Posts

Showing posts from September, 2015

Throwback Melihat Kaabah Pertama Kali

Image
Perasaan ketika pertama kali melihat Kaabah di depan mata. Berdebar-debar. Kami tiba di Kota Suci Mekah sekitar 12malam. Kami dibenarkan naik sebentar ke bilik utk berwudhu & sebagainya sebelum berkumpul semula untuk melakukan Umrah Wajib bagi yang pertama kali sampai & Umrah Sunat bagi yang dah pernah sampai. Untuk aku, ianya Umrah Wajib. Allah ya Allah, terima kasih kerana menjemput hambaMu yang hina ini ke rumah Mu pada usia 31 tahun. Jemputan yang tidak disangka kerana mengikut rancangan & kemampuan kewangan, kami akan pergi dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Itulah namanya rancangan manusia. Mana boleh lawan dengan rancangan Tuhan. Suasana sekitar Masjidil Haram pada waktu tu tenang. Kami berjalan dengan perlahan beramai-ramai dalam kumpulan bersama mutawwif muda kami Ustaz Samsudin seorang warganegara Indonesia sambil tertahmid, berzikir & sebagainya. Mulut aku tak lepas berzikir rabbi yassir wala tuassir kerana banyaknya perasaan tak enak memikirkan ke

Permudahkanlah

Image
Menghampiri 31 weeks esok. Tidur malam semakin terganggu. Rasa macam setiap jam pun terbangun. Mengiring ke kanan, ke kiri, menelentang. Posisi tidur seperti dah tak ada yang selesa. Si kecil kat dalam sane pun kemain lagi menendang dari dalam. Awak okay tak kat dalam sana? Awak tak selesa ke? Bermacam soalan bermain dikepala. Muntah kuning sekali sekala datang kembali di waktu pagi. Selagi tak keluar, selagi tu kepala senoneng. Allah ya Allah, seksanya bila nak berjalan. Sakit pelvik membawa ke tulang belakang semakin meruncing. Jalan dah macam sloth. Slow gile. At the moment kat kampeni ni aku sorang je yang masih pregnant. Nampak la dah sarat sangat. Ramai yg melahirkan rasa kesian tengok keadaan aku. Hehe. Lawak pulak rasa. Kalau dah namanya mengandung, mmg macam inilah. Cuma yang ke-3 ni lebih mencabar drp yang sebelum ni. Faktor umur barangkali. Cukuplah 3. Nekad. Aku dah tak kuat. Dah takde daya utk mengulang kembali semua proses ni. Allah tahu. Bila rasa susah sang

HSP Datang Lagi

Selasa minggu lepas HSP Naurah kembali semula. Ambil dia kat kindy petang tu, teacher kabo siap-siap dekat habi ruam kat kaki Naurah naik semula. Bila kami check, adoyaiii ini ruam paling teruk naik sejak kami start duduk semula rumah BBST. Sebelum tu ada jugak naik tapi sikit-sikit & sekejap je dah hilang. Tak membimbangkan sangat. This time around, teruk pulak. Hurm.... Kebetulan memang nak balik Semenyih sempena Raya Korban kan. Sabtu lepas we decided to bring Naurah to her paed Dr. Khairul kat Annur. Alang-alang aku pun ada check up kan. Terkejut jugak doc tengok ruam naik semula. Terus ambil sample urine & +ve high protein. Kencing kotor. Doc prescribed semula Prednisolone. An anti inflammatory steroid for her. Kuat makan balik lah jawabnya dia. Hehe. Risau jugak sebenarnya bila kena on steroid ni. Tapi nak buat macam mane. Trust jelah your paed. Tadi before pergi kerja sempat check ruam dia & nampak ada penyusutan. Alhamdulillah. Cuma kali ni nampak ada lebam

