Posts

Showing posts from June, 2012

Nanti Semut Kepak Datang Gigit...

Image
Phewww...nasib baik habi tak jadi demam malam tadi. Aku susah hati betol kalau dia demam taw. Pertamanya sebab malas nak drive sendiri kalo kena jugak pegi keje sensorang. Keduanya banyak tugas hal ehwal rumah akan tergendala. Hehehe. Maklom la banyak keje rumah pon habi yang settlekan. Bini nie tolong mane yg rajin aje. Itu pon rajin tu ntah bile nak datang. Payah sesangat =P Pokok pangkalnya, memang kacau bilau rumah kalau habi sakit neh. Betapa pentingnya habi sentiasa sihat walafiat utk memastikan rumah tangga aman damai. Sebab tu kena jaga habi tu baik-baik. Kata orang bila dah bersuami ni, antara perkara yg penting seorang isteri kena jaga ialah perut & waktu tidonya. Perut habi aku kena isi dgn masakan yg enak-enak. Waktu tidonya bila bercuti, lepas Subuh tu aku bagi dia tido balik sampai pukul bape pon dia nak bangun. Usually pukul 9pagi dia akan turun bawah & masa tu breakfast pon aku dah siap masak. Heaven kan habi kann? ^____^ Aku nie cuti ke tak cuti ker te

Its A Busy Morning

I am so busy since yesterday late in the evening until this morning. Typing that long BQ, calculating the amounts & fill in the figures. Mata pon sudah naik juling tengok nombor kecik-kecik. Tolongggg!!!! Nie pon dapat curi masa sikit sebab most of the works dah siap & tinggal sikit-sikit lagi tunggu si Man poyo tu abes meeting. Mau tanya dia nak fill up the figures kat mana what on. Bila sibuk nie tup tap tgk jam dah 10am+ O__O Breakfast pon sempat makan 2 biji karipap aje bersama air masak. Mee goreng lansung tak sempat nak sentuh pon. Looks like my breakfast is going to be my lunch larhhh T__T Honestly, sekali sekala bz macam nie rasa best juga. Masa kat opis terasa pantas berlalu & paling best bila sudah waktu utk clock out. Hoyeaaahhh! Lagi pulak hari nie hari Jumaat kansss? Double happiness rasanya ^___^ Bestnya esok bangun pagi no need to rush bersiap mandi bagai. Its time to golek-golek & hugging each other with Naurah & habi. Baju kurung Naurah

I Love To Cook. But.....

Nak tawu ape terjadi petang semalam? Terus balik rumah pastu keluar pergi pasaraya Zemart beli barang dapor. Takde pown pegi beli cat & karpet. Kesian haku T__T Lepas shopping, pegi Mydin solat maghrib & berbuka nasi kandar lauk ayam goreng. Itu aje huhuhu..... Bukan semua benda yang kita plan akan berlaku kan? So pasrah ajelah weyh. Nama pon hidup berkeluarga sekarang. Bukan boleh ikot kehendak hati kita keseluruhannya. Kena ada approval dr suami & kena ada pertimbangan utk anak. Takpelah....nama pon nak jadi isteri solehah & ibu mithali kan? Be happy Sharena! ^___^ Senyummmm...... So lauk basah semua dah ada, makanya hari nie & esok kena masak lar jawabnya utk berbuka. Lauk yang sepatutnya masak petang semalam akan jadi lauk utk hari ini. Siakap 3 rasa, kcg buncis goreng & telur dadar. Tak sabar pulak nak tunggu petang & masak-masak. I love masak-masak. Tapi jadi tak love kalau habi asyik kacau nak masak sama-sama. Hahaha.... Aku sebenarny

Happy Married Life Ropez!

Image
Sori kawan sebab lambat update pasal wedding ko nie. Dah sebulan kowt berlalu kan? Hehehe. Lupa dong! So macam mane jadi isteri orang? Best kan? Aku rasa kan masa baru-baru kawen dulu, kawen nielah kehidupan yang paling sempurna sekali sejak menjadi manusia neh. Kehidupan berkeluarga. Terasa sangat diberkati Allah, fikiran & hati menjadi tenang setenangnya. Sekarang pon aku masih rasa begitu. Malah lebih bahagia & seronok sebab dah ada permata hati si anak nan sorang tu. Its like a perfect life on the earth. Terima kasih Allah =) To Ropez, aku doakan ko sentiasa berbahagia dlm kehidupan berumahtangga. Sentiasa berbincang & bertolak ansur dengan suami dalam apa hal pun. InsyaAllah semuanya akan lebih bermakna. Kemesraan atr suami isteri tu kena sentiasa dibajai. Jangan sampai timbul rasa bosan. Berusahalah utk kebahagiaan rumahtangga okay. Don't take it for granted hanya sbb kita dah sah jadi suami isteri. Hiasi kekurangan diri kita dgn menonjolkan kelebihan

