Posts

Showing posts from March, 2012

Aku Mahu Rasa Sihat

Dah 2 minggu pening & sakit kepala neh. Tak hilang-hilang. Nak kata preggy, dah sah la bukan. Nak kata sebab spek, aku pakai pon sama jugak sakitnya. Dah tue ape lagi masalah aku skrg ni hahhhh????? T_T Adakah sudah perlu utk ke klinik utk mintak ubat dari doctor? Perlu ker? Setakat nie kalau tak tahan sangat, aku cuma telan panadol aje 2 biji. Memang hilang lah sakitnya. Tapi sampai bile kannnn? Now badan rasa sakit-sakit sana sini. Rasa mcm nak demam. Esok dah nk berjalan. Adehh...memang dugaan betol lah weyh. Sometimes aku takot kalo-kalo aku tengah berjalan rasa macam nak pitam. Tergolek dok aku dekat koridor sapo nak ngangkatnyo? Mau kena tolak pakai troli barang tuh. Huhuhu... Ya Allah, aku mohon kesihatan & ketabahan hati dari-Mu....

Takut Yang Bagus?

Hujan sekarang ini di Cyberjaya. Cuaca suram-suram macam nie tetibe mood pon terikot same. Padahal tak perlu nak moody buat muke poyo gini kot. Malam nie dah kena packing baju bajan & segala keperluan utk bercuti ke pulau. Pagi-pagi buta dah kena bangun & right after Subuh prayer dah kena gerak ke KLIA. Best nie pergi bercuti ramai-ramai dalam 40 orang. Dapat naik flights. Dapat naik big boat. Dapat snorkeling. Dapat baring tepi pantai pakai bikini....errkkkk??? Kompem mata mek Na jadi macam nie o__O bace....kohhkoffff Last time aku ikot rombongan bercuti yang banyak macam nie....hurmm...let me think. Rasanya masa kat universiti dulu kot. Huhu. Siryes memang dah lama dah. So macam lupa camne nak behave ramai-ramai gitu. Ehh...kali nie sangat lain. Dah ada anak sorang yang manjang nak clinging to her mother. Dah ada habi yang selalu jadi perunding fesyen tak bertauliah aku. I think I'm going to experience new situation for this holiday. It makes me feel excited now ^_^ Pa

Muke Semon

Image
Naurah, malam nie kite tido berdua lagi lah nak nampaknye. Malam ke-3 tanpa Ayah bersama-sama dengan kita berguling-guling, bergelak ketawa sebelom kebabommm tergolek dok. Hukhuk. Tak bestnya kalau tak cukop korum. Kadang rasa macam taknak bagi aje habi buat keje luar. Tapi kenalah rational sket kan? Dia kerja lebih masa pun sebab nak bagi anak bini hidup selesa jugak. Tak perlu sampai nak ikat perot or kira-kira duit cukop ke tak nak pergi makan kat McD kan? Cumanya..itulah...bila dah selalu bersama, tiba-tiba dia tak ada, memang tak best betul rasanya. Usually memang aku akan call habi sblm tido, bagi dia cakap-cakap dgn Naurah, kiss goodnight bagai lah. Then baru rasa proper sket nak tido. Itu pon ternanti-nanti bila dia nak balik neh. Kadang takot aku tido mati sedar-sedar dia dah ada kt atas katil. Tak best betol gtu. Stakat 2 malam yang lepas, aku sempat lg sambut dia balik bile dia masuk bilik tu. Instinct seorang isteri kot. Terbangun dari tido otomatik. Hehehe. Naurah pon

Seorang Ibu Yang Keras Hati?

Entry nie tercipta dari perbincangan di gengfbUB. Bila mana para ibu-ibu sekalian seringkali bercerita tentang betapa mudah tersentuhnya hati mereka sehingga mengalirnya airmata kerana rindukan anak, susah hati bila anak sakit & segala yang berkaitan dgn anak lah. Menjadi seorang ibu memang melembutkan hati kita kan? Sebelum jadi ibu, maybe kita agak kurang peka or sensitif la dgn sesuatu issue.  Contoh macam isu femes ttg budak-budak under jagaan daycare yang teraniaya or disalahlakukan. Cam dulu maybe setakat marah-marah gitu ajelah. Skrg dah jadi ibu cam boleh mengalir airmata tengok keadaan budak-budak yang semacam didera tuh. Ada perbezaanya kan? Sometimes tengok tv, keluar iklan menyentuh hati tentang kasih ibu or bapa dgn anak pon dah bergenang airmata dibuatnya. Padahal dulu masa belom jadi ibu rasa biasa aje. Dalam banyak-banyak kasih sayang, rasanya kasih sayang seorang ibu pd anaknya lah yang paling hebat kat dunia nie. Betol tak? Ker kasih sayang datuk or nenek kepad

