Posts

Showing posts from June, 2014

11 Months Already

Image
Alahai Nazif. Awak ni kecik temetot je ibu tengok. Tak macam budak dah nak 1 tahun umurnya ekekeke. Gigi pun baru 2 batang kat bawah tu. Baru la pandai nak meniti kat sofa bagai. Baru jugak pandai minum pakai straw. You are so much like little baby you know! Huhuhu.  Omey omey lg. Gewam rasa nak picit-picit je pipi gebu awak tu. Hakikatnya mmg aku selalu picit & kiss pipi Nazif sbb dia suka ketap gusi dia. Bile ketap tu pipi jd kembong. So comel huhuhu. Gewam!! Aummm!!! Hahahaha... Nampak macam nak naik balik badan dia. Susu pun dah 5-6oz. Bab makan suap ape pun dia telan hahaha. Pemakan dia ni sbnrnya tp jenis aktif so berat susah nak naik banyak. Rambut dia mcm tu lah jugak. Neymar Jr. Hahaha. Kdg sapu baby oil pun tetap terpacak jugak dia. Layan sajalah kan. Boy takpelah kan. Nampak rock gittew =P Nazif jugak dah pandai bye-bye orang. Dah pandai letak tangan kat telinga bila kita ckp 'hello'. Kunun mcm henfon letak kt telinga la tu. Henfon halimun

Gate & Astro Ramadhan

Image
Alhamdulillah selesai dah pemasangan gate baru rumah kami. Design simple aje. Bajet pun ciput je kan. Syukur jelah etlis tak perlu dah nak mengangkat gate yang dah rebeh huhu. Lama jugak diorang pasang. Ada 2 orang pekerja Indonesia. 2 jam jugaklah baru siap semuanya. Dari pukul 5 petang sampai 7 petang. Tapi dia pasang teliti lah. Puas hati kerja elok je hasilnya. Sebelum tu dalam pukul 2ptg orang Astro datang tukar decoder PVR wifi. Pastu orang tu tukar sekali piring Astro kami sebab dia tengok ada bengkok skek piring tu. Tak tau camne boleh bengkok. Misteri. So serba baru la piring & decoder Astro tu. Caj pemasangan RM50 sahaja. Settled 2 benda dalam 1 hari. Alhamdulillah. Habi tanya org pasang gate tu if nak install auto gate. Org tu kata jiran sebelah kami buat tu RM2k autogate sahaja. OK fine. Tunggu 2-3 tahun lagi kot =P

Selamat Datang Ramadhan 1435H

Image
Memang mudah utk terbuai dengan duniawi. Hal-hal duniawi dimata dan hati kita teramat lah menggiurkan. Sangat mudah utk lalai dan leka dengan duniawi. Allahu.....ingatkanlah aku selalu ya Allah. Bila aku tersalah jalan, bila aku semakin jauh, kembalikanlah aku semula ke jalan yg lurus itu. Tariklah...tolaklah....moga akhirnya akan kembali ke jalan itu. Ya Allah, moga Ramadhan yang akan datang nanti aku diberikan kekuatan utk memperbanyakkan ibadah kepada-Mu. Permudahkanlah ya Allah. Suasana di luar semakin sayu. Ramadhan sudah semakin hampir. Mood sudah bertukar. Terimalah puasa kami ya Allah. Terimalah amal ibadat kami. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Surah Rahman - Mishary Rashid Al Afasy سورة الرحمن - مشاري العفاسي

Nikmat Allah yang manakah mahu kita dustakan? Terlalu banyak yang Allah berikan kepada kita. Bumi yang indah. Udara untuk bernafas. Air utk diminum. Terlalu banyak utk ditulis semuanya. Bagaimana pula kita membalas segala yang Allah berikan kepada kita?  Kita sentiasa sibuk dengan hal dunia. Dengan suami, dengan anak-anak, dengan kerja. Berapa banyakkah masa yang kita luangkan untuk Allah? Allahu....moga kita selalu beringat. Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. 