Kemalangan Maut di Cyberjaya

Semalam ada kemalangan maut berlaku di Cyberjaya. Kat cyber nie jarang eksiden berlaku. Tapi kalau dah jadi, mostly melibatkan kematian T_T Last kemalangan maut yang berlaku adalah pd 14 Feb 2012 yang lepas melibatkan sebuah lori tanah, sebuah kereta Merc biru & sebuah motosikal. 2 nyawa diragut iaitu pemandu Merc biru & penunggang motosikal. Khabarnya lori tanah ngentam mereka T_T Sumber dari sini . Semalam berlaku lagi kemalangan jiwa sebanyak 2 orang juga. Kemalangan melibatkan bas RapidKL dari arah ofis aku menghala ke Street Mall, kereta pajero Hilux yang dari arah Ericsson nak ke Petronas & sebuah motorsikal. Pemandu bas RapidKL & pemandu kereta hilux terkorban. Penunggang motorsikal hanya cedera akibat tergesel dgn bas. Dikatakan pemandu bas melanggar lampu merah & melanggar pajero. Sumber dari sini Siapa pernah jalan area Cyberjaya memang tawu lah ada banyak traffic lite kat sana. So maybe orang kadang jadi kurang sabar. Nampak lampu kuning bukannya

Wordless Wednesday - Bonding

Image

Perkara-perkara Yg Menggembirakan Hati

Sedih aje sebab takde g holiday terbaru. So header baru pon amek gambo masa g KK last month aje. Ntah nape rasa mcm dah lama benar holiday kat sana tuh. Mcm bukan bulan lepas tapi tahun lepas. Apekah? Hint soh pegi holiday lagi ke ape neh? Hehehe... Alor...Ramadhan pon dah tak sampai sebulan nak menjelmakan dirinya. Sempat ke nak g bercuti mana-mana? Lagi pulak gaji skrg byk habis dengak deco-deco rumah sempena Syawal sok. So bajet adalah tidak ada utk bercuti yerp. Sila sedar diri banyak-banyak. By the way tadi aku beli online 2 pasang kurung cotton utk Naurah =) Harga dia sama macam beli kurung aku 2 pasang. Kenapa yer? Huhuhu. Walau ape pon mengenangkan Syawal itu hanya setahun sekali & baju kurung Naurah pon shopping setahun sekali, aku pejam mata ajelah transfer duit tadi. Pasrah eventho rasa sedih tgk balance $ makin menyusut T__T Pastu gatal tangan pulak order cheese powder & roti turki kat Yana . Bukannya nak sangat pon sbnrnya. More to nafsu nafsi. Tapi en

Hal Perihal Rumah - Part II

OK. Selamat dah mengemas rak kabinet dapur yang baru. Rasa best aje sbb ada barang baru. Pastu nampak lebih kemas tersusun dapur itu. I loike ^___^ Aku & habi sama-sama gotong royong mengemas segala khazanah yg ada. Gambor aku tak snap sbb camera haku tertinggal kat rumah Kak Ya last weekend. Padahal bajet nak upload gambo Naurah main swimming pool kt sane masa tu. Nampaknya jadi entry basi la masa dpt balik camera tu sbb plan balik kesana bkn minggu ini tp minggu lagi satu. Maybe boleh pinjam camera habi je kowt snap gambo dapor berwajah baru tu. Nanti-nanti lah yerp! Hari nie aku plan nak ajak habi singgah ke Kota Warisan. Mahu riki-riki cat utk our feature wall kat living room & feature wall utk master bedroom. Hari tu nampak ada kedai cat Nippon kt sane. Dalam otak aku nie masih berangan nak buat cat ala-ala hasilnya mcm tampal wallpaper. Tengok video dia mcm senang aje kan. Cuma kena beli barang keperluan dia sekali lah. Klu berjaya beli, weekend nie dah boleh sta

Si Putih Kami

Image
Putih & Oyen. Oyen tu kucen jiran...tp mmg manja & selalu makan rumah kami hehehe. Badan dia mantoppp Korang masih ingat lagi tak perihal aku beli kucing putih kat mudah.com satu masa dulu? Bulan bape tu yer...bulan 4 kowt. Kucen tu dulu memule panggil Fluffy. Tp Naurah lebih suka panggil Putih. So nama dia pon tukar dah jadi Putih sampai skrg. Putih nie rupanya tak mesra dengan manusia. Dia takot. Maybe sebab owner lama dia dulu mmg tak pernah main dgn dia kowt. Asyik terkurung dalam sangkar aje life dia. So aku faham la mesti dia trauma & end up tak mesra alam. But eventho dia memang tak pandai bermanja, lama-lama dia takdelah takot sgt. Boleh aje dah nak pegang dia & usap-usap bulu panjang dia tuw. Dlm pd dia takot-takot tuelah kan hehehe... Tp dengan Naurah mmg agak amazing. Siap meleset & gesel badan kat budak tuw hokeyhh! Terkejut aku tengok ritu. Pdhal Naurah kejenya asyik nak angkat kucen berat tu tp x larat ekekeke =P Yang pastinya pagi-p

