Posts

Showing posts from January, 2013

Kereta & Kenangan Bersalin

Ahh...dah makin ramai opismate aku yg noticed kami sudah tukar kereta. Segan sangat rasanya. Sampai nak cerita kat sini pun fikir byk kali takut orang kata kita nak menunjuk-nunjuk pulak. Now cerita dgn harapan orang tak fikir kite nak menunjuk sangat sebab cerita dah basi kihkihh ^^ Syukur pd Allah akhirnya kereta Myvi habi bertukar tangan kepada adiknya. Sedang elok lah nak tukar kereta sebab anak pun InsyaAllah akan bertambah tahun ni. Penukaran kereta ni sbnrnya sudah menjadi 1 keperluan kpd kami sekeluarga. Ianya bukan lagi 1 kehendak spt suatu ketika dahulu. Hehehe. Spt ramai orang tahu, bonet Myvi adalah sangat limited ruangnya. Sedangkan kami 3 beranak ni saja pun terpaksa guna ruang seats belakang sbb bonet tak dapat nk tampung barang yang ada. Itu blm masuk barang Anje lagi kan? So orang kata mmg dah cukup haul lah klu nk tukar kereta. Habi pun tetibe pulak berkenan dgn kereta sedan baru Nissan Almera. Bila dia ajak pergi showroom Nissan ritu memang mcm " did I

Pakar Membuat Onar

Image
Bulan ni ngam-ngam 9 points kena sbb datang lambat. 1 point lagi dapat memo la drp HR. Hehehe. Kak Niza pulak tak bernasib baik. Tunggu jelah memo dtg tak lama lagi. Sabar ye kak. Hohoho. Pagi ni aku nak cerita tentang Naurah. Pergh...budak ni skrg kepochi ya amat. Bercakap non stop. Penat owh nak layan. Aku tanya Anje kat taska mcm tu jugak ke? Dia kata ha'ah. Kekeke. Masak ah nak melayan gitu. Adik aku kata kadang tak terlayan. Biarkan aje dia sembang dgn kengkawan dia. Kohfs. Ade lg 1 peel ni yg mmg tak boleh tahan. Naurah skrg pakar menyepah rumah. Sekelip mata rumah yg kemas boleh jadi haywire sana sini. In a way mmg dia tak kaco kita la kan sbb sibuk buat onar. Tapi penat la nak kemas byk kali. Habi pon sampai da tak boleh tahan. Dia soh Naurah kemas balik yg dia dah buat sepah tu. Kadang berjaya, kadang tidak. Hahaha Dan-dan cakap penat la hape la bile soh dia kemas balik. Masa buat sepah tak penat la pulak khennnn -.-"  Naurah jugak dah gain weight

I Am Happy

Wow..rasanya ini appraisal paling ringkas & cepat sekali siap. Best gila kot ^^ Sembang dgn bos mcm kawan jer. Sempoi ah. Hehehe. Alhamdulillah kerana permudah appraisal aku kali ni. Syukur sangat rasanya. Maybe sebab keje dah lama kan kat sini. Bos pon sorang tu jelah tak pernah tukar lain. Dah takde ape sgt nak dicakapkan. Dah tahu peel masing-masing guane. Takat buat syarat ajelah. Lps ni bos akan pulang balik appraisal aku dgn marks yg dia bagi. Ahh..aku tak harap ape pun lah. Sikit ke byk ke gasak dia. Skrg dlm fasa nak redha aje dgn apa yg Allah dah tentukan. Malas nk saratkan otak dgn benda-benda mengarut. I just want peace of mind. Lawak ah td bos tanya psl cita-cita. Jujur gile aku jwb aku takde cita-cita. Keje setakat nk bantu suami aje. Supaya dapat hidup selesa. Takde berangan nk ada rumah banglo ke ape. Keadaan kami skrg pun dah syukur sgt pd Allah. Tak mau mintak byk. Siap ckp rasa nak berhenti keje aje bos. Hahaha. Then bos pulak ckp byk tak best ddk rumah n

Appraisal Datang Lagi

At 10.30am this morning my appraisal with superior will take place. Kalau nak ikotkan takde mood lansung nak hadap benda ni dlm keadaan diri yg serba kekurangan ni. Tapi nak taknak, suka atau tak aku tetap kena hadap jugak. Harap takde perkara berbangkit yg teruk sangat la pasal performance kerja aku for 2012. Seingat aku mmg takde ape sgt pun. Tapi manelah tawu tetibe bos jaki pulak saje nak bagi aku markah sikit. Redhakan ajelah. Tak kuasa dah nak argue apa-apa. Maybe aku lebih byk mendengar ajelah nanti apa yg bos cakap. Harap bos paham la keadaan aku skrg ni. Itu je yg aku mampu harap kat dia. Sori la klu aku tak mampu nak fokus bila dia ckp nanti. Aku dah isi apa yg patut dlm form semalam. Kali ni takde tulis tangan sbb tahap kemalasan yg melampau. So aku cuma taip kat pc, print out & tampal kt ruang yg disediakan. Lepas interview dgn superior, aku kena isi balik form tu & tulis samada aku puas hati ke tak dgn interview aku tu. Pastu if nak request apa-apa like naik p

