Posts

Showing posts from August, 2011

2nd Day at Linggiu

Hwahaha...aku bersiaran lagi di malam hari. Ape takde koje ape aku nie? Hehehe. Memang takde ape pon nak buat kat rumah nie hah. Naurah dah tergolek dok atas katil. Then ape lagi nak buat? Kalo dapat laptop, memang blog ngan fb ajelah yang aku terjah. Taktau ape dah nak godeh ape. Bosan doh! Kak Ya, Abah n Anje g Tesco Kulai lagi. Tp kali nie sebab nak beli ayam buat lauk raya nanti. Esok might be hari terakhir umat Islam kat Malaysia nie berpuasa. So haruslah bahan2 utk dibuat juadah hari raya dibeli sekarang. Ayam kat Tesco murah gile. Cuma RM3.90 sekilo berbanding RM7.20 kat pasar biasa. Since Tesco Kulai hanya mengambil masa lebih kurang 20minit saja dr rumah kami, makanya kptsn yang bijaksana harus dibuat skrg juga. Masa diorang nak pegi tadi Naurah kamok2 nak ikot deme. Tp dah malam sgt, aku takot dia tido pastu seusah pulak diorang nk gerak dgn pantas kt sane nanti. Tp since budak tu dah kamok2 cam hape, terpaksa la aku n habi salin baju kunun2 terpaksa pergi jugaklah ke Tesco

Update Dari Linggiu

Semalam bersamaan Sabtu 27 Ramadhan, berakhirlah teka teki teka tekok tentang samada aku dapat berpuasa penuh ataupun tidak tahun ini. Jawapannya adalah TIDAK. Kui kui. Dari pagi lagi memang dah rasa semacam. Masa bersahur pun macam ala kadar buat syarat saje. A few checks in the morning, nan ado lagi. But around 1pm, check & sudah ada. Cik P sudah memunculkan dirinya. Lewat 6 hari dari tarikh bulan lepas. Saje nak bagi aku tuang puasa sikit aje kot. Hehe. So kalo this year puasa 29 hari,  bermakna cuma 3 hari jelah aku tuang. If genap 30, 4 hari saje pon. Suke. Suke. Hehe. Plan aku habis saje period, akan start berpuasa ganti & terus diikuti dengan puasa 6. Insyallah. Now dekat rumah jer. Dah 2 hari sejak sampai sini dok melepak sajo. Buah pulasan sampai dah tak larat nak makan. 2 baldi lagi kat luor tue. Haha. Tadi my best fren Jombet datang berziarah with her doter Icha. Since this year dia beraya pertama di belah suaminya, maybe kami takkan dapat jumpe lagi dah lepas nie.

Salam Syawal

Ada lagi 1 jam sebelum aku meninggalkan office nih. So nak wish la pd korang yang membaca blog nie Salam Syawal 2011 Harap maaf atas segala salah & silap. If ada bahasa-bahasa dalam blog nie yang ada mengguris hati anda, diharap maafkan yer. Aku hanya manusia biasa. Sama-samalah kita bermaafan yerp! Have a great holiday & have a safe journey. Moga kita jumpa lagi di dalam blog ni. Insyallah =) Tak pasti bila akan update blog nie. Kalo rajin, maybe akan ada entry dari rumah. If kurang rajin, Insyallah pd 5 Sept bersamaan hari Isnin nanti aku dah mula start bekerja. Moga jumpa lagi... =)  

Ramadhan 2011

Tak berapa jam jer lagi nak balik kerja. Dan tak berapa jam je lagi nak memulakan perjalanan balik ke Johor tanah tumpah darahku. Aku happy. Sungguh! Tapi mood aku masih swing. Badan terasa sakit & lenguh disana sini. Perut rasa semacam. Kepala pon sesekali datang senonengnya. Oh my. Dugaan apakah ini di akhir-akhir Ramadhan? Usai solat Zohor di surau office tadi, tiba-tiba hati jadi sayu. Sebak. Bulan Ramadhan sudah mahu pergi lagi. Tahun ini ibadah di bulan ramadhan hanya ala kadar. Kenapa jadi begitu ya? T_T Aku hanya meneruskan rutin biasa amalan seharian seperti dibulan-bulan yang lain. Cuma lebih gigih utk tidak meninggalkan bacaan al Quran pada setiap hari. Itu saja. Aku terfikir, bagaimanakah sekiranya ini merupakan ramadhan yang terakhir utk aku? Alangkah ruginya ko Sharena.  Iman itu boleh menjadi nipis dah tebal tak mengira waktu. Sama seperti air di lautan yang ada pasang dan surutnya. Dulu, iman aku pernah nipis. Kemudian pernah menjadi tebal. Tapi ia hanya menebal d