Ocean Hauz, Seri Bangi

Image
Rabu lepas kami dapat balik office awal sejam drp biasa. Tapi habi datang pikap aku dekat 5.30 jugak. Sabar jelah mak jemah huhu. Cancel nak tgk movie kat IOI Putrajaya City Mall, jomlah terus dinner awal. Kami redah je menuju ke Ocean Hauz dengan harapan besar kedai tak tutup. Maklumlah esoknya kan dah Raya Korban. Manelah tau staf kedai dah cuti balik kampung ke. Sebelum kesana aku gugel dah pasal Ocean Hauz (OH) ni. Nak dapat bayangan kat mana exactly the place. Seksyen 8 tu aku familiar jugaklah pasal Annur Specialist kan kat area situ. Dapat tips yang OH ni berdepan dengan PKNS. Cuma tak tahu belah depan yang mana satu pasal ada 2 deretan kedai baru. Memula kami pergi shop lot yang salah. Kali kedua baru menuju ke tempat yang betul. Nampak je papan tanda tulis Seri Bangi, terus masuk & tadaaa, dah sampai.  Syukur kedainya buka. Operation hour 4.30pm-12am. Kami sampai around 6 o'clock & ada 2/3 customer depan kami tengah pilih seafoods. Masuk je terus pilih sea

Kisah Raya Korban 2015

Image
Nikmatnya makan-makan semalam. Kemain lagi drp pagi dah melantak macam-macam melupakan terus diet yang sepatutnya harus terus konsisten masa pregy ni. Harap sangat tak bagi effect yang bukan-bukan kat baby. Tapi memang syok ah dapat makan macam biasa. Juadah pagi raya ayam masak rendang, sambal kacang, lodeh, nasi impit, lontong & sambal sotong. Pastu ada karipap. Kemain berselera lagi aku makan. Habi pun kesian gaknye so tak cakap ape. Bukan selalu. Hehe. Then tengahari lauk dari lembu korban dah siap masak. Kari daging yang mabeles & sup tulang yang empuk. Sup tulang tu aku ambil semangkuk polistren je. Tak menambah pun sebab masih beringat. Kari daging aku ratah jugak ambil sekali kentang supaya tak rasa kosong sangat. For dinner ambil kari daging & sejemput kuey teow. Ada la jugak makan agar-agar & puding roti yg sedap. Ahh...rindu sangat pada dessert. Malam sebelum tido kunyah Peria Chew & telan ubat darah tinggi. Wajib sebab rasa bersalah sangat makan

Mood Cuti Suda

Image
Kelaot nak puasa hari ni. Sebab dah terbiasa pagi masa perut kosong kunyah Peria Chew, laju je masok mulut menghisap. Then tinggg!! Bukan ke aku nak puasa??? Hergh. Tapi yelah, sahur apa pun tidak, ubat hi blood pun tak makan, maybe mmg dah ditakdirkan aku tak perlu puasa kot. Tapi itulah...mengenangkan pahala tu rasa sayangnyaaaaa T_T Takde rezeki nak tambah pahala tu tahun ni. Tahun depan InsyaAllah kalau panjang umur ya. Lepastu teringat pulak lupa bawak spek nak pergi cinema hari ni. Adoiii..takde spek serupa la macam tak payah pergi tengok. Bukan nampak jelas pun. Lately rabun memang makin teruk. Makin kerap kena pakai spek bila kesana sini. Kalau tak pakai mmg tak puas mata memandang. Dah mati kutu nak buat apa balik opis awal hari ni? Habi pon clueless. Nak sopim apa pun dah tak tau. Adelah toiletries & diapers utk baby yang belum dibeli lagi. Nak beli kat mane ntah. Blur. Nanti-nanti lah fikir. Kami dah balik Kampung Sentosa, Semenyih malam tadi. Nak jugak tulis ka

