Posts

Showing posts from November, 2012

Resipi : Kimchi Kobis Cina

Image
Yang ini boleh letak resipi sebab dah janji hari tu kan? ^^ Senang aje buat kimchi versi Malaysia neh. Aku memulakan projek pada pukul 9.20pm malam tadi. Potong the kobis, basuh & rendam dengan air garam selama 8 jam. By right pukul 5.30am aku dah kena bilas & perah the kobis. Tapi aku kesiangan & lewat 1 jam drp jadual. No worries. Takde hal pon nak terlebih rendam 1 jam. Bila rendam dengan air garam, aku tengok the kobis macam jadi lembik lah. Cam dilayur gitu. Digaramkan adalah spt diperam atau dijerukkan lah hasilnya ye dop? 1. Potong the kobis ikut suka hati anda 2. Rendam dengan air garam. Garam like 4-5 table spoon 3. Peram selama 8-9 hours Iklan sementara menunggu 8 jam ^^ *baju Na bagi hihi So aku bilas dgn air paip & perah utk menghilangkan rasa masin yang melampau. Dah siap perah, bolehlah start buat kuah pedas utk gaul dengan kobis pulak. Siang bawang merah, bawang putih, halia, serbuk cili & kisar bersama air 7up (updated

Nasi Kuning Sabah For Dinner

Image
Terliur punya pasal tengok Na asyik buat NKS, akhirnya semalam aku ambil keputusan nak try jugak buat. Maklumlah mak sekarang dah ada periuk kukus khennnn ^^ Cumanya ayam tak beli utk stok lauk minggu ni. So mak tukarkan ayam sambal kepada ikan kerisi sambal ekeke. Pastu goreng kailan & siap! Memula ingat nak rebus telur macam Na buat. Tapi masa dah semakin suntuk menghampiri azan Maghrib. So cancel ajelah. 2 lauk je pon dah sokay sangat. Kenyam, terima kasih Allah. Habi kata OK. Kalau tanya dia, semuanya OK. Cer lah cakap sedapnyerrrrr!!! Tak pandai amek hati bini lah dia tu bab masakan neh. Tp masa dia masuk dapur time tgh kukus nasi dia cakap ' wanginya bau.....'. Kembang hati rasa. Bukan susah pon nak hepi kan hati bini wahai suami ku....Tp aku tak rasa dia tawu aku suka dia ckp macam tu. Knowing him lahhhh + + Sape nak resipi ni silalah ke blog Na yerp. Tak kuase ah nak tulis kat sini. So enjoice jelah the piccas. Hari ni mak cuti berpuasa. So bolehlah tepe

Kenangan Lama : Sekolah

Image
Lately bila kebosanan aku teringat pulak kenangan lama masa zaman kecik-kecik dulu. Kenangan aku tak banyak pon. Banyak yg dah lupa. Maklumlah dah makin tua. So antara yg aku masih ingat ialah masa usia aku lebih kurang Naurah kot. Bila tengok Naurah kadang susah benor nak pakai baju & syok berbogel taknak pakai pempes, aku teringat jugak peel aku masa tu. Sama. Hahahaha. Pastu bab sembelit Naurah yg semakin membaik skrg ni. Bila cerita pada mak, dia kata aku pon dulu ada masalah yg sama. Berjam-jam nak tunggu selesai membuang hajat. Yang ini aku dah lupa & bila mak ingatkan barulah semuanya tertayang semula depan mata. Its true ^^ So ini pon awak menurun dari ibu ker yunk? Maafkanlah ibu yer. Ibu ni sampai sekarang memang kurang minum air. Tak mudah rasa dahaga. Sebab tu ibu kuat aje nak berpuasa selalu. Cuma tahan lapor ajelah yg menduga =) And then aku teringat pulak zaman aku sekolah rendah. Abah kan peneroka felda. Kira orang susah la jugak kami nie dengan adik be