Red Cheongsam

Image
Jalan raya hari nie masih lagi sibuk seperti biasa. Tak nampak lengang lansung. Rasanya sebab ramai yang akan start cuti bermula pada hari esok & sepanjang minggu depan. Keadaan kat office nie pon masih lagi ramai yang bekerja. Cumanya mood nak bekerja tu dah ke laut mana aku pon tak pasti. Jasad aje yang ada kat opis. Fikiran dah sampai ke kampung halaman. Hehe. Malam tadi majlis berbuka bersama office mates habi kat hotel sebelah nie adalah best =) Naurah pon dah dapat duit raya yang pertama. Alhamdulillah budak kenit tu baik saja moodnya. Tak masalah nak dibawa ke mana-mana majlis ko nie Naurah. Ibu like sangat-sangat ok! Makan & bersembang dengan penuh kemesraan. Esewahh. Aku makan lauk pauk aje as usual. Nasi jagung adalah kaut dalam 3 sudu buat ada-ada. Cumanya aku makan aiskrim vanilla & keladi dengan penuh kenikmatan. Lupa diri jadinya weh! Dengan taburan hirisan badam & kuaci di atasnya. Perghh!! Terbaekk!! Hancus diet yerp. Hwahaha =p Malam tadi aku pakaikan

Ngumpat

Cam takde idea jer nak update ape kat blog nie. Tapi dok kat depan pc nie pon dah tak tau nak buat ape. Tadi alter-alter sikit lagi presentation slide utk bos next month. Tak tauler dia berkenan ke tidak dgn apa yang aku buat tue. Gambo-gambo semua aku dah masok. Kompem ada gambo yang dia tak berkenan tu nanti. Mati kutu dah aku nak masok gambo macam mane lagi ntah.  Cerewet sungguh la bos pompuan sorang nih. Kejap nak macam tue, kejap nak macam nie. Mentang-mentang la dia tahu aku nie pandai sket bab IT. Nama pon bos buta IT. Hehehe. Kurang pahala puasa aku hari ngompat dia taw! T_T Laki aku tue nama je belajar IT. Tapi skrg dia punya kerja more to networking. Server itu down, server sini down. Berkejaran dia kesana kemari kalo ada problem dgn internet connection kat tenant company dia. Nak kena jaga connection kat parent company lagi (kompeni aku nielah hihi), tenants yang sedia ada lagi kat kawasan Cyberjaya nieh. Kadang-kadang tak lekat opis jugak mamat tue. Ade saje pegi ntah ma

Versi 2010

Image
Di majlis berbuka tahun 2010 . Naurah berusia 6 bulan waktu nie. Hehehe. Maybe ramai yang hari nie merupakan hari terakhir bekerja sebelum mula bercuti pada hari esok. For me & most of my colleagues, esok merupakan hari terakhir. Cuma sorang saja yang dah mula bercuti sejak hari Selasa lepas. Makanya takdelah rasa sedih sangat aku kat sini. Hehe. Hari nie ada majlis berbuka puasa dengan company habi kat hotel sebelah nie hah. Diorang memang tiap-tiap tahun  buat majlis macam nie. Paling best sebab boleh bawak ahli keluarga. Masa tuelah nak kenal-kenal dengan wife/husband/childrens masing-masing. Bagus kan? Department aku takde buat pon. Kalo nak ikotkan sebenarnya memang boleh sangat. Tapi sebab bos aku tu cam poyo sikit, makanya takdelah buat. Hurmm =.= Version dengan habi. Pasal plan aku nak balik sebelum berbuka puasa esok, Alhamdulillah habi bagi green light =D Cuma dia kata malam nie kena bawak turun beg baju siap-siap ke bawah & segala khazanah yang nak di

Pulasan Sedap!

