Posts

Showing posts from January, 2015

Kejutkanlah

Sampai dah penghujung hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Januari. Ya Allah, tak tahu nak kata mcm mana dah selain drp hati ni mengingati tentang akhir zaman & hari Kiamat. Hari demi hari berlalu begitu saja. Terlalu pantas sampai rasa takde buat apa. Serasa baru je melahirkan Nazif & budak tu dah pun setahun setengah umurnya. Bila fikir tentang masa, aku rasa takut. Takut dalam masa yang terlalu pantas tu dilalaikan lagi dengan perkara duniawi tak beringat tentang ukhrawi. Dalam masa yang terlalu singkat ni, banyak yang hendak diperbuat. Sejak Naurah masuk kindy, malam semakin sibuk dengan ulangkaji bacaan rumi & iqra' nya. Sambil-sambil melayan karenah di bongsu. Mandi, solat.Tahu-tahu sudah pukul 10malam & sudah mahu masuk tidur. Tidurnya nyenyak sampai pukul 6pagi. Mungkin kerana keletihan. Tahajjud entah kemana. Bangun, solat & buat sarapan utk 1 keluarga sebagai bekalan ke tempat tujuan masing-masing.  Betul. Yang aku ada masa agak lapang cu

Persepsi

Image
Persepsi setiap orang itu pastinya berbeza. Apa yg kita lihat dengan mata, selalu saja kita bersangka-sangka akan perkara yang belum tentu betul dan tidaknya. Ianya sifat semulajadi manusia. Pesanan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dalam kuliah ilmunya yang aku ikuti di youtube ialah sentiasa sajalah mencari alasan utk bersangka baik. Ciptalah sebanyak masa kemungkinan bahawasanya apa yang kita nampak atau tahu itu asasnya adalah kebaikkan. Subhanallah. Alangkah indahnya pesanan yang satu ini. Selalunya kita selalu mencari sebab utk bersangka buruk pada orang lain. Tapi skrg kita cuba ubah balik mentaliti kita tu. Ya, hati memang akan jauh lebih aman, tenang & gembira. Aku ada 1 sifat. Sifatnya ialah tak suka sangat berkawan terlalu rapat. In fact skrg ni mcm takde kawan rapat pun. Yang aku ceritakan banyak hal kepadanya. Ya, tak ada. Lain cerita, aku share dengan lain orang yang dirasakan sesuai.  Masa aku belajar, aku dapat 1 idea bahawasanya tak ramai kawan rapa

Perasan

Kadang aku ni sangat perasan. Perasan yang Allah selalu membimbing aku ke jalan yang lurus & benar. Yang kurang baik, diperbaiki jadi baik. Dalam masa yang sama jugak aku rasa takkan lahhhhhhh. Ape ko ingat ko tu istimewa sangat ke Allah nak bagi perhatian pada ko? Dan rasa sedih pun bertamu. Takpelah....usaha lagi dengan harapan Allah memang sayang kat aku dengan sebenar-benarnya. Tapi kita takkan tahu tentang itu kan? Ibadat & amalan kita kepada Dia manelah kita tahu diterima atau tak. Hati aku ni sedangkan aku sendiri pun tak yakin pada dia. Kadang tak faham dengan dia. Allah je yang tahu sedalamnya perihal hati ni. Sebab tu aku rasa takut sebab kadang rasa hati aku tu tak baik sangat. Entahlah. Aku serahkan pada Allah jelah sebab dia sebaik-baik penilai.  Surah Al-Fatihah yang kita hari-hari baca ulang-ulang dalam solat tu ada ayat yang bermaksud ' tunjukkanlah aku ke jalan yang benar, jalan orang-orang yang Engkau redhai bukan jalan orang-orang yang Engkau mur

Tanggungjawab

Image
Rasanya jadi kot plan JJCM Pata Timo sempena anniversary kami yang ke-5 ini tahun. Kadang aku godeh jugak tiket flight tapi at the end tak beli pun. Agaknya dah ditakdirkan kali ni naik kereta je kot. Jelajah Kelantan, Terengganu & Pahang. InsyaAllah akan bercuti selama seminggu for that. Idea habi lah tu. So kena la jimat annual leave utk merealisasikan rancangan itu.  Kat Kelantan nak jumpa sama Cik Anje. Ke Pahang nak jumpa sama bff Na. Ganu je yang takde sape. Ade ke org Ganu berhajat nak jumpe aku. Macam ko femes sangat!!! Hahaha. Perasan puiiii.... Thank you Hany sebab tukar bulan terima duit kutu UB. Dapat sebulan awal je pun. Tetibe risau lak terpakai dulu duitnya. Aku ni bukan boleh sangat nampak duit banyak-banyak dalam bank. Gatal je jari nak klik klik. Pastu dah transfer menyesal. Sabor jelah.... Dekat nak raya akan dapat lagi kuit hasil kutu. Tapi yang ini share berdua dengan Mar. So akan dapat half each lah. Takpelah boleh buat belanja baju raya anak-anak