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Tak pernah rasa bosan mendengar alunan bacaan Sheikh Mishary Alafasy ni berpuluh kali sekalipun. Sampai dah boleh hafal sikit-sikit surahnya. Tersentuh hati mendengar bacaan yg merdu. And the Sheikh sgt beremosi membaca surah ni. Ada translation in English & kita pun boleh hayati sama apa yang Allah sampaikan pada kita Al Quran memang mukjizat yang sangat besar. Ianya kata-kata drp Allah. Bahasanya sangat indah & totally out of this world. Basically surah ni menerangkan tentang tubuh badan kita yang akan memberi persaksian terhadap apa yang kita kerjakan di dunia sewaktu di akhirat nanti. Hari dimana mulut kita akan dikunci drp berkata apa-apa. Tiada pembohongan, tiada penipuan. MasyaAllah. Hari yang sangat hebat. Sudah bersediakah kita? Allahu....moga kita selalu beringat akan dunia yang satu lagi....

'Confius' Kiraan Hari Membolehkan SOLAT JAMAK - UAI

Dekoder PVR Wifi & Bodysuit Carters.com

Image
Semalam ade idea dah nak tulis pasal ape. Ni dah lupa balik. Sabor jelah huhuhu. So nak cerita apa ni? Hewheww @__@ Dah takde mender nak cerita, tak payah la menulis sini ye tak? Eee tak boleh la. Aku suka mengarang karangan. Nak jugak tulis huhu Aaa..ada idea dah. Ritu sembang spt biasa dlm grup wasap pasal decoder Astro PVR Wifi yang terbaru. Ada yang baca entry Abg Nara kat blog femes dia tu. So apelagi kan? Dulu masa kitorang tukar Byond HD entah kenapa tak dapat dekoder yang sekali dengan PVR. Maybe sbb kitorang belum tukar pakej Superpack 1 kot masa tu. Entah lah. Dah tak ingat. So bila dapat tahu ade dekoder baru PVR Wifi yang katanya boleh rekod lebih byk jam cerita apa yang kita nak rekod, aku pun saje takde keje g call Astro. Sekali full OK CS dia. Then godeh-godeh website Astro, nampak ada Live Chat dengan CS diorang. So terus jelah chat & lagi senang rupanya. Tanya itu ini & dia pun submit application kita on behalf. Kurang kerja aku hehe. Kalau leceh-leceh

Rezeki Hidup

Image
So hari ni nak cerita apa pulak kat sini? Jap pk hehehe.... OK cerita pasal family aku pulak. Kisahnya Abah dah tukar kereta Vios kepada City. From Toyota to Honda. Kaler tetap sama, putih. Sejak dulu nampak habi pakai Myvi putih sampai lah ke Almera putih, Abah memang dah kenan kaler putih utk kereta. Taknak kaler lain dah dia. Putih memang menawan hohoho. Suci murni gitu. Tak sabar nak test drive kereta City tu. Tak pernah lagi drive kereta Honda. Anje pulak dah nak tamat training Polis selama 6 bulan di Pulapol, KL. Sabtu ni dia ada perbarisan. So mak & abah will attend lah. After that dia cuti 2 weeks & masuk semula utk tahu penempatan bertugas kat Balai Polis mana. Tak sangka ada adik beradik yang keje as a police. Tetibe mcm bangga skek ekekeke. Tahniah Anje sbb berjaya mengharungi training Polis yang terkenal tough nya itu. Agaknya dalam adik beradik aku yang paling tak berjaya dalam kerjaya kot. Malunya huhuhu. Tapi takyah la nak ukur drp segi tu sgt. S

Gate Bonus Increment

Image
Lately macam takde idea sangat nak tulis apa kat blog ni. Jenuh kadang mikir termenung depan pc ni hah. Agaknye sebab makin tua kot ekk? Ape je yang menarik nak share sini ye? Hurm...ada la beli gate baru utk rumah tu. Last 2 weeks order. InsyaAllah sabtu ni siap utk dipasang. Sbnrnya tak plan pun nak tukar. Masa jiran sebelah tukar gate, aku soh habi approach orang yg pasang gate tu tanya berapa dia caj if betulkan pagar kami yang kedua belah pintunya, engsel bawah tu karat & tercabut. Haihh..makan bertahun jugaklah mengangkat gate tu bila nak tutup buka. Maybe kat lengan aku dah ada muscle sikit hasil mengangkat tu kot haha Org gate tu janji nk dtg esoknya betulkan. Hari berganti hari, dia tak datang pun. Sedihnya lahai. Aku cakap dgn habi, agaknya tak berbaloi dia nak datang betulkan setakat upah RM50 kot. Huhuhu. Kesiannya kita bang. And then rezeki pun sampai. Duit dari Prudential masa Naurah warded ritu dah ready. 5 days warded dapat RM1k. Alhamdulillah. Ini pun aku