Yesterday

Semalam agak lambat berbuka puasa. Sampai kedai makan je azan dah pun berkumandang. 5 minutes later baru air tembikai gelas besar sampai & 10-15 minutes after that barulah semuanya terhidang. Setakat ni makan kat Ai-Yunie Seafood at Salak Tinggi (Pekan Salak Lama) tidak pernah lagi mengecewakan. Even though the price are not the cheapest, tapi kalau makan sedap memang sokay aje nak pergi lagi. So semalam kami order 3 nasi putih, siakap masak pedas, telur dadar, kerabu mangga & sup ayam. Total RM49. Standard price kalau makan kat sana. Lepas makan singgah solat kat Mydin Kota Seriemas. Dah on the way ke Zemart baru perasan lupa nak tengok ada tak jual BBQ & Grill set jenama Stylux macam yg aku dpt info from googling hari tu. Melepas. So masih tak dapat lagi ler nak buat party korean food style kat rumah Kak Ya T T At the mean time adakah perlu selalu berkunjung ke Seoul Garden? Kehkehhh So kat Zemart macam biasalah beli barang dapur yg dah kehabisan. Lupa pulak bawa

TER Pengaruh

Image
Jari manis tu selalu korek tanah kt pasu. ??? Silakan la kutuk tangan aku montel. Redha Oopss..terhitam pulak tangan Jari telunjuk spt cacat..hurm... Cer korang tengok potongan kuku aku tu. Tak terlalu pendek ke korang rasa? Ohh...if I could turn back time + + Kisahnya macam nie. Aku ni kan kalau dengan habi manje terlebih. Dulu masa preggy paling manje sekali. Siap kuku tangan & kaki habi yang tolong potongkan. Kuku kaki tu sokay la lagi sebab masa perot dah besar mane sampai nak motong kuku kaki kan? Tapi kuku tangan tu cer citer ape relevannya? Hewhew ^^ Thats y aku kata aku manje terlebih dengan suami neh. Habi pulak memang jenis soft spoken & penyayang. Tak sanggup nak biarkan bini kuciwa lelebih lagi di waktu pregnancy =) Masalahnya bila habi potong kuku aku, dia ikot style dia potong kuku dia sendiri. Pendek habis sampai nak cecah ke isi kuku hokay T T Siryes woh dia ketip tu buat aku ngeri aje. Tapi kuku sudah pon terpotong. Tak dapat nak bu

1 Day Just For You

Image
Setelah beberapa lama 50-50 samada nak cuti on Monday sblm cuti sempena birthday Sultan Selangor pada bulan depan, akhirnya aku apply jugak on that day. Sebab? Aku rasa macam nak spend lebih masa untuk Naurah. Tersentuh pulak hati aku bila sekali sekala nampak muka dia yg sedih bila nampak taska depan mata setiap pagi. Sometimes dalam kereta dia dah bertanya ' kite nak pergi mana ni bu?'. Alahai..kemana lagilah kite nak pagi-pagi bersiap neh kalau bukan ke taska awak dulu sebelum ibu & ayah off to work. Hati aku kata, sebenarnya dia tahu dia akan kemana...tapi dia tetap bertanya dengan harapan jawapan ibu adalah selain drp sekolah. I feel sorry for her for quite some time on this matter. Jadinya hari Isnin yang aku cuti tu adalah khas utk Naurah. I just want to see her happy on that day. I asked habi to apply for leave too tapi dia tu kan kunun cam dedicated sangat la pd work nya tuh. Bila dia tanya if I have any special plan on that day that requires him to take leave

Naurah & Giraffe

Image
1. Mula-mula bergambar dgn giraffe 2. Now dengan lebih mesra 3. Then dia sorokkan giraffe kat belakang 4. Oopss...nampak giraffe awak tu kakak! 5. At last giraffe dah penat, so dia pon tidokan Itu dia giraffe yang aku beli dengan harga yg agak mahal kat Parkson. Ituler masa amek tak tengok price tag betol-betol. Sekali bila scan harga masa nak bayar, teros mata jadi macam ni O O. Sebab taknak kecewakan Naurah, keluarkan la lagi tambahan note RM50 dengan muka yang blur. Hahahaha. Hamekkaw! Tak ingat the exact price. Tapi puluh-puluh la dekat RM70 kot. Memang kualiti dia baik. Kemas aje jahitan tu seme. Tapi kalau ikotkan fikiran yg waras, tak kuasa aku nk mainan gitu dgn rege yg begitu. Baik belikan dia baju or bag pack comel-comel je kan? ^^ Takpelah...rasa macam tahan lama je giraffe ni. Naurah bukan main ganas-ganas sangat mainan dia semua tuh. Boleh pass kat adik Naurah in the future if ada rezeki lah yer.