Persembahan Kindy Naurah

Image
Sabtu lepas tak tamat lagi Parenting Talk kami anak beranak dah chow sin. Bangun lewat, sampai sana pun lewat pastu balik awal. Ape nak jadi lah hahahaha. Maklom lah dah ada 4 jenis perangai manusia yang perlu di handle satu per satu. Kejap yang itu buat hal, kejap yang ini pulak. Nak capai 1 tujuan tu bukan senang tahu! Tepat kami sampai je kawan-kawan Naurah rupanya tengah naik pentas nak buat persembahan. Naurah pun terus je naik tak sempat nak warm up bagai. Kalau terlepas buat performance tu mesti sedih itu budak. Syukurlah just at the neck of time. Comel je budak-budak buat persembahan. Menyanyi sambil buat gaya yang teachers dah ajar. Since Naurah cuma dapat berlatih 2 hari minggu lepas, dia banyak tengok kawan yang lain buat gaya apa jelah. At least ada lah jugak pergerakan drp dia. Ada yang membatu je naik atas tu kihkihhh. Ada yang taknak naik pentas lansung. Ada yang free style  buat aksi sendiri. Hahaha. Sangat kelakar okay. Sempat la rakam sikit deme nyanyi tu sem

Lucky

Image
Esok kindy Naurah ada buat Parenting Talk dekat Jabatan Veterinar. Dekat je dengan rumah. 3 minit kot naik kereta hehe. Last year nak join tapi last minute ada hal. So tak pergi. Esok InsyaAllah takde apa-apa. Talk tu from 8.30-11.30am. Lepas habis talk nak ajak habi pergi IOI Putrajaya. Mau cari present sempena besday Kak Ya hari tu. Mencabar betul nak bagi hadiah pada orang yang dah ada semuanya ni. Kalau dia nak, duit tak menjadi hal utk dia beli. Yang nak memberi hadiah ni pulak sengkek. Hahaha. Tapi segan nak bagi hadiah murah-murah. Alhamdulillah ada duit lebih bulan ni. Dah beberapa hari usha online apa-apa barang yang menarik boleh bagi kat dia. Tapi takde kata putus lagi. Kejap rasa nak beli, kejap rasa taknak. Akhirnya aku decided g usha secara alam nyata la dulu. Kalau tak jumpa baru beli online. Harap jumpalah apa-apa barang yang berguna pada Kak Ya. Dan dia pun suka.  Dia balik dr Rotterdam nanti tadaaa....ada hadiah menanti. Ecehhhh hahahaha =P Hari ni ak

Back To Normal

Image
Naurah dah ke kindy hari ni. Malam tadi lagi dah bersemangat buka beg ambil buku-buku dia semua. Memang dah rindu sangat nak ke sekolah la tu. Pagi tadi pun senang je bangun & mandi. Happy. And I'm happy to see that too. Si Nazif pulak cadangnya nak tinggalkan dia dengan atok nenek je kat rumah. Tapi dia taknak lah pulak. 2 kali aku tanya dia geleng kepala. Nak jugak mengikut naik kereta. Sudahnya hangkut jugaklah ke taska. Dia lagi selesa dengan Ibu Midah la tu. Jumpa atok nenek berapa kali je pun setahun. Mane lah dia mahu sangat. Lagi pulak dah besar gini. Masa kecik dulu boleh tahan lagi. Kesian mak abah harapan nak jaga cucu tak kesampaian. Merajuk terus cakap nak balik hari ni jugak hehehe. Nak buat macam mana. Budak-budak mana boleh nak dipaksa. Karang tak terjaga deme budak tu buat hal. Nazif tak baik sepenuhnya lagi. But at least dia dah aktif lah takde nak melepek macam hari pertama/kedua tu. Dedua dibekalkan dengan ubat. Pergi kerja dengan kereta berasin