Adik Beradik

Image
Cukup kot kan anak 2 je. Kadang rasa mcm cukup dah. Lelebih lagi bila masing-masing buat perangai. Bila rasa tak terhandle tu, mmg dalam hati kata cukuplah 2 orang. Tak larat oiihhh. Pitams. Juga mengenali diri sendiri yang sememangnya kurang penyabar ni kan. Makanya kita sedar diri laju-laju jelah. Tapi kadang rasa sikitnya 2 orang. Tak meriah. Maklumlah aku ada 7 beradik. Dah biasa riuh rendah bila berkumpul. Kadang dah cukup semua orang pun rasa mcm sikit lagi. Like, eyhh ini aje ke kita? Takde lagi dh meh? O__o Tunggu lah 3-4 tahun lagi baru kita fikir pasal penambahan anak ni. At the moment, bersyukur jelah dengan sepasang anak ni. Etlis if dah taknak tambah anak, dah merasa ada anak lelaki & perempuan. Nikmat dari Allah kan =) Nazif dah sihat. Alhamdulillah. Naurah pulak di serang flu. Berganti ganti sakit budak-budak semua ni. Cuaca tak menentu agaknya. Ahad yang akan datang ni dah masuk bulan Ramadhan. Seronoknya balik pukul 4.30pm. First time

Kenapa ALLAH Cipta Perempuan Ada Cantik Ada Tak Cantik? - UAI

Seronok dengar kuliah UAI ni. Addicted dengar bila waktu rehat kat opis. Banyak lawak tapi ilmu yang disampaikan tu yang tak ternilai. Buat peringatan pada kita.  Kecantikan kalau di pilih sbg asas perkahwinan, boleh jadi akan makan diri di kemudian hari. Muka comey tp perangai tak comey, tak menjanjikan apa-apa. Tu psl ustaz kata kat mahkamah syariah sane ramai ppn comey bercerai. Tak heran. Rupa lawo, peel jahat. Klu pilih krn agama, ustaz kata even tak lawo, tp pandai amek hati suami, mulut tak jahat, InsyaAllah takde jupe kat mahkamah sane. Bahagia hidup. Baik lah ustaz. Sbbkan sy ni dok lawo, maka sy cuba lah jd bini yang baik kpd suami. motivasi pd bini yg kurang drp segi paras rupa & fizikal. Terbaek. Hehehe =P

Tabah Yer Nazif

Image
Nazif tak baik demam lagi. Makin merisaukan sebab lama sangat demamnya. Ni dah masuk hari ke-6. Pening kepala dibuatnya. Malam tadi dah start antibiotik. Doc kata tunggu dalam 2 hari & see how his progress. Harapnya kebah la demam dia. If not doc kata kena inject ubat lah. Aku rasa esok kalau dia masih demam masa pegi hospital, kami nak wardedkan aje. At least ada 2 hari weekend kami boleh jaga dia kat sana tak perlu nak ambil cuti. Memang virus demam yang kuat sedang menyerang Nazif skrg ni. Sel darah putih Nazif berkumpul di kalenjar leher belakang telinga sampai bengkak kat situ. I showed Dr. Yap the bruises & he immediately know what kind of antibiotic he need to give to Nazif. Hopefully its the right antibiotic lah. Kesian sangat kat Nazif sebab dia dah memberontak asyik kena makan ubat. We have to use force now. Dia dah pandai tiup balik ubat yg masuk dalam mulut kuat-kuat sampai terkeluar semuanya balik. Tak pun dia tolak pakai lidah. 2-3 hari pertama dia demam