Kimchi Kobis Cina

Image
Tak sabar nak tunggu esok. Sebab? Nak g groceries shop & carik bahan-bahan nak buat kimchi ^^ Asyik teringat kesedapan kimchi kobis kat Seoul Garden hari tu. Rasa macam senang aje buatnya. So gugel la resipi & jumpe yg macam senang je bahan-bahan dia. So nak try la buat dengan sepenuh hati & harapnya hasil dia kena la dengan tekak. Bile makan mesti feeling kat Korea kan? Hahaha Kalau jadi & sedap aku tempek la sini resipi. Siryes sblm nie aku nampak adik ipar makan kat rumah macam euwww. Apelah rasanya kobis yang di jerukkan & pedas tuw? Adik ipar makan dengan penuh selera okay beli kimchi dalam bekas jual kat Kafu. Aku tengok dengan pandangan sinis sungguh kohfss =P Nak try pon tak kuase masa tuh. I dont know y.....hurm.... Sekali dah rasa kimchi sedap, macam wowww! o  O Sungguh tak sangka rasanya begitu fresh sekali. Makan dengan nasi camtu je pon sedap. Sangat tak tersangka dibuatnya ^^ Tadi berbalas emel dengan Kak Ya. Sekali dia kata macam nk makan lag

Kebiasaan Yang Sukar Diubah

Image
Cer teka apekah yang sedang dilakukan oleh Naurah ketika gambar ini diambil? ^^ Oeh yes. Dia sedang membuang hajat. Aku selalu la hangin sebab asal nak uk-uk aje mesti nak angkat baju tunjuk perot. Apekah? Dah jadi kebiasaan dia. Tapi aku tegur jugaklah cakap tak payah la nak angkat baju. Bajet baju tu kena ta*k ker nak? Awak tu kan pakai pempes. Tang mana nak kenanya tuh? Pastu aku cakap la jugak malu ahh nampak perot angkat baju gitu. Dia ni tak kira kat mana, mesti nak angkat jugak baju tu. Kalau kat shopping complex, tak ker malu tetibe dia angkat baju gitu? Kadang dia dengar gak kata, tp at times datang angin kus-kus dia, apepontakbley weyh! Malam tadi sblm tido as usual aku akan bersembang dgn dia tanya hows ur day at school, main dengan siapa, makan apa, mandi dengan sape etc. Pastu aku bagi la syarahan tentang dia dah besar, tak perlu pakai pempes dah. Dengar aku ckp gitu dia menangis la pulak. Dok relate dengan adik Pingu si Pinga yg masih pakai pempes. Pinga

4th Anniversary Holiday

What to update yeah this morning. Takde idea pulak ^^ Dalam pada aku berazam next year nak cuti-cuti Malaysia aje, tetibe semalam dengar AA buat promo termasok la jugak aku kt website deme. Seb baek la promo tak hebak sangat. So still rasa mahal & terus pangkah website. Tapi tak puas hati lagi tuh. Masuk pulak AAG & nampak ada a few packages yg OK. Selok pulak emel Kak Ya tanya if she want to join us for 4th Anniversary holiday on May. See! Kalau dah memang kaki jalan tuh, laju aje otak carik jalan nak mencapai hajat. Kalau ikot aku, cam nak pergi bertiga kami ni aje. Tapi habi tetibe soh ajak Kak Ya la pulak. Takot Kak Ya kecik hati pulak. Errr....ye ker? Takpelah..sbg wife yang mithali, aku menurut perintah ajelah. Then Kak Ya tanya pulak, nak ajak mak abah lagi ke macam hari tu? Errrr.....kalau pergi ramai-ramai kompem RM yang mengalir keluar laju gilak. Mak macam tak bape nk byk duit pulak rasanya hewheww ^^ Kak Ya bile aku emel siap tanya nak kemana? Perth? Ho