Hal Perihal Rumah

Settled dah semalam pas balik keje pergi ke kedai perabot Wira Jaya. Kedai tempat kami selalu shopping barang perabot kat rumah. Sofa, meja makan, kabinet baju Naurah & kabinet hiasan bersama cermin besar semuanya beli kat sana. Best taw sebab tokey dia sangat baek. Kalau pergi sana, tak sah dlm berpuluh ringgit yang dia bagi kurang. Boleh tawar menawar sehabisnya. I like ^___^ Lagi satu dia suka dengan kitorang pasal jenis beli pakai cash aje. Kami tak suka berhutang. Sakit otak kalau beli brg berhutang neh. Tapi kalau dah teringin sangat dgn sst benda tp tak bape nak ade duit, jawabnye kena jugak buat 2-3 kali installment. Tu pon selagi boleh pendek jangka masa bayonyer. Tgk pd kemampuan gaji stp bulan tuh. Tp klu boleh keadaan ini memang sangat dielakkan. Rasanya dah takde kowt benda mahal-mahal yg aku ngidam skrg. Lega. Phewww.... Bila kereta dah tak payah bayo, balance gaji tu meriah la sikit kan? So dapatler beli barang-barang rumah secara berdikit-dikit. Makin lama

Nasi Lemak Telur

Image
Pagi nie masa kat porch kereta tetibe Naurah request " Ibu, nak nasi lemak dengan telur!" Ehh..tak pernah pulak dia buat request spesifik mcm tu pepagi. Tapi dah dia request, aku pon cakap la dgn habi soh berhenti tepi jalan beli nasi lemak utk budak tu. Habi sokay je takde masalah.  Since dah agak lambat pulak nak ke opis, aku pon malaslah nak turun dari kereta. Naurah nampak habi keluar nak membeli aje teros cakap "Naurah nak ikot Ayah! Ibu taknak keluar? tanyanya." " Ibu taknak keluar lah Naurah. Naurah pegi dengan Ayah aje ehh! " " OK. Ibu nak kuih ape? " Macam terkesima pulak aku dengar dia tanya aku macam tu. Huhuhu. Baiknya anak sorang neh. Concern betol kat ibunya nak makan ape yerp? ^____^ " Ibu taknak kuih apa-apa lah Naurah. Ibu puasa hari nie..." " Ibu puasa? Ooo..." Macam lar dia paham kan puasa tu ape. Hehehe. Walau apa pon, rasa terharu aje anak kecik-kecik nie dah pandai

Cepat, Lambat @ Tiada Lagi

For those yang dah lama mengikuti blog aku nie, rasanya dah tawu sangat yang aku & habi sedang dlm proses nak mendapatkan anak yang kedua. Habis bulan June ni, bermakna dah 2 bulan proses tu berjalan. So far masih takde good news lagi. Period aku pon datang awal bulan. So tak tawu lagi adakah result masih gagal spt percubaan yang pertama dulu. Kite tunggu & lihat ajelah bulan July nnti guane =) Sejujurnya, takdelah hebat mana usaha kami utk conceive lagi neh. Tulis aje kunun 'bekerja keras'. Tapi hakikatnya takde apa yang luar dr kebiasaan pon usahanya tuh. Lebih kurang macam masa taknak conceive dulu aje. Nothing special. Thats y masa 1st time result dh gagal tu, aku takdelah terlalu kecewa. Sbb tawu usaha tu tak sekeras mana. Lebih-lebih pulak habi pon seminggu takada sbb out station ke Korea.  Aku bajet bulan June akan lebih gigih. Tapi rasanya masih biasa-biasa jugak. So mcm mane nk cakap ek? Redha ajelah dengan ketentuan & takdir Allah. Kalau pon usaha

Puasa Sunat Tak Jadi

Beriya bangun sahur masak telur letak bawang & ikan bilis. Heaven aje makan. Tapi perut nie memang semakin bermasalah. Kdg dia okay terima makanan awal pagi tuh. Kdg dia akan jadi sebu & rasa nak termuntah sokmo. Terus jadi moody haku taw! -.- Camne nak menghadapi bulan Ramadhan mcm nie weyh? Siryes aku memang dah tak boleh makan time bersahur ker? Boleh minum air aje? Tsktsk. Makin tua nie makin bermacam masalah yg timbul kat tubuh badan neh. Tak pastilah sebab ape rasa dah season sgt badan neh. Maybe atas rutin-rutin hidup masa muda dulu kowt. Now baru rasa padahnya. Sebab pantang lepas bersalin kurang strict kah? Aku pon tak pasti hokeh. Nothing much can be done. Benda pon dah lepas. Tak boleh nak ulang semula ape pon kesalahan yang lepas. Kena redha & banyak bersabar ajelah rasanya. Paling kuat carik supplement khas makanan utk badan. Entah lahh... Sebab tak sanggup nak menghadapi seharian rasa loya nak muntah sakit kepala semua tu, aku decided utk tak berp