SIKLA : Siri Imbas Kenangan Lama (4)

Image
Shoba & me. Weird kan muka aku senyum nampak gigi hukhukkk Siti (masa ni tgh pregy), aku, Kak B, Shoba & Kak Nita Ini masa birthday celebration aku & Shoba, September babies back at 2008. 3 orang yang di dalam picture sudah tiada. Shoba pergi dulu, pastu Kak Nita & bulan lepas Kak B. Sometimes I miss the good old days. Masih lagi keep in touch with all of them. The new good news is Kak Nita is expecting. She is pregnant for almost 2 months now ^_^ She got married end of 2010. Akhirnya rezeki anak sampai kepadanya. I'm so happy for her =) Congratulations sister!

Hola Cik Anon

Hoyeahhh!!! Umpanan aku untuk cik anon semalam berjaya! Ikan dah ngapp sama tali kail ^_^ Aku tak sangka sebenarnya cik anon masih masuk kat blog picisan aku neh. Bermakna dia memang ada masuk. Cuma taknak komen ajelah. Hehehe =P Anonymous said... halo pn ena..sarang tebuan usah dijolok..benda yang lepas biarlah lepas..kenapa mahu dipanjangkan cerita dengan menulis entry ini.tidak ada idea lagi ke mahu menulis blog.terpulang pada u sama ada mahu menerima pandangan orang..penerimaannya atas diri u sendiri..manusia jenis apakah u ni hinggakan benda yang sekecil kuman mahu dipublishkan pada umum.i mengatakan yang muka u tua dari usia.tidak menyentuh langsung dari segi penampilan mahupun jenis pencuci muka yang u pakai.i bukan bacul tidak mahu sertakan nama tetapi efeknya akan jadi begini...hentaman demi hentaman kepada i langsung tidak mengubah pendirian i.jika u masih terus memanjangkan hal ini teruskan.i tak salahkan komen2 dari blogger yang lain kerana benda yang sudah di

Datangnya Macam Ribut

Dah lama cik anon tak mengomen kat entry aku kan? Musim meroyan dia dah tamat kot. Kat blog member lain pon tak nampak dah kelibat dia. Dia datang macam ribut taufan tapi dia pergi dengan senyap-senyap macam jinjit kaki masok dapor bukak fridge makan aiskrim pukul 3pagi. Hehehe. Best tak perumpamaan aku? =P Atau lebih elok gaknye kalau aku tulis cik anon dah insaf. Dia sedar bahawasanya perbuatan dia mengomen begitu tidak mendatangkan faedah lansung kepada dirinya mahupun kepada penulis blog yang dikomen. Ada kemungkinannya jugak kan? ^_^ Apa-apa pun, aku terharu jugak sbnrnya ada cik anon sudi bg komen pedas-pedas manje kt aku gitu. Rasanya pertama kali terjadi sejak start berblogging tahun 2008 dulu. Memang rasa mcm femes sket ah blog aku nie. Padahal isinya poyo-poyo aje. Itu pon boleh bikin kontroversi. Hebakkk =P Cik anon suke komen dgn jujur. Dia terus terang kata muka aku nampak tua & gemok. Pastu dia kata aku nie bukannya bagus mana. Tutup aurat pon belum sempurna. Laki

Beskal Panda Hadiah Cik Ya

Image
Bling bling lagi mata bile tengok amount baru kat dalam akaun maybank. Gaji & back dated increment for 2 months dah masuk. Cepat aje bonus yang dah susut menokok balik. Kehkehhh =D Alhamdulillah. Setahun sekali ajelah dapat rasa happy pasal duit gini. Maklomlah aku mane ade ASB whatsoever kan? OK. Hari nie dah bawak camera merah datang opis. So boleh upload a few pics taken on last Saturday lah. Enjoice the piccas ^_^ Sampai tertido Naurah menunggu Ayah beli camera. Kak Ya pon nak tido meh? Kehkehh The shop at Nilai 3 Dah dapat beskal pon masham. Naurah tak sihat sangat on that day. Thats y laa the face.... Ibu...jomlah balik...huhuhu...kejap kite tunggu Cik Ya yerrr..... Sekarang tiap pagi sebelum pergi kerja pon aku dah kena tolak 1 round budak nie. Petang turn Ayah pulak menolak. Its part of exercise jugaklah kan? So redha ajelah. Since aku pakai jubah masa keluar nie kan, masa lalu depan kedai carpet, adelah sales people cam Pakistani tu tegur aku pakai cam A