She Loves Home Made Lasagna

Image
Inilah antara aksi Naurah ketika makan lasagna home made kali kedua buat kat rumah Kak Ya last 2 weeks. Lasagna sepinggan tu sebenarnya aku cedok utk habi. Tetibe Naurah mintak kat habi pastu buat macam dia punya. Habis ko dia makan sepinggan tu. Terkojot mak tengok o  O. Sejak bila pulak dia suka sangat dgn lasagna neh? Aku pulak kalau lasagna ni panas-panas masa dia baru masak tu suka lah makan. Pastu sekali tu jer tak minat dah nak ngulang. Muak ah makan banyak-banyak pasal tepung lapisan & cheese tu kan? Habi pon makan banyak gila lasagna ni. By right aku pon boleh buat kt rumah pasal dah ada oven. Tapi malas ah sebab sure tak habis punya nanti.  Kalau buat home made, lasagna ni memang banyak okay. Ritu kami buat 1 bekas pon tak habis padahal ada 6 orang dewasa. Sokay je kalau nk simpan fridge pastu nk makan je masok microwave. Tp kite ni kalau makanan dah 2-3 hari usianya macam turn off kot nak makan lagi ^^ Resipi lasagna ni korang gugel jelah. Aku m

Resipi : Ayam Pongteh

Image
Akhirnya aku berjaya beli 1 buku resipi sejak bergelar isteri. Sebelum ni asyik la gugel kat internet aje pastu salin & try. So mcm tak rasa memerlukan buku resipi. Cara yang free kan ade ye tak? Tp bila tengok Resipi Warisan Masakan Berkuah Chef Hanieliza kot nama dia agagaga, terus rasa nak try. Ada buku resipi dia yg lagi satu tu bila aku belek resipi dia cam yg aku selalu masak hari-hari aje. So turn off, then nampak buku yg ini tetibe macam eyhh banyak yg tak pernah masak lagi neh. Ingredients dia pon semuanya senang dijumpa. Why not beli & try? Murah aje RM5.50. Mak memang suka yg murah-murah neh ^^ So resipi pertama yg aku masak dari buku tu ialah Ayam Pongteh. Kebetulan habi beli ayam setelah sekian lama dok mentekedarah ikan, sotong & udang hoho. Semua bahan ada, so apelagasss. Zaaaassss! Tp being me as usual mesti suka nak derhaka pada resipi. Hahaha. Alor..cuma tambah tomato potong & bunga kantan aje hehehe. Macam ayam masak kicap aje rupanya hohoho

Apo Kono Ea Jang?

Ramai ke yang sentap dengan kekalahan Malaysia kpd Singapore 3-0 malam tadi? ^^ Memang menyampah aje tengok player kite main. Macam kehilangan punca. Apek macam tak fokus. Maybe otaknya asyik fikir persiapan perkahwinan bulan depan hewheww. Dah ler team negara sendiri kalah, Liverpool pulak seri aje dengan Swansea. Adoii...Swansea pon tak boleh nak makan. Tak tawu nak kata ape dah gini kihkihhh On the way ke opis sempat la dengan HotFM AmCrew punya topik pasal lagu paling sesuai nak tuju ke skuad harimau kite. Paling sesuai sekali lagu "Apo Kono Ea Jang" ler kot. Hahahaha. Tergelak-gelak aku dengar ada pendengar yg kata lagu tu sesuai. Pastu ada yg kata lagu Unforgiven 1 & Unforgiven 2 sekali bagi. If that song is given, then skuad harimau kenalah nyanyi lagi "Please Forgive Me" kat semua peminat ye dop? ^^ Kalau kalah biar bermaruah, kalau menang jangan mendabik dada. Takpelah. Baru game pertama. Ada peluang lagi nak perbaiki diri masing-masing.