Teladani Kisah Arwah Siti Hajar

Sebak membaca tulisan drp ibu arwah Siti Hajar. Ya Allah, betapa cekalnya hati seorang ibu melepaskan anak yg dipinjamkan oleh Allah kepadanya selama 20 tahun. Tidak hairanlah sahsiah arwah juga sangat indah dilihat. Keyakinannya pd Allah tidak berbelah bahagi walau diuji dgn pelbagai bentuk kesakitan. Pada umur yg semuda itu arwah sangat tabah menghadapi ujianNya. Aku rasa malu bila membacanya T__T Benarlah bahawa tahap keimanan kita pd Allah tidak boleh diukur dari segala sudut pun. Tua, muda, lelaki perempuan bukanlah penentunya. Aku bukan seorang yg mudah sebak & mengalirkan air mata. Tetapi membaca nukilan ibu Siti Hajar, ianya sangat menusuk ke kalbu. Ianya disampaikan dengan penuh perasaan & sarat dgn emosi Apalah sangat nak dibandingkan keadaan kesihatan aku skrg bila dibandingkan dengan kesakitan yg di rasai oleh arwah sebelum dirinya di jemput Allah. Aku mohon keampunan drpMu ya Allah. Sekiranya kesakitan ini merupakan kifarah kepada dosa yg aku lakukan k

Malas

Bila esok kena kerja. dan-dan terus tak sihat muntah & yg seangkatan dgnnya. Macam dlm iklan megi ke ape dulu tu, dan-dan esok nak sekolah, mula lah rasa mcm nak demam. Agaknya mainan psikologi je semua tu. Dah otak kite set betapa menyampahnya rasa nak kena pergi kerja. Tu yg mulalah rasa mual & pening semacam. Padahal hari-hari sblm tu syok aje kot makan spt takde hari esok. So malam tadi merasa lah lagi semua yg dimakan masa lunch keluar semula. Bila muntah je mesti sakit kepala sekali. Kenapa yer? Perut kosong masuk angin pun tak boleh jugak. Muntah lagi. Guane? Seb baek la benda ni semua tak jadi hari-hari. Kalau jadi hari-hari mmg boleh kurus dibuatnya. Sebab tak hari-hari, maka berat badan masih maintain spt biasa. Tak naik & tak turun. Perot ajelah mcm boncet lebih drp biasa. Dah muntah pon tetap boncet. Nyampah je tengok. Hahaha. Boncet bkn sbb baby, tp sebab lemak yg tak pernah hilang drp dulu. Pasrah ajelah. Hehehe. Syukurlah nak masuk ke bulan ke-3 ni b

E.M.O

Syukur akhirnya sampai dah ke hari terakhir bekerja untuk minggu ni. Terima kasih Allah kerana bagi hamba Mu ini kekuatan utk terus tabah & berjuang selagi terdaya. Walau susah macam mana pun, hidup mesti mau terus. Perjalanan masih lagi panjang. Pinjamkanlah hambaMu ini kekuatan & kesabaran hingga ke akhirnya. Amin. Lately asyik update tentang kesihatan diri aje. Boring ork? Usually apa yg aku tulis kat sini semuanya berkisar ttg life aku. Dan keadaan diri sendiri nielah yg paling aku concern kebelakangan ni yg akhirnya membawa kepada semua n3 adalah tentang keadaan diri sendiri. Aku tau ramai yg dah bosan membacanya. Tapi nk kata apa yer? Orang suka ke tak suka ke aku tetap nak tulis jugak. At least hilang sikit rasa beban yg ditanggung neh. Lega taw dpt meluahkan apa yg terbuku dihati. Takkan la asyik nk meluah kat habi. Dia pon ada limitnya. So selain habi luah kat sini pon sokay. Nasib ko lah blog. Hehe. Selain runsing dgn keadaan diri, aku runsing jugak tgk kain