Merewang di Alamanda

Baru balik dari Alamanda. Ngehngehhh =P Ade tujuan pergi kesana. Bukan saje suka-suka nak berjalan taw! Tujuannya nak redeem luggage besar Diadora kat Guardian. Kak Ya punye beg tu. Semalam g kat Giant takde beg paling besar neh. Disebabkan tarikh promotion tamat hari Rabu neh, Kak Ya tinggalkan stamp & duit RM100 kat aku soh redeem. With 25 stamps, tambah lagi RM69.90, dapat luggage besar yang harga asalnya RM399. Nanti Kak Ya datang rumah den lagi, boleh la dia amek begnya. Sempat gak merewang kat Parkson. Tgh grand sale skrg neh. Tak sale sangat pong sbnrnya. Tapi dapatlah rembat 1 baju purple Pigeon ke Naurah. Bag pack comel Barney & swim suit utk ke Pulau Sabtu nie nanti. Best ah sebab swimsuit tu 50% off tinggal RM19.90 aje. Cecepat ah rembat. Hehe. Total damage RM85. Not bad. Semuanya barang Naurah. Nak beli seluar pantai habi tak sempat la pulak. Kesian dia huhu..mengejar masa. Pastu g makan kat Burger King pulak. Kak Niza ngidam. So dia belanja aku sekali. Kehkehhh

My Hectic Weekend

Image
So hows your weekend guys? Ade best macam aku tak? ^_^ Siryes rasa macam tak cuti pon. Sebabnya schedule penuh dengan agenda jalan-jalan perabih duit. Kohhkofff. Pagi Sabtu dah selok meses opismate sana sini tanya duit dah masok ke belom? Bila sorang tu kata dah masyuuk aje, zass siap-siap nak pickup Kak Ya kat Hotel Maya. Around 12.30pm sampai sana, terus ke Plaza Low Yat. Lain yang nak dibeli, lain yang dibeli akhirnya...hahahha...for months eyeing for Fujifilm..at last Nikon S8200 yang dibeli. Tapi siryes gambar sangat cantek. Sampai rumah kenapa aku pulak yang selok baca manual guide? Lagak macam kamera aku aje. Hehe. But for RM950, its really worth it lah. Plus lens protector RM1100. Pembelian yang berbaloi-baloi. Kaler ada 3 aje. Black & silver is so boring. So aku soh habi pilih red. Something different from our personality actually. But I guess its time to make a change. Try to get out from our comfort zone once in a while =) We are having our lunch at Sukiyaki restaur

Teruja

Ya Allah....rasa lega & happy sangat bila realized satu-satunya hutang jangka pendek yang tinggal akan langsai dengan masuknya RM bonus sikit masa lagi. Alhamdulillah =) Lapang rasa dada & fikiran. Lepas nie komitmen yang tinggal cuma monthly payment for my personal insurance & bil astro. Teruja kannnn???? ^_^ So as usual increment kali nie tutup mata aje buat macam tak dapat. Dibahagikan untuk masok dalam akaun Tabung Haji aku, parents & Naurah. Bulan 4 punya gaji dah boleh start buat pemotongan. InsyaAllah. Borang pon dah siap isi tinggal nak submit kat HR aje. Tiba-tiba aku rasa takut. Takut kalau balance gaji yang banyak tu tetap habis macam tue aje. Ralat aje kalo macam tu weyh!!! Aku nie dah la tak boleh tengok dalam akaun maybank tu ade duit. Manjang pk guane nak bg perabih. Hampeh betol kan? Guane ek gini? Kena fikir sebaiknya nehh.... Ok. Itu ajelah thoughts aku petang nie. Have a great weekend everybody!!! ps: kalo bonus tak masok esok memang aku menang

Teringat Bangkok

Image
Naurah at 1 Year 5 Months Masa nie semua binatang dia tak bape nak takot lagi Breezy air at Floating Market Bila anak not in the picture =P sewel hahaha.... Pandai pulak buat ekspressi muka. Waaaahhh...so big?????? Siryes rindu dah nak holiday lagi macam nie. Lagi best kalau ada Kak Ya sekali. Tak sabar nak jumpa dia esok =)

Membelanjakan Duit Memang Syok!