Movie Review : The Twilight Saga - Breaking Dawn Pt II

Tak sangka dapat pulak tengok awal movie Twilight Breaking Down Pt II kat cinema. By right takdelah excited sangat pon menghitung tarikh dia nak tayang kat cinema sini. Tp bila teringat aje kebetulan baru hari kedua ditayangkan kat cinema. Tetibe mcm peminat setia movie ni pulak. Haha. Sejujurnya inilah movie Twilight Saga yang pertama aku tengok kat cinema. Itu pon sebab fikir dah last punya saga. Seb baek takdelah rasa menyesal membelanjakan RM33 for couple seats kt TGV Cheras Selatan. It was OK and of kos happy ending ^^ Kalau tak hepi mau mengamok semua peminat setia kot. Haha. Sebenarnya simple aje citer yg last ni. Semua orang pon dah tau misi cerita yg last ni cuma ttg Bella yg dah jadi vampire. Pastu anak dia dgn Edward si Renesmee yang membesar dengan sangat pantas. Si Aro ketua pertubuhan vampire bajet anak tu anak yg takkan mati n kekal abadi yg akan memusnahkan dunia manusia. Then dia pon bermisi nk bunuh Renesmee and keluarga Cullen pon nak pertahankan Renesmee. S

Suami Isteri 1 Organisasi

Tetibe tak sabar pulak nak pegi detim dengan habi malam nie. Tadi habi interkom like usual lah. Sembang kosong melepaskan rindu tak berjumpe seharian walaupon opis sekangkang monyet aje. Hehehe. Pastu aku sajelah usik habi cakap malam ni tgk movie romantic duduk kat couple seat kenalah lentok kepala kat bahu dia ye dop? Bwahahaha....geli gaknye telinga habi dengar aku cakap macam tu. Sebenarnya aku nak berkata begitu pon agak menggelikan hati pada mulanya. Tapi dengan habi aku memang suke je mengusik.  I really love to hear & see him laugh. Dah macam addiction jadinya. Kalau dia nampak serius aje, mula lah aku rasa susah hati. Tak best owh kalau tak bergurau senda suami isteri. Diam aje pastu rasa awkward. Mulelah bunyi riang-riang terngiang kat telinga aku. Kreek kreek. Tak syoknya. Itulah suasana kalau salah sorang drp kami merajok atas sebab-sebab yang tertentu. Biasalah suami isteri kadang ada jugak pasang surutnya. Bila ada benda yang tak sependapat, mulalah nak tarik muk

Bahagikan Masa Dengan Baik

Image
Allah...permudahkanlah puasa ku pada hari ini dah esok. Kalau berpuasa di bulan Ramadhan tu lain kan? Boleh aje tahan straight days tanpa bersungut. Maybe sebab orang lain pun berpuasa sama. Jadi takdelah nak bau makanan yang menyelerakan pada lunch hour like pada hari biasa ni kan? Dugaan dia memang lebih bila berpuasa hari biasa neh. Harapnya pahala pon dapat lebih banyak la yerp ^^ Hari bekerja ni aku OK lagi kalau bepuasa sunat. Tapi tang esok ni yang lebih mencabar sebab kat rumah. Mesti rasa lambat gila masa berlalu. Since malam ni after berbuka kami akan balik ke Semenyih, looks like puasa esok adalah disana lah yerp. Kena bawak buku sebuah ni buat bacaan dalam bilik. Baca buku, tido, baca buku balik, tengok tv, tido, berbuka. Boleh tak macam tu? Hahahaha... Sbnrnya plan nk balik Semenyih adalah esok pagi. Tapi tetibe teringat yang Twilight Breaking Down Pt. II dah mula ditayangkan kat cinema malam tadi. So gigih la petang semalam interkom habi soh booked seats kat