Sebak & Sesak

Sebak ketika membaca penulisan Prof. Muhd Kamil seketika tadi. Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya? (Terjemahan dari hadis sahih Bukhari dan Muslim) Ya Allah, aku berasa sangat lemah & susah dgn keadaan skrg. Tapi diwaktu sangat susah ini aku tak memanfaatkan waktu yg Allah mengabulkan permintaan kita. Boleh kata saban hari aku selalu terjaga di akhir malam. Dgn lebih tepat sepertiganya. Kemudian aku menarik selimut & menyambung tidur. Di waktu siang aku mengeluh saban waktu dgn keadaan yg tidak bertenaga & serba lemah. Aku mengadu pd manusia ttg kesusahan diri. Dptkan mrk berbuat apa-apa. Ya Allah, maafkanlah hambaMu yg lemah ini. Sudah terlalu lama aku tidak menangis semahunya mel

Selera Yang Mati

Haywire sungguh keadaan aku semalam. Dlm kereta dok muntah tak hengat dunia on the way balik rumah. Sampai habi kena berhenti kat Petronas beli roti utk dptkan plastik. Sampai rumah aku terus naik ats, bukak baju & berbaring ats katil. Sempat sedut milo & roti seberapa yg mampu ditelan utk elak muntah lagi. Yer. Perut dah masuk angin pasal tak makan dgn kuantiti yg betul. Selera dah ke lautan hindi agaknye. Bbrp sudu nasi tak cukup nampaknya utk elak perut kosong. Then aku tertidur & right after azan Maghrib berkumandang, aku terbangun & turun kebawah. Habi dah siap masak mee goreng & sambal sardin. I tried to push myself to eat. Dpt lah bbrp sudu. Then teguk fresh milk bergelas-gelas. Rasa segar sikit. Then makan ice cream vanilla pulak. I need energy. Terbaring aje atas mozek sambil dilayan Naurah. Sweet sgt budak tu tanya itu ini concerned dgn keadaan aku. Dlm kepayahan tersenyum jugak aku dibuatnya. She is such an angel. Terbaring & terus terbaring.

Bantuan Dari Allah

Cita-cita nak rasa sihat sampai ke petang tak kesampaian. Maybe fasa baru mabuk sudah bermula. Minum air pun muntah. Tak sekonyong-konyong aje benda ni terjadi. 2 kali dah terjadinya. Hari ni start tak berselera. Sblm ni lunch OK aje makan dgn selera. Hari ni tak sure samada lauk tak sedap ke guane. Lansung tak boleh nak jamah ape. Paksa mkn nasi kosong 3-4 sudu. Berharap utk tenaga saje. Looks like buah tembikai selera pulak aku menikmatinya. Kejap je settled 3 potong. Anggur yg bwk drp rumah pon jd penyelamat. Bila tak boleh nk mkn ni aku risau perut kosong. Nanti angin datang & start la haywire sana sini. Lembik aku jadinya nanti. So dlm keadaan skrg cuma mengharap dpt bertahan sampai ke petang. Bbrp jam je lagi nak balik rumah. Hrp dpt bertahan dgn penuh kesabaran. Kak Niza nasihat aku baca petikan ayat Surah Al Hasyr (Lau anzalna hazal quran) sbg amalan. Katanya kalau sakit kepala ke pening ke, baca ayat tu sambil pegang ke kepala. InsyaAllah elok nanti jadinya. Sbnrn

Semangat 3 Hari

Alhamdulillah hari ni rasa sihat tubuh badan. Maybe sebab semalam dah melepek seharian kat rumah kot. Seb baeklah semalam cuti. Serba tak kena dibuatnya sampai nak masak pun tak larat. Harap hari ni sihatlah hendaknya sampai ke petang. Amin. Semangat sket g kerja minggu ni pasal otak dah set kerja sampai Rabu aje. After that boleh rehat kat rumah puas-puas. Minggu ni jugak akan ke klinik to do my second check up of pregnancy. I am hoping that everything is fine & the little dot is growing healthily. Takut sebab kesihatan aku yg tak memberansangkan pd ketika ketikanya mempengaruhi dia kat dalam sana. Entah lah. Tawakkal ajelah pd Allah ttg benda ni. Kalau nak ikutkan minggu ni adalah my 10th weeks of pregnancy. Dah 2 bulan+ rupanya. Owhh..tak sabarnya nak masuk 2nd trimester. Tak sabarnya nak lari drp segala kegusaran hati. Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya. Takde apa lagi yg nak dikongsikan. Till then jelah yer...daa....

Nak Kerja Ke Tak Kerja?