Esok Hari Arafah

Esok sempena Raya Haji pada hari Khamis, company bagi balik awal pukul 4.30pm. Awal sejam je pon. Jadikla bagi orang yang langsung tak apply cuti ni. Jumaat pun kena kerja. Pasrah pasal tak balik Johor. Lepak Semenyih je. PIL buat korban lembu sekor seperti biasa. Selalunya adalah makan-makan sekali panggil sedara mara habi merapat silaturrahim. Kat Johor takde Kak Ya rasa macam hambar. Abg Eddy pun balik Taiping. Yang ada cuma adik-adik & kakak sulung. Kita skip jelah nak balik Johor. Tengoklah bulan depan kalau masih larat ambil cuti balik sana sebelum bersalin ke. Sabtu ni pun kebetulan ada check up kat Annur. Malas nak mintak tangguh pasal hari cuti. Selalu kena apply half day utk check up. Tu yang cuti tinggal ciput. Dah nak last-last ni check up makin kerap. 2 minggu sekali utk pantau progress baby dengan lebih rapat. Selalunya dah akhir-akhir nilah bermacam komplikasi senang berlaku. Kita tak payah fikir banyak. Doa yang baik-baik aje. Moga dipermudahkan Allah segalanya

Terasa Dikasihi

Image
Anak-anak. Merekalah racun, mereka jugaklah penawarnya. Dalam pada pening kepala, sakit jiwa melayan karenah anak yang membesar, at the same time mereka jugalah yang buat kita gembira. Menjadi antara sebab mengapa kita bersemangat teruskan hidup yang tak lama mana ni. Aku bayangkan hidup aku sekarang tanpa 2 ketul tu. Ya Allah, rasa suram sangat. Jiran kami yang sebelah kiri tu start tinggal rumah tu end of 2013, early 2014 macam tu lah. Sebelum tu rumah tu disewakan pada lelaki bujang yang tinggal sensorang. Aku ingat lagi masa tengah menghabiskan sisa hari on maternity leave si Nazif, rumah sebelah tu kelentung kelentang orang dok renovate. Stress gila kot. Dah la ada baby kecik kan. Dengan bising drill sana sini, menyumpah habis aku rasanya. Haha. Pagi bila dah start je bunyi orang buat keje, aku pun angkut Naurah & Nazif lepak master bedroom sebab kurang sikit bunyi bising tu. Cuma boringlah pasal takde TV. Nasib ada wifi Streamyx. Memang membantu sangat masa tu. 

Kerana Sayang

Image
Lately agak runsing tentang kebesaran baby dalam rahim ni. Seriau pulak bila teringat antara risiko wanita mengandung yang ada GDM ialah baby besar. Homai...teringat-ingat lagi masa push Nazif dulu. Masih dapat rasa cekang kepala dia yang besar nak keluar tu kemain mengerah kudrat aku. Itu baru 3.4kg. Masa tu takde GDM pun. Last scanned awal bulan hari tu baby membesar dalam julat progress yg normal. Masa tu baru nak masuk 7 bulan. By the time 7 months above, masa inilah selalunya baby akan membesar dengan drastik. Kadang kita makan macam biasa pun kalau dia nak membesar dengan jayanya, dia membesar juga. Buat la macam mane pun. Hehe. Seriau kan? We have no control on that. Bila takde control tu, pada siapa lagi kita nak berharap kan? Doa jelah selalu pada Allah mohon dipermudahkan semuanya. Tawakkal.  Pelvik pain makin mengganggu. Bila duduk tu nak bangun, seksanya. Berjalan pun sakit. Kena pelan-pelan dah macam jalan masa berpantang. Homai....baru 7 bulan lebih dah gaya