Selangkah Lagi

Segala puji bagi Allah. Aku happy sangat hari ni sampai tak boleh nak tunggu esok utk tulis kat sini. Usaha aku untuk bebas dari hutang sepenuhnya pada usia 32 tahun dah selangkah ke hadapan lagi. Pagi tadi aku dapat call drp pihak PTPTN suruh isi 2 borang.  1. Surat Pembatalan Potongan Gaji kepada majikan 2. Surat Tuntutan Lebihan Bayaran kepada pihak PTPTN Semua borang boleh ambil kat laman web rasmi PTPTN saje. Dengan pantas aku pun isi borang & emelkan semula kepada pegawai yang request tadi. Beberapa jam kemudian dia call bagitau dah dapat & suruh aku bagi pada HR surat dari pihak PTPTN tentang kebenaran menamatkan potongan gaji bulanan aku. Aku pun emel pada HR & diorang kata untuk bulan ni payslip dah hantar kat bank. So pembatalan adalah berkuatkuasa Februari 2015. Dapat emel ni pun rasa happy sangat. Melonjak-lonjak hati kite masa baca tu hehehe =P Bagi sesetengah orang apalah sangat kan tentang apa yang aku share ni. Tapi bagi aku yang kerja bia

Haih

Image
Sudahnya tak jadi pun Naurah cabut gigi semalam. Doc gigi kat klinik lain tu tak bagi lah pulak. Dia kata boleh rawat lagi. Aihh..macam-macam pendapat. Ada kata suruh cabut, ada kata tak payah. Pada aku senang je, asalkan anak aku tak menderita sakit, I am okay with any solution. Ini kita tengok anak sampai muka bengkak, tak mahu makan & sometimes crying because of the pain, ibu mana yang tahan tengok semua tu kan? 2 klinik pergi, dah RM50 habis. Ubat tengah consumed tapi anak tetap tak sihat jugak. Ini yang bikin amarah ni. Petang nak pergi farmasi cari ubat titis yang kakak aku recommend semalam. Dia kata anak-anak dia semua dia letak ubat tu if gigi berlubang & alhamdulillah lepas tu OK. Tak perlu cabut pun. Aku bukan nak berkisah pasal duit kalau bab kesihatan anak-anak ni. Tapi doctor pun biarlah bagi penerangan yang jelas & jumud tentang gigi susu budak-budak ni. Ini bercanggah pendapat pulak. Kita pun tak tahu nak ikut advice yang mana. Sakit hati kite taw!

Susah Hati

Berdebar pulak hati aku Naurah nak pergi cabut gigi dengan Wan & Atok hari ni. Mata belah kiri pun sampai berkedip. Pagi tadi sokay je masa tinggalkan dia. Tiba-tiba dekat office risau terlebih.  Sebelum ni dah beberapa malam tido tak lena terkenangkan si bujang yang demam. Kesiannya lahai tak tidur lena dia pasal susah nak bernafas. Kemain banyak pulak hingusnya tu. Srot sret dia. Tidur pun nak berpeluk aje. Aku biarkan kepala dia diatas lengan. Biar tinggi kepalanya senang sikit nak bernafas.  Dah bagi ubat pun kadang masih terasa bahang panas badannya tu. Itu yang buat risau. Takut tiba-tiba suhu naik spike & kena fit pulak. Nauzubillah. Terkenang-kenang masa Naurah kena dulu. Hari Ahad ritu kami ke One Utama. Masa makan kat TGI Nazif merengek lain macam. Tengok bibir dia dah biru. Kaki & tangan sejuk tapi badannya panas. Allahu....risau tak terhingga masa tu. Habi berlari pergi kereta ambil ubat demam. Abg Eddy pulak ke farmasi cari ubat demam jugak. Cuak s