Rasa macam nak pecah kepala kalau pandang pc lama-lama skrg. Tak lama pon dah sakit kepala & fenin sebenarnya. Takpe, bertahan beberapa hari je lagi Sharena! Isnin sok maybe sudah jadi ibu kacamata. Errkk?? Yer, kompem akan jadi lebih tak lawo. Pasrah. Or akan jadi lebih nampak tua? =P Surat bonus & increment bersama slip bonus dah pun dapat ditangan semalam. Bonus is 2.5months. Increment mcm yang aku jangkakan hari tue jelah. Alhamdulillah =) Ada hajat nak belanja BFF bloggers makan mee ketam kat Shah Alam or makan nasi ayat penyet power kat Wong Solo, Bangi. So BFF yang dalam list tu, sila atur temujanji dengan aku kalau nak merasa duit bonus den ^_^ Esok maybe akan naik ke KL. Habi nak beli camera baru sempena dapat bonus. Kalo time bonus gini memang masyuuuk sama-sama la kami laki bini. Ate nama keje 1 company kan? Best disitu ye dop? Huhu. Tapi habi masyuuuk lebih sket dr aku kali nie sbb dia dpt 2.75months. Dept.aku kan tak achieve target......T_T Memang padan la kan?

Mungkin Masalah Mata

My best officemate, Kak Niza kata sakit kepala & pening-pening yang aku alami skrg kemungkinan besar ada kaitan dengan mata. Mata yang saban tahun mengadap pc ini. Memang penjelasan paling logik aku dengar setakat inilah. Bila mention kat habi, dia pon kata memang ada kemungkinannya. Sebenarnya sejak aku study kat Matrix Ipoh dulu, memang ada buat spek. Rabun tak teruk mana. Dalam 100+ gitu aje powernya. Tapi silau memang agak teruk. Malam-malam memang tak kompiden sgt drive pasal masalah silau neh. Lampu kenderaan dari arah yang bertentangan memang bikin masalah buat aku. So spek senang kata memang aku ada. Tapi sangat jarang digunakan. Pasal tak suka. Rimas. Rasa huduh kalo pakai spek. Itulah antara sebab-sebab poyo kenapa aku tak pakai spek. Hehehe Tahun 2010 rasanya hayat spek aku yg seketoi tu tamat. Habi terpijak lalu pecah kebabommm. Spek aku tu rimless. So memang fragile ya amat la kan? So sejak tue lagilah lansung aku tak pakai spek sehinggalah sekarang. Bonus masuk Sa

Kompilasi Naurah

Image

Aku Tak Pregnant

I'm so sorry guys. Its looks like I don't have any good news for you.  Yer yer. Kepala masih senoneng. Kepala masih sakit. Badan masih sengal-sengal. Loya pon ada. Ditambah lagi dengan sakit pinggang & senak perut. Tapi bendera Jepun aku sudah pon berkibar malam tadi. Thats the news. Puas lah kena gelak dengan habi malam tadi. Lebih teruk dari kes tahun lepas. Kali nie dengan Naurah sekali join ayahnya. Budak tu bukan paham ape pong. Selok dia nak gelak sama bila tengok ayah gelak sesungguh. Bikin menyiram limau di hati yang luka...kohhkofff Ini bermakna plan bulan 5 berjalan seperti biasa. Trip to Medan end of this year masih on & tidak terboyot sangat lagi hendaknya. Masih dapat melawat ke tempat-tempat menarik disana tanpa perlu terfikir-fikir adakah sudah mahu bersalin? Huhuhu Ate kenapa period kali nie seksa benor ghopernya? Bikin aku pelik sungguh. Penyakit lain kahhh? T__T I am so not in a mood today eventhough big boss takde nak jerkah-jerkah & akan men

My Bonus & Increment News

Erppp...alhamdulillah. Kenyam makan free lepas staf meeting ^_^ So update tadi ada good news & bad news. Good news la bagi dulu ek? Hehehe. Bonus ADA. Itu paling penting sekali kena highlite yerp =P At least 2 months lah. Dah cukop baek dah tu bagi aku. Kalo ada lebih-lebih tu, memang betol-betol bonus la. Sebab ape aku tulis gitu? Sebabnya COO highlite la dept. aku tak achieve target last year. Memang dah sedia maklom pong. Nie dah masok bad news la senang cakap yer. Sedih taw bila dia ckp dept.aku aje yang tak achieve target. Yang lain semuanya achieve eventhough slightly aje. Memang down gila masa dengar COO cakap macam tu tadi. Terus rasa nak sorok muka bawah meja T_T Susah la sebab dept.aku punya performance bergantung pada global market. Kalo ada economic downturn or crisis, memang akan effect sangat kat kitorang. So itulah yang terjadi for last year. And it might be happening again for this year. Memang rough time la senang cakap utk dept.aku skrg neh. Hurmm... Dept. lai

Aku Menang Cabutan Bertuah!