Cepat Sembuh Nazif

Image
Dah lama juga Nazif tak demam. Jumaat lepas aku kena demam urat kot. Seksanya Allah je yang tau. Flat gila segala badan lemah, sakit sendi segalanya lah sakit. Jarang sakit tapi kalau sekali kena tu mmg kaw-kaw punyelah. Siap kena jerlum kepala dengan habi sbb suhu tinggi sangat pepagi buta tu. Entah berapa puluh biji panadol extend & biasa aku telan dlm 3-4 hari lepas ni. Nak cepat sihat punya pasal. Alhamdulillah hari ni rasa OK dah.  Naurah pun demam jugak malamnya. Malam Sabtu turn Nazif pulak demam. Allahu. Sangat menduga lah. Dengan aku yang tak fit 100% lagi. Nak jaga orang sakit pulak. Itulah antara cabaran menjadi ibu.  Bila datang haywire mcm ni, memang rasa cukuplah 2 orang anak je. Letih. Stress. Biasalah rasa mcm ni bila ada anak kecil kan. Sok Nazif dah besar mcm Naurah, dah rasa relax, proses jugak lagi sorang gaknye. Hahaha. Manusia. Semalam dah EL. Cuti makin tinggal sikit. Silap hb kena unpaid leave la bila dah habis semua annual leave tu. Pasrah aj

Tak Sihat

Image
Allahu....rasa tak sihat sungguh di hari Nisfu Syaaban ni. Badan sakit-sakit sampai ke tumit kaki. Pijak lantai pun rasa sakit. Nak demam agaknya. Syukurlah hari ni dah Jumaat & my boss is on leave. If not memang rasa nak ambil mc je. Tak larat sangat rasanya. Kalo korang tengok muka aku mesti rasa nak tampo je huhu. Tak bermaya lansung rasanya ni. Nak telan panadol, rasa sayang pulak nak buka puasa sbb niat puasa sunat sempena Nisfu Syaaban dah ni. Moga Allah bagi kekuatan sampai petang. Amin. Jumuah mubarakah & salam Nisfu Syaaban semua. Budak-budak dijaga oleh PIL hari ni.

Keajaiban Solat Dhuha

Image
Alhamdulillah my lil brother Hirraz dah selamat balik ke Malaysia hari ni. Dia pergi ke UK & Paris dalam satu program anjuran maktabnya di Batu Pahat sana for about 2 weeks plus minus lah. A few years ago mereka yang menerima kunjungan students dari sana. This time around, student Malaysia pulak yang kesana.  Mula-mula program ni tak jadi due to budget constraint. Entah macam mana lecturer dia sponsor ke gane tah. Jadinya penginapan & makan minum sana dah ada. Students cuma kena bayar tiket flight & belanja personal je. Aihh..bukan senang nak dapat peluang mcm ni kan? So Hirraz pun usaha la nak bagi dapat pergi kat sana. Antara usahanya ialah memujuk Kak Ya bagi loan pd dia. Kahkahhhh =P As usual, Kak Ya kan bank keluarga bergerak ekekeke Bila tau je Hirraz akan kesana, ape lagi kan kakak-kakak dia ni. Berbintang mata bila tengok adik wassap baju bajan budak-budak, handbag & shoes berjenama kt sana. Setahu aku cuma aku & Kak Ya jelah yang beriya mengirim ma

Haji - Gambaran Sebenar Hari Akhirat

Image
Tak tahulah aku baca kat mana. Tapi pernah dengar la orang kata kesusahan & kesukaran yang kita alami masa menunaikan haji di Mekah tu merupakan gambaran kepada keadaan sebenar sewaktu kita di kumpulkan di Padang Mahsyar di hari akhirat nanti. Wallahualam. My boss menunaikan haji 2 tahun yang lepas. Sometimes dia share pengalaman dia masa kat sana. And then I realized ianya memang relate to keadaan semasa hari akhirat nanti. Dengan manusia yang ramai di kumpulkan di satu tempat. Masing-masing sibuk dengan hal diri masing-masing. Tujuan semua orang hanyalah utk menyelesaikan ibadah ketika haji dengan sebaik mungkin. Ianya antara diri kita, dengan tuntutan agama. Paling kuat pun kita cuma ambil kisah dengan pasangan kita or ahli keluarga yang pergi bersama kita. Memang betullah waktu tu (akhirat) even orang keliling kita & diri kita sendiri telanjang pun takde siapa yang peduli. Kita hanya sibukkan diri kita fikir tentang nasib kita je yang tak tahu baik ke buruknya.