1 jam lagi nak balik. Weeehuuuuuu..... Sekarang nie makin menjadik excited nak tunggu waktu balik. Tak sabar rasanya nak merehatkan badan secukupnya. Kat opis ni even bukan buat kerja berat angkat guni ke ape, tp letih badan duduk mengadap pc most of the time. Setakat jalan ke toilet atau ke main office. Itu ajelah aktiviti aku kat sini. Naik lemau dibuatnya. Bila balik keje duduk sebelah habi dlm kereta, rasa letihnya badan. Mengalahkan habi yg asyik ulang alik office ke site. Hahaha. Yang sebenarnya hati ni dah tak kuat nak datang kerja. Malasnya ya rabbi. Allah ajelah yang tahu. Tp demi gaji tiap bulan, gigih la bersiap jugak tiap pagi ke opis dengan separuh hati. Setiap hari berangan seronoknya kalau dapat lepak berdua dgn Naurah kat rumah.  Umur baru nak masuk 31 tahun ni. Dah malas gile nak pergi kerja. Guane eyh orang dapat bertahan kerja sampai umur pencen? Adakah semuanya pun dilakukan kerana komitmen yg ditanggung? Ada orang memang suka pergi kerja. Contohnya mac

3 Rabiul Awal 1434 = 3 Tahun

Image
Lorhh..baru aku perasan kalau ikut kalendar hijrah, pd hari Selasa yg lepas iaitu 3 Rabiul Awal 1434 adalah merupakan ulangtahun kelahiran Naurah yang ke-3. Sorry Naurah sebab ibu lupa pulak tarikh keramat awak tu. Asyik sibuk fikir tentang diri sendiri aje ibu awak ni. Hampes betol. Hehehe. Dan hari ni pulak genap sebulan lagi mengikut kalendar roman awak akan berumur 3 tahun jugak. Bersamaan juga dengan hari ke-3 awak demam. Nampaknya demam kali ni bukan disebabkan oleh stools awak like usual. Maybe demam beralih tahun ikut kalendar hijrah agaknya. For the first time pagi ni ibu rasa badan awak dah tak panas after last bagi ubat pukul 1 pagi tadi. Ibu berharap sangat sempena hari Jumaat yg penuh barakah ni demam awak sudah kebah. InsyaAllah. Seronoknya ibu rasa sebab hari ni adalah hari Jumaat. Lepas ni ada 2 hari kita bergomol bergumpal kat rumah. Seperti biasa ibu nak merehatkan badan ibu puas-puas. Bermakna ibu mungkin akan menjadi spt seekor dugong yg sentiasa terdampar

Perbualan Biasa

Semalam on the way ke Giant di dalam kereta Naurah bertanya soalan feberet dia. N: Ibu, kite nak pergi mana ni? I: Kite nak pergi Giant. Ibu nak beli barang ibu sikit. N: Diam tanda berpuas hati. Then tetibe habi menyampuk. H: Kite nak pergi jumpe Kak Bunge (pengasuh Naurah kat taska) ni. N: Hishhh Ayah ni. Tak dengar tadi Ibu cakap kite nak pergi Giant?  H: Owhh ye ker? Okay..okay.... I: Kihkihkihkihhh...padan muke! Asyik nak ngusik anak aje keje dia. Amek setepek! (cakap dalam hati ajelah ^^) Seronok sangat bila anak dah petah bercakap ni. Kalau kena marah dengan dia tu rasa macam lawak betul. Nak tergelak dibuatnya. # sebulan je lagi Naurah genap 3 tahun. buat birthday celebration utk dia kat taska aje kot like last year. beli kek & bagi duit soh Anje beli KFC. settle. maybe blh buat goody bags kalau aku rajin kihkihh =P

Terima Kasih Kawan

Alhamdulillah lega sangat rasanya bila dapat meluahkan apa yg terbuku di hati bersama geng twitter. Walau ada yg nampak seperti takkan boleh faham, most of them are very supportive. Banyak tips & petua yang aku dapat & some of them give me another solution to the problem. Kadang kita cuma dapat tengok drp 1 sudut aje, sudut yg lain kita dah missed out. So ada baiknya kita buang rasa malu & dengar pendapat orang lain pulak. Ianya sangat membantu. Terima kasih semua =) Tanpa berlengah after mandi terus ajak habi ke Giant beli pad yang khas utk tampung air kench jenama Poise yg disarankan oleh Aisha. Katanya Poise ni InsyaAllah mmg takkan tembus & bau kench dpt dielakkan. Sblm ni aku cuma jumpa yg kecil like a panty liner. Tak tawu pulak ada yg besar & panjang. Kata Aisha boleh dapat kt pasaraya besar aje selalunya. Padan ler. So settle dah beli Poise & rasa lebih berkeyakinan hari ni datang ke opis. Selalunya dah petang-petang paling segan sekali nak deka