Hari nie berjaya pakai kurung Pahang zaman tak overweight. Sedih sebenarnya sebab dari banyak-banyak kurung Pahang yang ditempah jahit zaman berat normal dulu, cuma ada 2 aje kurungnya yang agak besar sikit & masih boleh dipakai. Itu pon ngam-ngam sui aje. Banyak makan sikit, memang tak dapek la nak muat kainnya tuh.Sangkut tang pungkoq satu hal. Kadang zip pon tak boleh nak naik atas. HAHAHA.  Memang tak menahan betol la. Kalo jadi gitu, memang moody ajelah sepanjang hari mengenang nasib badan yang semakin mengembang. Tapi as usual, kejap ajelah rasa insap tu. Nampak makanan sedap depan mata, tak toleh kiri kanan dah. Ngappp jugak! HEHEHE So rasanya in inches memang ada pengurangan lah. Cuma nak timbang berat badan tu masih trauma. Penimbang selalu aje tak menyebelahi aku. Musuh ketat No.1 itu barang =P Lupa nak cerita tentang aku menang cabutan bertuah pasal beli 1 produk kesihatan Softfea kat FB. Aku dapat tempat kedua & hadiahnya ialah California Beauty Slim & Fit. A

You've Made My Day Cik Anon

Tergelak pulak bila baca komen-komen cik anon skrg neh. Sepatutnya aku kena sakit hati kot. Tapi takpelah. Ramai je kawan blogger yang tolong sakit hatikan. Ehhh?? Kuasa ape ntah yang membuatkan aku relax aje baca komen cik anon. Aku pon tak tawu. Cuma macam tertunggu pulak nak baca komen dia. Am I addicted to cik anon comments? HAHAHA Terima kasih cik anon kerana menceriakan hari aku. Susah-susah aje masok blog ni nak bagi komen-komen tu semua. Rajin betol cik anon menaip kan? Tahniah! Ekekeke =P Rasa cam nak bagi hadiah bunga sekuntum kat cik anon. Sudikah cik anon tinggalkan nama & alamat? Heheheh. Susah nak pos bunga. Cekelat bar nak? Huhu ^_^ Lately blog aku nie cam ramai pulak pengunjung. Pengomen-pengomen baru pon ada muncul. Terharu pulak rasa. Adakah bersangkutan dengan komen-komen cik anon? I wonder..... Kengkawan bloggers sekalian, sometimes ada baiknya cik anon yang bagi komen-komen 'membina' macam kat blog aku lately neh. Korang tak perlulah marah-marah kat

Is It Going To Be A Babymoon Getaways?

Sorry lah aku ter tulis London tadi. Aku memang macam tu. Kalo sedih sangat. Kalo rasa tak sihat sangat. Otomotik jari menaip dalam English. Tak bape betol pon gasak la. Tapi memang terasa nak express feelings in English. Ntah hape-hape kan? Hahaha =P Sawan English namanya penyakit neh kohhkofff Alhamdulillah lepas breakfast nasi lemak sambal sotong, ada lega sikitlah senoneng neh. Tambah lagi dengan 2 pcs apam putih. Errpppp kenyam ^_^ Nafsu makan even sakit guane pon tetap sama. Lagi rasa nak makan adelahhh...hahahaha...this is so me... Paling menyampah penyakit menguap 50juta kali sampai meleleh air mata. Nie penyakit malas namanya. Skrg tiap pagi lepas ON pc memang dia jadi. Pastu petang masa dalam kereta dengan habi, dia jadi lagi. Poyo betol. Entah hape yang ngantuk sangat gaknye. Padahal tido macam biasa aje pukul 10malam & bangun 6.30pagi. Memang sah ada yang tak kena dengan aku skrg neh! Kalo tak preggy.....penyakit ape pulak yang datang yek? Adehhh...malas nak pk banya

I Feel Sick!

Ohh mannnn.... I was hoping that this morning I would feel much more better than yesterday. But at the moment, I am having a slight headache & my body is aching everywhere. This is the most terrible feeling so far I had experience in 2012. What does this mean guys? Maybe this is the first symptoms as my hormone starts to changing. If I am pregnant lah. I'm not sure. Or maybe I need a supplement for an energy booster. I am going to be on my 30's this year. Is this one of the bad symptoms that I have to experience? I should be happy actually because today is my boss last day of working before she will be out of office performing her Umrah. But sadly my health is worsened & I'm totally not in a cheerful mood. I was thinking if my condition would be better for my trip to Pulau Perhentian by end of the month. Maybe at that time I will experience my morning sickness badly. Ohhh mannnn.....T___T I feel sick!

Ibu Jangan Buat Cerita!