Morgan Food Steamer

Image
Jumpe benda alah ni kat Living Social . RM128 aje.Cam okay aje price tu kan? Self pick up at Midvalley. Terujanya nak beli. Tapi tak gaji lagi T___T Next week baru masok. Huwaaa....ngidam...

Sometimes, I Do Hate Myself

Boringnyer hari nie. Takde bos pon boring jugak. Cuma hati & fikiran ajelah agak lapang sbb tak rasa selalu diperhatikan. Bos tu kalau dia ada, aku rasa mcm ade pasang cctv aje kat sini. Haha. Padahalnya bos ade ke bos takde ker, aku macam nie jugak. Takde ape yg special sgt pong kecuali klu kuor makan, bolehlah lajak lama sikit. Kalo dia aderrr....tak senang duduk nak masok opis bila dah on time. Tak best. Entah sampai bilelah aku nak keje kat sini yerp? Ade ke sampai pencen? Hoho. At times terfikir jugak takkan nak makan gaji aje kan? Takde ke plan nak bukak bisnes sendiri or jadi SAHM. Bab bisnes ni aku tak pandai. Tak minat pon iyer. Perlukah tertanya-tanya apakah minat aku sbnrnya pd usia menjelang 30-an mcm nie? Cam poyo aje kan. Orang takde cita-cita mmg macam nielah rupanya. Hidup seadanya & mudah bersyukur dgn apa yg ada. Aku rasa hidup aku lebih tenang, aman & damai dgn berfikiran mcm nie. Sebab aku selalu tertanya pd diri sendiri. Apakah yang perlu dikej

Happy Friday =)

Image
Yer yerr poyo aje muke aku pagi nie. Tu yang kunun buat special effects dgn harapan nampak lawo la sket kan. Hakhakk. By the way as usual hari Jumaat yang mulia akan pakai jubah. Today jubah hitam & bawal printed bercorak ala-ala leopard giteww. First time pakai tudung neh ke opis. Biasalah ada yang tegur-tegur tanya rege bagai. Murah aje kan Dayu? RM4.80 ^___^  Rasanya kat mana-mana pon jual, tudung nie memang dah murah harganya. Adik aku si Anje beli kaler hijau coraknya sebijik mcm yg Dayu belikan utk aku. Aku ingat dia cilok tudung aku. Hahaha. Bila ditanya, dia kata beli kat pasar malam Bangi. RM5.00 sehelai. I see.  Tudung nie bidang dia kecil drp standard tudung bawal tuh. So aku lipat segitiga kecik ajelah nak bagi dia labuh sket. Segan mak noks nak pakai tudung kecit-kecit tutup leher aje. Maklom ler badan si pemakai pown boleh tahan gabaknya kan? Maka wajiblah tudung itu dilabuhkan seadanya =) By the way hari nie big boss seharian tak masuk opis. Ade talk

Kak Ya Oh Kak Ya

Hati aku ni rasa meronta-ronta aje nak pergi holiday. Tiket flight AA memang murah-murah. Tapi aku takot kena sekeh kepala dengan habi lagi. Haha. So buat-buat taknampak ajelah promo AA tue. Lagipon dah nekad smntara nk tggu holiday ke Medan, holiday dekat-dekat sini naik kereta aje sudah. Tapi kan, bercerita ttg holiday ke Medan, aku rasa bersalah sebab tak ajak Kak Ya sekali. Pdhal niat mulanya mmg nak ajak dia. Tp sbb aku nak dia focus dgn ibadat haji dia & tak sure bile dia akan balik ke Malaysia, so aku pon cancel la nk masuk nama dia sekali. So yang bertuah ialah adik aku si Anje & Hirraz. Nie kalo deme sok dh senang tak kenang jasa kakak yg baek ni tak tawulah. Mmg nak kena hempuk sekor-sekor. Hahaha Just now aku sajelah masok balik AAG nak tengok balik price dia manelah tawu dpt selit jugak nama Kak Ya. Sekali tengok wowww...bapok mahal dah sorang jer pergi. Flight yg sama, hotel yg sama dah jadi average per person RM963.68. Ritu aku booked average per person R