Image
Kerepek yang di order dah dapat tadi. Aku beli keropok dhal, kerepek ubi pedas basah & maruku ikan. Sayangnya kerepek pisang abu tidak ada. Maka aku order lain kerepek pisang tanduk pulak. Harapnya dapat la order last minute tuh.  Bukan ape, sbbnya MIL dah bagi kerepek ubi pedas basah & kerepek bawang masa berbuka kat Semenyih last week. Bermakna aku tak boleh la nak balas balik kerepek yang sama kan? Tu pasal kena jugak ada kerepek pisang at least utk dibalas ke sana selain keropok dhal yang aku order 2 plastik. Rumah aku kat Johor takde masalah nak bagi kerepek ape pong. Belasah saje. Yang rumah in law nie masalah sikit. Hehe. Doa banyak-banyak la dapat kerepek pisang tanduk tu yerp! Kalo tak kena fikir idea lain nak balas dgn kuih ape yang ada kat rumah tu. Aku masih menunggu tart nenas 100 biji yang aku order from Abang Mat. Maybe esok kot dapat. Settlekan dulu semua hutang piutang yang ada. Then barulah tengok duit balance gaji tinggal bape. If ada lebih, boleh la kot

Masih Berpuasa Penuh

Woww! Hari nie dah 24 Ramadhan lah. Kalo tahun nie puasa genap 30 hari, bermakna ada lagi 6 hari lagi nak berpuasa. If 29 hari saje, bermakna lagi 5 hari saja lagi Syawal bermula okeh!  Dan untuk pengetahun anda semua, aku masih belum sehari pon lagi tinggal puasa yerp. Hehehe. Jangan jeles. Last month on 21st cik P dah datang. Now dah 24th masih lagi belum menampakkan dirinya walaupun tanda-tanda ia akan datang sudah muncul seperti jerawat batu & emosi tuan punya badan yang agak bercelaru. Cepat sungguh naik angin bila habi bergurau or bila Naurah buat pe'el cam semon. Hehe. I know that I'm being too emotional. But I just can't help it ok! Tak boleh kawal. Now aku dah jadi Ibu bekeng atau Ibu singa. I admit that. Haha. Aku rasa normal aje cik P datang lewat kali nie. Takde rasa nebes maybe pregnant or whatsoever. Agak kompiden gitu. Tapi orang yang kompiden nielah selalunya yang akan diduga bukan? Masa kita leka & thought that there is nothing to be worried abou

Sedih Menjelang Raya

Seriau sungguh bila time hari raya dah menjelang tiba, macam-macam berita yang tak best aku dengar & nampak. Pertamanya bila nampak kereta-kereta yang tersadai kat tepi jalan kerana kemalangan. Nak raya nie kan banyak pakai duit. Dah kereta jadi remuk sana-sini, takkan nak balik beraya dgn keadaan kereta macam tu? Kalo belum kawen ok lagi la. Tapi kalo yang ada anak 4-5 orang tu acane pulak? Tiket bas pon belom tentu ada lagi sekarang nie. Sayu aje aku tengok kalo terserempak kat mana-mana jalan dgn kereta yang baru eksiden nih. Itu kalo dilihat dari sudut kewangan. Dari sudut nyawa pulak, lagilah ngeri aku nak bercerita kat sini weh. Untung kalo tak cedera mana-mana or hilang nyawa. Itu pon dah cukup bersyukur. Dugaan. Baru tadi dapat berita pasal budak maintenance building manager kami rumahnya terbakar habis di kampung area Gombak nun. Tinggal sehelai sepinggang sudah. Dah tak berapa hari je lagi nak berhari raya kan? Sedihnya rasa bila dengar berita-berita macam nie. Tak dapa

Kids & Pets BBTV

Image
Lagu tema cartoon Kids & Pets nie bukan hanya diminati oleh Naurah ye kawan-kawan. Ibunya pon selok kalo dengar ini lagu. Ralit ngalahkan Naurah. Nyanyi tapi selalu banyak salah lirik. Hehehe. Suke tengok budak-budak main dengan pets yang bertukar ganti. Naurah pon banyak belajar nama animals dari rancangan nie. Bagus kan? =) Bulan depan dah kena bayar dah channel BBTV nih. Aku tak cancel pon lagi channel ABO yang filemnya ntah hape-hape tue. Nak cancel & amek BBTV sebagai ganti for next month. Malasnya nak call Astro Service Centre...huhuh

My Mommy Is A Hot Blogger Mom!

