Posts

Showing posts from September, 2012

Single Vs Married Life

Sometimes aku duduk saja-saja pastu macam mengingati how my life was when I'm still single. Aku masih mengingatinya tapi sangat tidak merinduinya ^___^ Ada orang dah kahwin sesekali rindu juga life masa bujang yerp? Tapi aku tidak pun. Sebab life bujang aku so-so aje. Takde apa yang menarik pun utk dikongsikan selain menghabiskan masa berdating dgn bf yang semestinya mengundang banyak dosa aje. So apa yang best sangat ntah tentang life masa bujang kan? Banyak yang aku regret lagi adalah +___+ Kalau lah tawu jodoh aku si habi tu aje, tak kuasa aku menghabiskan almost 4 years berdating sana sini dengan bf lama. Baik aku maintain solo & tunggu aje habi datang melamar. Hahaha. Siryes aku rasa terlalu banyak masa yang disia-siakan semasa bujang kalau hanya yang menariknya tentang dating life. And I feel stupid too. I do. Aku selalu jeles pada pasangan yang berkahwin tanpa perlu berdating dalam jangka masa yg lama. Itulah sebenarnya peluang yang aku dapat lepas putus tun

Cuma Tinggal Kenangan

Image
Ya Allah...terasa sukarnya memberi kemaafan. Ye. Aku tau aku melebih-lebih dalam hal ni. It just that sampai sekarang aku masih tak dapat terima kenyataan mengapa orang yang aku percaya sangggup membelakangkan aku dalam membuat keputusan berkaitan dgn anak kesayangan aku neh. Sesuatu yang aku anggap tidak akan berlaku tetapi telah berlaku tanpa sebarang sebab yang kukuh. Aku tau aku sebagai orang yg muda aku bukanlah siapa-siapa. Tapi anak aku adalah hak aku. Aku berhak utk memberikan pendapat & kata putus. Jangan buat aku rasa aku nie bukan siapa-siapa. Jangan buat aku rasa aku tak diiktiraf sbg seorang ibu. Memang aku masih terkilan & kecil hati. Ia bukan saja tentang apa yg dah berlaku. Tapi ada benda selainnya yg aku rasa sangat kesal. Dan aku sangat takut kalau benda ini berulang lagi in future. Aku tak sanggup heartbroken lagi macam nie. Dan yg paling penting aku taknak hilang rasa hormat pd mereka. Tolonglah! They just have to know & understand

Jangan Mudah Buruk Sangka

Dulu kan sebelum kawan dengan habi aku bajet ramai orang kampeni dia tak solat gaknye. Hehehe. Staf kampeni habi kebanyakannya lelaki. Lelaki kan kadang macam liat sket nak solat. Aku pon ingat laki aku pon sama tak solat. Haha. Sebab macam kalau pergi surau ada seketoi dua aje yang aku nampak selalu bersolat. Yang lainnya ntah kemana hutan. Kalau nak fikir baik maybe deme solat kat luar jelah kot. Bila dah start close dgn habi, dok interkom hari-hari sampai tertunggu-tunggu ewaahhh, barulah aku dapat peluang masuk ke work station habi. Sebelum ni macam tak pernah masok kot. Sebab takde sebab nak masok. Kebetulan masa tu pc aku crash & perlu diformat semula, hati melonjak suka bila ada peluang ke work station habi bila dia kata nak kena back up all the datas in hard disc & dia nak pastikan data mana yg perlu & tak perlu disimpan.  So aku pon kedek-kedek pegi ke work station habi & tengok humangaihhhh..serabot siot orang IT punya workplace neh O__O Udahler semua

