & seadanya. Contohnya dia mampu pakai kereta Ferrari, tapi dia choose untuk pakai Toyota je. Dia mampu pergi bercuti luar negara setiap bulan, tapi dia cuma bercuti di dalam negara je. Aku membandingkan situasi aku dengan mereka yang begitu. Wahh, nampaknya hidup aku lagi best drp diorang. Betulkah? Perlukah ada rasa bangga dapat hidup lebih senang drp orang yang sebenarnya lebih senang drp kita? Allah ya Allah, rasanya aku pun perlu membuat beberapa perubahan dalam kehidupan. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tak menentu ni. Berbelanja hanya yang perlu. Sudah sudahlah dengan kehidupan yang sebelum ni. Sekarang masa untuk menyimpan dan buat persediaan utk masa-masa yang lebih sukar in future. Ya, inilah azam baru aku. Tak perlu tunggu hari dan tarikh tertentu untuk merealisasikan azam. Aku kena lebih bijak menguruskan gaji yang diterima setiap bulan. Dan juga per

Selesai Bayar Hutang Puasa

Image
Alhamdulillah selesai sudah melangsaikan hutang Puasa Ganti sebanyak 2 hari kepada Allah SWT. Tak sangka jugak dalam pada perut memboyot ni dapat ganti dengan lebih cepat drp waktu tak boyot. Teringat lagi sebelum Ramadhan masih lagi mabuk teruk sampai rasa nak kena ambil unpaid leave sebulan duduk rumah je. Dalam masa yg sama masih mengharapkan kasih sayang Allah utk kuat mengharungi puasa. Allah Maha Mendengar. Dia kabulkan permintaan aku. 2 hari ponteng tu pun sebab kena minum air gula & buat bsp. Kalau tak agaknya memang dapat puasa penuh. Bukan rezeki bab itu. Jadi hari ni aku dah berhari raya buat kedua kalinya. I am all happy. InsyaAllah akan sambung cuba dapatkan 4 hari lagi utk merebut pahala puasa 6 hari yang fadilatnya seperti kita berpuasa sepanjang tahun. Kalau lebih rajin, boleh buat asing. Kita tengoklah macam mana. Kalau nak ikutkan utk orang yg kena berdiet masa mengandung ni, puasa lagi senang nak control nafsu makan. Bila tak puasa, godaan tu hebat sanga

Cerita Syawal Kami

Image
Alhamdulillah hari ni dah Syawal ke-5 & masih lagi diberikan pinjaman nyawa oleh Allah SWT untuk meneruskan hidup dibumi-Nya ini. Hows your Raya? Mine biasa ajelah. Dah tua gini takde apa sangat pun yang seronoknya beraya ni. Banyak fokus ke budak-budak ajelah kan. Raya pertama kami ke Skudai beraya rumah adik aku Lisa. Pastu terus balik rumah. Haha. Untung ada berjalan drp terperap kt rumah mcm selalunya kihkih. Raya ke-2 Abg Eddy ajak lepak hotel KSL kat JB bawak budak-budak main waterpark. So tengahari after family Cik Lan datang beraya, kami gerak ke JB. Dinner kat sana & balik rumah. Petang tu Nazif demam. Dugaan bertambah. Now dua-dua anak tak sihat berjemaah semula. Hari ke-3 duduk rumah je pasal aku start Puasa Ganti. Rasa letih gila kot badan. Padahal baru je 2 hari tak puasa. Then semalam kami balik ke Semenyih & sampai around pukul 7 malam. Jalan tak jem sangat. OK lagi la boleh diterima akal. Hari ni dah pun masuk kerja. Boring kan cerita Syawal aku? Haha.

Hampir Pitam Di Bazar Ramadhan BBST

Semalam aku dapat pengalaman baru. Hampir pitam kat Bazar BBST. First time ah aku kena macam tu. Aku saspek pasal aku tak sahur semalam pastu tak makan ubat darah tinggi. Maybe jugak gula dalam badan low sangat pasal aku control pengambilan gula especially air manis. 2 weeks+ dah tak minum air manis. Hebat kan? Hehe. Nasi pun ambil segenggam penumbuk gitu je bila sahur & buka. Cuma pengambilan lauk pauk ah takde control. Yg ada masakkan letak gula pun tibai je. Diet mcm tak diet sangat. Gasak ah. Sambil hati berdoa paras gula dalam badan tetap berkurangan. Phuiiii Permulaan masa rasa nak pitam tu kan, aku rasa pinggang aku sakit bagai dicucuk jarum secara tiba-tiba masa tgh tunggu Abah beli juadah kt 1 gerai tu. Tertunduk-tunduk aku tahan sakit. Lepastu kepala rasa pusing. Badan seram sejuk rasa tak sedap dah. Pandangan berpinar, dada berdebar, telinga pun berdengung. Terus paut lengan habi yang tgh dukung Nazif masa tu kabo ' orang rasa orang macam nak pitam lah bang '