Kutu Rambut Euww

Image
Semalam teacher Naurah kat kindy sms bagitau ada nampak telur kutu kat rambut Naurah. Dia suruh kitorang buat apa yg perlu. Well, sebenarnya dah nampak lama dah ada telur kutu tu. Sabtu lepas aku dah letak pun cecair kutu kat rambut dia. Bila sikat dengan sikat kutu tu tak pernah pulak dapat kutunya. Asyik nampak telur aje. So telurnya mmg susah nak gugur kot.  Kita ibu bapa bekerja ni manalah ada masa nak hadap kepala anak hari-hari. Sampai rumah pun masa matahari dah tenggelam. Kerja mencari kutu ni eloknya buat waktu siang sbb terang cahaya matahari tu senang nak nampak. Kalau guna cahaya lampu memang tak puas sangat mata ni mencari. Tapi sebab risau kutu makin banyak & melarat kat rambut anak dara tu, malam td buat sekali lagi penyahkutuan dikepalanya. Bukan kepala dia aje, dengan kepala aku sekali aku soh habi tolong settlekan. Bila dah tau anak ada kutu, tetibe psiko rasa mcm ade kutu jalan-jalan atas kepala. Tergaru sana sini rasa mcm gatal pulak. Haihh..asek terbay

Re-Deco Rumah 2014

Image
Dah 5 tahun duduk rumah skrg. Lepas kahwin, memang di situlah kami mulakan hidup baru suami isteri. Rumah ni menjadi saksi drp hidup berdua, bertiga hinggalah skrg dah berempat. Alhamdulillah, moga Allah terus berkati & rahmati kehidupan kami sekeluarga. Sebenarnya nak cerita ttg deco rumah yg dah lama suram. Boring lah asyik tengok rumah yg sama je 5 tahun. Boleh ke mcm ni? Haha.  Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke-5 bulan lepas, aku pun rasa terpanggil sangat nak re-deco our house. Permulaannya ialah dengan menggantikan gmbr pemandangan beli kat Romantika dulu kpd Kufi Art seperti di atas. OK tak? Nampak ceria jugak lah sbb colorful kan.  At the same time aku buang alas meja yg dah pakai sejak 2 tahun lepas itu. Jadinya kosong ajelah meja tu mcm tu. OK jugak tengoknya. Maybe akan letak table runner je kot atas tu nanti  Belum jumpa yg berkenan dimata lagi. So biar jelah kosong gitu. Masih ingat tak dengan Korea sticker flower dulu tu. Jap aku try car

Fish & Co, The Mines

Image
Sabtu yang lepas kami outing ke The Mines. Dapat lah passed ikan bilis KK pd Mid. Dapat juga bersalaman laga pipi dengan Mar. Sekejap jelah sbb masing-masing ada plan tersendiri. Kami sampai paling lewat. Sebab pagi tu breakfast ala-ala je, makanya sampai je The Mines terus cari tempat makan dulu. Lapor tahap nak mentekadarah dah masa tu. Memang dah set nak ke Fish & Co bila tau deme ada buka cawangan baru kat The Mines. So terus jelah jalan menonong mencari tempatnya di Level 1. Cam fllawless lak muka kt sini ekekeke. Kesian tdg ibu dik.... Itu dia anak bujang -..- Pipi kembong Habis Naurah makan sorang..bravo! Uii...dap dappp...rege pon sedap akakaka Gaya katak melompat Gaya memerang Naurah kami orderkan kids set Spagethi. Aku & habi share Seafood Platter for 2. Portion besar tapi sebab lapar memang takde masalah nak habis. Naurah pun habiskan semua Spagethi dia dengan licin. Bravo! Kena dengan tekak dia lah tu. On Friday masa kami m