JPO, Legoland & Hello Kitty Town

Image
Aku ni nama aje anak jati Johor. Tapi yang sebenarnya aku tak berapa familiar pon dengan jalan area sana terutamanya bandaraya Johor Bahru itself. Paling biasa cuma dengan bandar Kota Tinggi. Yang lain tu tak berapa nak tawu sangat & tak biasa jalan-jalan explore sana sini. Sebabnya? After SPM, aku masuk matrikulasi kat Ipoh, Perak. Then sambung matrikulasi lagi sekejap around 4 months kat Arau, Perlis. After that amek degree kat UPM, Serdang. Pastu kerja kat Cyberjaya until now. Berkahwin pulak dgn orang Selangor & menetap kat Sepang. Celah mananya aku nak arif tentang negeri kelahiran aku sendiri kan? Masa sekolah dulu keluarga aku bukannya orang senang. Adik beradik pon ramai. Takdenye nak cuti-cuti keluarga jalan sana sini macam sekarang. Rombongan sekolah buat pon boleh dikira dgn jari je yang dapat join. Tak mampu weyh. Kesian kan? Walaupun begitu, Johor tetap dihatiku. Aku sayang negeri kelahiran aku & menyanjung tinggi Sultan Johor sekarang. Suka sangat dap

Resipi : Mee Hailam

Image
Akhirnya semalam cancel nak ke kedai beli tepung jagung & sawi. Sebabnya dah lewat. Takot tak sempat pulak nak siap masak sebelum masuk waktu berbuka puasa. So aku guna ajelah apa yg ada kat dapur tu. Resipi cincai tapi hasilnya puas hati =) Naurah pon makin habis semangkuk. I'm glad that she loves it. Hilang rasa penat bila tengok anak makan bersungguh. So here it goes... Bahan-bahan: Mee Kuning (sebungkus) Bawang Merah Bawang Putih Halia Udang Kering Ayam Sotong Carrot Mushroom Tomato Daun Sup Limau kasturi Sos Tiram Kicap Garam Cara-cara: 1. Celur mee kuning dalam air panas utk beberapa minit & toskan. Asing. 2. Kisar bawang merah, putih, halia & udang kering. Panaskan minyak & tumis sampai naik bau. Masukkan ayam, carrot & sotong. Tuang air dalam 2-3 cawan. Biarkan mendidih. 3. Dah mendidih masukkan sos tiram & kicap. Kacau sebati. 4. Dah mendidih lagi, masukkan cendawan, tomato & daun sup yg dipotong halus. Let

It Takes Times

Thank you for those yang concern dengan kesedihan aku hari nie. Mak takde kekuatan nk cerita kat sini sebab taknak bergenang airmata & sebak lagi. Maybe by next week aku dah dapat terima kenyataan & act like normal. By the way ianya tiada kena mengena dgn kesihatan Naurah. Demam dia pon dah kebah. Just keep on going with antibiotik & ubat lembut najis. Urine dah hantar ke lab utk test. The hospital will call after the test result is ready. Everything is fine. No worries. Yang tak fine hati mak aje. Konflik dalaman. Takpelah. It takes time to heal the wound. Redha & pasrah. By the way nak cerita tentang plan masakan utk hari ini. Setakat nie dah pernah masak Mee Bandung & Mee Kari. Hari ni aku plan nak masak Mee Hailam pulak. Tengok resipi cam senang & simple. Mee dah beli, ayam pon dah beli. Tinggal nak cari sayur sawi & tepung jagung balik kerja nnti. At least Naurah boleh makan sebab tak pedas. Budak tu sampai sekarang tak suka makanan yg pedas &a

Hujan Lebat Di Hatiku

Mak adalah dalam mood bersedih hari ini. Nak cerita sebab apa sedih pon tak lalu. Korang pernah tak terlalu sedih sampai sakit kepala? Aku ada penyakit tu sebenarnya. Dah lama kot tak sedih gila macam ni. Mata pon bengkak macam hape. For those yg dah tahu, terima kasih atas sokongan kalian. Aku cuma mengharapkan perkara yg sama tidak akan berulang. Habi make his promise to me & aku pegang janji dia sampai bila-bila. Aku tak tahu macam mana dia nak cakap, tapi dia dah janji dgn aku. Aku harap dia tak lupa or else kalau benda ni terjadi lagi, I will be heartbroken again. Aku yakin habi tak sanggup tengok aku bersedih macam nie. Dia pun nampak susah hati tengok keadaan aku. Aku tahu dia memang tak bersalah dalam hal ni. Tapi dia patut tahu yang bininya sangat particular dlm bab anak neh. And he just have to handle this things wisely. I know he can do it. He just have to tell them how I felt on this matter. They should know about it & please consider my feelings on any