Image
Ibu: Eee...banyak dah rumah besar-besar kat atas tu. Cantiknya. (merujuk kepada rumah di Anjung Ixora BBST). Rumah kita kat atas tu pon dah nak siap kan bang? Ayah: Entah hape-hape ibu neh. Sambil senyum kamben. Naurah: Ibu jangan buat citerrr.... Ibu: =.= Naurahhhhhh!!! Ayah: Kehkehkehhh. Ibu suke buat cerita kan Naurah? Naurah: Hurmm... =) Ibu: $@$&#%^#$##%* nak berangan pon tak bagi! =S Isskk. Naurah dah pandai guna ayat buat cerita. Sabor ajelah. Terkena sedepek Ibu. Huhuhu =P

Memang Ada Kemungkinan

Ya. Memang ada kemungkinannya. Am I pregnant? Wuwuwuw =P Badan rasa letih lesu. Kepala pon sikit senoneng. Kemungkinannya kali ini memang lebib besar berbanding kes-kes yang sebelum ini. Dan kali nie memang takde rasa ' taknaklah pregnant '. Hehehe. Cuma rasa menyampah sket ah pasal tak ikot perancangan utk bulan 5 tuh. Maybe memang dah ditakdirkan Allah kot. Dah plan pon akhirnya tersasar awal.  Habi kata aku yang salah. Aku kata dia yang salah. Poyo tak? Boleh pulak nak salahkan diri masing-masing bab-bab camnie. HAHAHA. Kitorang memang suke main-main sakat macam nie. Pastu gelak sama-sama =P Padahal salah sama-sama aje senang kata kohhkofff... Tapi masih awal lagi la nak kata sebab cik bendera merah punya timing masih belum sampai. Dalam minggu nie lah kalau nak ikotkan. Dalam akhir minggu gitu. Kalo by next week memang tak ada, macam dah boleh kata sah kot. Ahahahaha.  Kalo betol, dalam bulan 10 or 11 gitu kot aku bersalin. Siap dah kira. Kahhkahhh Tak rasa berdebar la

Nostalgia Bubur Merah Bubur Putih

Image
Assalamualaikum & selamat pagi semua =) Permulaan yang baik utk pembukaan entry hari Isnin yang blues neh. Yer, memang aku blues pon pagi nie. Badan rasa tak bape nak mantopp. Lesu & seperti kepenatan. Bila habi tanya apa yang aku penatkan? Aku pon takde jawapannya. Sebab memang takde buat keje kuat mane pon. Lainlah kalo g motong buah kelapa sawit kan? Gile penat tuuuu.  Dulu mase kecik-kecik tolong Abah kutip biji buah sawit yang terlerai pon dah naik mengah. Inikan pulak nak menggalas sabit panjang sambil menjolok buahnya. Power betol Abah aku dulu nak bagi bini & anak-anak makan. Dah memang itu kejenya ye dop? Kerja seorang peneroka felda di ladang sawit. Tapi semakin usia Abah meningkat, akhirnya keje motong buah sawit di bagi pd mat-mat Indonesia aje. Dah tak larat dah Abah nak buat keje berat gitu. Wahh...sangat nostalgia pulak aku pagi-pagi neh ^_^ Tetibe teringat rasa manis-manis lemak biji kelapa sawit yang dimasak dengan gula. Resipi mak aku kot? Zaman dulu k

Bonus - Adakah Minggu Depan?

Exec sebelah aku nie selok betol dari minggu lepas tanya pasal bonus. Tak sabo benor dia nak dapat duit banyak. Hehehe. Aku malas sebenarnya nak fikir sangat pasal malas nak stres tak tentu hala. Buang masa aje. Huhu Hari nie selok lagi dia cerita yang despatch tunjuk kat dia cheque amounting to RM1.3 million nak hantar ke bank. Itulah katanya jumlah bonus yang bakal masuk dalam akaun staf yang berkelayakan utk mendapatnya. Tak pastilah sorang dapat bape bulan sebenarnya. Tak kisahlah asalkan ada. Aku terima aje dengan penuh syukur rezeki dari Allah =) Yang aku selok lebih cuma tang increment aje sebenarnya. Bonus nie utk sekali nie aje. Tapi increment tu effect gaji tiap bulan okeh! Lebih penting la buat diri aku pasal nak allocate siap-siap peruntukan perbelanjaan setiap bulan tuh. InsyaAllah by next week dapat kot bonus neh. Tunggu surat ajelah dari HR skrg neh. Aku berazam taknak berjoli sangat duit bonus kali nie. Habi senyum kamben aje dengar aku cakap cita-cita murni aku neh.