Satu Perjuangan

Ya Allah....bilalah masalah batuk & pee2 ni nak baik sepenuhnya yer? Kahak pon masih lagi tak lenyap-lenyap dia. Walau dah tak datang bulan, tetap kena pakai pad kes pee2 when coughing ni. Malah penggunaannya lagi banyak sebab tak kira waktu kerja atau tak, wajib kena pakai. Kalau tak kang meleleh aje air kench kat kaki. Dah macam orang tua ke kanak-kanak yer mcm nie? Kench merata-rata pulak. Rasanya sebulan lebih ada dah kot masalah aku ni. Sampai satu tahap memang rasa tension sangat pasal ni. Solat Asar dah banyak kali kena buat kat rumah after balik kerja sebab tak yakin masih bersih & suci. Sampai je rumah terus naik atas mandi & solat. Panties pulak dalam sehari boleh jadi 3-4 helai kena tukar. Kesian habi makin banyak pulak kain basuhan dia. Sebab bukan panties aje, baju pon selalu bertukar kes was-was. Bau kench tu kadang dah memenuhi segenap ruang bilik tidur. Pernah juga Naurah pun samapai bertanya ' ibu, bau ape ni??? '. Ahh..segannya lah rasa. M

Keep It Low

Meeting baru je habis. Tak sempat nak update blog dulu sebab pukul 9am dah start. Sori blog ^^ Aku tak lupakan ko pon blog. Mane boleh lupa kalau kat sinilah tempat aku selalu merepek merapu tentang segala apa yg terjadi dalam hidup aku. Kalau takde ko, guane lah hidup aku agaknye. Dah bertahun-tahun melampiaskan segala rasa kat sini. Janggal rasanya dalam sekelip mata nak melupakan ko. Tetibe mode jiwang. Hahaha. Aku suka konsep blog. Sebab dia takkan mengkhianati kita walau apa pun yg terjadi. Ceritalah apa saja, dia akan tetap setia sebagai tempah meluahkan perasaan saje. Yang buat onar selalunya manusia yang membaca. Kadang benda tak bernyawa lagi bagus drp yg bernyawa. Hehehe. Alhamdulillah preggy kali ni tak mabuk tengok skrin pc. Masa Naurah dulu asal pandang pc aje mata berpinar. Sampai terabai blog ni dibuatnya. Dalam sebulan ada 4-5 update aje kot. Itu zaman-zaman kejatuhan aku dalam penulisan di blog lah. Tapi waktu tu tak ramai kawan bloggers lagi mcm skrg. Setakat

Impian Utk Anak Lelaki

Dikatakan perempuan yg sedang mengandung itu sedang berjihad. Kerana itulah sekiranya si ibu terkorban sewaktu melahirkan anaknya, maka di kategorikan kematiannya itu sebagai syahid kecil. Subhanallah. Since aku ni kan mulut tu kadang suka sangat merungut serba tak kena bab kesihatan bila mengandung, ada baiknya aku sentiasa ingatkan diri tentang perjuangan yg aku sedang lakukan sekarang. Dapatlah menyejukkan sikit hati yg gundah gulana ini. Ecehhh...over tak hengat hehe.. Sudah lumrah bila anak pertama adalah perempuan, kita teringin pulak nak merasa menguruskan anak lelaki. Tak salah berfikiran macam ni. Cuma at the end of the day, kita kena redha dengan ketentuan Allah. Kalau masih lagi anak perempuan, pun tiada salahnya. Ianya tetap darah daging kita suami isteri. Tak perlu nak rasa hampa whatsoever. Lelaki atau perempuan sekiranya membesar menjadi anak yg soleh & solehah, tiada bezanya. Pahala di sisi Allah samada utk lelaki & perempuan adalah sama. Equal. Tak

Takde Alasan

Dinner semalam cuma masak ikan siakap stim. Makan dengan berselera sampai over loaded. Sudahnya pukul 9 lebih half of what I eat keluar balik masuk dalam toilet bowl. Grossed. Hehehe. Pastu dah tak larat dah la. Terus tido & around 4am terjaga sebab nak terkucil. After that merasa pulak muntah angin & kuning. Kemain awal lagi dia datang. Kes perut kosong pasal dah muntah lepas dinner. Bangun tido 6.30am lagi 1 round. Terbaek. Haha. Pastu rasa tak boleh jadi gini. I have to eat something sebagai alas perut. Turun bawah nampak nasi lebih terus buat nasi goreng. Makan suku & selebihnya bekalkan utk Naurah ke taska. Dah fobia balik nak makan dengan banyak macam masa dinner. Tak sanggup ah nak hadap toilet bowl lagi kat opis. Namo namo... Sebelum lunch hour kompem akan lapor lagi ni. Epal last ada dalam beg. Esok takde epal dah. Kena beli lagi la kat kedai cino sane. Buah-buahan adalah penyelamat sewaktu rasa lapar tak mengira waktu. Bagus utk kesihatan p