Pencarian Taska Naurah 2013 - II

Update tentang pencarian taska baru utk Naurah tahun depan. Semalam masa lunch hour aku & Kak Niza pergilah ke MKN Techzone. Jumpa dgn Puan Shida & dia terangkan semuanyalah tentang operasi taska. Memang besar, bersih, teratur & menarik tempatnya. Tapi ramai tau bebudak dalam 40 orang gitu. Utk kuota baby dah penuh sbb 15 org dh ada. Yang lain-lain byk yg toddler mcm Naurah lah. Entah kenapa lepas pergi sana aku tak rasa excited pulak nak ngantor Naurah. I have this kind of feeling yang tak dapat nak explain. Tak tawu nak cakap macam mana. Tapi memang rasa tak interested dah. Tak pasti kenapa. So aku pon ushar lagi taska lain & teringat pula Ann cerita dia dah daftar kakak Alia kat CIC Putrajaya next year. Honestly sebelum nie aku dah pernah gak ushar CIC neh. Masa tu saje-saje aje nak tengok. Pastu terlupa terus ttg kewujudannya sebab dok fokus kat taska cyber neh. Thanks Ann sbb ingatkan aku semula ttg CIC. Since interest dah kureng utk taska kt cyber, so ak

Weight Oh Weight

Image
Serabai gile shawl aku masa neh. Maklom ler sokmo mendukung ke anak. Senget benget tudung tu memang dah jadi perkara biasa huhu. By the way masa kat KK nie aku dah gain weight 2kg. Memang lebih gemok dr biasa. Seb baek skrg da kembali ke berat asal. Eventho masih dlm kategori overweight, takdelah rasa tak selesa sangat dibuatnya. At least pakai uniform tak rasa ketat metat. Lega dah rasa. Ape pon diet tetap berjalan bersama dgn produk Shaklee yaww. Best diet kali nie sebab tetap makan. Cuma portion nasi tu kurang & ambil 1 kali aje sehari. So takdelah aku nak menggelupur tak makan nasi kan? Haha. So teruskan ajelah biasakan diri makan macam nie. Suka sangat dgn Omega Guard & Alfalfa neh. Terbaekkk! Aku rasa yg menyebabkan aku selalu lenguh badan ialah ESP. Sebab bila aku tak minum, aku rasa sihat mcm biasa. Maybe tak kena dgn badan kowt. So dah bbrp hari skip ESP (ampun Aishah hukhuk) & i feel much better. Ingatkan sbb consumed Alfalfa. Salah tekaan rupanya. ESP

Pencarian Taska Baru 2013

Alhamdulillah Naurah is getting better yesterday. Selera makan dah ada, susu pon minum macam biasa plus sokmo ajak ayah ke taman mahu main kat playground. Tapi ubat masih tetap makan on time. Antibiotik kena habiskan sebotol. Risau demam datang balik. Sebenarnya aku tengah kepeningan nie mencari taska baru utk Naurah for next year.  Plan aku nak hantar kat tadika islamic yang dekat rumah tu tak kesampaian pasal dia terima budak 4 years above aje. So sementara nak tunggu Naurah 4 tahun, kenalah 1 tahun duduk kat taska memana dulu. Aku dah emel kat tadika Little Caliphs area Salak Tinggi sana. Harap akan dapat reply from them asap. Tapi hati aku kuat juga rasa nak hantar Naurah kat Taska i-Play kat MKN Techzone kat Cyberjaya neh. Environment yang tip top sangat. Plus dekat dengan aku & habi. Let say something happen, cepat sikit kami boleh sampai. Tapi habi asyik cakap dia tak mampu nak hantar Naurah kat situ. RM450 per month pd aku quite reasonable. Taska tu besar siap ada

Hilang Fokus

Aku dah mula hilang fokus tentang apa priority dalam hidup aku. Well....berkaitan dengan kewangan nielah. Sometimes aku tak tawu mana duit aku pergi sampai sengkek aje minggu terakhir nak gaji nie. Barang yang dibeli taknampak ape pong. So aku dah mula susah hati. Nama aje banyak balance gaji lepas bayo komitmen semua. Tapi bendanya tak nampak. Habi pon dah start menanya. Haihhh...tak boleh jadik neh! So by this end of month salary aku plan nk kawal baik-baik sket perbelanjaan tuh. Maybe lebih baik kalau boleh tulis & rekodkan semua pengeluaran wang. So takdelah tawu2 pelik je duit dah susut kan? Aku memang dah teka dah masalah nie akan berlaku. Akhirnya mmg berlaku pown. Nyampah! For next gaji neh, aku 3 benda yang aku kena settlekan. 1. Langsir 2. Cat 3. Rak kabinet dapur Inilah dia benda yang dok tertangguh saban bulan sebab buat benda lain yg ntah hape-hape jer. Pastikan kali nie terlaksana. Fighting!!! Alhamdulillah Ahad lepas dah berjaya clearkan stor