Jom Puasa Hari Asyura

Mak takde idea lah u olls hari ni nak update blog. Maybe sebab masih terkesima dengan perubahan bos yang sudah bergelar hajjah ^^ Orang kata jangan tengok drp penampilan luaran saje, yang dalamnya pula bagaimana? Well, pada aku siapalah kita ni nak mengharapkan perubahan orang lain bebanyak sangat kan? Tengok ajelah diri sendiri ni dulu macam mana. Kita boleh mendoakan utk dia aje. Yang lainnya terserah la pada empunya badan. Seriously aku memang tak expect apa-apa perubahan yg ketara pon pd bos after dia balik haji ni. Cuma tentang pemakaian hijab tu memang ternanti sebab sebelum kesana dia dah bagitau niatnya nak berhijab. Kalau dia tak kabo, aku pon malas nak mengharap & teruja. Bos pakai hijab lagi better drp aku kot. Dah gaya ustazah gitu. Tergugat gak rasa hati aku neh. Bab cenggini memang selalu la bikin menjeles. Sokmo terfikir bilalah diri sendiri ni nak perbaiki lagi. Takkan nak duduk parat ni aje kot bertahun-tahun. Niat memang dah lama ada..tapi nak melaksa

Bos Dah Masuk Kerja

Bos I dah masok kerja u olls hari ni ^^ Tak tengok lagi dia sebab ada tetamu dalam biliknya tu. Pagi-pagi lagi dah sampai nak bertanya khabar hajjah. Anak buah dia pon tak sempat nak bertanya lagi neh. Hehehe. Sempat ada yg suwit aku bagi hint bos dah pakai tudung hewheww. Aku juz senyum & said Alhamdulillah ajelah. Perkara yang baik kan? =) Maybe itulah turning point bos utk menjadi muslimah yang lebih baik. At least dia ada target utk memperbaiki diri dia. Itu lebih baik drp takde target apa-apa kot. Aku doakan bos istiqomah dalam setiap perubahan kebaikan yang dilakukannya. Amin. Errr...tetibe tak tawu dah nak tulis ape. Nak bersedia menyambut bos neh. Agagagaga. Belum sapa dia pon lagi ^^ So till then lah yerk....

Terserempak Kekasih Lama?

Image
Owh yes. Ade cerita gempak aku lupa nak share kat sini. Last Friday kan pergi Alamanda nak cari jam baru habi. After parking aku & Naurah jalan la masok mall dulu. Sekali di pintu sebelah sana aku nampak spt figura orang yang dikenali. Ahhh O o is that my ex-boyfriend with his wife and baby? Disebabkan aku ni rabun tapi tak sedar diri tamo pakai spek, maka aku pon tak berapa pasti betulkah itu dia. Tapi logik la kalau dia dah ada baby sebab kawen end of last year. Tak terkejot pon hehehe Aku siap terjengket kaki nak tengok betol ke dia? Betol ker? Lepas clash kan, tak pernah pulak terserempak dgn dia or dgn gf yg skrg wife dia walhal dia pon duduk sekitar sini aje. Rumah parents kat Dengkil, keje kat Serdang, wife keje Putrajaya kot. Nak ikotkan mmg boleh aje kalau nk terserempak. Tapi tak pernah la pulak. Hari tu pon tak secara berdepanan. Aku masuk pintu sini, dia keluar pintu sana. Arghh..kenapa x pintu yg sama? Btw yg aku teringin sangat nak terserempak ni kenapa? Isnt

Korean Addiction

Image
Lambat hari nie buat posting. Sebok menggodeh carik lagu baru. End up lagu Korea jugak yang aku pilih. Of kos memang tak paham 1 patah words Hangul pun. Tapi iramanya tu yang buat aku rasa best nak dengar berulang kali. Hari tu siap buat request nak lagu Suddenly by Kim Bo Kyung OST kdrama City Hunter. Lagu berhantu tu dengar seharian 10 kali pon tak jemu. Lelebih lagi bila wajah Lee Min Ho menjelma di mata dalam adegan drama. Daebak! Sekarang pandai la sikit-sikit a few Hangul language yang biasa didengari. Bersungguh nak tau ape maknanya. Senang sikit nak berkomunikasi bila nak tour Pulau Jeju next year. Eyh! ^^ Kak Ya lagi hebat. Siap dah boleh nyanyi lagu Korea hokeyh! Tak habis-habis lagi dengan Kim Jae Jung dia tuh. Pastu perkenal kat Naurah sampai budak tu request kat aku " ibu, nak abang jae jung! ". Erk. Seminatnya aku pada Lee Min Ho, takde pulak sampai nak suruh Naurah minat sama. It just for my own satisfaction. Naurah, sila pilih Minho instead of Jaejung