Nak Jenjalan

Baru aje plan nak jenjalan negeri dekat-dekat cuti panjang 25hb nanti. Tetibe habi ingatkan tentang Kak Ya nak pindah masuk rumah baru kat AU2. Kang mak call soh datang tolong macam tak syok la pulak kan bg alasan g jenjalan. Sbnrnya aku mmg saje nak ngelat taknak tolong ape yg patut. Tak guna punye adik. Hahahaha. Takdelah...dalam keadaan kesihatan yg on & off ni rasa mcm takut menyusahkan orang pulak nanti. Hilang nak menolong, jadi menyusahkan pulak. Mesti semua orang busy takde masa nak melayan karenah mak yong yg mengada-ngada ni. Pastu nanti aku sedih & nangis sorang-sorang dlm bilik. Apekahhh? Hahahaha. Ape pnye mengarot lah fikiran aku ni. Sabokan ajelah ^^ By right Kak Ya dah plan family holiday ke Pangkor masa CNY nanti. Abah kata dia tengok Kak Ya booked tempat tinggal kat sana sampai rege RM3k. Hotel istana guane yg dia tempah tu hah? Kompius kejap aku. Takkanlah sampai mahal cenggitu sekali. Ntah-ntah Abah salah tengok tak? Hewheww -.-" Walaupun j

Kedai Makan Penganut Syiah

Sabtu yg lepas kami ke KL. Malam sebelumnya mak call tanya datang kesana ke tidak. Aku nie sejak membuyong kesihatan tu ON & OFF. So selalu 50-50 kalau nk pergi memana. Kalau rasa sihat, OK je jalan. Kalau rasa tak sihat, tak kuasa kot nak kemana-mana. Tapi since mak dah called, nak taknak kenalah kesana jugak. Tak nak hampakan hati kedua ibu bapa yg nak berjumpa dengan anak cucu. Selagi boleh aku akan usahakan. InsyaAllah. So tengahari Sabtu kami pun gerak menuju ke KL. Bila teringat ada Himpunan 1juta rakyat, kami bajet jalan maybe akan jem. So better singgah kedai g makan dulu lah. Perut aku mana tahan nk dibiarkan kosong lama-lama. Makan tak boleh nak banyak, tapi kena kerap. Tak payah hairan la kalau 10 minutes after makan aku cakap lapor. Hahahaha. Gilo. So habi suggest singgah makan kat kedai makan traffic light menuju ke Dengkil tu. Usually breakfast aje kesana sbb ada lontong yg sedap. Kali ni try lunch pulak. Lauknya simple & rasanya pun simple. Tak complicat

Usaha Awal

Minat manusia berubah-ubah mengikut usia. kot. Ini pendapat aku lah. Sebab banyak benda yang dulu aku minat lama kelamaan jadi tak minat. Aku rasa memang ikut faktor usia. Macam dulu zaman remaja gila benar dengan bola sepak & boybands. Pernah jugak minat baca novel cinta & drama Jepun. Tapi lama-lama minat tu jadi pudar seiring dengan berlalunya masa. Sekarang manalah nak ikut sangat tentang dunia hiburan ni. Bila AJL the latest berlansung, baru perasan ada a few artis yang memang tak kenal & tak pernah dengar lagunya. Dengar radio pun usually bila dalam kereta pergi & balik kerja. Terhad sangat. Itu pun kalau tak ulang dengar lagu Maher Zain beratus kali. Sebenarnya kadang dengar lagu yg takde bg pengisian rohani tu buat kepala otak jadi serabot. Hati kurang tenang. Lebih baik layan lagu yg berunsur ketuhanan. Rasa lapang aje dada & sejuk hati mendengarnya. Zaman hiburan maybe dah berlalu dalam hidup aku. Setakat tahu serba sikit sudahlah. Drama Korea

Sukar Untuk Di Fahami

Selain drp rakan blog & twitter, tak ramai kawan di FB yang tahu aku sedang pregnant. Memang takde hebah anything pun kat sana. Rasa macam tak perlu kot. Segan aje tetibe up status dah preggy lagi. Aku pun tak aktif sangat kat FB sana. Sekadar komen kat status orang lain, komen kat gambar, pm with closest friends & mengikuti timeline semasa. Lagi satu pregnancy ni masih awal lagi. Tak lepas lagi 1st trimester. Seeloknya kita announce pregnancy bila dah melepasi waktu-waktu kritikal kot. Selalunya lebih ramai orang yang memilih cara ni. Whatever it is rasanya aku takkan mungkin up status tentang pregnancy ni kan FB. Rasa memang tak perlu. Cukuplah dgn blog & twitter saja sebab aku lebih aktif dalam 2 media social ni aje =) Pagi ni walau tak berapa sihat tapi aku rasa happy sebab muntah kuning ^^ Apekahhh? Huhuhu. Dulu kemain lagi mengeluh kalau muntah kuning. Skrg macam tertunggu sebab pd aku muntah kuning ni menunjukkan ada perkembangan pd janin. At least aku rasa