Image
OK. Another cerita basi. Hahaha. Sedang elok je Naurah pakai baju nie. Nasib baek sempat tukar for 18 months punya size. Kalo tak memang sendat la gaknye Naurah pakai sekarang. Kui kui... Paling suka bab ada nama kat belakang shirt tuh. I like it very much. Macam pakai jersi bola kata Naurah. Ok, aku tipu. Naurah tak cakap macam tue. Aku yang cakap =p I'm looking forward for the next batch t-shirt. Hoping for a better material for the shirts & bigger fonts for the name =) Love to see Naurah wearing black. Impian nak beli dress hitam utk dia masih tak kesampaian. Belum ada yg berkenan di hati Ibu la sayang...huhuh

Last Injection

Image
Di permulaan hari minggu terakhir sebelum bercuti panjang, aku nak update pasal anak dara aku nan satu tu jelah. Ini kisah dia pegi bercucuk yang terakhir pd Sabtu lepas. Doc Khairul cakap lepas nie dah takde cucuk dah. Kecuali if Naurah aku masukkan ke private school ketika dia masok Darjah 1 nanti, itu kena pegi kat klinik mintak cucuk katanya. Kalo school biasa memang ada provide. I see. Naurah nak masok private school ke? Ibu rase macam kami tak mampu la Naurah...hehehe... Hari tu Ibu saje survey fees for International School kat Nilai. Terbeliak mata Ibu tengok yuran kemasukan yang menjangkau RM15k o__O Tak pasal-pasal kena gelak dengan Ayah bila Ibu cerita kat dia. Ibu kate manelah tau parents Ayah nak sponsor demi cucu tercinta.....hwahahah..jangan nak berangan kata Ayah...hehehe =p Tuah ayam nampak di kaki, tuah Naurah siapa yang tahu kann? Ngeee.... Ok dah merapu banyak. Kisahnya masa Doc Khairul kasi baca sama ukur lilit kepala, dia sudah bikin Ibu agak riso. Dia kata '

Sedekah & TnG

Image
Hari nie pergi opis bersama beg kertas Converse besar gabak. Ianya berisi baju-baju lama aku yang dah tak mahu digunapakai lagi ataupun sudah tidak muat. Today is the last day utk bagi semua baju bajan yang elok & masih boleh dipakai ke rumah anak-anak yatim & ibu tunggal. Selain dapat pahala, stor kat rumah juga jadi susut sedikit bukitnya. Hehe. Harap tahun depan ada lagi buat macam nie. Thanks Sports Club for all of the efforts =) Sekejap je rasa dah Jumaat. Jumaat minggu depan bermakna aku juga akan membalikkan diri ke negeri tanah tumpah darahku Johor Darul Takzim. Last aku balik sana pd penghujung bulan May. Dah 2 bulan lebih beb tak balik sana. Mane aku tak selok pasal sambutan raya aidilfitri tahun nie kan? Rindu sama rumah, sama kucens, sama pulasan yang sudah memasakkan dirinya kata mak. Oh my. How I wish I'm at kampong right now T_T Pulasan sedap, sila tunggu kepulanganku yaw!~ =p In newspaper hari nie, NST muka depan menulis tentang pengurangan tol fees aroun