Kalau Ibu Tak Kerja

Image
Jumuah mubarakah everyone ^^ Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan hari Jumaat yang mulia ni. Sunat baca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat ni. Honestly kan, pada aku surah Kahfi ni agak rumit utk dibaca. Selalu je terkedek gagap siap mengeja utk mendapatkan sebutan yang betul. Itu pn entah confirm betul entahkan tak. Haha. Dan selalunya aku tak dapat menghabiskan bacaan surah dalam masa sehari. Bersambung sampai bertemu Jumaat yg seterusnya barulah dapat habis. Tu pun kadang membawak sampai 3 Jumaat. Huihh..malunya lahai T__T Oh ye, hari ni aku half day pagi ni je. Tengahari nanti balik rumah la. At the moment Nazif dijaga oleh Kak Ya & SIL yang datang all the way from KL to our house. Company oil & gas mostly mmg cuti hari ni sempena birthday Agong pada hari esok. Best betul kan macam tu. Bermakna samada public holiday jatuh weekdays or weekends, tetap akan dapat jugak cuti. So bila aku nak keje dgn company O&G ni? Hahaha. Dream on lahh! Orang tak bercita-

Safety Harness Kanak-Kanak

Image
Apa pendapat korang tentang safety harness utk  budak-budak ye? Aku rasa kan, kalau anak kita tu memang jenis aktif suka lari sana sini kat tempat awam yang ramai orang, tak salah kalau guna SH ni. Skrg kan kes budak-budak kena culik berleluasa. Orang jahat berada dimana-mana saje. Terlalai sikit, boleh menyesal sampai hujung nyawa kita dibuatnya. Ada orang kata tak proper SH ni. Gaya mcm bw binatang peliharaan katanya? Dah yg nak fikir sampai situ kenapa? Yang paling penting sekali pada aku ialah keselamatan anak kita. Pedulikan lah apa orang cakap or pandang sinis. Kalau anak kita hilang, ada deme kisah? Kita jugaklah yang merana jiwa menangisi.  Alhamdulillah Naurah budak yg behave. Dia tak berapa sangat dengan orang yang dia tak kenal. Kira attached dengan kami lah ibu bapanya.  Tak aktif mana. Masih dalam kawalan la dia tu. Adiknya si Nazif sok tak tahu. Selalunya boy ni aktif kan? Kalau keadaan memaksa, mmg aku tak kisah pun beli safety harness ni. Yang penting anak kita

Gembira & Sedih

Image
Semalam buat pertama kalinya Nazif menyusu dengan aku masa mata dia tengah celik. Macam tak sangakanya huhuhu. Saje je masa tu sua kat dia bila dia merengek. Cuba nasib orang kata. Sekalinya dia ngappp. O__o Huuu...happy tak terkata. Tapi lepas tu masa dia merengek nak tido, aku sua dia taknak balik dah. Hmm..masih belum pulih sepenuhnya nursing strike dia kat aku. Takpelah nak. Pelan-pelan kayuh la yer. Waktu dia tido pun dah dapat 2/3 kali feeding. Alhamdulillah =) Ada musibah yang melanda aku berkaitan duit. Rasa macam ditipu pun yer. Plus salah sendiri jugak sebab tak berhati-hati. Tak baca terms & conditions bebetol. Allahu....benda nak jadi kan? Anggap sebagai pengajaran ajelah. Rezeki Allah yang bagi & Dia jugaklah yang ambil. As usual, apa pun musibah, kita kena bersangka baik selalu pd Dia. InsyaAllah in future akan diberikan rezeki yang berlipat ganda. Amin. Kad debit atm pun dah tukar. Lega rasanya. Nantilah one day aku story kat sini bila semuanya dah seles

Jom Buat MyKid

Image
Nazif lahir pada 29 Julai 2013. Habi daftarkan nama dia lebih kurang seminggu selepas dia lahir kat JPN, BBST. Pegawai yang uruskan tu kata MyKid dah diberhentikan sebentar pengeluarannya utk penambah baikkan. So sampai skrg Nazif tak ada MyKid. Leceh jugak takde MyKid ni sebab jenuh nak bawak surat beranak dia kehulu kehilir kan. Lagi-lagi kalau kat klinik nak daftar nama ke ape. Alohaiii... Ohh..tapi skrg dah boleh apply MyKid semula ye. Bermula bulan April lepas kalau tak salahnya dah boleh buat. Yang diperlukan cuma surat beranak & IC ibu atau ayah. Kalau kat Putrajaya 1 jam buat dah boleh dapat. Pantas & tuntas. Tengah mencari masa nak buat MyKid Nazif ni. Jom buat korang! Entry pendek ketika sedang mengantuk. Hehehe. Good morning! muka fresh baru bangun tido ni haha