Belum Sihat Sepenuhnya

Image
Demam Naurah tak baik betul lagi. Maroh gak aku kat habi sebab pagi semalam dia tak bagi ubat kat budak tu. Katanya sbb budak tu kamok-kamok taknak tukar diaper, taknak mandi, taknak makan & semuanya lah. So dia cuma dapat bagi makan ubat on 11am. Lambat sangat dah tu. 12 hours after last ubat diberi. Patot naik balik panas badannya T_T Malam tadi pon tak makan ubat liquid. So aku masukkan ubat montot & alhamdulillah pagi nie tak panas badannya. Tp aku tetap bekalkan ubat kat taska & suruh Anje bg dia ubat liquid ikot masa. Harap budak tu tak lupa bagi. By the way masa nak tido tu aku pon sponging la badan budak tu sikit sbb panas. Ada 1 scene yang buat hati aku sayu sangat-sangat. Tersentuh hati sebagai seorang ibu. Bukan senang aku nak ada feeling-feeling macam nie. Tapi malam tadi Naurah memang berjaya buat aku sebak. Budak tu mana suka kalau aku sponging kat dia. Aku faham. Dia rasa sejuk walhal badan dia kita rasa panas. So bila tuala basah kena kat badan

Luahan Seorang Rakyat Johor

Masih panas lagi kot issue Sultan Johor beli nombor plat WWW 1 for around RM500k ritu. Then ntah sape tu orang PAS Nizar dok tweet cakap drp beli benda tu better fikirkan tentang rakyat? Camtu lah lebih kurang isunya yang aku baca sekali sekala dlm paper NST. Sebagai rakyat Johor, aku rasa terkait la pulak nak mengomen serba sikit tentang isu nie. Apepon ini cuma pendapat aku ajelah sebagai anak jati Johor. Takde niat yang spesifik pon.  Sejak Sultan Iskandar belum mangkat lagi, dalam era 90-an, Sultan Ibrahim nie sememangnya berjiwa rakyat. Sebabnya aku sendiri pernah merasakannya. Masa tu aku masih sekolah lagi. Sekali di sekolah rendah & sekali di sekolah menengah. 2 kali okay Sultan Ibrahim & anak-anaknya datang ke felda aku yang terceruk itu. Tujuannya cuma 1, untuk berjumpa & berkenal-kenalan dengan rakyatnya. Setiap kali baginda datang, akan diadakan majlis makan-makan di padang besar felda. Semua kaum yang ada tak kira melayu, cina & india akan data

Aish Pon Boleh Gem-Gem Taw

Image
Tengok lah tu. Aish dah start mengurus hokeh. Double chin lansung dah takde. Artis nie kalau deme nak kurus, cepat aje boleh kurus. Dalam kes Aish nie dia yang memang taknak kurus cecepat gitu. Bila lagi nak rasa heaven makan banyak kan? Time menyusu anak nielah. Time preggy pon sama. Aish choose to be fat. Not that she don't want to be fat like I am wuwuwuw Jadi issue besar betol pasal Aish jadi gem-gem neh. Kunun Aish patut kuruskan badan sebab dia selebriti. Ada kewajipan pd peminatnya. Hanggok ko!! Berbulu aje aku bace komen-komen tak membina psl Aish neh. Walau ape pon, aku sempat tunjuk kat habi paper yg ade letak gambo Aish gemok neh. Aku cakap larr....sedangkan Aish pon boleh gemok gini lepas melahirkan anak, apatah lagi orang biasa mcm aku nie kan? Bwahahahha...... Tersengih kerang aje habi dgr aku ckp gtu kehkehhh....ok kena semangat diet neh sbb Aish pon dh nak kurus balik. Jom kurus sesama Aish! ^____0

Demam 2 Tahun 4 Bulan

Today I'm driving to the office. Habi's on EL sebab Naurah demam. Sabtu petang badan dia panas. So start bagi ubat on time sampailah malam tadi last pukul 11pm+ubat montot. Ada dlm 3 kali jugaklah kena masok ubat montot sebab suhu badan sampai 39+. Super risau lah kalau dah naik sampai macam tue. Maklom la Naurah kan ada sejarah kena fits. At once badan dia macam terkujat-kujat. Budak badan kurus memang lagi mudah nak kena fits. Aku risau jugak pasal berat badan dia tak naik-naik dah 1 tahun dok 10kg aje. Naurah nie makan suka main-main. Berkejar aku sana sini kalau menyuap dia. Jarang betul nak duduk setempat ngadap makanan kecuali dia memang betul-betul lapar. Itu pon tak banyak mana. Jarang sangat habis makanan dia kalau aku amek tuh. By the way pagi tadi aku check suhu badan dia normal. Alhamdulillah. So takdelah runsing sangat nak keje hari nie. I'm sure habi boleh jaga Naurah dengan baik. InsyaAllah. First time for this year keadaan adalah vice versa. Usually