Wedding At Dewan Perdana Felda

Image
Antara gambar yang dapat snap semalam. Naurah tak bagi kerjasama nak ambil gambar dia. Nazif tak payah cakap la. Hahaha. Mane pernah reti duduk diam. Ajak Naurah selfie biasalah hasil kelam. Henpon murah la katekan. Asal ade kenangan ye sudah. Congrats pada pasangan pengantin muda. Early 20's dah bernikah. Bagusnya. Aku suka je tengok pasangan muda bernikah. Muda-muda dah ada anak. Kita orang perempuan pon badan masih kuat nak mengandung & bersalin. Nanti umur dah 40-an anak dah remaja. Syok woh. The thing is pasal kahwin muda ni, parents kena bagi perhatian lebih la utk guide pasangan muda. They really need a guide from us. Jangan kita lepas tangan je & harap diorang matang sendiri. Lain kekdahnya dengan pasangan yang kahwin masa umur 25 above. Cabaran nikah masa muda lagi banyak drp dah above 25. Jiwa masih muda dlm peralihan alam remaja ke lebih dewasa. Kita yang dah lalu fasa tu tau sangat lah macam mana kan. Darah muda. Masih panas. T

Bestnya Cuti

Image
Berkoje dah kite hari ini. Heaven sangat dapat cuti semalam. Budak-budak pun happy dapat spend time dengan ibu ayah. Pagi-pagi dah bangun buat breakfast merangkap lunch Spagethi Bolognese. As usual budak-budak makan memang bertambah. Seronok tengok. Boleh kata menu wajib setiap bulan. Pagi tu melepak-lepak jelah kami. Sambil tengok TV, sambil lipat baju. Nak dekat Zohor kami bersiap & after solat ke wedding di KL lah kite. Sampai dekat pukul 3 petang. Majlis tamat pukul 4 petang. Haha. Biasalah dah late comers ni foods dah tak berapa meriah. Belasah ajelah apa yang ada. After mingled around, kami pun chow sin & singgah D' Pulze Shopping Mall kt Cyberjaya ni bawak budak melepak kat Molly Fantasy. Tak main kat dalam pun psl aku tengok alahai keciknya tempat. Sedih je haha. So budak-budak main sekitar tempat games yg macam-macam tu je. Lepas aku & habi solat Asar, kami balik. 1 jam je kat sana. Takde apa yang menarik sangat lah situ. Tempat makan banyak lah. Kami

Kelebihan Personal Insurans

Image
Esok cuti. Yippeeeee. Sehari pun dah rasa happy sangat. Boleh main masak-masak. Itu pun waktu pagi je pasal lepas Zohor ada wedding invitation kat Dewan Perdana Felda. Habi mention pasal pasta flowers kecik-kecik Naurah insist nak beli masa shopping groceries kat Giant ritu. Nampaknya menu western lah lagi yer. Budak-budak tu kalau dengan sos spagethi baru laju sikit makannya. Tekak western. Ajaran ibu ayah jugak. Hehe. Petang ni nak bawa Nazif pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak Nilai. Tak pernah lagi pergi klinik ni. Baru nak cuba tengok gane gaya doktornya. Kalau bagus, boleh datang lagi. Tak perlu nak drive jauh sangat sampai ke Annur Bangi nun. Flu & cough budak tu tak elok-elok lagi. Dia pun dah letih makan ubat. Its time to see doctor for 2nd opinion. Nak kena neb ke nak bagi ubat baru ke. We'll see. Pastu nak tanya-tanya pasal antibodi Naurah yang low tu. Kot-kot ada produk doc rekemen elok utk dia. Ruam BSP sekali sekala je naik & hilang sendiri. Sikit-sikit. T

Apa Khabar Mereka?