Special Dinner @ Bumbu Bali, Puchong

Image
Hoyeahhh..akhirnya dah boleh update tentang special dinner birthday girl semalam ^___^ Lepas selesai urusan kat spital, terus gerak ke Bandar Puteri, Puchong utk ke Bumbu Bali. Dulu pernah pergi sekali last 2 years kalau tak silapnya. Itu pon dengan office mates rasanya meraikan birthday aku jugak =) Deme berbaik hati belanja makan kat sini. Best kan? Nape ntah birthday aku je yg mcm special sket utk ramai meraikan. 3 years before deme belanja kat Kenny Rogers, Alamanda. Tapi utk birthday yang lelain takde pulak nak celebrate makan kat luar mcm time aku. Maybe sebab aku best tak? Ha ha ha. Perasan. Tapi taon ni jgn harap lar pasal 'kepala' dah resigned. Tapiiiii...tetibe ade kepala lain offer nk belanja makan kt Kenny Rogers, Shaftsbury. Nampak sangat aku mmg best kan? Hewheww =P Habi takde masalah nak kesini since dia pon pernah makan reramai dgn staf opis dia. Boss belanja katanya. So dia masih ingat jalan cuma tak pasti the exact location. Senang je nak j

Naurah Sakit +__+

Image
Kita nie sebagai manusia memang cuma mampu merancang, tapi ketentuan Allah jugalah yang kita suka atau tidak harus terima. Rancang lah baik mana pun, kalau Allah kata lain, lainlah jadinya. Siapa kita nak melawan takdir ye dop? Kita cuma perlu berhati besar & melihat semua yg berlaku pasti ada kebaikan disebaliknya. InsyaAllah. Ini bersangkut paut dengan kisah semalam lah. Kunun la ambil half day petang nak jalan IKEA shopping apa yg patut kat sana. End up melepak kat An Nur Specialist tunggu Naurah urinate. Hahaha. Siryes tak tipu neh. Badan Naurah panas lagi malam Isnin tu. So kami memang sesiap bg ubat demam lah. Tapi aku dah risau kerap sangat dia demam ni. Pastu jenis temperature aje naik. No flu no cough. A few times happen so memang rasa tak sedap hati la kan. Takut kalau-kalau ini petanda kepada penyakit yg lain. Who knows kan? So end up semalam aku buat keputusan ke An Nur instead of ke IKEA. Rasanya aku dah buat pilihan yang tepat. Mana yang lebih

Melawat Fad & Baby Isma

Image
Standard ahh aku jadi mak gajoh kalau gambo dengan deme yang rangka kecik nie. Naurah pon tetibe nampak sangat kakak di situ kan? Lebih kurang Ammar la besornya. Setelah Isma Nuhaa berusia sebulan, barulah dapat kami menjenguk. Aku bukan apa. Dulu masa bersalin ke Naurah aku susah hati betul nak layan tetamu masa 2 minggu pertama. Sebabnya dah la aku duduk senget benget pasal jahitan kat bawah tu. Tak selesa nak duduk lama-lama & bersembang. Tapi kalau tak layan macam tak baik pulak kan? Masa 2 minggu pertama tu aku cuma rasa nak berehat secukupnya utk pulihkan tenaga. Kalau boleh memang nak cakap sesiap pd sape nak datang jenguk, maybe pd minggu ketiga & seterusnya tu OK. Takot tetamu tak dapat layanan terbaik drp aku la kununnya kalo datang awal sgt. Gitu. So aku andaikan lebih molek kalo lawat Fad masa dia betul-betul dah sihat. Baby pon dah besar sikit & celik mata. Kebetulan pulak weekends yang sebelum nie sentiasa penuh dgn jemputan open house, birthday pa