Hikmah Nazif Sakit Gusi

Image
Ya. Akan sentiasa ada hikmah disebalik musibah sekiranya kita mahu mencari. Ingat lagi pasal Nazif sakit gusi nak tumbuh gigi minggu lepas? Kalau nak tahu, dek kerana gusi sakit itulah kerunsingan aku tentang nak wean off dia dengan pacifier telah pun berakhir. Allah ya Allah, sesungguhnya Kau Tuhan yang penuh dengan kasih sayang. Yang maha mengetahui akan segala sesuatu. Sekali sekala especially time nak tidur, dia akan bertanya tentang paci nya. Then aku ingatkan dia tentang sakit gusi if pakai paci. Then dia macam berfikir dan give up. Tugas aku selepas tu adalah untuk alih perhatian dia drp ingatan tentang paci pada benda lain. In a while dia cranky dan serba tak kena. Like something missing for him but he don't know what. Fasa ni memang kena banyak bersabar lah. Bukan senang habit yang hampir 2 tahun kita nak stopkan. It always take times. Lepas ni hemsem dah awak Nazif tanpa paci kat mulut tu. Rimas Ibu nengoknya taw. Berharap sangat baby ni nanti dapat sabar tak sum

Suasana Syawal

Image
Lepas anak-anak beransur sembuh, turn aku dengan habi pulak tak berapa sihat skrg ni. Flu & batuk silih berganti. Benar-benar diuji kami sekeluarga pada Ramadhan kali ni. Redha ajelah dengan harapan dapatlah hapus dosa-dosa kecil yang menimbun tu. InsyaAllah. Hari ni dah 23 Ramadhan. Tak berapa lama je lagi Syawal nak muncul. Tolak hari ni, minggu depan 2 hari je aku kerja sebelum start bercuti pada hari Rabu dan naik bekerja semula pada hari Selasa. Dari dulu lagi kalau turn balik ke Johor dulu, aku prefer cuti awal masa kita masih dalam bulan puasa. Persiapan nak menyambut Syawal tu lebih penting & seronok pada aku drp selepas masuknya bulan meraikan kemenangan tu. Habis je 1 Syawal, feeling tu dah biasa-biasa je. Paling seronok pun hari pertama tu jelah sebab pagi-pagi dah sibuk menyiapkan juadah untuk kaum lelaki yang lazimnya akan makan sebelum & selepas Solat Sunat Aidilfitri. Lepastu bab nak siapkan anak-anak dengan baju baru pulak untuk ambil gambar kenanga

Bazar Ramadhan BBST

Image
Konon nak buka kat restoren Western semalam. Sudahnye beli kat bazar je hehe. First time jejak ke bazar Ramadhan kat BBST tahun ni. Not bad. Ada pertambahan gerai & menu makanan pun ada variety. Paling byk menu yang dijual adalah Nasi Briyani. Nampak ada yg jual Nasi Arab jugak. Kuih muih, air of kos la banyak. Habi beli Nasi Briyani Kambing, aku beli Pasembor & Kambing Panggang sebagai lauk tambahan. Cukuplah tu makan berdua je pun kan. Alhamdulillah kenyang. Dapat lari dari makan nasi sekali sekala sangat la heaven. Boleh habis Pasembor aku makan sorang. Kalau nasi, jarang dah berulang makan lepas berbuka tu. Bukan nasi memang cepat lapar balik kot. Disebabkan aku tengah flu dengan hebatnya skrg ni, sampai rumah in law capai sebiji limau sunkist & makan dalam bilik. Bila pregnant doctor memang tak galakkan kita makan ubat pasal risau dengan baby kat dalam sane kan. Even terasa sangatlah hazabnya dengan hingus cair ni, tetap kena bertabahlah. Tak tahan sangat bole

Muak Nasi

Image
Muak sudah makan nasi waktu berbuka puasa & sahur. Masalahnye tak tau nak makan ape sama. Lagi pulak duduk rumah in law, apa yang dihidang kita telan ajelah. Jangan banyak soal. Lepas sahur skrg ni dah start muntah balik apa yang dimakan. Tak tahu lah kenapa. Ritu saspek sebab minum susu. Stopkan susu, OK dah takde muntah lagi. Ini dia jadi balik pulak. Kenapakah?  Bila ada peluang berbuka puasa kat luar, aku sebolehnya lari dari makan nasi. Macam hari ni rasa nak makan western pulak. Belasah jelah kedai apa yang ada kat Nilai tu. Ramadhan kali ni memang lain sangat. Kena duduk rumah in law perihal budak-budak. Lemau jugak aku & habi dibuatnya. Masalahnye memang takde choice lain dah. Kena redha jelah dengan option yang ada. Langsung takde tepek gambar juadah berbuka kami kat sini. Adalah bbrp hari habi masak masa balik BBST kejap ritu. Tapi nak snap pon takde mood. Ada lagi sekor ayam dalam freezer entah bila nak masaknye. Dah akhir2 puasa ni lagi lah mala