Image
Boring boring tak tau nak buat apa. Scrolling down my blog list and suddenly I missed those good old days when blogging is quite famous. Ramai woh dapat kawan maya drp blog ni. Blog walking everyday dengan memasing sangat rajin update itu ini. Sekarang alahai...boleh dikira dengan jari berapa je blogger friends yang masih aktif. Itupun dah tak seaktif dulu masa sangat meriah tu. Ahh rindunya.... Ramailah blogger yang dulu memang rapat jugaklah sudah tak ketahuan apa ceritanya since blog pon dah tak berupdate. Ada yang dah 3 tahun sepi. Rindunya aku pada korang-korang. Mana korang pergi hah? Hows life? Anak dah berapa? Banyaknya persoalan yang tak tau nak cari jawapannya kat mana. Lost contact lansung. I still remember them. I don't know if they remember me too. Well, for some people maybe blogger friends ni tak berapa mengambil peranan sangat dalam life diorang. So tak terasa apa-apa pun. Takpelah. Takkan nak paksa pulak orang ingat ke kite ork? Hehe. I just wondering,

Musibah Umat Islam

Episod jerebu masih lagi berterusan. Hujan pun tak dapat nak redakan asap ni. Rasa lemas & rimas. Allah sedang menduga kita. Takziah juga kepada jemaah haji yang meninggal dunia susulan kren pembinaan jatuh pada hari Jumaat lepas. Setakat ni 5 orang jemaah haji Malaysia dah disahkan meninggal dunia. Innalillah..... Kita yang hidup ni berasa sedih diatas kemalangan yang menimpa. Tapi dalam masa yang sama kita juga rasa iri hati atas asbab bersangka baik betapa pemergian mereka semuanya adalah dalam keadaan yang sangat baik. Meninggal dunia pada hari Jumaat, meninggal kerana bencana, meninggal semasa sedang beribadat kepada Tuhan Yang Satu, meninggal di Tanah Haram. Semua tu merupakan petanda yang baik bahawasanya mereka ditempatkan di tempat yang baik disisi Allah SWT. Disolatkan jenazah mereka oleh berjuta umat Islam. Allah ya Allah, betapa beruntungnya mereka. Moga kita juga apabila sampai waktunya ditarik nyawa, juga dalam keadaan yang baik. InsyaAllah. Selain drp be

Haihhh

Mak tak berapa rasa nak sihat hari ni. Perut tak berapa nak sedap. Flu. Headache. Dan jerebu. Rasa lemas & rimas. Patut dah tahap jerebu macam ni kena isytihar cuti kerja je kan? Hehe. Berangan itu free. Haih...tak sabar nak balik rumah lah. 3 hours to go. Rasa macam 3 days waiting. Aktiviti luar memang tak digalakkan lah utk budak-budak cuaca macam ni. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kalah, inikan pulak budak-budak yang fragile. Alhamdulillah Nazif dah kebah demamnya. Tinggal flu & batuk masih bersisa. Naurah tak demam. Tapi biasalah dia tak sudah-sudah dengan flu. Batuk cuma sekali sekala. Esok kami akan ke AU2. Maybe spend overnight there. Today birthday Cik Eddy & Emriel. Ada buat makan-makan. Mak & Abah pun masih ada kat sana. So marilah kita mengeratkan silaturrahim sesama kite. Allah. Ape lagi nak tulis? Mak takde idea dah. Haha. Gambar nak tepek pun takde. Malam tadi Naurah cuma revised Bacalah Anakku & Iqra' je. Takde homework lain. S

Set Berpantang Anak Ke-3

Image
Kemain tak nyabor nak share. Maklom lah benda dah dapat dalam tangan. Hehe. Masa bersalinkan Naurah memang blur bab Set Berpantang ni. Tau-tau MIL dah belikan Set Berpantang Orang Kampung. So kite pon guna ajelah apa yang ada. Tak baik membazir kan? Masa bersalin ke Nazif, beli Set Amway yang kawan blog tak pakai sangat. Dedua set pon okay je. Tak teringat pulak kalau ada rasa tak okay. Cuma kali ni aku aim beli secara loose item & nak cuba brand lain pulak. Pakai apa yang memang aku akan pakai supaya tiada pembaziran. Setakat ni yang aku rajin pakai ialah minyak urut, minyak baby, param untuk bengkung perut & air mandian herba. Gugel punye gugel, tertariklah nak try set berpantang Nona Roguy. Kalau beli 1 set tu memang telan ailio 80x jugak la. Kebetulan jumpa pulak 1 website ni tengah buat promosi 10% tak salah sempena Merdeka haritu. Plus free shipping. Tak berlengah cepat-cepat lah aku order & buat payment pasal promosi tinggal sehari je lagi valid. So inilah 3