Welcome Thirtieth =)

Image
Terima kasih Allah kerana akhirnya sampai sudah usia aku 30 tahun. 24 Sept 1982 - 24 Sept 2012. Wahhh...dah 30 tahun hidup kat dunia nie rupanya. Yang pertama terlintas kat fikiran pastinya tentang pencapaian dalam hidup dari segi duniawi & ukhrawi. Adakah yang boleh dibanggakan? Dari sudut duniawi, aku rasa bertuah jugalah sebab walau kerja tak power mana, gaji pon biasa-biasa saja, banyak kehendak yang berjaya dipenuhi. Rumah dah ada, dapat pergi holiday sana sini lagak macam orang kayo -.-" & tiada lagi istilah ikat perut dipertengahan bulan. Dengan kereta JHT yg dah habis bayar, bebanan terasa sangat ringan. Malangnya duit tu habis macam tu sajelah sebab takde allocation yg spesifik.  Sometimes aku rasa ada baiknya berhutang beli barang besor-besor sebab at the end of the day barang ada & duit tak habis begitu saja. Keadaan skrg duit habis, barang pon nan hado +_+ Cuma mewah bab benda yang kecik-kecik ajelah. Tak payah fikir banyak, terus aje beli. Contoh

How I Felt About Hannah J

Hoyeahhhh..its Sunday morning u olls. Tebiat ke ape suka hari menjelang Monday? Hahaha. Well, tomorrow is a special Monday okay. Its not like any other usual Monday ^___^ Tunggu special entry from me esok okay! Lagi pulak Hannah J update blog pagi nie. Eyhh...ape kena-mengena pulak? Hahaha. Happy Hannah dah start berblog semula. Suka baca entry karangan dia tanpa skip any words at all. Kalau boleh dibagi markah, memang sokmo aku bagi A+ kat Hannah =) Hannah merupakan blogger yang aku rasa manusia yang paling hectic life nya. Selalu aje terbayang life yg Hannah ceritakan dlm blog & tukarkan diri aku menjadi dia. Homaiii...rasa tak sanggupnya. Hannah, kite rasa awak terlalu pandang rendah tentang kebolehan awak. You are much more stronger & tabah than me. Awak mampu sebab tu Allah uji  macam tu. Kite pulak memang lembik. So Allah bagi life yg tenang macam nie aje. Sometimes I do felt kinda boring you know. Its like there is no challenges in my life. Everything seems

Habi Yang Tegas

Image
Aku dah berniat & berjanji dengan diri sendiri tentang 1 perkara ni. Selagi niat nie tak terlaksana, aku akan postpone dulu semua kehendak yang besar-besar tu. Memang dah nekad la nk fokus mencapai matlamat tu dulu. By hook or by crook, next year kena jugak usahakan secara habis-habisan. Dan kalaulah habi lembut hati nak tolong bininya punya wish utama neh, alangkah bahagianya kurasakan ^___^ Buat masa nie aku masih dalam fasa pujuk memujuk habi. Kadang aku pelik jugak kenapa dia keras hati sangat bab nie. Benda baik kot yg aku mintak tolong neh. Sedikit sebanyak of course dia pon dapat tempias kebaikannya juga. Lagi pun ini isteri tersayang okehhhh! Sorang aje bini comel takde dua, tiga & empatnya. Kenapa tetibe berkira sangat nehhh? Aku faham alasan yg dia berikan tu. Tapi since dia berkemampuan, apa salahnya tolong bini serba sikit ye dop? Matlamat utamanya sama-sama kami akan dapat kebaikan. Dapat menyuburkan rasa cinta antara suami isteri & banyak lagilah hikm

Birthday Ammar Is 2

Image
Kek birthday boy. Pororo. Pandai Ann buat kan?huhu Homemade by Evyn Tuan rumah yg takot tetamu sampai awal sgt spt aku kehkehh Naurah, y u look so sad? Habi..agak-agak la nk tido kt rmh org pon agagaga

Boikot Produk?