I Am a Hot Blogger Mommy

Image
Hamboih. Mentang-mentang baru je amek baju T Naurah bertulis My Mommy is Hot Blogger Mom, teros buat tajok entry tajuk itu yerp? Orang lain dah basi dah tayang anak pakai baju tue. Aku baru hari nie amek kat tangan orang. Hak hak. Apa-apa pon muchos gracias to Jue Rayyan, Ann Ilias & Yuliana a.k.a Evyn yerp! Jasa kalian akan ku kenang sampai hujung nyawa. Insyallah =) Tajuk entry bukan nak cerita tentang perihal baju T tu yer kawan-kawan. Ini cerita pasal aku. Tentang kejadian yang baru saja berlaku beberapa minit yang lepas. Balik je dari amek baju T kat Evyn tadi, aku pon lenggang kangkong teroslah masok Surau utk menunaikan Solat Zohor. Masok-masok jer nampak Kak Niza tengah mengaji. Pastu ada Kak Fatimah Sales Consultant tengah betul-betulkan tudungnya depan cermin besar. Kak Fatimah nampak aku, kami pon berbalas senyuman. Tiba-tiba dia kata ' Amboi..tadi ada orang berkenan dekat awak...' Aku pon like 'hahhhh????' Berkenan apanya nie kak? Dia pon bercerita l

18.8 Means 18 Months

Image
Happy 18th months dear Naurah Zayanie =D Ibu doa pada Allah supaya sentiasa merahmati hidup kamu. Diberikan kesihatan yang baik & panjang umurnya. Moga sentiasa bijak & hormat pada semua orang. Barulah kamu disukai ramai spt susu F&N tahu! Hehehe.  Hari Sabtu nie Insyallah Ibu & Ayah nak bawak ko pegi cucuk kat An Nur. Cucukan yang terakhir sebelum ko betol-betol jadi seperti big gurl. Boleh dapat ijazah injection dah ko Naurah. Suke tak? Suke tak? =p Ohh..hari nie jugak 1st year birthday for adik Alfiy Hafeez ko tau! Cepat ucap Hepi Besday kat dia. Kalo tak Ibu babab. Nak? Hahaha. Naurah, eventho ko makin hari makin nakal & bekeng, Ibu sama Ayah tetap sayang sama ko ok! Kami marah sebab kami tak mahu ko jadi budak yang terlalu dimanjakan. Zaman Ibu dulu lagi teruk kena dengan Atok. Kena libas dengan tali pinggang, hanger & getah paip. Semuanya Ibu pernah rasa. Tapi Insyallah Ibu takkan buat macam tu semua pd Naurah. Ibu cuma tegur ko bila buat salah. Itu s

Kisah JHT

Image
This is JHT  Masuk jer gaji bulan nie, bayar saja duit kereta, bermakna tinggal 2 bulan saja lagi payment yang perlu aku buat utk kereta JHT aku tuh. Diam tak diam, hampir 7 tahun sudah usia kereta Kelisa LE kesayangan aku tuh. Terlalu banyak jasa JHT kepada aku & kami sekeluarga. Aku ingat lagi usai saja aku mendapat lesen P utk memandu kereta, dengan bantuan Abah & Kak Ya, akhirnya kereta JHT menjadi pengangkutan utama aku. Masa tu aku di tahun akhir belajar di UPM, Serdang. Sudah tidak perlu berebut dengan pelajar lain utk naik bas. Lega. Hehe. Masa study kat UPM, 3 tahun 1/2 aku duduk di Kolej 14. Tak pernah duduk sewa rumah sebab rasa macam leceh. Eventho terikat dengan undang² kolej, aku rasa ada bagusnya juga sebab takdelah aku berpeleseran kat luar sampai lewat malam. Kalo duduk kat luar, ntah jadi ape agaknya aku. Who knows right? Tapi aku nie bukannya orang yg jenis panjang langkah. Paling kuat pon aku drive ke The Mines. Masa tu tak best lagi macam skrg shopp

Kenangan @ Bangkok

Image
Aku lupa nak cerita pasal 1 kejadian masa bercuti kat Bangkok bulan lepas. Masa tu kami semua ke MBK shopping mall utk jalan-jalan cari makan. Di sebabkan kami naik 2 teksi yang berlainan, makanya grup aku yang terdiri dari kami sekeluarga kecik & Kak Ya kebetulan sampai dulu at the shopping mall. Nak masok jer shopping centre, ade security check point yang scan every person yang masok dalam mall. Canggih gitu. Terpana kejap sebab tak pernah lagi masok shopping mall ada security scan macam tue. Debor la jugak takot tetibe tang kita jalan bawah benda alah tu tetibe bunyik nenoneno gitu. Hahaha. Macam bunyik ambulans pulak yerp? =p Pas masok jer situ, masing² rasa nak terkucil. So bergegas la semua masok toilet & aku pon salin sekali baju & diaper Naurah. Pas semua menunaikan hajat masing-masing, Kak Ya ckp dia sms my brother ckp kitorang tunggu dekat depan McD. Senang nak kumpul balik. Dalam pd kitorang dok melepak depan McD, aku pon melayanlah si Naurah dok main-main kat