Terbantut

Image
Hai semua. Mak baru balik drp Annur hantar result SBS & check blood pressure. Alhamdulillah doc puas hati & tak perlu admit. Yahooo!! Gembira la kejap walau tak bermakna apa-apa pun sangat. Sempat nurse pesan jaga makan yer Puan! Terbantut terus hajat nak celebrate dengan cheat day. Kahkahh. Macam dia dapat baca pulak fikiran aku masetu. Cis sangat. Pergerakan baby semakin obvious lately. Maybe dia dah makin besar & kuat kat dalam sane tu kan. Kemain perut mak senget benget dibuatnya. Tapi mak suka. Suka sangat. Tanda that he's okay inside there. Moga panjang usia kamu yer nak sampailah selamat dilahirkan nanti sampai boleh membesar dengan sihat sama-sama dengan kakak & abang awak. Amin. Tak sangka jumpa roommate masa kat UPM dulu. Nani & her husband Farid. Rupanya dah full term dia at 37 weeks and tunggu masa je. Due date 1/10 memang dah tak lama dah la. Teruk dia batuk-batuk. Biasalah bila pregnant daya tahan badan melawan penyakit memang lemah. Aku n

Serial Blood Sugar Test (SBS)

Image
Result BSP semalam after fasting je dah kantoi reading 6.5. Terus down rasa. Padahal dah boleh agak kenapa boleh kantoi even dah minum jus peria katak+epal hijau+lemon. Sepotong brownies Fad. Haha. Cannot tahan lah. So skip lah nak hantar result kat Annur pagi ni. Hari ni kita buat lagi BSP test and Alhamdulillah reading normal 5.7 only. Phewww. Mak taknak warded. Susah lah dengan ada anak 2 orang sedia ada tu. It will be the last option. Kalau dah mendesak sangat baru pasrah. Memula semalam nak tipu je result fasting pagi tu. Tapi biasalah aku, risau kang jadi pape kat baby menyesal pulak sepanjang hayat. Habi pun tak bagi tipu-tipu. His concerns is the baby too. We are on the same page on this. Bab kesihatan jangan main-main. Melibatkan nyawa okay! So esoklah kita hantar result test BSP tu. Kena ambil blood pressure sekali. Tak perlu jumpa doctor pun. Dia cuma nak review the result sebab nak decide kena start insulin or not. And whether ubat Adalat 10mg sehari yg aku makan s

Inilah Kakak & Abang Awak

Image
Tak tau pulak kite nak bebel ape pagi ni. Baby tengah menendang-nendang perut. Bahagianya rasa hati kite. Alhamdulillah. Baby, awak kena kuat yer. Hari-hari ibu doa pada Allah moga lindungi awak, panjangkan usia awak, beri kesihatan pada awak. Ibu risau sebab kesihatan ibu yang tak stabil ni menyusahkan awak kat dalam sane. Kepada Allah je ibu berserah segalanya. Esok akan genap 7 bulan awak dalam perut ibu. Sebenarnya ibu dah tak sabar nak jumpa dengan awak. Nak jumpakan awak dengan Kakak Naurah & Abang Nazif. Diorang excited nak jumpa baby baru dalam keluarga kecil kita. Moga dengan kehadiran awak, makin bahagia keluarga ini. Makin dimurahkan rezeki & sentiasa dirahmati. Sebenarnya juga ibu nervous nak jadi Mom of 3. Ibu harap Allah bagi lebih kesabaran pada ibu dalam mendidik semua anak-anak ibu yang disayangi sepenuh hati. Ibu harap kamu semua bertuah dapat ibu seperti ibu. Ya, ibu tak perfect. Tapi ibu harap kamu semua happy dan cukup makan pakai seadanya kemampua