Ada yang tanya serbuk kari apa yg aku pakai masak mee kari. Aku pakai cap Adabi. Orang kata serbuk kari Baba's yang paling best. Tapi aku tak beli sebab orang kata dimiliki oleh orang beragama tetttt. So pendapatan drp kita beli kari Baba's tu dia salurkan ke kuil-kuil etc. Sejak drp tu memang rasa turn off nak beli eventho pernah pakai dulu & tau memang kari jadi lebih umppphh. Aku nie nak kata boikot sangat produk bkn keluaran muslim tidaklah jugak. Sebenarnya aku memang rasa bersalah sebab masih gemar makan kt McD & KFC, minum kopi Starbucks & sebagainya yg aku tau menyumbang kepada pendapatan orang Yahudi. As we know orang Yahudi adalah musuh utama umat Islam. Memang sepatutnya kita perlu boikot pelbagai keluaran produk mereka yg pastinya menyumbang kepada pendapatan mereka yg mana akhirnya disalurkan utk memusnahkan saudara seagama kita di Palestin sana. Dengan kata lain, senang kata kita nie bila membeli/menggunakan produk keluaran Yahudi, secara tak

Satu Je Cukup!

Image
Gambo fresh hari ini. Cukup lah 1 aje gambonye. Letak banyak-banyak pon muka aku macam tu jugak kan? Hahaha. Takde bertambah lawo nye ponnnn. Baju tu pon dah muak koram tengok kot. So, inilah gambar muka & pose terbaik aku utk hari ini. Sekian, terima kasih. By the way koram layan la gambo makanan yg menarik sempat aku snap. Better than layan muka aku aje ekekeke =P All sorts of kerabu yg nyummmsss.... Ok last hahahaha....

Resipi : Mee Kari Kerang

Image
Adik aku siap kutuk lagi aku amek gambo mee kari nie sebelum melahap diwaktu berbuka. Kot ye pon katanya letak la dalam mangkuk molek sikit. Hahahaha. Aku suka makan dengan pinggan plastik neh. Nape ntah. Cam best wuwuwuw. So gasak la tak lawa pon dia. Yang penting mee kari kerang aku masak semalam adalah sedap. Anje yg selalunya tak makan malam pon siap menambah. Habi pon makan sampai licin eventho pedas sikit katanya. Pedas ke mcm tuw -.-" So aku bagi bahan-bahan supaya korang boleh try & alami sendiri keenakkan Mee Kari Kerang yang sebenar. Ewahhh (padahal aku campur-campur resipi mee kari dari gugel aje kihkihhh) Telur rebus tu lembik2 mmg heaven wohhh Kerang yg banyak mmg wowww Bahan-bahan:- Mee Kuning sepeket *Bawang Besar *Bawang Putih *Halia *Udang Kering (*dikisar) Lada Kering kisar Asam Keping Santan kelapa (aku pakai kotak aje huhu) Kayu Manis Bunga Lawang Gula Garam Sawi Fishcake/Fishball Kerang yg dh direbus &

Anak Perempuan

Image
Hari nie company buat makan-makan sempena Syawal yg lepas. Jangan la gelakkan pulak yer. Ate dah orang yg bertanggung jawab busy benor sampai terpaksa postpone majlis setahun sekali neh. Kita pon kenalah memahami jugak kan? Pada aku tak kisahlah. Asalkan ada buat itu pun dah cukup baik. So lunch nanti adalah makan free di hotel sebelah opis nie yerk. Mak pon berbaju kurung merah hari ni you olls. Curlasssss gitu...(orang lain tak cakap pon aku tetap nak tulis kat sini ekekeke) Si Naurah pulak bila nampak aku berbaju kurung merah nie, terus dia request nak pakai baju dia yg sama sejibik dgn aku neh. Dengan tak mandinya, habi pon sarungkan ajelah. Gasak! Asal dia tak bad mood pagi-pagi nak hantor taska neh. Kang dia buat nyanyian nyaring dipagi hari, mak pon naik menyinga pulak di hari yang berbahagia neh -.-" Habi pulak buat onar dgn aku. Aku busy melipat kain dalam bilik, dia busy iron baju kerja kami. Tetibe aku keluar nampak dia iron uniform opis utk aku -.-" Aku p