My Thought

Ya Allah..aku berharap sangat the little dot in my tummy is growing healthily. No other words can describe my feelings right now. Always thinking whether the little dot is doing okay or not. Tiada daya & kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Kuasa. What I can do is to pray whenever I remember to pray for the little dot. Itu saja. I am so anxious to do my 2nd ultrasound for the little dot. Clock, can you tick faster? Ya Allah, berikanlah aku ketenangan jiwa. Permudahkanlah segala-galanya. Amin.

Dugaan Kedua

Lemau pulak aku rasa hari nie. Mata ni sembab gila. Even tiap malam tidur awal naik bilik pukul 9pm, belum tentu jugak dpt tido awal bile ada budak kecik ajak main. Ditambah dengan batuk yg masih belum pulih sepenuhnya. Takde istilah tidur lena sejak beberapa minggu yg lalu. Tak sah kalau tak terbangun 4-5 kali. Belum lagi bab nak terkench bagai. Kesihatan diri memang sangat teruji ketika ini. Walau rasa susah macam mana sekalipun, aku tetap rasa redha & menganggap semuanya krn Allah nak bagi lebih banyak pahala pd aku. Kadang kalau asyik mengeluh pun naik bosan jugak. Penat kot. Mengeluh pun bukan dapat baik. Sekadar melepaskan rasa sesak dihati sajelah. At least habi pun semakin ambil berat ttg kesihatan bini yg semakin diuji. Dugaan buat kami semua. Diwaktu keadaan mendesak utk makan ubat on schedule, boleh pulak ubat tertinggal kt rumah. Even aku dah rasa OK, tp tak boleh amek remeh jugak benda macam ni. Kang doc soh admit ward baru nak terpisat-pisat mata. Namo namo... So nak

Dugaan Pertama

Ujian Allah nak bagi. Kite terima ajelah dengan redha. Maybe sikap suka sambil lewa dengan kesihatan diri memakan diri akhirnya. Jenuh dah tadi kena tazkirah dgn habi kihkihhh... Start pagi tadi lah menghampiri ke lunch hour aku asyik rasa nak terkench tp bile ke toilet kench sikit aje. Perit. Ahh...bajet kench tak lawas sudah. Diakui sgt kurang minum air masak sbb tak lalu. Hasilnya jadi la mcm ni agaknye. Kurang minum air, pastu asyik kes terkech sbb batuk kokol. Pakai pad lama-lama jadi infection agaknya. Lps lunch hour dah tak tahan sangat ajak habi ke klinik panel. Doc soh kench nk tgk urine. Skali yg keluarnya bercampur darah teros T__T Siap budak klinik tanya aku period ke time tu? Period hapenyer tgh membuyong ni hehehe... Tapi cuak weyh bab darah2 ni kann + + Masuk balik bilik doc terus kena leter. Dia kata Jumaat ni sila dtg lagi. Kalau tak okay dia nak soh admit kat sepital. Dengar spital terus pucat kot muke aku. Termenung kejap pandang muka laki bini. Pali

2013 = Cuti-Cuti Malaysia

Image
For the past 2 years rasanya merata jugak aku pergi holiday sana sini naik katerbang. Meh aku try nak ingatkan a few places that we went. Sarawak, Sabah, Terengganu, Penang, Bangkok & Medan, Indonesia. Untung lah ada airlines tambang murah Air Asia. Kalau tak entah tahun bila nak merasa naik katerbang. Dgn gaji yang tak seberapa macam kami pon boleh mampu utk fly sana sini. Apetah lagi yang memang takde masalah kewangan macam korang hehehe ^^ Aku rasa aku dah puas jugaklah jalan merata neh. Memang pulun habis-habisan sebab tahu akan tiba masanya aku mungkin dah tak mampu nak berjalan sakan lagi. Kalau bukan sebab tak mampu, minat pulak yg dah hilang. Contohnya macam skrg. Hasilnya for year 2013 masih takde 1 pun holiday yang sudah pasti. Takde booked ticket flights to anywhere pun. Aku masih ingat lagi tahun lepas aku cakap tahun 2013 adalah masa utk kami cuti-cuti Malaysia sahaja. Nampaknya mulut aku masin lah jugak. Seiring dengan situasi yg membuyong, kegilaan holiday b