Hati

Kadang aku rasa was-was dengan hati. Yer, hati aku sendiri. Walau aku ni secara zahirnya adalah pemilik hati, tapi kadang kala aku sendiri tak faham dengan hati aku. Kemudian aku akur bahawasanya hati aku ni sebenarnya milik Allah. Dia yang memegang hati aku ni bagaimana & bagaimana. Tapi tak pula bermaksud aku menyandarkan segala kejahatan hati aku ni pada Dia. Ianya pasti datang dari hawa nafsu dalam diri aku sendiri. Aku yang lemah sebab tak dapat nak kawal nafsu itu. Aku rasa sedih sebab kadang aku rasa hati aku ni macam tak berapa baik. Untungnya kita manusia kata-kata yang terbitnya dari hati & mungkin juga dari fikiran tidak diketahui oleh orang lain selain drp diri kita sendiri dan tentunya Allah SWT. Kalau lah setiap dari kita tahu apa yang orang lain fikirkan & apa kata-kata hatinya, hura hara kot dunia ni. Jadi Allah itu Maha Mengetahui, maka Dia rahsiakan apa saja yang terlintas di dalam hati & fikiran kita. Ianya merupakan nikmat Allah yang tidak ter

Naurah Gunting Rambut Pendek

Image
Ohh mengggg T_T Akhirnya ibu terpaksa akur dengan request si anak yang mahukan rambutnya pendek. Tiba-tiba aje  cakap rimas & nak rambut pendek macam Iffah kawan kat kindy anak Ticer Nurul. Biasalah budak-budak baya gini mudah sangat terpengaruh dengan kawan-kawan. Cakap ibu ayah dah jatuh nombor dua tiga. Jenuh jugak aku pujuk tapi tak berkesan pun.  Consult dengan habi & dia kata potong ajelah. Lagipun senang nak pergi kindy pakai tudung rambut pendek. Kepala ringan. Kurang panas. Lebih selesa. Dah lama pun Naurah rambut panjang. Kita bagi dia new looks lah. Lagi pun dah itu kehendak dia. Bukan benda salah pun. Memang tak salah. Tapi biasalah mak-mak ni kan rasa sayang sangat rambut anak yang panjang mengurai tu. Barulah nampak princess kan? Tapi dah budak taknak jadi princess guane pulak kan? Akhirnya aku pun pasrah. Naurah pun bukan jenis suka ikat rambut. Dia suka lepas bebas gitu. Kadang nampak serabut pun yer. Jadi, baiklah. Kita potong!! Aku ing

Sakit Lutut

Image
Rasanya dekat sebulan dah aku sakit lutut belah kanan ni hah. Tak sure camne boleh sakit. Aku teringat pulak kat mak aku yang sakit lutut. Tapi dia orang tua. Aku belum la tua sangat kot. Sedih pulak rasa. Takkan la gel pelincir lutut aku dah haus by the age of 32? Try la jugak letak Flanil dgn harapan pastu OK lah. Tak jalan pon (padahal sapu sekali je ekekeke). Yang sangat menggusarkan bila lutut sakit ialah waktu solat. Ya Allah, rasa seksa sangat bila kita dari posisi berdiri nak sujud tu. Itu yang paling problem sekali. Waktu biasa ni macam kat office aku selalu duduk kan. Bila duduk lama & bangun nak berjalan tu pun ada terasa sakit jugaklah. Terhencot lah kejap jalannya sebelum sakit tu hilang. Baru Allah tarik nikmat lutut yg sihat, dah rasa down macam ni. Habi pun tak se caring dulu. Ngadu sakit lutut, ngadu sakit pergelangan tahan yang terkehel sikit sebab jadi tempat kepala Nazif tido dlm waktu yang lama pun tak dapat perhatian sewajarnya. Itulah agaknya kahwin

Makanan Sedap Vs Makanan Kesihatan

Image
Aku malas nak gugel. Aku dah lama rasa tak puas hati kenapa minum air putih banyak boleh turunkan berat badan. Ape relevannya? Lemak mencair kah  berlawan dengan air? Hahahaha =P Imaginasi tak boleh blah. Atau bila kita banyak pee ke toilet berulang kali, maka berlakunya eksesais secara tak lansung & akhirnya lemak terhakis? Atau pee kita tu mengandungi sekali toxin dalam badan, maka kita jadi sihat, pencernaan kita sihat & lemak takut utk berkumpul dalam badan? Macam-macam la yang aku fikir sebenarnya. Penjelasan saintifik aku malas nak tahu. Nak cuba pakai otak ni tafsir sendiri macam mana. Untung sangat orang yg suka minum air masak je. Aku tak suka sangat. Siryes! Tabiat biasa aku, 500ml air pun susah nak habiskan dalam sehari. Aku hanya minum bila rasa haus. Tekak perit, mulut rasa kering. Selain drp tu, bercinta lah nak tengok aku togok air banyak-banyak kecuali air manis hewheww... Air manis tu sedap. Bagi 3 liter pun sapsoi aku habiskan. Yelah, benda yang t