Catch Up Things

Image
Selamat dah semalam merasmikan periuk kukus cooking for dinner. Siakap Stim jadi taruhan & hasilnya habi makan dengan banyak. Anje pon makan bertambah. Naurah pon berselera. Aku je nak makan banyak tapi teringat uniform kerja dah makin ketat. Tak jadi nak menambah nasi padahal turn ON gile makan dengan sambal belacan hijau kaw-kaw. Aku terasa kesian dgn diri sendiri hewheww  + + Cukup 2 minggu off puasa sunat sebab demam & bendera Jepon. Kejap aje dah rasa baju mula mengetat. Nak solat pon rasa tak selesa. Menyampah taw! Bulan depan ada dinner pulak tu. Tema utk tahun nie adalah denims & venue adalah di Hotel Hilton, KL Sentral. Baju, shawl & kasut semuanya dah dibeli. Hebat tak? ^^ Baju & shawl beli kat Giant, Nilai. Kasut rembat kat Parkson, Alamanda. T-shirt habi pon dah berjaya beli kat Tesco, Nilai. Semua tempat cikai-cikai aje g membeli. Tapi $ yang keluar tak cikai la pulak @_@ y owh yy.... Habi paling senang sebab pakai jeans & shirt. Tambah la

Misi Mencari Wardrobe

Image
For parents yang sedang buat bilik utk anak-anak atau yang plan nak buat bolehlah jenguk ke sini utk tengok promosi wallpaper yang menarik. Aihh..geram benar tengoknya. Rasa macam nak buat 1 bilik cute utk Naurah jugak ^^ Maybe boleh jadi projek baru utk 2013 kot. Ada 1 bilik yang sesuai utk buat projek ni. At the moment bilik tu jadi bilik tetamu yg simple aje. Pagi tadi after solat Subuh sempat aku mengerjakan baju bajan segunung atas katil. Sambil melipat, otak pon ligat berfikir itu ini. Aku rasa now dah sampai pada tahap kena beli wardrobe besar utk muatkan langsir tingkap yang for sure akan bertambah koleksinya dari tahun ke tahun. At the moment dah ada 3 koleksi & itu pon dah banyak makan space. Maklum la langsir kan besar-besar semuanya. Now cuma masuk dalam kotak besar aje utk elak drp terkena habuk. Tak proper lansung. Dah berkotak-kotak dah simpanan langsir, cadar, towel & baju-baju lama kami. Semuanya disusun secara rawak & menyampah je kalau t

Holiday : Kesimpulan di Medan, Indonesia

Image
Medan from my point of view. Airport Menjejakkan kaki ke airport Medan, Polonia dah terasa betapa desa nya airport ni. Aku rasa pihak berkuasa kat sana kena upgrade airport kat sini sebab outdated sangat kot. Ini utk menaikkan imej mereka jugak. Kalau nak ramai pelancong datang kesana, silalah upgrade airport anda. Airport negeri kat Malaysia ni way much better from Medan Polonia airport. Well, terminal bas kita cam kat TBS, Bdr Tasik Selatan pon lagi canggih kot. Aircond pon suam-suam kuku aje. Stress kot kalau tunggu lama-lama kat sana + + Pekerjaan  Maybe sebab rakyat yg ramai, sesuatu yg bukan kerja kalau kat Malaysia dijadikan kerja disana. Aku bagi contoh orang yg tetibe datang macam nak tolong ko angkat beg masuk dalam van. End up kita kena bagi dia upah sbb dia mintak. Padahal ade ke kita mintak tolong dia? Takde kan? So kalau kt sana jaga bagasi korang jgn bagi sape-sape tolong sorong or angkat kalau taknak bagi upah kat deme. Dah ler kerek nak duit nilai beso