Rezeki Terhebat

Image
Rabu ni genap 7 bulan. Ya Allah, rasa happy sangat. Dah tak lama...lebih kurang 2 bulan je lagi sebelum bersalin anak ke-3. InsyaAllah moga dipermudahkan segalanya. Walau pregnancy kali ni diuji dengan lebih hebat, aku redha. Sentiasa cuba untuk positif dalam segala hal. Allah uji ada sebabnya. Yang penting kita jangan give up. Rabu ni jugak kena sekali lagi ke Annur bagi result SBS terbaru yang perlu dibuat esok. Doc tak happy dengan result SBS hari tu. Sabtu malam aku pun gigih la buat jus peria katak+epal hijau+lemon. Telan sebiji pil peria chew sama. Esoknya ambil darah after fasting and amazingly gula turun 5.8 saje. Normal okay. Itulah bacaan terendah after fasting yg aku pernah dapat sepanjang pregy ni. Kalau tak sokmo cecah 7.2-7.5 gitu. Itulah yang buat doc tak happy. Doc bagi kata dua hari tu samada nk start insulin or ketatkan lagi diet diabetis. Urghhh..aku punyelah takot bab cucuk insulin kat perut tu dari dulu lagi. Of course aku kata nak try lagi. Tu yang gigih

Malam Yang Berkualiti

Image
Lapang otak bila berjaya basuh pinggan masa drama Mencintaimu tengah main kat TV. Terlepas la sikit scene atok Hisham meninggal. Takpelah asal dpt clearkan sinki yang dah penuh tu. Habis je drama, as usual naik atas mandi & solat. Lepas tu bukak buku ajar Naurah buat homework sambil melayan karenah si Nazif yang suka mengacau tu. Sambil-sambil layan sembang kat group wassap. Habi pun spend time with us last night. Lepas masuk baju dalam washing machine kt bawah, dia naik atas lepak dengan kitorang. Rasanya lagi bagus macam tu kan. Bila lagi nak spend masa dengan anak-anak yang dah seharian ditinggalkan? Waktu malam tu jelah yang ada nak bergurau senda pun. Lagi berfaedah drp tengok TV tu. Macam yang aku tulis semalam, its all about choices. Seminggu dua buat rutin ni, aku rasa lagi happy & puas hati drp rutin malam yg sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah. Thanks for showing me the way. So malam tadi kami semua masuk tido sama-sama. Tutup lampu & to lalaland we are. Th

Membuat Pilihan

Image
Seminggu dua yang lepas, aku ambil keputusan ubah rutin waktu malam. Lepas waktu Maghrib, dah solat & mandi wangi-wangi terus suruh Naurah buka buku buat homework. Sampai bila asyik tak buat homework kindy tu kan? Kalau nak tunggu Nazif tido baru bukak buku, memang kelaot dalam lah jawabnya. Dengan aku-aku sekali berkeroh atas katil. Bangun pagi nak buat? Macamkan tak tau peel budak-budak waktu pagi. Lagi lambat bergerak otaknya. Lambat panas. Buat sakit jiwa je ngajor. Alhamdulillah, kurang dah xtvt Naurah dok layan youtube tengok orang mekap pasal kena paksa dengan ibu singa buat homework. Selalunya buka buku start 8.30malam sampai 10malam. Tapi biasalah ada selingan sekali sekala dengan xtvt mewarna yang tak perlu pun sbnrnya. Cuma taknaklah dia stress sangat nak menulis & membaca non stop dlm masa sejam setengah tu kan. Kalau dia siapkan semuanya awal, dapatlah tido awal drp pukul 10. Semuanya depends pada kerajinan & kecekapan dia pd waktu malam tu. Iqra'