Shopping Raya

Image
Hari nie aku nak cerita tentang weekend yang lepas. Tentang shopping baju bajan sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba tak berapa lama pun lagi neh. Today is 15th & bermakna sudah hampir separuh Ramadhan kita semua lalui. How time flies kan?  Aku selalu aje takot bila fikir tentang masa yang sangat cepat berlalu neh. Sebab ianya selalu mengingatkan aku tentang hari kiamat yang semakin lama semakin hampir. Dalam pada aku melalui hari demi hari kehidupan aku bersama keluarga kecil aku tuh, terselit 1 perasaan 'takut' yang sukar untuk di mengertikan. Entah lah. Aku harap aku tak terlalu leka dengan kehidupan dunia sehingga persediaan bekalan utk dibawa ke akhirat nanti terabai. Insyallah, amin. Berbalik pada cerita weekend aku yg lepas, pd hari Sabtu bersamaan 13 Ramadhan, seawal pukul 9pagi kami sekeluarga telah bertolak menuju ke Jalan TAR, Sogo to be exact. Ada temujanji dengan my parents in law tentang hal shopping baju bajan hari raya. Kalo nak ikotkan

Ce Citer Naurah =.=

Semalam masa tengah tunggu waktu berbuka, tengok jelah iklan-iklan kat TV1 Teman Setia Anda tuh. Naurah sambil berlegar-legar kat depan tv, pon menengok ler sekali masa tu. Tetibe keluar iklan cam sedutan sketsa drama hape ntah. Ade sorang budak laki nie cakap ' ce citer...ce citer'. Ungkapan femes dr Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tuelah. Tup tup Naurah pon automatically tangannya dok buat gaya cam si Usop tu buat. Aku ngan habi pon ???? Seingat kami tak pernah pulak kat rumah tu bukak filem Hantu Kak Limah. Nie mane pulak budak nie tahu buat nih? Tapi memang dah tak tahan nak gelak la kami laki bini. Rosak budak kecik nie. Umo baru nak masok 1 tahun setengah minggu depan. Dah pandai meniru macam-macam. Cepat sungguh dia mengikot. Utk kepastian, aku pon tanya adik aku Anje samada kat nursery ada budak² yang mengajor ker? Adik aku kata bukan budak² yang mengajor. Pengasuh² ok! Al maklom ler pengasuh semua muda remaja lebih kurang umo adik aku si Anje tu.

Aku Yang Khilaf

Image
Semalam yo yo jek aku kunun nak skip nasi bila berbuka & ratah lauk saje. Ini bahana jeles & tiba² rasa tertekan bila geng² kat FB dok update berat terkini after 10 days fasting. Perot tengah lapo. Emosi of course la tengah tak stabil waktu tue. Dalam kereta on the way balik, dengan niat suci murni, habaq la kat habi plan nak cut the nasi tuh. Ingatkan dia support aku nak buat gitu. Malangnya tak pasal-pasal kena ceramah free. Kui kui. Habi cakap tak payah nak ngada-ngada. Makan je macam biasa. Dia ok jer dengan keadaan fizikal aku yang sekarang. Then kenapa aku nak buat plan kamikaze macam tu pulak?  Adoi...terkena setepek aku. Then aku pon cool down la dr segala tekanan pasal weight issue nih. Habi suruh bersyukur je eventho turun sikit aje weight aku sejak start puasa hari tue. Jangan cepat terpengaruh dengan orang lain. Dia kata aku nie suka sangat ikot emosi. T_T Yelah yelah. Terima kasih habi sebab menerima diriku seadanya & mengingatkan aku supaya perbetul balik ni