Idea Memang Banyak

Image
Ehh...cerita pasal potong q tu macam lumrah kat mana-mana kot. Aku tidaklah kena sbb kami kan selalu buat U turn tak q panjang sebab dah lambat. Cuma rasa kesian kat kereta yg mmg q & tetibe nampak kereta dr belakang potong bila lampu dah hijau. Tau-tau dah mencilok himpit ke tepi. So aku membayangkan perasaan orang yg nun dibelakang sana. Sakit hati kot huhuhu.... Simpati pada yg q panjang & geram pada yg suka potong q. Tak baik OK! Takde manners di jalan raya. Tak ikut peraturan yg dh ditetapkan. Kalau kena tahan dgn polis memang aku senyum aje hehehe Kak Ya kan..hari tu aku tunjuk kat dia satu laman web macam deco-deco & mcm buat renovation rumah semua tu. Manelah tau kot dia interested nak renovate rumah dia kt Setiawangsa nun guna khidmat company tu. Wholly owned by bumiputera & masuk majalah deco-deco sana sini. Femes jugak kot mamat tu. Tp aku tertarik sebab semuanya bergantung pada budget RM yg kita ada. So takdelah kes out of budget kena tambah itu ini

Potong Q

Apa agaknya perasaan orang yang suka potong line kalau kat traffic light agaknya yer? Takde rasa bersalah mehhh? Yelah kan. Orang lain kesian aje line panjang-panjang tunggu giliran. Alih-alih kita selamba badak aje potong kat tepi & dapat jalan dulu. Walhal orang yang que tu pon nak cepat jugak sama macam kita. Dia pon masuk 8.30am jugak. Apakah pulak perasaan orang yang que bila melihat kereta yg suka potong line? Mesti menimbulkan sedikit amarah & tidak senang dihatinya. Isn't it? Pada aku mudah aje persoalan nie. Kalau kita tak suka orang lain buat onar kat kita, kita pon jangan buat onar kat orang lain. As simple as that. Dalam kes nie aku respect kat habi sebab walau lambat macam mana pun kami, walau ada peluang baik utk potong que pon, dia tetap akan buat U turn secara sah mahupun tidak. But at least takde orang yg que panjang akan sakit hati dgn tindakan kita. Respect juga pd seorang officemate yg sekali sekala aku tumpang utk balik ke rumah if habi OT. Walaupu

Movie Review : Resident Evil 5

Image
Siryes takde byk movie menarik utk ditonton skrg nie kt cinema. Sanggup ke nak hadap filem HaliMunan? Adoiii...mak tak sanggop oke. Kalau RE5 nie kehabisan tiket, sanggup aku tak tengok movie lansung. Hehehe. Maklum lah aku kan dah jatuh fobia dgn filem melayu neh. Taknak sejarah lama kembalik berulang. Mak serikkkkkkk! RE4 aku tengok kat lappy aje. Adik aku si Hirraz tolong donlodkan utk kakak kesayangan dia neh. Hahaha. Sebab utama aku suka tengok movie RE ni tak lain tak bukan sebab teraju utama dia Milla Jovovich. Owhh minah ni sangat sepsi & cantik. Gaya pertarungan yg mantap pon bikin kita wowww. Biasalah muvie zaman skrg kat berteknologi tinggi semuanya. Best aje tengok.  Yg tak bestnya aku tak bawak spek sbb ini dating yg tidak terancang dgn habi. So tgk blur-blur gitu skrin adalah sangat off kan mood sikit. Movie nie banyak tentang aksi, senapang & ngeri tengok makhluk mengerikan aje. Dgn sound system yg super kuat, rasa nak tercabot jantong dibuatnye. Bkn