Teruji Lagi

Lately hati cepat betul tersentuh bila tengok viral di FB tentang kanak-kanak yang sakit. Ya Allah, sesungguhnya kesihatan tu sangat tinggi nilainya. Bila kita sihat, kita take it for granted. Bila kita dah pernah rasa kesakitan yang seakan tak tertanggung rasanya, then we will know how precious health is.  Selain drp tu juga bila anak kita sendiri pun pernah ditimpa penyakit yang memakan masa lama utk sembuh. Lagilah kita faham betapa seksanya menjadi ibu bapa yang tak mampu berbuat apa-apa utk mengurangkan kesakitan yang anak kita hadapi. Takde daya. Hanya mampu melihat anak yang dalam sengsara. Tiada ujian yang lebih hebat setelah mempunyai anak-anak apabila diuji dengan anak yang kesakitan. Luluh hati tak terkata. Kita teruskan berdoa dan berdoa memohon kepada Allah supaya mereka diberi kesembuhan. Hanya itu yang termampu. Kadang kita rasa seperti Allah tak mendengar permohonan kita. Kita rasa seperti mahu mengalah. Taknak dah berdoa pada Allah. Tapi apa lagi cara yang ada

Sebesar Capsicum

Image
Itu dia baby dah besar mcm capsicum. Buat masa ni tak rasa real lagi dia bergerak. Kadang macam ade rasa tapi macam blur ye ke itu rasa baby gerak? Adoii...macamkan baru pertama kali mengandung aku ni. Haha. Jakun tengok perut besar pun masih sama macam dulu. Asyik fikir gane boleh perut besar gini sedangkan baby tu kat bawah pusat. Kecik lagi pulak tu. Tapi perut atas kemain membulat. Aku saspek lemak tepu je yang lebih. Kehkehh. Setakat ni cuma 2 hari je tuang puasa. Itu pun sebab terpaksa bukan saje-saje. Bab diabetis punye pasal. Allahu....pregnant ke-3 ni doctor saspek aku ada diabetis sama. Kire border line dah la. Tu aku cakap dengan habi, nampaknya 3 je kot zuriat kita. Kalau ada yang no.4 tak tahulah penyakit apa pulak yang memunculkan dirinya. Sekarang aku tengah jaga diet pemakanan dengan agak ketat. Sayang baby punya pasal. Cer kalau utk diri sendiri, kemain liat lagi aku ni. Entahlah...rasa bersalah kat baby kalau aku terus tak jaga kesihatan dengan serius. Kal

Persiapan Syawal

Image
Walaupun Naurah tak berapa sihat, tapi tahun ni dah pandai request baju raya dekat Wan nya. Adoyaiii..anak siapa lah ni dah pandai meminta-minta. Segan aku rasa macamkan aku & habi takde duit nak belikan dia baju raya. Kami saje lewatkan beli pasal kena beli yg tradisional je. Baju jalan dress semua dah ada. Takdelah kalut sangat nak membelinya pun. Tapi yelah..budak-budak kan. Bukannya boleh fikir lebih macam kite pun. Sudahnya Wan & Atok bawa dia ke Metro Kajang beli sepasang kurung moden hijau pink, sandal heel bunga-bunga pink & beg silang pink. Semua ikot taste dia. Girlish sangat semua nak pink. Gasak awak lah Naurah. Untuk dia saje dah dekat RM200 habis. Nasib baju melayu hijau adiknya cuma RM30. Hehe. Lepas kami dapat balik sekejap ke BBST last week, teruslah bawak budak-budak ke Nilai 3 utk baju tradisional yang bertema colour keluarga kami pulak. Tahun ni kami pilih dark purple. Jubah Calaqisya aku memang dah lama beli masa wedding BIL awal tahun ritu. So

Sedang & Masih Diuji

Image
Jangan sangka kita dah beriman pada Allah dengan sebenar-benar iman kalau kita masih belum pernah diuji oleh-Nya. Bila Allah beri ujian yang kita rasa sangat berat seperti tak tertanggung, ketahuilah bahawasanya Dia sedang menguji keimanan kita pada-Nya. Kuat ke kita, tabah ke kita, sabar ke kita. Masa inilah iman betul-betul sedang diuji. Ramadhan kali ini aku sekeluarga masih lagi diuji. Dengan pelbagai ujian drp segi kesihatan & kewangan. Bab kesihatan dan kewangan ni memang berkait rapat. Allah berikan rezeki pada kami suami isteri sebelum ini supaya kami beringat dan tak lupa diri. Ada bahagiannya dari rezeki yang diberikan itu. Selain drp bahagian utk orang yang memerlukan, juga bahagian untuk keperluan kami sendiri.  Bila ditimpa ujian, aku sering mencari-cari kesilapan diri. Kat mana aku dah buat tak betul ni. Walau ujian tu diberikan kepada anak-anak, aku tetap melihat kesilapan diri yang telah dilakukan sbb secara tak langsungnya ujian utk anak-anak bermakna utk