NYX Revenge Palette Free From Astro Circle

Image
Penyertaan pertama contest di Astro Circle pada bulan lepas hehehe. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Tq kepada geng wassap yang menyuruh aku mendaftar sebagai pengguna Astro secara online. Intan kot yang perkenal. Kembar ku hehehe. Tenkiu laling. Selain drp dah menukar bil bulanan kepada emel sahaja tanpa perlu surat datang setiap bulan (Go Green Campaign), aku jugak rajinkan diri join contest yang available utk pelanggan Astro. Soalannya mudah sangat. Cuma tinggal rezeki kita jelah Allah nak bagi ke tak menangnya tu. Selain drp tu, kalau korang perati bil Astro kan dia ada points kan? Haa..points tu korang boleh redeem dengan pelbagai reward yang Astro tawarkan. Voucer KFC pun ada. Atau bil rebate RM5/RM10. It depends on your points. Points tu kita dapat bila kita bayar bil rasanya. I'm not so sure about that. And then even pemegang akaun Astro adalah suami kita, kita boleh je mendaftar asalkan tahu nombor akaun Astro. Nak mendaftar pun tak perlu isi banyak details

Mengajar Anak

Image
Entry semalam kemain lagi happy kunun dah loose weight. Pagi tadi aku sarung blouse tengok ketat kat bonbon. Tak jadi pakai & rasa down. Maybe betul habi kata tak loose weight pun. Oh mengggggggg. Pfrttt. Kat badan terasa longgar. Inches berkurangan kot. Tapi itulah..bab bon besar serah je kat aku. Menyampah pulak kite hehehe =P Tahun lepas tak ramai geng seangkatan yang dah hantar anak ke kindy. Time aku excited, orang lain biasa je. Tahun ini, aku dah tak excited pasal Naurah still ke kindy yg sama. Cuma teruja juga setiap malam dia dah ada bawa balik homework & aku pun boleh la take part mengajar dia. Seperti yang aku jangkakan, aku bukanlah seorang pengajar yang sabar. Bila dah ulang 5/6x and masih nampak clueless, mulalah aku naik suara. Ini macam kalu boleh naik darah tinggi sekali nampaknya hahaha. Aku faham budak tak boleh fokus belajar dalam tempoh waktu yang terlalu lama tapi itulah....kalau dia cepat tangkap, aku pun boleh lah tamatkan ulangkaji. Masalahnya

Terpaksa Jugak Kabo

Image
Tak tenteram rasa hati selagi tak cerita kat sini. Sejak 2 menjak ni dah ada beberapa orang yang tegur aku dah loose weight. Ekekekke. Yahooo!! Nampaknya keputusan yang diambil utk ubah my eating lifestyle sudah menampakkan hasilnya. Happy mak noks =D Pertamanya sebab tak rasa terseksa. I eat what I want to eat. Tak pernah pun aku tolak bila makanan dah depan mata. Kan ke best tu? And at the same time berat pun turun secara perlahan-lahan. Yes. It takes time. Kalau tak sabar, cepatlah give up. Tapi utk aku, berbalik kepada niat sebenar nak turunkan berat adalah utk tujuan kesihatan. Tak ada erti kata give up di situ sebab buat semua ni tak rasa terpaksa pun. By 30's kemain lagi penyakit menjengah. Semuanya sebab tabiat pemakanan yang tak sihat. Atas rasa insaf, aku cubalah buat yang terdaya. Sama je kaedah yang aku dah kongsikan sebelum ni. Semuanya aku buat kat office. Bawa bekal big breakfast. Skip lunch. 3 liter air masak. Kurangkan pengambilan air manis. Dinner lik

Runsing

Image
Buat pertama kalinya destinasi percutian meraikan anniversary pernikahan aku & habi masih belum diputuskan pd tahun ini. Macam-macam yang berlaku kat negara kita sejak tahun 2014. Start dari kehilangan MH370, di susuli dengan tembakan ke aras MH317 & terbaru kapal Air Asia Indonesia terhempas kerana cuaca buruk. Semuanya berkaitan dengan negara kita. Kemudian pd akhir tahun negara Pantai Timur terutamanya dilanda banjir yang sangat buruk berbanding bbrp tahun yang lepas. Bencana demi bencana kita alami. Ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan pada kita. Terpulanglah cara kita nak interpret macam mana. Semua yang berlaku pun atas keizinan Allah jua. Samada baik mahupun buruk. Disebabkan itu, banyak yang perlu difikir tentang rancangan keluarga kami. Ianya memberi kesan sedikit sebanyak tentang hala tuju kehidupan. 2015 will be a tough year for us. Maybe for the years coming too. Sudahkan kita bersedia? Dari segi ekonomi pun kita dah mula terasa skrg. Kebanyakkan perkhabara