Kecelaruan Minda

Image
Keluarga Pingu My little girl Auw chak! Busan tgk entry saban hari takde gambar. As usual bila preggy ni segala minat kita yg menggila suatu ketika dahulu dah kelaot semuanya. Mode pergi holiday dah yillek. Mode bergambar dah hilang. Mode deco rumah dah musnah. Mode tukar kereta baru pon dah tak excited.  All I care is about the little dot in my tummy. And my health. Nasib baik masih ambil berat ttg habi & Naurah. Kalau tak nak jadi ape pun tak tawulah. Sejujurnya menghampiri bulan ke-2 conceived, aku rasa mabuk kali ni agak better than the previous one. Kepeningan tu masih ada. Muntah kuning pun masih ada. Tapi ianya tak seteruk dulu. Tak tawulah samada belum nak teruk ke guane. Tp syukur jugalah pd Allah setakat ni. Kuat lagi nak masak, basuh pinggan & lipat baju. Masa Naurah dulu tunggang langgang rumah dibuatnya. Asyik terbaring tak bermaya. Yang kurang best pulak aku ni jenis psiko. Bila aku rasa sihat, aku mula risau keadaan baby. Membesar ke dia

I Wonder.....

Eyhhh...hari ni Naurah terbangun awal lagi. Kalau dia bangun awal, memang salah sorang kena teman dia tgk tv & bersiap bergilir utk ke opis. Budak tu pagi-pagi dah request nak tengok kartun. Layankan ajelah drp dia buat onar yg bukan-bukan. Hari ni aku mandi awal. So tukar tempat dgn habi & terbaring la sebelah dia tgk kartun. Tetibe rasa nak jenguk dapur basuh botol susu Naurah whatsoever. Sempat perangat asam pedas ikan gerut & suddenly dpt idea nak buat breakfast for Naurah. Nampak roti & telur, OK kita buat roti salut telur ajelah. Berulang kali tukar fikiran samada nak buat ke tak sebab tgk jam dah 7.30am. Bila Naurah dah menjenguk kat dapur, aku rasa kesian tgk dia. So laju-laju la potong roti, kocak telur & panaskan non stick pan. Syukur semuanya sempat siap sblm habi turun bawah.  Bila dalam keadaan diri yg sokmo kurang sihat, aku bangga jugaklah dpt gagahkan diri utk anak tercinta. Bila dah jadi mak orang ni, perasaan kasih sayang yg kuat tu me

Fobia Taska & Rumah

Aku & habi selalu bermasalah nak menjawab bila tiap pagi Naurah tanya on the way to taska 'ibu/ayah, kite nak pergi mana ni?'. Alahai...nak menjawab sekolah kang mesti dia mencebik & sometimes menangis terus. Aku tau bukan masalah taska tu. Tapi dia of kos la prefer nak lepak dgn ibu & ayah dia kat rumah or pegi jalan mana-mana kan dengan kami. Aku kalau boleh taknak dia ada perasaan tak suka ke taska/sekolah. Tapi nampaknya dlm usia yg semuda ni dia dah tak suka nak ke sekolah. Guane? Gitu jugak kalau kami on the way dari mana-mana nak balik ke rumah. Naurah mesti buat macam nak menangis taknak balik kerumah. Dia akan tanya 'kite nak balik rumah ke ni ibu/ayah?'. Bila jawab ha'ah, mulelah tunjuk protes muka masam nak menangis seme. Pastu ckp 'ala...kakak taknak balik rumah....'. Sekolah tak suka, rumah sendiri pun tak suka. Abes guane doh gini???? Padahal tak boleh nak lari kot drp mengadap 2 benda yg dia tak suka ni saban hari. Har

My First Scan - Kantung

Last Friday aku MC. Tak tahan la asyik batuk dah 2 weeks plus tak baik-baik. Tido malam tak lena & mengganggu tido orang lain. Tak baik. So alang-alang nk jumpa doc asking for medicine, aku follow up sekali tentang the little dot in my tummy. Perasaan bila nampak kantung tu subhanallah. Tak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Its like a miracle happen inside of me. Masa mula-mula scan tu doc ckp...OK ini rahim awak yer. Aku nampak la bayangan kosong gitu. Eyh..where is the kantung? Panik dibuatnya. Then doc ckp lagi...OK sy tekan sikit yer. Bila dia tekan je, barulah nampak the kantung ^^ So cute lah. Aihh kantung je pun dah cute meh? Hehehe. Orang excited mmg mcm ni kot ^^ Rasa macam pertama kali pulak mengandung. Jarak masa hampir 3 tahun since I conceived Naurah mungkin dah banyak melupakan aku. Agaknya lah. Ok then, the kantung is perfectly wujud di dalam rahim. But what about the tiny little dot? Is it all healthy and getting bigger day by day? Dekat scan tunjuk t