Update On Nazif Nursing Strike

Image
Malam tadi Nazif menyusu badan 3 kali. Happy sangat. Masa dia tidur tu kan, tak rasa macam dia tengah nursing strike dengan aku. Maybe berkat kesabaran tetap sua breast kat dia every nights, akhirnya dia pun pasrah & mengalah kot. Cuma time dia sedar, memang masih bermasalah lah. Dia tetap nak botol. Takpelah...asalkan dalam sehari dia tetap dapat khasiat susu ibu, dah memadai bagi aku. Ebm beku masih setia dalam freezer. Menunggu masa utk dibuang bila dah tamat tempoh nanti. Nazif dah reject ebm. Kalau minum kat taska waktu siang pun sekadar menghilang haus je kata owner taska. Tapi bila bagi fm, kemain lagi habis 4oz dia teguk. Since berat Nazif pun ala-ala je, aku rasa eloklah aku mengalah je bab ni. Dan atas nasihat Dr. Khairul di Annur juga sebenarnya. Biarlah dia demok skek dengan susu fm tu kalau dah itu yang dia suka. Asal anak aku sihat walafiat sudah ler. Diwaktu siang, Nazif mmg sudah fully fm. Ohh..tak lupa bekalan bubur pelbagai rasa utk dia. Terbaru aku buatk

Kumpul Tudung By SBU

Image
Hobi terbaru sekarang ialah mengumpul tudung drp sincerelybyushawls. Mwehehehe. To date dah ada belas helai jugak lah. Usually bila deme buat Flash Sale, mmg laju ajak habi pergi kedai deme kat Bangi sane. Dapat la beli byk skek dlm 5 helai terus gitu. If tak sale harga selai tudung RM25. If sale dapat la RM20.  Suka pulak dengan material tudung sbu ni. Ada yang kain jenis chiffon yang selalunya jarang kan? Tapi bila pakai tak jarang pun. Maybe sbb dah lipat 2 kot. Kain jenis chiffon ni lembut. So nampak jatuh je tudungnya. Pastu tak panas. Selesa. Corak tudung pun aku suka. Ada yang flowery, ada yg geometri & ada yang cam tradisi kerawang. Rasanya tudung sbu ni bidang 45. Tapi mcm boleh jadi besar pun ye. Camne tah haha. Confuse lak aku. Tapi dpt la tutup penuh bahagian dada tu. Ok je aku pakai. Kena pandai adjust sama kot. Habi pun berkenan. Tu pasal dia sudi je nak bawak kalau aku kata ada sale. Maybe dia tengok aku pakai lawa lah kan kat mata dia. Hehe. Itu je yg p

Nursing Strike Rupanya

Image
Tak tahu pun ada istilah ' nursing strike ' di kalangan baby yg breast feed. Nampak sangat belum cukup ilmu lagi yang digali tentang breast feeding ni kan. Maklumlah, anak je dah 2. Tapi direct feed tu baru pertama kali utk anak kedua ni. Hehehe. Thank god ada blog ni boleh mengadu domba dekat sini. Pastu ada yang baik hati kabo tentang apa yg sbnrnya telah berlaku pada aku & Nazif yang skrg ni. Thanks Sha. Appreciate the link so much. Memang takkan give up sua breast kat Nazif everytime aku ada dengan dia. Ya Allah, harap cepatlah Nazif nak balik direct feed. Sedih la Ibu awak buat mcm ni dik. Aku cuba tak menjerit lagi kalau dia gigit nanti. Huu..agaknya memang betul awak merajuk kan ibu termarah awak tu T__T Kalau berpanjangan lagi, ingat nak bawa dia jumpa paed lah. Check kot ada yg tak kena dengan dia. Entahkan sakit telinga or sakit dalam mulut yang aku tak tahu kan. Ya Allah, permudahkanlah, amin. Oh ye. Jumaat ni aku terpaksa apply half day sebab taska