Kenangan Bersama Fahrin Ahmad

Image
Habis dah drama Seindah Sakura. Takde dah Fahrin Ahmad petang-petang sobsobss. Mamat tu dah la jarang dah berlakon drama. Sekali sekala aje ada. Kalau dia kawen sok kan, if ppn tu tak lawo dimata aku, msti aku frust. Wakakaka. Poyo. Fahrin Ahmad. Ada kenangan aku dengan dia back at 2006. Masa tu aku ngekor ex-fiance g uji bakat jadi contestant game show Kunci Khazanah kat Astro Ria. Siap Kak Ya ngan Anje kowt ikot sekali. Takde keje weekend buat ajelah benda yg diluar kelainan. Lagipon dekat dgn rumah kt Villa Laman Tasik tu dulu. 15 minit dah sampai hehe. Mula-mula kena amek test bertulis dulu. Soalan isu semasa lar banyak. Ntah hape-hape aje. Then nama aku naik dapat jadik contestant. Kak Ya dapat jadi apetah tu namanya. Cam pembantu bagi jawapan. Cam contestant beli jwpn dr dia, then dapatlah dia duit. Kena tawar menawar rege jawapannya. Tp episod aku tak sama dgn Kak Ya. Mana boleh sbb adik beradik kan? Hehe. Masa hari penggambaran, semua tertanya siapakah pengacar

Matrikulasi Story (2)

Kalau nak tawu, masa kat matrikulasi jugaklah aku banyak berdepan dengan kejadian-kejadian misteri nusantara. Hehehe. Ingat lagi tak tahun lepas aku ada buat siri seram yang ada beberapa bahagian tu? Mulanya aku nak cerita kisah nie tahun lepas. Tapi lama-lama jadi lupa & mood pon kelaot sudah. So akhirnya skrg nielah aku baru nak cerita bersempena aku buat n3 bersambung kisah-kisah zaman muda remaja aku dulu. So for those yang suka cerita-cerita mistik, silalah membaca sampai habis yer.  Masa mula-mula sampai kat kolej nie dulu, dalam hati macam seramnyer tempat nie. Aku merujuk pd asrama yang para pelajar akan duduki yer. Sebab bersebelahan dgn asrama tu ada 2 bangunan tak siap. Macam ada rangka bangunan aje. Suasana pown ada gaya-gaya kesuraman gitu. Dah ler aku nie ada sixth sense kan. Hehe. Belom lagi amek kira ada bukit tinggi batu kapur dekat belakang sana. Bukan jauh mana pon. Masa baru sampai tgh pembinaan patung buddha yang boleh tahan besarnya kat bukit tu. Tamat be

Juling

Image
Apasal mata aku juling dlm gambo nie. Sape teka betol, aku bg tepukan gemuruh HAHAHA

Today Is My Bad Day

Ya Allah.....sangapnya aku rasa hari nie. Thursday blues sungguh! T___T Sleeping beauty (beauty ker?) nie kalau tak cukop tidor memang macam haram ginilah keadaannya. Bukan sebab tido lambat sangat pown. Tp sebab bangun awal 4.45am. Bangun utk bersahur lar utk puasa sunat hari Khamis dibulan Rejab. Sejak habis period, inilah first day berpuasanya. Tu yang lain macam sket tuh. Benda tak biasa buat, bila dibuat sekali sekala mmg susah sikit lah -.- Perut aku nie memang macam nie. Kadang better tak bersahur drp bersahur. Dia jadi sebu macam terkejot kowt pepagi buta dah dapat nasi. Tapi aku pulak takot klu tak sahur, aku lembik sepanjang hari. Selain drp sahur tu dapat pahala lar kan. Tapi bila jadi mcm keadaan skrg nie, tak tahulah nak cakap macam mana. Yang pastinya orang tengok muka aku rasa nak tampo aje kowt. Aku pon rasa cam nak tampo diri sendiri aje sbnrnya -.- Lepas sahur, aku pown try nak tido balik. Tapi dah tak boleh. Tido-tido ayam aje. Bila dah masa utk bangun,

Abang

Image
Ingat ko sorang aje ade kucen comel Izza ? He he he. Kalau kucen ko namanya Ace, kucen aku nie namanya Abang. Dia nie 4 beradik. Abang nie jantan. Adik dia sekor sama macam bulu dia betina. 2 ekor lagi bulu kembang camnie jugak. Tapi kaler hitam legam. Pon sekor jantan sekor betina. Sekarang nie yang ada kat rumah Johor sana cuma Simu. Adik Abang yang kaler hitam. 2 ekor hilang gara-gara kakak sulung & abang ipar aku. Malas nak ingat sebab sakit hati T_T By the way Abang nie dah mati yerp sobsobss. Ini picture year of 2007 kohkofff. Jangan marah Izza. Tak baek utk kesihatan taw =P

Aku Nak Cat Dinding Rumah Plis!