Ramadhan Kali Ini

Image
gugel ajelah. aku x betah nk snap gambo masakan aku. tak minat hehe... At last. Semalam berjaya jugak aku masak Mee Bandung sebagai juadah iftar keluarga kecik kami. Disebabkan aku agak malas, maka aku dah siap beli paste nya berjenama Anami ker Adami ker...cehh..tak hengat pulak =.= Masa tu tak kisah la jenama apa asal ada paste. Kaut je mana yang nampak tulis perencah mee bandung. Makanya bila memasak semalam, harapan mee yang terhasil utk menjadi sangat lazat tidaklah begitu tinggi melangit. Asal ada rasa macam mee bandung sudah! Aku improvised la sikit resipi guide dekat belakang perencah segera tu. Bawang merah & putih diblender halus & ditumis. Kemudian masukkan paste mee bandung, tambah air & biar mendidih. Setelah mendidih, masukkan daging, udang & sotong. Bila semuanya nampak dah masak, masukkan kentang lenyek utk memekatkan kuah. Bila nampak semuanya dah sebati, masukkan telur 3 biji. Tunggu sekejap, then baru kacau pelan-pelan. Aku taknak bagi kuning

Ragam Anak Part II

Image
Guys, hari nie Naurah buat lagi lawak spenda semalam. Hahaha. Kali nie aku merajinkan diri cecepat g amek henpon kat bawah snap gambo dia. So, silalah saksikan pe'el budak bijak laksana nie sekarang. Enjoice... Alolo tomeynya dia.....geram! hmphh.. Dari angle ni tak comel okeh! =.= Gulung-gulung masok dalam kotak tisu pulak. Yang kaler biru dah selamat masok yerp. Ok. Siapp!! Masa utk masokkan balik dalam drawer. Sekian, terima kasih.

Ragam Anak

Image
Bertitik tolak dengan entry aku pagi tadi, disebabkan budak Naurah tu semakin hari semakin nakal, merasa lah aku pagi tadi lepas sahur menggosok baju tangan sebelah sambil tgn sebelah lagi mendokong ke anak. 8kg+ tu weh!! Kalo hari² itu macam, nampak gaya ade muscle lah lengan aku ni sok-sok. Hahaha.... Gile payoh menggosok baju dgn 1 tangan weh. Buat aku insap sekejap bila terfikir orang yang memang Allah kurniakan dengan 1 tangan sahaja. Nikmatnya jadi manusia yang cukup sifat nie kan? Eventho rupa segala sifat yang cukup itu tidaklah sesempurna mana, at least semuanya berfungsi dengan sangat baik bukan? Alhamdulillah. Sebelom aku mendukung si kecik tu sebelah tangan, boleh tak dia pegi masok bawah papan iron tu pastu terselit kat tengah-tengah antara kaki iron board tu hah. Pastu menangis tak boleh keluar. Yang pandai-pandai masok nyelit situ ape kes? Ade aku suroh ker? Haiyohh... Sebelom tue lagi lawak. Boleh tak dia pegi amek panties dia yg cute² tu g masok atas kepala. Nampak

Nakal Tapi Bijak

Image
Tak tahu pulak nak mulakan entry macam mana hari nie. I feel so awkward about writing at this blog. Seems like ketandusan idea suda. Kat rumah kadang-kadang banyak idea datang utk menulis. Tapi bila sampai kat opis, bukak blog, klik new post, termenung pulak mengadap keyboard. Whats wrong with me man? T_T Ok ade benda yang aku nak cerita pasal Naurah. Lately budak tu makin nakal & mengada-ngada. Memang bikin panas hati sajo aku di bulan yang mulia nih. Buat sepah rumah nombor 1. Penat lah asek ngemas aje. Kerusi meja makan di tolak kehulu hilir. Botol air & botol susu dia main campak merata. Semak betol mata aku nengok rumah macam tongkang pecah. Eventho aku takdelah sampai terpekik terlolong marah ke dia, tapi sudah tahap membebel sudah aku. Aku tak suka nak membebel sbnrnya. Sebab bukan budak tu dengar cakap pon. Dia buat jugak ape yang dia nak buat. Bazir air liur aku je weh. Tapi kalo aku tak tegur, nanti dia ingat apa dia buat tu tak salah pulak. Haihh..dalam dilema sun