Belon Panas @ Cyberjaya

Image
Belon burung gegasikahhh? Cam dr team New Zealand psl ada daun pelepah deme tu =P Ada 2 yang agak jauh disana Semua gambar yang tak bape nak lawo neh (henpon c3 jer) aku sempat snap masa berhenti kat traffic light Cyberjaya masa nak pergi kerja. Teruja okeh sebab nampak beso gitu. Cam pelik gak sebab pasal banyak belon landing kat Cyber eh? Masa lalu depan rumah Tun Dr. M & Tan Sri Lim Kok Wing, nampak ada 1 team tengah buat preparation utk 1 lagi belon kat kawasan tanah lapang tuh. Maybe tak cukup tempat/tanah kot kt Putrajaya sana ek? Entah la hihi... Rasanya event belon panas neh berlansung sampai hari Ahad nie. For those yang berminat bolehlah terjah yer. Habi kata last year punya event banyak jalan tutup kat Putrajaya. Pastu ramai giler orang. So memang ade jem sikit la yer. Habi pon dapat info dari opismate dia yang pegi. Kami memang takkan pergi punya. Knowing habi la kan. Hahaha.  But honestly aku pon tak selok la nak pergi dekat-dekat tengok b

Makin Dilayan Makin Menjadi

Sorry guys semalam takde update n3 from this blog. Sebab penulis tak datang keje =P Aku pasti korang pon faham kalo takde entry kat sini, usually bukan sebab aku malas nak update. Tapi sebab tak pergi keje samada bercuti or on medical leave. Keep noted yer ^_^ Sebenarnya aku malas dah nak komen or ambil kisah tentang cik anon yang selok nak mengkritik peribadi aku. In fact ada 2 komen dr dia yang aku tak approve pon utk publish pasal cam tak berfaedah sangat penulisan dia tuh. Memang saja cari pasal nak sakitkan hati orang whatsoever. Aku pon tak sure apa masalah dia dengan aku sebenarnya. Did I ever hurt your feelings before? Yang aku tak sedar? Sebab siryesly aku tak ingat if pernah kritik siapa-siapa secara peribadi dalam blog neh. Aku menulis tentang cik anon bukan sebab aku nak minta simpati dari pembaca yang lain. Tapi aku cuma nak pastikan samada memang aku yang bersalah sebab 'nampak tua dari usia & gaya pemakaian tutup aurat yg tidak kena dgn usia' ata

Selipar Naurah Hilang

Image
Selipar yang Naurah pakai tu dah hilang T_T Tak dapat dikesan lansong kat mana. Memang agak misteri kehilangan selipar nie sebenarnya. Tapi dah rezeki Naurah pakai takat bbrp minggu aje kan. Pasrah ajelah. Nanti gaji ibu belikan selipar yang sama yer nak. Harapnya ada lagi la kat kedai Bata, Giant Nilai sana. Sedih jugak sebab Naurah suka dengan selipar dia neh. Selesa pakai gaknye.

Blogger Friends Terbaekkkkkk!!!

Terharu aku dengan komen-komen rakan blogger yang sangat memahami situasi aku. Aku tawu korang mesti back up baekkkkk punye kat aku. Ngehngehhh. Kompiden aje kan? ^_^ Thanks guys for komen-komen yang membina. Masa mula-mula baca komen cik anon tu memang rasa down la jugak. Sedih je rasa sebab sebab orang komplen pasal penampilan diri kita. Muka nampak tua dari usia & gemok. Itulah kesimpulan yang cik anon nak sampaikan bukan? Realitinya bukan aku tak sedar semua tu. Cuma aku selesa dgn diri aku sekarang. Aku selesa dgn cara aku berpakaian & sedang berusaha utk turunkan berat badan. Asal aku berusaha utk menutup aurat dengan lebih sempurna & berusaha nk turunkan berat badan eventho takde perubahan besar, aku dah rasa happy. Takde stress pon. Nampak tua pon tualahhh. Dah muka aku gini nak buat guane kan? Hehe. Gemok pon gemok lah. Asal aku takde penyakit kronik & habi masih sayang, itu dah cukop baek. Keji lah aku. Umpat lah aku. Yang penting aku happy dengan

Jawapan Kepada Komen Cik Anon

Kesian aku. Pagi-pagi dah baca komen yang negatif. Ada cik anon kata aku nampak lebih tua dari usia. Tak tawulah tua kot mane. Kalo tang muka, dah Allah bagi aku rupa cenggitu. Kalo ada kedut-kedut pon, dah memang masanya Allah kata nak bagi timbul kot. So redha ajelah. Aku memang tak pakai produk macam-macam sangat kat muka. Cuma pakai pencuci muka Neutrogena. 1 yang buih biasa. 1 lagi cam scrub tapi boleh dipakai hari-hari tu. Buat masa nie nampak serasi la sebab takdela timbul jerawat & kulit jadi kasar sebab kering when pakai Safi Rania Gold dulu. So malas dah nak tukar jenama lain. Setia ajelah kat Neutrogena sampai dah boring sok. Cik anon ade gak tulis bukankah aku sekarang tengah diet? So maybe dia maksudkan aku nampak tua dari segi bentuk badan aku kot. Rasanya dah banyak kali aku tulis yang aku diet ala-ala aje. Bukannya strict gila sampai menahan rasa lapar. Makan tetap makan. Cuma kurangkan karbohidrat cam nasi or mee gitu. Kurangkan tak bermaksud tak makan lansong