Image
Hahaha. Tak menahan Intan sampai betulkan ejaan anyeonghaseyo haku. Kehkehh. Thanks anyway my fren. Aku pon main bantai aje taip tuh. Asal ade bunyik dia sudaaaa kohkoff =P Hujung minggu nie kan, aku takde apa-apa agenda taw. Kak Ya pulak balik Johor sebab ada kursus haji perdana. Teros mati kutu nak rayau kemana. So aku pon suggest lar kat habi buat aktiviti kat rumah. Plus plan nak buat langsir utk hari raya sok kat Kamdar. Dah molek sangat kalau buat dari skrg. Dulu buat dalam 3 minggu lar baru siap. Tapi Kamdar takde sale dah skrg. Kat Nilai pown not bad kowt klu nak buat langsir harganya tuh. Maybe boleh ushar tempat yang dekat dulu. Aktiviti kat rumah yg aku plan nak buat ialah mengecat. Hehehe. Lama dah niat nie tertangguh pasal weekends selalu aje sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kadang ada wedding, kadang pergi holiday & kadang malas =P Since next weekend nie mmg free, dan aku pon dah ushar kat website Nippon tentang camne nak cat dinding jadi cam wallpaper, so ra

Anyeongseyo!

Image
Halohhh...tengok makanan jer pown dah rasa cute sangat kan? Habi kata sedappp! Kalau dia kata sedap, bermakna sedap lar tu. Kalau tekak dia boleh masok, bermakna aku lagilah boleh. Hehehe... Suka tengok sudu orang Korea panjang-panjang kan? Lupe nak pesan kt habi soh beli. Hek elehhhh.... Kitorang kan sekrg boleh kata tiap malam mesti layan channel 393 One HD. Sampai Naurah dah pandai cakap " Anyeongseyo" & " Kamsa Hamnida ". Siryes comel sangat bila dia sebut tuh. Macam pronunciation tuh sebijik macam orang Korea cakap. Gewammm! Eyhh...pernah sekali ada orang tegur muka Naurah cute mcm budak Korea. Tetibe aku nak rasa bangga pulak. Apehal ko? Kohkofff Ini pon habi makan dekat Korea. Deme jumpa kedai orang Pakistan klu tak salahnya. 3 orang makan je dah RM150. Sekali pergi ajelah nampak gayanya thehehee =P Lapo lapo gini memang syok klu citer pasal makan. Dapat tengok jer pown jadiklar. Kenyam kat mata....

Burger Jalanan

Image
Morning all ^____^ Amacam gambar kat atas tue? Boleh lawan gambo Na Kuantan sana tak? He he he Penangan tengok gambo burger pepetang semalam Na upload kat fb lar nie. Balik keje tu kan kami ke Semenyih nak amek Naurah. So aku pown buat muka kesian kat habi cakap teringin nak makan burger jalanan. Dah lama sangat rasanya tak makan. This year tak pernah makan sekali pon lagi taw! Sedih kan? Since habi tawu aku memang tak makan berat on breakfast & lunch  nowadays, dia pon tak kisah dgn permintaan aku neh. Sekali sekala takpelah katanya. Thanks habi ^____^ i know you will always agreed to my request as long as its not merepek. Hahaha Kali nie tak order burger biasa or special. Amek yang tulis Burger King teros. Burger yang nie ada 2 lapis daging & ditengahnya ada telur goreng setepek. Sebab malu coz habi & adik-adik dia punya burger biasa aje, aku tibai siap-siap dalam kereta. Bwahahaha. Kenyam & puas. Alhamdulillah syukur nikmat =D Gara-gara Na, rosa

Playground Dataran Nilai

Image
Jumaat lepas after balik kerja kami semua zass ke Pasaraya Zemart beli stok dapur. Lepas shopping, pergi ke Mydin pulak sebab nak solat Maghrib. Suka solat kat sana sebab selesa. Kat Zemart tu takde surau kowt sebab aku tak pernah pulak nampak T_T As usual aku akan solat dulu while habi melayan Naurah main kat playground. Masa nak ke surau mata aku dah tertancap pd baju budak-budak yang dijual kat ruang legar Mydin tuh. Macam best aje tuh =P Ok pas solat leh tengok-tengok. Belek punya belek rupanya deme jual baju budak-budak yang usually dijual online skrg. Tp the price is much more cheaper hokeyh! Contoh kat online jual including post RM50, kat situ boleh dapat RM35 aje. Banyak kan bezanya? Teruja aku dibuatnya. Cuma agak malang baju saiz Naurah dah tak banyak. So aku dapat beli 2 dress & 2 shirts utk budak tu. Total up RM45 only. Siryes rasa berbaloi-baloi. Pakkal aje duit aku dah tak banyak mana dlm purse. Kesian aku hehehe Salah satu dress yang rembat dgn harga 2 d