Oh Life
Yabedabeduuu....today is Friday. My favourite day of all. Penghulu segala hari. Menandakan juga masa utk bersama keluarga seharian suntuk semakin hampir. Weekend ni lebih special sebab 3 hari bercuti sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Since Emak & Abah ada kat KL, tidaklah kami balik ke Johor. Jalan dekat-dekat sini ajelah. Kaki aku pun bukan kuat sangat dah nak jalan banyak. Ditambah pulak dengan peel Nazif yang masih lagi nak berdukung bila ke mall. Tu yang kadang buat aku fikir banyak kali nak kesana. Sanggup ke tak sanggup nak menanggung beban berat si bujang tu. Memang tak elok for pregnant mom untuk angkat bebanan yang berat. Bukan ppn pregnant je, kalau dah nama perempuan, memang tak elok pun pasal Allah ciptakan kita bukan diberi kekuatan yang hebat macam lelaki dalam bab fizikal neh. Tapi itulah, kadang kita ni takde choice. Contohnya macam aku dgn Nazif skrg. Langsung taknak habi yang dukung. Nak ibuuuuuu.....jugak. Menangis merengek macam hape kalau tak dapat