Sekadar Luahan Rasa

Banyak sebenarnya yang aku tak update lagi tentang life aku lately. Nape ntah rasa macam malas nak tulis kat sini. Tapi kalo tak tulis, kang lupe pulak bile masanya parents aku dtg sini, bila masanya confirm tarikh nak pegi P.Perhentian blablablabla so on. It just that sometimes rasa macam takot orang salah anggap dengan apa yang kite cerita kat dalam blog neh. Takot org kata kita show off & sebagainya. Padahal takde niat lansong pon nak meriak ke hape. Usually memang la fikir, blog aku ikot suke akulah nak tulis ape kan? Tapi kalo apa yang kita tulis hanya menimbulkan rasa tidak senang orang lain pd diri kita, what for kan? Atau abaikan saja pandangan orang sebab tak jadi kudis ke kite? Macam hidup aku akan diteruskan macam biasa. Bukan ada orang akan baling telur busuk pon pd aku tiap-tiap pagi sebelum masuk opis kan? Hehehe. Entahlah yer. Ada orang suka bila baca kita tulis perjalanan hidup kita yang tak berapa nak best sgt neh. Tumpang gembira dgn keseronokan hidup

Ragam Manusia

Image
Kesian sebab takde orang nak soh amekkan gambo berdua. So ginilah gayanya...... Tak tawu nak komen apa pasal gambo budak nie. Speechless.

Adik Nurul Nadirah Sudah Tiada. Salah Siapa?

Emosi sungguh aku pagi nie bila dengar berita kat radio tentang pengesahan mayat rentung ialah milik adik Nurul Nadirah yang hilang awal bulan March hari tu. Siapakah manusia yang sangat kejam membunuh kanak-kanak yang comel & lemah? Pastu dibakarnya lagi. Manusia atau syaitan yang buat macam tu? Maybe mayatnya dibakar utk menghilangkan bukti pd mayat. Adakah adik Dirang itu di rogol sebelum dibunuh? Wallahualam. Kejamnya manusia zaman ini. Masa aku kecik-kecik dulu tak pernah risau pun nak pergi ke kedai dekat-dekat. Tak pernah ada timbul kerisauan dihati mak abah utk suruh anak-anak pergi ke kedai yang jaraknya 100 meter dari rumah. Tapi zaman skrg, 50 meter pon belum tentu selamat. Bumi Malaysia dah tak selamat macam zaman aku kanak-kanak dulu. Ibu bapa sekalian, melihat kepada situasi dunia masa kini, dengan manusia yang semakin kejam tidak berhati perut & berbelas kasihan, marilah kita sama-sama melaksanakan tanggung jawab sebagai ibu bapa dengan lebih baik. J

Lunch Date With Na

Tak puas jumpe Na semalam pegi rumah Yun. Tadi lunch ajok dia jumpe lagi. Kali nie ade Mika. Yeayyyyy!!! Comel aje Mika. Malu-malu anT usik-usik. Huhuhu. Suker tengok dia sipu-sipu gitu. Selalu tengok anak dara aje sipu. Kali nie anak jantan pulak. Ngengenge.... Sorry ah Na makan kt medan selera P9 tu aje. Kak Niza tu cam selok nak makan situ. Kesian pulak aku tengok. Huhuhu. Mulanya bajet nak datang sorang aje. Skali tengok Kak Niza cam kesian aje sorang-sorang tak lunch. Tu yang kaot ajak dia sekali =) Seb baek Mika tak melasak mana tadi. Itu pon sempat dia pusing seround meja makan kitorang dengan berkaki ayam. Kehkehh. Pastu buat jatuh gula-gula. Buat jatuh beskot celop coklat. Na, tadi mu maroh Mika jatuhkan gegule tu yer? Aku tengok mu cam control sabo ajer tu. Kalo kitorg takde situ habes dah kot Mika kena lepuk? Wuwuwu. Tetibe aku takot jer tengok mu diam gitu. Jangan kang naik syeh kawan aku sorang neh buat perangai depan khalayak gitu. Hukhukkk. Takot mak oiii! T