Anak Kedua

Image
Aigoo...ini dia budak yang menjadikan aku tak tentu hala. Selalu sangat menguji kesabaran omaknya ni hah. Muka kemain innocent. Tapi peel memang boleh buat aku menangis T_T Selalu cakap bebel-bebel ' ya Allah...anak siapa lah ni??? '. Mil cakap ayah dia masa kecik tak peel gitu. Behave je. Maknanya budak ni ikot peel aku ah ni? Hahaha. Yelah, peel yang molek-molek semua orang berebut nak ngaku gen dia kan? Peel ntah pape bagi la kat orang lain. Gitu =P Takpelah...after all anak aku jugak ork. Ini bukan masa nak tuding jari mengapa anakku berperangai sedemikian rupa. Ini masa utk berfikir cara yang sesuai utk handle budak yang banyak akal ini. Ahh...segala macam tips parenting dah aku carik khas utk handle dia. Buntu tawu tak buntu? Allah tu memang maha adil. Anak pertama, Dia bagi perempuan yang girly. Sesuai lah dengan jantina dia. Syukur. Anak kedua, lelaki Dia bagi yang betul-betul boy lah. Lasak kemain. Pastu nak ikot kepala dia aje. Kalau dia nak buat pape if k

Anyeong

Image
Kesian kakak dah baek punya posing. Tetibe adik datang buat onar. Hahaha. As usual lah kan. Sekarang Naurah sporting bila soh posing ambil pic dia. Aii...dah pandai gedik dah anak aku memacam pose dia bagi. Seram lak aku nak snap =P Tahun 2015, Naurah pun akan menginjak usianya 5 tahun. Bulan depan je pun. 18 Feb jatuh pada hari Rabu. Khamis & Jumaat kebetulan cuti CNY. Cadangnya memang kami akan balik Johor masa tu. Rasa mcm nak ambil cuti sehari lebih. Better Isnin kot pasal Ahad mesti jem punya orang pusu-pusu nak balik kan. Nantilah akan di usulkan pada habi. Tahun lepas dapat celebrate birthday Nazif yang pertama kat Johor. Tahun ni nampaknya turn kakaknya pulak. Kat kindy as usual boleh la bagi kek seketui buat ticer & kawan-kawan makan. Sori lah Naurah ibu awak ni memang tak rajin sangat nak buat goodies bag bagai tu. Ibu plan nak buat birthday party awak kat KFC or A&W pun ayah awak tak berminat. Nak buat kat rumah pun ayah kata malas nak kemas rumah aft

Al Ikhsan Factory Outlet & Birthday Party Alia

Image
Lama tak update blog. Kesian dia. Sorry yer blog. Mood kelaot dalam sangat lately nak merepek kat awak. Saye pun tak pasti kenapa begitu. Yang menarik weekend lepas cuma syok dapat cuti ddk rumah 4 hari dengan budak-budak. Sabtu ada birthday party Alia kat ruman Ann Putrajaya. So dapatlah berkumpul meriah dengan geng wassap yang lain. Makanan semua sedap. Ada sate, roti jala & laksa Johor. Rainbow cake & segala macam desserts yang lain pun sedap belaker. Kalau timbang berat badan mesti dah naik sekilo ni =P Ann saje nak pedajal aku nampaknye hahaha Buat pertama kalinya akhirnya dapat pun jumpa dengan bakal menantu si Hannah Sumayyah. Ni nak buat bini si Nazif dah besor sok. Hahaha. Biasalah mak-mak ni berangan je lebih nak chop anak memasing. Almaklomlah umur semua lebih kurang je. Kalau terlaksana impian di masa depan sape tawu kan?  Sebelum ke rumah Ann sempat pergi Bangi dulu ke Al Ikhsan Factory Outlet. Ada Sale katenyer. Biasalah ramai informer dlm geng wasap